Sabtu, 5 Mei 2012

Cerita tak menarik makcik pagi nih...

Penatnya kebelakangan nih.. Makcik hampir2 tak de langsung masa senggang.. *hahaha.. paham ke makna masa senggang?..*  Imann dah pun masuk 15 bulan.. meaning dah 15 bulan jugak la makcik mengharungi cabaran breasfeedingkan Imann.. *hahahaha.. topik yg macam boring je kannnn.. tak abes2 pasal breasfeeding makcik nih..*

Okeh.. sebenarnya hari ni terpanggil pulak nak bercerita tentang org yg sekeliling nih dan tanggapan mereka ttg breastfeeding.. breastmilk.. dan segala yg sewaktu dengannya.. Kenapa eh? tetiba topik yg tak best ni diutarakan?  Sebabnya baru2 nih.. makcik terbaca status kat fb seorg hamba Allah nih.. dia cukup meluat bila tau ada ibu yg sanggup bersusah payah pam susu, simpan untuk dibekalkan pada anak.. "Kenapa lah pilih jalan susah nak pam bagai kannn.. Kat kedai tu kan banyak susu formula.. beli je laaaa.. Geli tau.. lagi satu.. ramai yg rasa mcm lucah je sbb buat org lelaki ada daya imaginasi yg tak sepatutnya.." gitu la lebih kurang katanya..

Sebelum apa2 makcik nak taip DISCLAIMER dulu ye.. "KEJADIAN DI ATAS TIADA KENA MENGENA DGN MAKCIK.. TIDAK BERLAKU PADA MAKCIK.. DAN HANYALAH BERDASARKAN PENGALAMAN KAWAN MAKCIK..SEGALA PERSAMAAN SAMA ADA DGN YG MASIH HIDUP ATAU YG SUDAH TIADA LAGI.. ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN.."

Memula makcik nak cakap.. Breastfeeding tu tuntutan.. hak seorang anak utk diberi susu ibunya sehingga sekurang2nya 2 tahun.. Walau bagaimana pun.. adalah hak ibu untuk memberi susu kepada anaknya.. jadi maknanya.. kalau si ibu tu tak nak bagi susu badannya pada bayi.. *sesetengah ibu lepas bersalin stress dan tak mampu mengawal perasaan mahupun menyusukan bby..* si suami wajiblah mencari ganti susu untuk bayi tersebut.. So.. TAK TIMBUL ISU KATA SUSU LEMBU UNTUK LEMBU.. SUSU MANUSIA ANAK MANUSIA JE MINUM.. sebabnya nabi dulu *and kita2 sekarang nih pun..* minum dan membesar dgn susu bukan susu manusia..

Berbalik pada topik kann.. makcik sendiri pun pam susu utk dibekalkan pada baby makcik.. Alhamdulillah, persekitaran makcik, walau tak menggalakkan.. tapi tak pulak menghalang.. boss makcik yg "stone cold" tu pun tak pernah kata tak boleh amek time pergi pump susu.. *terima kasih boss..*  tapi makcik jugak sensitif dgn pendapat juga pandangan peribadi org.. Jangan la pulak susu yg dah dipam tu ditayang2.. atau sampai buat org rasa tak selesa bila tengok kita pump susu tak kira tempat atau masa.. tak terbayang pulak makcik ni.. apa lah rupa pam susu kat tempat awam.. kalau menyusu baby tu masih lagi boleh makcik terima.. ini pam susu.. haihhhh.. buruk..!!!

Serious cakap.. maaf kalau ada yg tersinggung.. makcik sendiri pun geli dgn susu badan makcik.. In fact.. kalau pump susu.. time handling susu utk disimpan.. kalau terkena la setitik dua kat tangan.. makcik akan cepat2 pegi basuh.. *okeh.. kalau ada yg nak mencebik pun.. cebik lah.. makcik tak boleh nak buat apa apa kannn..*  Bayangkan la pulak mereka2 yg mmg tak faham langsung pasal susu ibu nih.. Nak bancuh air kat office.. tetiba bila buka fridge.. penuh dgn susu kita je.. *hahahah.. seriously gross kannn.. terbantut tak hajat nak minum.. So pesan makcik kat kengkawan yg seaktiviti dgn makcik.. berpada2lah.. perasaan org lain pun valid.. It is not about us all the time.. there are others sekeliling kita yg kita panggil KAWAN2..

Sekian la cerita boring pagi sabtu makcik hari ni.. Nak pegi dapur pulak.. nak buat bubur nasi *bukan utk imann ye..*  Hari ni terasa nak makan bubur nasi + telur masin + cendawan and kangkong goreng oyster sos + daging masak kicap.. hehehe.. sehingga ketemu lagi... bubbbyyyyeeeee...



Tiada ulasan:

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter