Isnin, 16 Julai 2012

Dilemma...


Pagi ni makcik dengar topik yg sangat2 meanrik kat radio IKIM.. *okeh.. menarik pada makcik.. tak sama dengan menarik teman2 kat luar sana kannn.. hehehehe..*  ceritanya pasal.. "WANITA TIDAK BEKERJA DAN MENJADI SURIRUMAH SEPENUH MASA"..

Hahahaha.. apa saja lah makcik ni kan.. tah apa yg menarik pun tak tau.. but.. seriously you all.. pada pendapat makcik yg memang dengkel nih.. Seorang wanita.. terutamanya isteri.. sekiranya suaminya berkemampuan.. dan keduanya redha.. adalah lebih baik bagi dirinya tadi tidak bekerja, tinggal dirumah mengasuh anak2 dan mengurus keperluan suami..

Mesti ada yg kata.. Hilang akal ke apa makcik nih?  Tak kan nak duduk rumah tadah tangan harap suami bagi duit.. at least kalau kerja.. kalau teragak nak beli apa2.. tak payah lah susah2 nak meminta2.. guna duit sendiri.. suami pun tak cakap banyak.. duit kita.. suka ati kita la kannn... *ehemmm.. ada ke yg kata mcm tu?..*

Sebenarnya kebelakangan ni.. makcik memang berfikir2 dgn agak serius utk berhenti kerja.. mungkin bukan sekarang laaa.. mungkin paling2 pun dalam 3 - 5 tahun akan datang.. Bila Danial dah abes sekolah.. dan bebanan kewangan mungkin.. *di ulangi  MUNGKIN..* sudah berkurangan pada waktu tu.. InsyaAllah..

Sebenarnya jugak.. kebelakangan nih makcik jadi sangat2 gusar dengan pengasuh Imann.. Makcik rasa tak bersetuju dengan cara dia melayan Imann.. Bukanlah kata dia tu jahat dan sebagainya.. Tak ada cacat celanya dia.. baik.. Iman pun suka dia.. cumaaaa... *hahahahaha.. panjang cuma makcik tu..* cara didikan tu yg buat makcik kengkadang hilang kata2..

3 anak2 makcik sebelum ini.. walau makcik ni bukanlah dikalangan mereka yg hafaz 30 juzuk quran.. segala bagai zikir boleh ingat.. bukanlah jenis yg bangun malam solat tahajud, solat sunat, solat istikharah atau yg dapat mengajar segala mcm doa  anak2 dan sebagainya.. tapi.. makcik seperti ibu2 yg lain.. mencuba sedaya mungkin untuk melakukan yg terbaik tanpa mengabaikan perintah Allah..  Makcik berpegang sgt2 dengan saranan nabi jungungan kita Rasulullah S.A.W.. supaya 7 tahun pertama memberi kebebasan kepada anak2 supaya dia bebas bertindak, mengungkapkan, mengekspresi keinginan dan sentiasa bermain dgn mereka.. dan untuk 7 tahun kedua.. makcik mula mendidik dan mengajar apa yg diperkukuhkan pada 7 tahun pertama.. dan selepas 7 tahun kedua.. makcik cuma mampu menjadi teman dia apabila dia masuk ke 7 tahun ke 3..

Alhamdulillah.. setakat ini.. Allah sangat pemurah dan sangat2 penyayang.. pada makcik dan anak2 makcik.. makcik diberi anak2 yg mendengar kata.. yg sopan bila berdepan dgn orang tua.. dan biasanya akan bercerita dan berkongsi rasa jika ada yg dirasakannya tak kena.. Sepanjang menjadi ibu kepada Sara, Aiman, Danial.. tak pernah sekali walau ketika diwaktu kecil.. anak2 makcik menjerit2 memarah.. meludah.. atau berkata2 yg kurang enak kepada makcik.. apatah lagi berbuat mimik muka.. *Alhamdulillah..*  Sekalipun kalau ke pasaraya.. anak2 makcik faham kalau makcik kata "okey.. hari ni kita pergi jalan2.. kalau nak main2 dgn toys boleh main tapi ibu tak beli tau.. nak beli nanti lain kali kalau ibu ada duit lebih..." dan semua faham apa maksud makcik walau sara waktu tu cuma berusia 5thn.. Aiman 4thn dan danial kecik lagi.. tak pernah lagi ada incident.. anak2 makcik menangis guling2 atas lantai.. atau meludah2 kat makcik sebab marah tak dapat mainan dan sebagainya.. Alhamdulillahhhh..

Kebelakangan ni makcik sangat2 gusar dgn perilaku Imann.. bila mana dia tak dapat sesuatu dia akan menjerit2 marah.. sangat2 berbeza dgn kakak dan abang2nya dulu.. then satu hari makcik terserempak dgn situasi dimana.. anak2 pengasuh Imann berkelakuan sebegitu walaupun sudah berusia 5 dan 6 tahun.. dan fahamlah makcik.. Imann meniru gaya mereka rupanya.. pernah satu ketika.. anak kecil seusia 5 tahun menjeling dan mengherdik ibunya dgn wajah bengis "KAKAK SEPAK IBU KARANG.." buat makcik terkedu.. hilang semua kata2..

Terfikir dalam hati.. makcik tak sanggup tengok Imann membesar dalam keluarga yg mengasuhnya sebegitu.. Allah hu rabbi.. Pantang la Imann merengek sikit.. semua di bagi kat tangan.. pernah sekali tu.. petang time makcik datang nak ambil dia.. Imann nampak ada budak2 main basikal.. pengasuhnya siap tahan budak tu.. suruh turun nak bagi Imann naik sekejap.. Adoi laaaaa... makcik memang hilang kata2 teman2 kat luar sana semuaaaa... buntu fikiran setiap kali bila mencuba cari jalan penyelesaian..

Kata Danial.. "kenapa adik suka jerit2 bila nak apa2 eh??"  dan belum pun makcik sempat jawab.. Aiman dah kata.. "mestilahhhhh.. kita dulu kecik2 kan ibu yg jaga.. ni org luar jaga.. tentu la ikut perangai org luar.. anak org tu kan mcm tu.. mesti la dia ikut perangai org tu..  kita dulu kat rumah dgn ibu je.. ni dia campur dgn budak2 lain.."  dan Danial pun cakap.. "berhenti keja la ibu.. jaga adik.. nanti besar jadi kurang ajar pulak dia.. haihhhh.."

Sesungguhnya beruntung ibu2 yg dapat duduk dirumah mengasuh, mengurus dan menjaga keperluan anak2 juga suami.. membentuk anak2 ikut acuan kita sendiri.. untuk waktu ini.. makcik cuma mampu berdoa sahaja dan mengharapkan agar penerapan yg tidak sepatutnya itu tak jadi sebati dalam jiwa anak makcik.. Semoga Allah akan sentiasa bersama2 anak2 makcik.. semoga akhlak mazmummah itu dijauhkan dari anak2 makcik.. Walau ada yg berpendapat anak masih kecil lagi.. tapi yg kecil tu lah yg perlu kita jaga.. jangan jadi besar..

Kalau ada lah teman2 yg membaca nukilan makcik nih.. apa la agaknya teman2 buat ya.. tukar pengasuh?  rasa mcm tak logik la pulak.. sebabnya bukannya pengasuh makcik tu jahat.. cuma kat area tu saja yg makcik tak berkenan.. lagipun Imann suka dia lagipun dia sayang Imann mcm anak dia sendiri..

Haihhhhhhh....

4 ulasan:

Ogy Nordin berkata...

Kalau saya diberi pilihan... Saya pilih duduk rumah dari bekerja.. Anak2 dapat membesar depan mata.

KakNi (CikNi Ahnie) berkata...

Saya pun teringin nak berhenti kerja lar tapi masalahnya tuntutan kewangan yang menjadi penghalang. Moh kita doakan semoga hasrat kita tu diperkenankan Allah.

Pasal anak tu, susah nak cakap, baik buat solat istikharah. Pengasuh tu penting sebab masa anak kita dengan dia lagi lama dari kita.

payarumput21 berkata...

@Ogy.. hahahaha.. kannnn.. lagi best dok rumah, hati puas anak besar depan mata, makan apa yg kita masak.. tau apa dia buat sepanjang hari.. and yg penting.. dapat asuh ikut cara kita..

Bila la dapat buat tu semua.. :)

payarumput21 berkata...

@KakNi.. itu lah yg saya fikir.. setuju sgt2 bab Pengasuh tu penting sbb lebih banyak masa anak habis dgn dia dari kita.. kot banyak perangai dia yg bby ikut dari perangai kita.. hehehehe..

Sentap tahap dewa saya dengar anak dia maki hamun maknya hari tu.. adehhhh.. memang dalam hati saya siap mengumpat lagi kata.. haihh.. kalau anak aku memang dah lama makan cili api kat dalam fridge...

But then again.. mungkin pengasuh saya malu nak marah anak depan saya.. tu yg dia buat tak faham je.. ye lah.. kalau anak kita buat mcm tu kita malu.. dia pun tentu malu jugak.. cuma tak cakap je..

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter