Isnin, 10 November 2008

Inikah Bangsa Aku???? Melayu BOLEH???!!!

Pernahkah you all semua ke halaman ini? www.TAGGED.com

Beberapa bulan yang lepas aku terima email dari Sarah.. Tajuknya you're Tagged!!! And sebabkan yang menghantarnya anak sendiri.. so bukak la.. rupa2nya, website lebihkurang macam friendster, myspace and so on.. so buatla profile sbb ingatkan.. yea la.. anak2.. sama2.. saja2.. suka2.. And that's it.. lepas tu aku tak pernah bukak lagi website tu.. hinggalah.. baru2 ni..

Tah kenapa teringat and bukak.. and upload photo dan sebagainya.. the moment i upload photo.. Ya Rasul.. punyalah ramai orang menghantar "Tagged"... And to my suprise.. 10/10 yang menghantar rata2 bercerita perkara yang lucah...

Talk about pornography!!!! Entah berapa banyak kali aku beristighfar... melihat gambar2 yang sangat2 menjijikkan.. dan memualkan... dari pelakon2 dan model2 yang rata2 ada bin.. dan binti di belakang nama mereka.. dari pelakon2 dan juga model2 yang rata2 kulit sama warna dengan aku... dari pelakon2 dan juga model2 yang sama agama dengan aku... Tanpa segan silu.. memaparkan no telephone untuk dihubungi.. tanpa segan silu "menjemput".. tanpa segan silu memaparkan bahagian badan dan "equipment" yang mereka ada pada khalayak internet.. Dan tanpa segan silu... mempamerkan wajah2 mereka dengan bangga sekali... :-(

Bangsa aku kah ini??? Malunya aku nak mengaku.. MELAYU BOLEH??? Banggakah aku kerana bangsa aku kini setaraf dengan dunia???

Komen seorang teman bila aku bercerita ialah.. "kakak i kena tipu kat website tu la.." membuatkan aku tersenyap.. how can you trust a person that you don't even know? I know that aku bukan ke halaman tu untuk mencari jodoh atau sebagainya.. and these people.. are mostly looking for cheap and i repeat.. VERY CHEAP thrill..

A random message was sent to me by an Unknown sender warning me of a person with certain ID .. sebabnya.. dia terpedaya and mengikut sang manusia tersebut hingga ke bilik hotel... again tak berhenti aku beristighfar...

End of story.. apart of merasakan ianya satu fardhu kiffayah buat aku memberi info kepada semua yang ada adik2.. anak2.. kawan2 dan sebagainya untuk beringat2.. dan berhati2.. alangkah malunya keluarga bila melihat gambar anak2, adik beradik, saudara mara terpapar dengan sedemikian rupa... walaupun mereka2 itu semuanya bukannya dari kalangan yang aku kenal.. hati jadi sedih sangat2.. mengenangkan.. apa la yang nak jadi dengan bangsa aku sendiri..

Firman Allah swt di dalam Surah al-Asr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”




Dan hati menjadi lebih runsing.. aku juga ada anak...

6 ulasan:

saya berkata...

wahh..itu website nak membunuh secara diam namanya.... tapi itu yg sering berlaku...nak kat atak boleh berpikir tak juga tapi mgkn sbb terpengaruh agaknya. mudah2an kita dan zuriat kita dilindungi dari eprkara2 mcm tu. btw, nak gak pi website tu nak tgk. hwuahhahaha....

Ummibatrisya berkata...

salam,

melayu sekarang memang serba boleh :(

petang semalam, balik keje tengok ramai budak-budak sekolah rendah tengah hisap rokok kat tmn permainan depan rumah

rasa macam nak pergi pelempang dua tiga kali sampai pening :)

geram sungguh!

bad influence untuk anak-anak kita!

mother of two berkata...

tula kak... saya dari dulu mmg tak amik pot bab2 nie. salah satunya mmg keseluruhannya benda yg memalukan...

payarumput21 berkata...

Salam..

Saya: kekadang tu terfikir.. apalah yang dicari dalam diri sehingga jadi cam tu...
Yea.. Mudah2an.. semoga keturunan kita tak menjadi macam tu.. InsyaAllah.


Ummi: anak2 zaman sekarang.. cabarannya tak sama macam kita.. jatidirinya kurang.. terfikir jugak dalam kepala ni.. inike pelapis bangsa masa depan?
Sayu hati...


Mother of two: Dulu memang tak kisah langsung.. but bila anak2 dah membesar.. terasa sangat2 yang kita dah tak dapat nak melindungi mereka sepanjang masa.. yang baik dan yang tak baik.. entahlah...

~~@lyci@~~ berkata...

huhu, takutnya tgk manusia zaman skrg ni.. lagi2 alycia yg nak dapat beby ni.. mcm2 fikir pasal anak bila dah besar nnt..

payarumput dah kena tag!!

payarumput21 berkata...

Alycia..

Tu la pasal.. anak2 ni.. dalam perut lagi kan kita bimbang.. dah keluar berganda2 bimbangnya..

InsyaAllah.. semoga tuhan melindungi kita dan zuriat kita semua.. Amin..

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter