Ahad, 14 Disember 2008

Cerita PEGAGA...

Hmmmm.. apa nak cerita yea??? Seronok membaca artikel "kehebatan" daun sireh dan daun kemangi dari blog janelabu . And.. petang tadi ke pasar malam di Alor Gajah.. antara yang dibeli... PEGAGA..

Artikel yang secara tak sengaja aku terbaca dari www.orangkampung.com/atikalpegaga.html yang... ntah??.. orang tau ke? Yang pastinyer.. aku pun baru je tau.. itu pun lepas membaca..




Layan je la Cerita PEGAGA ni yea... :-)

PEGAGA

Malaysia mempunyai 1200 spesis tanaman ubatan dan 60 spesis disenaraikan antara yang biasa digunakan. Sebanyak 15 % tanaman ubatan hanyaboleh terdapat di hutan hujan tropika. Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah Pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka. Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.

Khasiat Pegaga Adalah:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin

Keterangan:
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia), indian pennywort, gotu kola. Ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. Selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kegunaan:
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.


xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Antara khasiat lain yang terbaca jugak ialah pegaga merupakan herba yang baik bagi penawar alahan, anti kanser, melawaskan air kencing, penawar batu karang, penawar kencing berdarah, penawar ulser, merangsang peredaran darah dan merawat cirit birit.

Katanya juga.. pegaga sangat baik untuk mereka2 yang mempunyai masaalah ke tandas dan baik untuk ibu2 yang menyusukan.. menambah pengeluaran susu..

Selepas baca artikel ni.. terasa sesangat la buta herba diri ini... main telan je buta2.. Wakakakaka..

:-)

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter