Jumaat, 30 Januari 2009

TM Report punya cerita.. Part 2

Salam semua..

Hmmm.. aku masih lagi terkial2 nak menghabiskan menziarah rumah kengkawan yang dah seminggu aku tinggalkan.. Ditambah dengan kesibukan sebagai seorang "Setiausaha" (**wah.. wah.. ayat.. hehehehe..**) Ditambah dengan kesibukan sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak.. (**ini iklan..**) Ditambah dengan kesibukan sebagai seorang student tua.. masa dan pergerakkan tu.. amatlah terhad..

Apa2 pun.. Insya Allah.. akan ku habiskan jugak meround semua2 tu.. :)


Sambungan cerita TM...

Selepas aku disajikan drama2 yang menjurus kepada peningkatan "psi angin..".. dan jawapan terakhir TM still juga.. "Kita bukak report dulu.. bla bla bla bla.." Kesabaran aku yang setipis kulit bawang tu pun hilang lenyap.. and dalam sedar dengan tidak ...

Aku kata: "Tak.. Tak.. itu bukan jawapan yang saya nak dengar.. SAYA CUMA NAK TAU.. BILA LINE STREAMYX SAYA BOLEH RESTORE?? Bukan saya kena buat report.. bukan tunggu lepas tahun baru cina.. yang kalau ikutkan tiga empat bulan dari sekarang pun.. still lepas tahun baru cina.. BILA LINE STREAMYX SAYA BOLEH RESTORE???!!!
** wah.. ni memang dah angin gila dah ni... cumanya.. aku tak de la sampai jerit2..**

TM Kata: "Sekejap yea puan.."
** and sayup2 dari jauh aku dengar dia cakap dgn supervisor dia kot.. "tak.. dia tak faham.. semua dah cakap.. tapi dia tak faham.."**
"puan.. selepas raya cina.. technician akan datang.. bla bla bla.."

Aku Kata: "Mcm yang akak kata tadi.. that is not the definate answer yang saya nak dengar.. yg saya nak tau cuma BILA LINE STREAMYX SAYA BOLEH RESTORE.. tu je.. and.. tak kisahla kalau you nak kata I TAK FAHAM... MEMANG I TAK FAHAM.. SO.. SEKARANG NI.. I NAK YOU BUAT I FAHAM.." and aku pun yang dah lupa diri sambung..

"KAMU TAU TAK KERJA TU IBADAH??!! MCM MANA RASA KALAU KAMU JADI SAYA.. REPORT YANG SAYA BUAT ORANG BUAT ACUH TAK ACUH JE.. MCM MANA KAMU SEMUA KAT SANA BUAT KERJA.. TAK KIRA LAH SAPA PUN.. TAU TAK REZEKI YANG KAMU BAWAK BALIK TU.. TIAP HUJUNG BULAN TU.. KALAU KERJA CUMA MAIN2.. IBADAH APA NAMANYA TU?? BERKAT APA REZEKI KAMU TU BILA TIAP KALI.. TIAP HARI.. ADA SAJA ORANG BISING DAN SUMPAH SERANAH??"

**which only selepas aku keluarkan TAZKIRAH aku.. baru aku sedar.. I went overboard.. :( Sumpah.. sehingga ke saat ini.. tebal rasa menyesal aku kata mcm tu.. aku betul2 hilang sabar.. sekalipun aku tak menjerit.. but.. perkataan2 yg aku keluarkan.. memang tak patut di ucapkan.. dia cuma buat kerja dia.. which is.. TO GIVE STANDARD ANSWER.. **

Monday.. aku dah janji dgn budak2 nak ke A'Famosa Resort.. main air kat sana.. and while having our breakfast kat Alor Gajah.. mobile aku bunyi.. "Puan, saya dari TM.. puan ada report line streamyx rosak yea.. hari ni puan ada di rumah?? kami datang.."

Aku kata: **dalam hati.. eh.. raya cina kerja overtime la pulak..** "saya tak de kat rumah hari ni.. esok baru ada.. datang esok boleh?"
**well.. aku ada rumah.. belah petang tu.. cuma.. memang tak nak nengok org TM.. Nyampah!!**

TM Kata: "esok?? kalau macam tu esok saya talipon puan.."

Aku kata: **dalam hati.. musykil.. musykil.. raya cina kerja??!!**


And esoknya menunggu la aku mcm seorang pencinta.. dan akhirnya..

TM Kata: "lampu DSL tak menyala?? hmmm.. sebelum ni ada report phone rosak yea.. saya sekarang ni kat switchboard TM.. bla bla bla bla.. ok.. sekarang.. cuba puan check.. ok tak lampu DSL tu??

Aku kata: "haa ah.. dah menyala.. and... ok.. ok.. dah connect ke internet.."

TM Kata: "Dah ok.. dah yea..?? dah boleh connect ke internet?? kalau mcm tu.. ok lah.."
**bunyi mcm org nak letak phone je..**

Aku kata: "Terima kasih yea encik.. but.. eh.. nanti.. sebenarnya.. apa masaalah streamyx saya??"
**aku yg masih lagi tak puas hati menanya..**

TM Kata: "oh.. masa betulkan line phone puan haritu.. org yg betulkan dah disconnect line streamyx puan.. lupa nak plug in balik.."

KORANG KAT LUAR TU.. CUBALAH KATA KAT AKU YANG
MEMANG TAK FAHAM2 NI.. HANYA KERANA KECUAIAN TAK PLUG-IN LINE TU KE TEMPAT ASAL.. AKU TELAH MENYUSAHKAN DIRI DAN MEMBUANG TENAGA TERMASUK BILL TELEFON MENELEFON 100

(line ni bukan free yea.. banyak iklan pulak tu.. sepatutnya dihapuskan charge untuk line help 100 ni..)..

KORANG RASA LAH KAN.. PATUT KE TIDAK AKU MARAH?? PATUT KE TIDAK DEPA2 NI KENA MARAH?? SALAH AKU KE BILA AKU MARAH???


But then.. itu kisah minggu lepas.. hari ni.. aku punya level marah tu.. memang dah 100% turun.. and hari ni.. aku cuma rasa kesal je.. disebabkan sikap acuh tak acuh mereka.. ramai kita yang jadi mangsa dan tak boleh berbuat apa2..

And memang betul kata Cikgu Jane.. BERUKband sungguh!!

Selasa, 27 Januari 2009

Kita Bukak Report Dulu Yea...

SALAM SEMUA....

GUYS.!!!! I'M BACKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Nota penting:

Beginning 19-01-09 aku tak dapat connect ke internet.. abis semua aku check.. and buat but still gagal untuk menadapatkan talian internet..
**sebelum tu.. phone rumah ada masaalah.. lebih 3 minggu and dibetulkan.. aku dapat line phone.. line streamyx la pulak problem..**

Aku ke TM bayar bill (ehem.. BILL belum overdue yea..) and at the same time report my internet connection yang tah apa masaalahnya.. and jawapan standard ialah.. "kita bukak satu report and technician akan datang tengoklah".. aku yang berpuashati dengan report yang dah dibuat.. pun balik la..

Esok.. balik kerja.. ada surat merah TM kat depan pintu.. "eh.. apahal la pulak TM ni datang time org tak de kat rumah.. datang tak call.. walhal.. dah dipesan time buat report tu.. special instruction.. to call for appointment as house owner is working and will not be in during office hours"

Call la 100.. and katanya.. "kita bukak report and nanti technician kita akan datang tengok".. Laaa.. jawapan standard lagi ni.. "dik.. aritu.. dah buat report.. in fact i dah bagitau.. kena call dulu before datang sebab i kerja.. bukan duduk kat rumah.." and after amek detail aku yang tah berapa puluh kali aku bagi kat depa2 ni.. aku pun letak phone..

Esoknya pulak.. tak de sapa pun call.. balik kerja.. internet connection still hameph.. geramm sungguh.. call 100 lagi.. and seperti yang di agak.. jawapan standard keluar lagi "kita bukak report.. bla bla bla bla.." Adoi laa.. angin sungguh..

Aku kata: "Eh.. berapa kali nak report ni??!! dari hari isnin and hari ni dah hari khamis tau!!"
**geram.. geram.. geram..**

TM Kata: "Kalau puan setuju.. kita cuba trouble shoot dari sini dulu"

And kami pun trouble shoot la satu2 ikut arahan.. and end of it..

TM Kata: "Kat sini semua ok.. kalau ikut kan test yang kita buat ni.. Saya rasa mungkin puan punya computer.. ada kemungkinan besar network card rosak.."

Aku kata: "Pulak dah.. tak pe lah.. nanti i check pulak computer ni"
**Wah.. network card?? Kena hantar ke Penang la pulak laptop ni.. Dell bukan ada kat sini..**

Esoknya aku bawak lappy aku ke office.. suruh IT check.. and conclusion..

Kata IT: "Kak ok je.. network card tak de problem.. Semua test saya dah run.. and.. even try connect kat office server.. tak de problem langsung.. Bukan computer.. line streamyx.. atau modem.. but modem jarang rosak.."

Balik rumah.. aku call 100 lagi.. and.. responsenya..

TM Kata: "Puan.. kat sini report kata network card rosak.. puan kena tukar dulu baru boleh guna internet"
**ewah.. ewah.. bercakap.. macam aku baru belajar guna internet la pulak.. siap bunyi macam perli lagi.. **

Aku kata: "Dik.. akak dah bawak laptop ni pi office.. IT dah check... tak de masaalah langsung.. Network card pun ok je.. mcm mana ni?"

TM Kata: "Tak pe lah puan.. kita buat report dulu.. bla bla bla.."

Aku kata: ****dalam hati... ARGGHHHHHHHHH!!!!! REPORT LAGII!!!!****
"Eh.. berapa banyak report nak buat ni dik..??!! Start hari Isnin.. la... dah hari Jumaat... dah lima hari bekerja tau??!!
** wah... tone pun dah lain.. angin sudah jadi ribut la pulak...**

TM Kata: "Kita buat report dulu.. nanti ada technician datang and akan tengoklah.."

Aku Kata: "Kalau report.. bila datang??!!"
**angin.. angin..**

TM Kata: "Tengokla.. ni dah cuti raya cina.. lepas cuti raya cina.."

Aku kata: "Lepas raya cina??!! Dik.. bila orang lambat bayar.. you all potong line cepat kan.. tak kisah pun raya cina ke .. raya india ke.. raya melayu ke.. ada pulak staff nak potong line.. part nak betul.. semua cuti.. apa ni??"
Ni.. akak nak tanya.. apa cerita dengan bill streamyx yang akak bayar.. bila tak de perkhidmatan.. you all charge ke tidak? Dah la call 100 punya la banyak iklan.. berjam menunggu.. pun kena bayar jugak.. cuba cerita sikit!!??"
**ribut dah tukar nak jadi puting beliung**

TM Kata: "Maaf puan.. tapi kita tak boleh buat apa2.. bill kena tanya bahagian bill.."

Aku kata: **alahai... lagila tension..**
"Tak pe la dik.. just give me a definite answer.. BILA SAYA BOLEH DAPAT INTERNET LINE I SEMULA??? I cuma nak tau tu je.."

TM Kata: "Mcm yang saya cakap tadi la.. kita kena buat report dulu.. and bla bla bla.."



Apa conclusionnya??? Tunggu yea.. nanti kita sambung part 2 pulak..

Sabtu, 24 Januari 2009

Ayat2 Cinta.. Aku dan En Unta.. BLUWEKKKK!!!! ;-p

Tajuk kat atas tu.. cuma gimmik je.. hehehehe.. cuma 50% saja yang betul2 ada touching mentouching (a.k.a kena mengena).. Internet connection still tak boleh restore.. masih lagi tap dari phone line.. LEMBAB tahap yang dah habis kata2 nak explain kelembaban nya.. Benci betul.. :(




xoxoxoxo

Kata En Unta: "Dah berapa kali I kata... I tak suka depa dok mai lagu tu...!!! Next time.. jangan dok bagi!!"
** marah.. marah.. marah..**

Aku kata: "la.. kan ka tak sat ni you yang panggil depa??? suruh dok mai.."
**takut2..**

Kata En Unta: "Dia na???.. Hmmm.. tak pa lah lagu tu kot..."
**senyum2 malu**

Aku kata: "adoiiii lah.."
**dalam hati**


xoxoxoxo


Kata En Unta: "Awat pintu tak bukak lagi??"
**marah.. marah..**

Aku kata: "Tu bukan pintu you.. pintu you hak sebelah lagi.."
**heran.. senyum.. senyum.. senyum..**

Kata En Unta: **malu.. malu..** "Dak.. saja nak test you.."

Aku kata: **dalam hati** "Haihhhh... ye la tu.."


xoxoxoxo


Aku kata: "La... I lupa.. sat ni nanti I pi buat na.."
** dalam hati.. alamakkk!! mcm mana la boleh lupa**

Kata En Unta: "Tak pa.. tak urgent.. sibuk??"
**cool je..**

Aku kata: "Sibuk?? dak aihhh.... sibuk pura2.."
**tak reti2 lagi ke?? memang tengah sibuk gila..**

Kata En Unta: **ketawa.. ketawa..** "Tak pa.. baguih.. kerja kena transparent.. hehehehe"


xoxoxo


Kata En Unta: **jerit.. jerit..** "Berapa kali i dok habaq kat you.. pagi2 kalau I ada meeting.. minutes mesti dah ada atas meja.. Mana minutes I??!!"

Aku kata: "Tu.."
**perlahan.. tunjuk kat tangan dia.. takut2**

Kata En Unta: "Ah.. ok.."
**terus keluar**

Aku kata: **geleng kepala..**


xoxoxo


Kata En Unta: "Yangggg... you print ni untuk I.. nanti abang nak baca...
**senyum.. senyum.. senyum..**


Aku kata: **dalam hati** "BLUWEEKKKK..... Buang tebiat apa boss aku ni..??!!"

Khamis, 22 Januari 2009

Aku yang bengong...

Minggu ni.. betul2 minggu gila... Dengan jadual budak2 sekolah... tak kira pagi.. petang.. hari sabtu.. atau apa2 je la.. Dengan homework budak2 yang menuntut masa dan perhatian aku.. Dengan assignment yang buat aku tak bernafas.. Dengan beban dan tekanan kerja yang buat aku asik hilang sabar.. lupa makan.. geram dengan En Unta.. bla.. bla.. bla.. bla.. Rasa macam.. entahlah.. hilang kata2...

Ada sesiapa yang rindu ke? Hehehehe... perasan boleh?? Tak kisah la.. ada ke.. tak de ke.. yang pastinya.. aku rindu sgt2 nak melompat2 ke blog kengkawan diluar sana tu.. Rindu sangat2 nak dengar.. (ehem.. baca..) cerita2 kengkawan di luar sana tu.. Rindu sangat2 nak tau perkembangan setiap satu kengkawan2 aku yang sangat unik di luar sana tu.. Tapi... tu lah.. apakan daya.. segala2nya tak mampu nak dilakukan..

Dan cabaran yang betul2 buat aku rasa sangat2 kesedihan kali ni... (buat kereta oren.. andai kata sedang membaca.. kita tau org tu tak suka entry sedih.. ini bukan entry sedih yea.. ;p.. but then again.. kereta oren ada baca ke???!! nak kena tanya ni.. )

Internet connection problemmmmmmmm!!!!!!!
Geram sungguh! Haihhhhh... Tak tau la bila boleh restore..
Benci ah!!


Ini pun aku tap dari phone line.. lembab ya amat.. Kat office pulak.. memang aku tak bukak benda2 personal ni.. kerja pun melambak2.. mana ada masa nak membelek benda yang "bukan kerja"...

Apa2 pun.. cuma nak bagitau semua... I MISS YOUUUUUUUUUUUU....

p/s - sorry la.. kali ni entry bengong... hati.. jiwa.. perasaan.. sangat2 la berserabut.. yang belum nampak nyata serabutnya cuma.. diri ni saja... ah ah ah.. **gelak.. gelak.. gelak..*

Jumaat, 16 Januari 2009

Meniti Suratan???

Ismah...dengar ni...

merdu didengar indah dipandang
awaslah umpan di air tenang
kasih dan budi
bukan mainan
tergadai hati jiwa tebusan....

dalam maknanya tu.... perasaan tu hanya kita yg faham... kan...


- kereta oren -


soalnya.. tergadaikah hati..?? tertebus kah jiwa..?? sesungguhnya perasaan tu hanya kita saja yang faham..

kalaulah segalanya semudah pengucapan..


Khamis, 15 Januari 2009

Ms RM9k The Manager - My conclusion...

Cuma tinggal satu hari je.. segala2nya untuk minggu ni akan habis.. tak larat dah nak mengulang ke office tiap2 pagi.. hehehe.. bercakap.. mcm la minggu depan tak payah pergi kerja.. tak pe.. at least.. untuk minggu ni.. cuma tinggal esok je.. then hari sabtu.. nak rilek.. but.. Sunday... one whole day ada class kat Shah Alam.. start 08:30am - 06:15pm... PENATTTTTTT...

Minggu ni je.. boleh kata.. most of the time.. aku tertidur mengadap laptop aku.. bila terjaga semula.. dah lewat malam.. :(
Penat gila.. Gila pun tak penat mcm ni.. tapi aku.. memang PENAT GILA...

Hari Isnin.. Director2 dari UK.. US.. semuanya datang ke office.. ada Sponsors Meeting.. penatnya.. mcm nak keluar airmata melayan kerenah orang.. and yang paling klasik.. pukul 06:00pm bila director nak balik hotel.. tau apa kereta yang our Ms RM9k Manager arrange utk dia??? Proton Saga warna merah.. MAKKKKKK!!!!! mcm nak keluar air mata aku.. nak suruh director naik kereta tu???!!! dah la kereta lama.. yang nak naik ni pulak.. cuma tuhan saja yang tau betapa cerewetnya dia... WAAAAAAAAA... menangis dalam hati aku dibuatnya..

** please.. no offence.. I have no problem at all with the proton saga merah tu.. but.. to have the Director riding the car.. I am out of my mind.. totally..**

Mana pi Ms RM9k Manager kita??? dah la arrange kereta tu.. dia awal lagi dah lesap.. aku pucat gila.. jam 06:30pm dia ada teleconference kat hotel.. memang tak sempat nak cari kereta lain.. Kebetulan.. time aku suruh dia buat arrangement utk logistic.. the boss was around to be my witness.. and.. just my luck jugak.. when the car masuk porch.. the boss was there to witness too..

"WHAT???!!! THAT IS IT???!!!" was the exact response i got when i told the boss.. "IS SHE OUT OF HER MIND??!!! and aku cuma tak kata apa... "NEVER MIND.. NOT OUR FAULT.. I'LL SPEAK TO HER TOMORROW.. WE CANT DO ANYTHING NOW.. HE NEED TO BE AT THE HOTEL BY 06:30.. LETS GO.. I'LL EXPLAIN TO HIM..." and kami pun dengan muka yang toya.. terpaksa explain kat the director.. (ehem.. well i was there.. standing quietly.. and let my boss do the talking..)

The next morning.. Tuesday.. aku arrived office seawal2 hari.. meeting today.. Malam tak tidor memikir apa la yang di arrange utk esok ni.. kecut hati teringat kereta merah petang tu.. kecut lagi terbayang muka director yang memang tak puas hati..

"I didn't get any feedback on the arrangement made for today.. I can't find her.. The Director did mention yesterday that he wished to be picked at 08:00am from the hotel.. we still have time to make arrangements.." I said to my boss after I've failed to locate our Ms RM9k Manager.. guess what was the response???

"AFTER WHAT SHE DID LAST NIGHT??? I DON'T TRUST HER!!! ARRANGE FOR A NEW TRANSPORT.. I DON'T CARE IF SHE HAS ARRANGE THEM.. I'LL SPEAK TO HER AFTER MEETING..."

Well, I had my instructions..

p/s - this is one of the main reason why she didn't like me.. I will not be happy if no feedback is given to me on any arrangements request made.. and I want to see detail as i need to keep up with time and agenda.. things that she did not understand or may be.. failed to understand.. Me being detail is not suka2.. me being detail is not nak tunjuk lagak.. me being detail bukan nak mengerah orang.. It is basically work requirement that i need to fullfill..

And for once.. If she really look at a clearer picture.. and if for once.. think like a management.. she'll understand.. but.. apa daaa.. dia nak buat arrangement hotel pun tak reti.. nak buat airline booking pun tak reti.. (air asia lagi tu.. paling mudah..) pun masih boleh berlagak kononnya dia MANAGER.. Tu yang buat aku tensionnnn dengan dia.. pulak tu.. sombong.. tiap kali kalau aku mintak arrange logistic.. mesti ada hiccup.. tak kan la kerja yang mudah pun nak aku ajar satu2.. mcm tu.. baik bagi gaji kau kat aku.. aku buat semua tu.. ARGHHHHHHH...

Well.. at this time of speaking (ehem.. typing..) perhaps a lot of you.. out there will think that I sounds a bit bongkak.. but.. My conclusion is simple.. perhaps she hates me.. because.. I made her feel stupid..



and on top of everything..

I MISS SOMEONE VERY MUCH.. DON'T KNOW WHY..
BUT.. I REALLY MISS THE PERSON... SO.. SO.. SO.. VERY MUCH... :(

HOPE.. HE MISSES ME TOO..


Isnin, 12 Januari 2009

Ibu tau takkk...??? :-O

Gambar Sarah dan kengkawan tahun lepas... :-)


"Ibu tau tak??? Eeeee.. kakak tak suka la kelas baru kakak ni.. semua budak2 dalam kelas.. alahhai.. mcm nerd je.. Ibu tau tak??? Eeeeee.. time cikgu tak de je.. semua bukak buku baca.. tak reti nak sembang2.. and ada pulak tu.. Ibu tau tak??? siap baca buku peraturan sekolah!!! alahhaiiii.." Kata Sarah sambil disambut gelak dari Aiman..

"Ibu tau tak??? Ari nie.. first day man belajar sejarah.. tah apa2.. tak faham satu apa punnn... Ibu tau tak??? First2 cikgu masuk.. Eeeee.. seram tengok cikgu tu.. muka punya la garang... Ibu tau tak??? Memula tu semua je tegak... lepas tu start senget.. senget.. and last2... Man tengok.. semua letak kepala atas meja... Ibu tau tak??? cuma yang kat depan2 tu je yang angkat kepala tinggi2.. itu pun ramai yang Man tengok tongkat kepala dengan tangan..." Kata Aiman.. and kali ni disambut Sarah pulak dengan gelak ketawa.. aku yang dari tadi dengar pun tak tahan melihat aksi Aiman.. tersembur ketawa...

"Betul bu.. cikgu tu.. alah.. tak faham.. dia cuma cakap sorang2 kat depan.. tak sorang pun faham apa dia kata.." Aiman cuba meyakinkan aku..

"Tak kan la sampai mcm tu.. biasa la tu.. bagus apa baca buku peraturan sekolah.." kata aku pada Sarah.. "Lagipun.. Normal is boring.. so.. Dare to be different la.. Lagipun.. ntah2.. kengkawan akak kat kelas baru tu pun kata benda yang sama gak.. ntah2 depa pun dok kata akak ni mcm nerd gak.." sambung aku pada Sarah..

"Alahhh... Ibu tau tak??? Boring bu.. kelas tu.. Akak lagi suka kengkawan akak dari kelas tahun lepas.." Sambung Sarah..

"Hmmmm... memang la akak rasa cam tu.. kan akak belum ada kawan lagi.. nanti.. kalau budak2 tu dah kenal akak.. and akak pun dah kenal diaorang.. mesti lain rasanya.. Ingat tak?? tahun lepas??? akak pun rasa mcm tu jugak kan.." kata aku pada Sarah.. "Kenapa akak rasa mcm tu..??? Sebabnya.. akak missed all your friend time sekolah rendah.. but lama2 bila dah kenal.. bila dah dapat kawan.. ok kan..???"

"Tapi.. tak best bu..." kata Sarah lagi..
And my response was.. "Welcome to the real world.. In life.. you can never always get what you want.. as you want it.. the only thing you can do is... make the best out of thngs.." and kata aku lagi "No one can stop you from feeling stupid.. except yourself.."

And adik pun tambah.. "Yea la bu.. adik pun tak suka kelas adik tahun ni.. semua budak2 pandai.. adik takut la bu.."

"Eh.. adik pun?? hmmmm... nak takut apa?? Kan adik budak pandai... and kalau adik rasa kengkawan adik pun pandai2.. adik belajar la lebih sikit.. so.. adik pun sama pandai mcm diaorg.. Boleh??" kata aku pada adik.. "susah bu.." kata adik pulak pada aku...

"Hmmm.. tak de apa pun yang susah dalam dunia ni.. Lain la kalau adik dah cuba.. tapi tak boleh.. ini.. adik tak cuba lagi.. Boleh kan????" and adik cuma senyummm..

To be honest with.. I totally understand apa yang budak2 ni rasa sekarang ni... Believe me.. It is not easy to be in a group that keep on changing.. baru je dapat kawan.. baru je sesuaikan diri dengan keadaan.. dah kena tukar environment.. and you have to start back.. over and over again..

I've been thru all these ever since aku kecik.. pindah.. pindah.. pindah.. and pindah.. Always the new kid on the block.. but.. It does help me a lot.. after a while.. in a lot of ways.. It made me a tougher person inside.. (haha.. literally speaking that is..).. Eventhough.. mungkin situasi aku dulu dgn budak2 hari ni sedikit berbeza.. but.. still.. the fundamental of things is still the same..

It isn't easy.. but it gives you a very good preparation for the future.. when dealing with life itself.. It is all interrelated...

:-)


Ahad, 11 Januari 2009

Moral of the story...Apa eh..??!!

Arrrggggghhhhhhhhhhhh!!!!!! GERAMMMMMM!!!!

Ceritanya.. Class untuk semester ni dah pun bermula.. and hari ni aku ke Shah Alam.. sorang2.. and tah apa kena yang tak betul kat kepala ni.. boleh ke terlepas la pulak simpang nak ke UiTM tu.. hampeh betul.. nak kata baru belajar drive ke Shah Alam.. dah masuk 9 semester belajar = 4.5 tahun.. haiihhhh.. loqlaq sungguh..

Balik dah penat.. dah tak larat nak buat apa.. ajak bebudak makan kat Alor Gajah.. lepas makan semua naik kereta and.. zoooommmm.. balikkkk..

Belum pun berapa meter drive.. ada la pulak orang naik motor.. hon.. hon.. hon.. Dalam hati.. apa saja la pulak ni??? and then terperasan vest yang di pakai "POLIS".. Lagilah.. dalam hati.. "aikkk??? kenapa la pulak ni..??!!".. "Ada sesiapa yg tak buckle up?" aku tanya bebudak ni.. and response nye.. "man pakai.." kata aiman.. "adik dah.." kata danial.. and aku jeling sarah.. pun pakai jugak.. Sebaik je kereta aku berhenti ke tepi..

Pegawai Polis: "mintak lesen dengan ic.."
Aku kata: "kenapa encik??"..
Pegawai Polis: "nak pegi mana ni??" *sambil ambil lesen & ic aku*
Aku kata: "Balik.. Kenapa encik??
Pegawai Polis: "kenapa tak berhenti tadi?"
Aku kata: "Berhenti?? kat mana??"
Pegawai Polis: "traffic light"
Aku kata: "Hah?? traffic light? yang baru saya lepas tadi?? yang kat belakang tu ke?" **mintak kepastian**
Pegawai Polis: "Kenapa tak berhenti??"
Aku kata: "kenapa?? lampu hijau.. bukan merah.."
Pegawai Polis: "patut berhenti tadi.."
Aku kata: "lampu tu hijau.. masa saya lalu.. belum kuning.. apatah lagi merah.. hijau pun.. bukan hijau berkelip.. hijau.. kenapa nak berhenti??"
Pegawai Polis: **kebelakang.. bercakap dengan rakan setugas..** "boleh turun sebentar.."
Aku kata: **aku pun turun..** "ada apa masaalah ni encik??"
Pegawai Polis: "kali ni kami lepaskan.. lain kali berhenti.."
Aku kata: **terdiam.. blurr** "maaf.. tapi.. lampu tu hijau tadi.. bukan kuning.. bukan merah.. tak pe lah.. saya ingat pesan encik.. Insya Allah.. terima kasih.. Assallammualaikum.." **and aku pun naik kereta, start engine and drive terus**

"Kenapa eh..??" kata Aiman. "Lampu tu hijau.. hijau pun bukan hijau berkelip.. ntah2.. polis tu tersilap tak.. mungkin dia kejar kereta citra lain.. bukan keta kita la bu..." kata Aiman lagi..

Moral of the story... Aku pun tak tau.. apa moral nyer.. Lampu Hijau.. aku jalan.. but masih lagi ditahan polis.. hmmmm.. (**have to think very hard**)

Khamis, 8 Januari 2009

Shrinking Palestine: Say NO to injustice!!!


Kebelakangan ni.. rasa terganggu sungguh dengan tajuk2 berita sama ada dari media elektronik mahupun media cetak. Tak sanggup nak aku tonton.. tak gamak rasa hati..

Geram betul hati dengan kekejaman zionis... Sedih dengan penderitaan penduduk Palestine.. :'(
Buat teman yang diluar sana.. mungkin dah pun menyumbang untuk mereka2 ini.. still.. andaikata masih berminat untuk menyumbang terus.. amatlah dialu2kan..


Sekadar info yang dipanjangkan....

xoxoxoxoxoxox



Gaza Humanitarian Fund Donation


Peace Malaysia will be initiating the Gaza Humanitarian Fund and it is hoped that Malaysians will contribute much needed funds that will be used for the purchase of foods and medicines. Peace Malaysia will also provide medical services using its doctors for Palestinians who continue to cross over the Rafah border.


PEACE Malaysia requests cash donations from the public. Please send your cheques to

B-13-D2, Plaza Mont Kiara, No 2, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur
or bank it in to
Peace Malaysia-CIMB-14200 007389058.



untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.peacemalaysia.com/





Isnin, 5 Januari 2009

Kenapa?? :'(

Tak tau nak tulis mcm mana.. tak tau nak mulakan dari mana.. tak tau ayat apa yang mesti disusun dulu.. cumanye..

:'( :'( :'( :'( :'(

Ada insan yang diluar sana.. yang aku cuma kenal pada nama saja.. yang aku tak pernah sekali pun bertukar2 ayat.. yang aku sendiri tak tau dari mana dia kenal aku.. yang aku tak pasti apa "thrillnya" pada dia.. sehingga menikam aku dari belakang
:'(


Wahai insan.. seandainya sedang membaca.. kiranya hanya kamu saja yang tau diri kamu.. dan tau niat hati kamu.. kenapa??? hati ini betul2 terluka dengan cara kamu.. kenapa tidak bersemuka dengan aku jika dirasa apa yang kamu ada.. adalah sesuatu yang pasti???

:'( :'( :'(

Ahad, 4 Januari 2009

Zaman Jahiliah.. :-)

Balik Gelang Patah minggu lepas.. guess what I found??? Hehehehe.. gambar2 aku ketika sekolah dulu.. Wahhhhh.. pecah perut aku dengan linda (adik aku) gelak nengok muka2 yang kalau zaman ni lah berada di tempat2 awam.. pasti ada yang langgar tiang melihat.. keh keh keh.. Apa2 pun... time tu.. muka2 ni la yang happening.. (statement perasan.. jangan tension baca yea..)

Disclaimer:

AMARAN KERAS!!!! PENULIS TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SEKIRANYA PEMBACA MENGALAMI SAKIT PERUT.. MUNTAH2.. ATAU KETAWA TANPA HENTI ATAU APA JUA REAKSI SELEPAS MELIHAT AKSI2 DIBAWAH!!!!

1986: Aku... hehehe.. tak perlulah diperkenalkan. Nampak tali kat kepala tu?? Hmmm.. jangan tak tau.. back-up dancer lagi time tu.. ah ah ah..

1986: Ayi & Aku... Wah wah wah.. ni bukan merpati dua sejoli yea.. more like gagaks..

1987: Aku.. yang sedang menyengih kat belakang tu.. sebelah aku Amy.. and yang mulut senget tu wife Hamdan.. Buruk kami kan..??


1987: Yang posing maut tengtengah tu la aku.. eheheheh.. Masa tu rasa grand sesangat.. lawatan pi RTMMMMMM.... ingat senang ke?? Ohhh.. sebelah baju hitam tu.. Shikin.. brutal minah ni.. heheheh..


1989: ITM (now UiTM) Kem Kijang - Aku??? yg handsome baju itam tu.. A.K.A Hang Jebat.. happening wehhhh... ramai aweks tergoda kat kami..


1988: Ini BUKAN aku.. Amy.. time dia khatam quran..


1988: Aku.. yg baju merah.. lepas SPM.. heheheh.. general workers kat Action Wear, Seberang Prai.. Minah kilang gitu...

1987: Jejaka idaman Malaya.. Hamdan.. Perasan tak mamat ni.. sama besar dengan tiang sebelah dia.. Ngeh..heheheheh..


1990: ITM (now UiTM) Cawangan Pahang, Bukit Sekilau... Mana satu aku eh??? Wah.. boleh buat kuiz ni.. hehehehe..


p/s: Sebenarnya ada banyak lagi.. but cuma yang ini2 jer yang lepas lembaga penapisan.. takut ada yang tak boleh tido malam sbb trauma... and lagi.. and lagi.. korang perasan tak?? gambar semua skema.. berbaris je...


:-) :-) :-)

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter