CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 2010 Januari 31

Big Girl Don't Cry...

Kebelakangan ni.. atas beberapa alsasan yang aku sendiri tak tau.. ALASANkah??? aku sering cepat emosi.. **hehehehe.. betul ke ayat aku ni??.. cikgu2 kat luar sana.. help please..** Penat sangat ke aku? Sibuk sangat ke aku? Stress sangat ke aku?... Entahlah..

Cuma... apa yang aku tau.. kebelakangan ni aku sangat2 tertekan.. dan terasa tak de tempat nak aku salurkan perasaan aku..

1. It does not matter what people say.. or what I do.. I still am worry over me and not being able to find a right job at a right place.. or perhaps.. not being able to find job at all.. :(

2. Penat menguruskan banyak benda yang aku sampai kadang2 rasa macam tak bernafas langsung.. dan tiada masa untuk diri aku sendiri.. :(

3. Tak mampu untuk bercerita pada EnAmat.. apa yang berada dalam hati kecil aku.. bimbang kalau2 aku, juga resah hati aku bakal jadi beban pada orang.. :(

Hari sabtu yang lalu.. entah kenapa.. aku jadi terover sensitif.. aku rasa.. aku tak dipedulikan.. aku terasa aku dibelakangkan.. aku rasa.. TERPINGGIR... Nak sangat aku luahkan segalanya pada EnAmat.. tapi EnAmat sibuk.. nak jumpa dia pun susah.. apatah lagi nak bercakap.. sudahnya.. aku cuma memendam perasaan.. dan sudahnya.. aku menangis sorang2 dalam kereta.. kerana tak mahu orang lain tau.. aku sedang bersedih...

Big Girl Don't Cry ???? .... :'(

p/s - I once said to myself.. Sedih tu hanyalah perasaan yang bersifat sementara.. I'll go away when the time comes.. **sigh..**

Ahad, 2010 Januari 24

Sweet thing... :) ~ Thanks Wani Dear...

Salam Semua... :)

Awal January lalu, En Boss datang dan bercerita.. contract aku mungkin akan berakhir akhir Mac... hmmmm... memang aku dah expect pun.. tak de apa yang memeranjatkan pun.. Projek pun dah 3 tahun lebih.. dah memang layak pun cakap bye.. bye.. cumanya.. yang tak pasti sangat2 ialah exact date nye..

Minggu lalu.. sebaik saja keluar dari bilik meeting, En Boss terus ke meja aku.. "Its has been confirmed in the meeting just now, since my demob date will be by end of march.. yours will be as the same...." katanya.. and aku cuma mengangguk... hmmm.. kena cari kerja ni..

Seperti selalu.. budak2.. awal2 lagi dah aku khabarkan berita yang kami semua mungkin tak akan berada lama di Melaka ni.. since En Boss dah confirm that my "marching orders" is at the end of March, berita aku khabarkan pada budak2.. dan reaksinya..

"Hah!!!... pindah??? tak payah la bu.. ibu cari la kerja kat Melaka je.. susah la bu pindah2.." kata budak2 sepakat..

Kalau ditanya aku, memang aku tak nak pindah2 nih.. but.. dah nature kerja aku macam nih.. dari semenjak aku kecik dulu.. sekolah.. belajar.. kemudian grad.. kerja... sampailah aku kahwin dengan EnAyah.. berpisah.. and now.. hidup dengan EnAmat.. Tak perlu lah tanya.. aku tau sangat2.. hidup pindah randah nih.. memang mencabar.. lebih2 lagi time nak menyesuaikan diri..

And the sweet thing is.. sebaik saja Sara masuk dalam kereta petang semalam time aku jemput dia dari kelas tution... katanya.. "Nah ibu..." sambil menghulurkan sekeping kertas kat aku.. "Apa ni?.." and belum sempat pun Sara jawab.. aku dah tergelak besar bila menyedari kertas tu ialah "Borang Kerja".. katanya.. "Wani bagi ni.. dia pegi amek ni utk ibu.. kata dia ibu tak payah la pindah.. ibu try la mintak kerja kat situ.. mana tau kalau dapat.. " buat aku tergelak lebih besar.. and.. how very sweet of her..

Kalaulah segalanya semudah itu.. and apa2 pun.. terima kasih la Wani.. makcik akan ingat sampai bila2.. hehehehe..

Ahad, 2010 Januari 17

It Really Feels Like Yesterday...

Salam Semua... :)

Hmmmm... kebelakangan nih.. sibuk sangat2... **hahahahaha... ayat skema.. standard tiap kali tak update.. huhu..** Budak2 dah pun masuk minggu ke-tiga bersekolah.. and kami di rumah dah semakin terbiasa dengan routine yang dah sebulan lebih ditinggalkan dek kerana cuti sekolah..

Tahun ni.. Danial masuk darjah 5.. Aiman dah pun naik tingkatan 2.. Sarah sekejap je dah tingkatan 3 dan akan amek exam PMR end of the year.. Sekejap betul masa.. dah besar2 budak2 nih..

Setakat ni.. Alhamdulillah... walaupun sering aku merungut susah **tak kiralah.. dari apa segi sekalipun.. kebendaan.. mahupun.. perasaan..** aku tetap rasa bersyukur.. kerana tiap kali "mengukur".. jelas.. susah aku tak lah seteruk mana.. susah lagi orang lain yang diduga Allah dengan dugaan yang lebih berat.. yang menduga jiwa.. menduga redha kita sebagai manusia.. apatah lagi rasa syukur kita dalam hati...

Dah 3 tahun lebih aku kat Melaka nih.. aku suka duduk sini sebab, segala2nya dekat.. sekolah Danial.. Sekolah Aiman dengan Sarah.. tempat kerja aku.. pun tak jauh mana.. traffic jam toksah cerita lah.. memang tak de.. But then.. tiap yang mula pasti akan berakhir.. contract kat Melaka dah pun nak habis.. and kali ni tak de extension sbb.. project dah siap.. which goes to say.. aku kena lah cari kerja lain.. ehem.. ADA SESIAPA YANG PERLUKAN SECRETARY??... hahahaha... ;-p

Sedih mengenangkan aku akan tinggalkan teman2 aku sekarang nie.. Ibarat kata Peter.. "I will surely miss you.. you know what?? being here in Malaysia.. has thought me a lot of things.. you are the first person ~ a Muslim, that I ever make friend with here.. and learn a lot about cultures.. It really feels like just yesterday.. you walked into this office to start your first day.." dan aku tersenyum... sememangnya.. IT REALLY FEELS LIKE YESTERDAY...

EnAyah dah pun balik ke Malaysia dan tak bekerja di Dubai lagi.. Dekat dah dengan anak2.. and budak2 pun suka.. senang nak berhubung..

Tahun ni mungkin pindah lagi.. kalau dapat kerja lain.. InsyaAllah.. **teman2.. doakan sama yea..** mudah2an ada rezeki aku sekeluarga..


p/s - kebelakangan ni sibuk tak de kat Blog.. sebab melayan anak2 kat facebook.. kalau ada yang sudi.. anda dialu2kan.. :) .. You know where to find me ~ http://www.facebook.com/people/Nor-Ismah-Abdullah/1083287701

Ahad, 2010 Januari 03

Guess What?

Guys!!!!

Guess what????

I SURVIVED 3 DAYS WITHOUT MY MOBILE!!!!!!!!!!

and... very proud of myself... :-)

I guess.. I underestimate my will power...

Which this... goes to say.. I can live my life without technology.. well.. literally speaking that is.. but I survived.. I really did survive without my mobile phone for 3 days.. hard as it is..

p/s - LOL ;-p

Khamis, 2009 Disember 31

Jangan Pandang Belakang.. Pergi yang tak kembali...


Salam buat teman2 ku yang diluar sana.. **ehem.. masih ada ke teman2 kat luar tu?? hehehe..** and.. jangan percaya pada tajuk kat atas.. GIMMICK!!!! hahaha... Lama sungguh dah tak menulis.. banyak yang nak ditulis.. banyak jugak yang tak tertulis..

Kisah Shidah.. part 2

kisahnya.... awal pagi khamis tu.. tak sabar sungguh nak menempuh hari.. tak sabar nak tunggu hingga petang.. untuk cuti maal hijrah.. tetiba dalam sibuk dengan tugas.. phone aku berbunyi.. "awak.. suami kita.." bunyi suara shidah di hujung talian.. "suami kita dah teruk.. tolong doakan yea.. sampaikan pada kawan2.. tolong doakan suami kita yea.." sambung shidah lagi sambil menangis teresak2..

aku yang sememangnya bercadang nak menjengah shidah di hospital sesudah kerja.. terdiam.. aku bangun.. masuk ke bilik EnBoss .. "if there's nothing pending on your desk.. just go.. and see what else you can do to help her.. or if she needs any help..".. dan dalam aku sibuk bersiap nak ke hospital.. telephone aku berbunyi lagi.. dan kali ini.."awak.." kata shidah dalam esak tangis yang menyayat hati aku hingga kini.. "suami kita.. suami kita dah tak ada.." dan aku hanya mampu berkata "Inalillah..."

kesian shidah.. sebulan lebih suaminya di ICU.. dan malaikat maut datang menjemput.. terbayang anak2 shidah.. 11 kesemuanya..

kisahnya.. sedang orang sibuk dengan urusan jenazah.. sibuk juga beberapa mereka akan duit insuran yang ditinggalkan si-mati.. kisahnya.. sedang shidah dan anak2 sibuk membaca yassin untuk si-mati.. sibuk juga beberapa mereka mengira2 wang insuran si-mati.. kesian shidah..

kisahnya.. ketika jenazah di kubur untuk dikebumi.. berkatalah si anak kecil pada kakanya.."ayah dah tak nampak dah kinah.. dah kena tanam dah.." buat aku menitik air mata melihat sikecil yang baru berumur 4 tahun... dan balas Sakinah pada adiknya.. "Biha.. biha tau.. ayah dah tinggalkan ibu sampai bila2 tau.." betul2 menghiris hati aku.. kesian shidah..

Semoga Allah mengurniakan ketabahan dalam hati temanku shidah juga anak2nya untuk menempuh hari2 yang mendatang.. Amin..

p/s - kisah shidah.. buat aku betul2 sedih bila melihat kebelakang... but.. in a way.. kisah shidah mengajar aku untuk aku LEBIH menghargai setiap detik dalam hidup aku.. past.. and present..

Selamat tahun baru.. semoga kita semua diberkati.. dimurahkan rezeki.. dan sentiasa terpelihara di bawah lindungan Nya..

Ehem.. azam tahun baru ialah... jeng.. jeng.. jeng... nak tulis cerita banyak2 kat dalam blog.. hahahaahaa.. ;-p



Khamis, 2009 Disember 03

Hargailah.. Bersyukurlah..

The moment kaki aku mencecah ke dalam wad icu.. hati mengimbau perasaan yang sama ketika adik aku di icu hospital ipoh dulu.. hati mengimbau bagaimana abang aku.. sebelum hari2 terakhirnya di hospital manjung.. terasa sejuk.. beku dalam hati.. dalam jiwa.. tak dapat nak aku bayangkan..

Perlahan aku sentuh bahu Shidah.. sebaik wajah dipalingkan memandang aku.. secara sepontan kami berpelukkan.. hanya airmata yang dapat menggambarkan perasaan Shidah.. juga aku ketika itu.. aku yang memang mati tanpa kata2.. hanya mampu memeluk erat teman yang sedang menangis teresak2.. kasihan Shidah.. pilu hati aku melihat suaminya terlantar diatas katil.. dengan pelbagai peralatan bantuan yang disambungkan..

Sehingga hari ini.. sudah masuk minggu ke empat suaminya di wad icu.. dan Shidah.. setiap kali aku datang melawat.. akan berkata.. "terima kasih awak datang.. beruntung kita ada kawan macam awak.." buat hati aku jadi pilu sangat2.. tak banyak yang dapat aku buat untuk teman ku yang bernama Shidah.. aku cuma mampu datang menjengah sekejap2.. dan mendengar dia bercakap.. dan menangis bersama2.. aku cuma mampu memegang erat tangan Shidah.. dan memeluk dia ketika dia kesedihan.. terasa kerdil sangat2 diri aku saat melihat temanku Shidah..

Melihat anak2 shidah.. perasaan aku menjadi sedih.. teringatkan anak2 aku sendiri..
Sarah.. Aiman.. Danial.. kiranya.. beruntung sangat2 kamu kerana EnAyah berada didepan mata kamu.. beruntung sangat2 kamu kerana EnAyah dikurniakan kesihatan yang baik dari Allah.. beruntung sangat2 kamu.. hidup kamu tak diduga dengan dugaan yang sangat berat yang ditanggung oleh anak2 auntie Shidah sekarang ini.. Semoga anak2 ibu sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang Allah berikan buat kamu semua.. Semoga anak2 ibu sentiasa menghargai EnAyah dan juga masa yang diberikan untuk kamu semua bersama.. hargailah.. bersyukurlah...

Serta-merta airmata aku bergenang.. terkenang EnAyah.. terima kasih kerana menjadi ayah yang baik buat anak2.. terima kasih kerana bersabar dengan kerenah anak2.. terima kasih kerana tidak pernah lupa untuk berkongsi tanggungjawab sebagai ayah..

Terbayang EnAmat.. terbayang setiap satu wajah2 yang aku sayang..

Semoga Allah memberikan kekuatan pada temanku Shidah.. Amin..


p/s - ibu rindu anak2 ibu.. rindu nak dengar suara.. rindu nak dengar ketawa.. rindu nak dengar bising2.. Rinduuuuu... **sigh..**


Sabtu, 2009 Oktober 31

Bulan.. Rindu.. dan Aku..

Gambar Hiasan: Saja nak tepek.. Tiada kaitan dengan entry dibawah.. ;-p


Aku kira.. aku dah cukup "dewasa".. dan melepasi farsa2 (*ehem.. phase??*) merindu... Aku kira.. aku dah cukup "dewasa".. untuk tidak merasa rindu yang kejam dalam hati.. Aku kira.. aku dah cukup "dewasa".. untuk tidak merasa tersiksa dengan jiwa dan perasaan..

Teringat masa belajar dulu.. pernah aku rindukan seseorang.. hahahaha.. ini cerita cinta monyet.. memang macam monyet pun.. hikkssss... Bila rindukan seseorang.. aku selalunya akan duduk kat balcony.. ehem.. time tu kat Bukit Sekilau.. bilik kat tingkat 3 mengadap quarters polis.. orang Pahang mungkin tau..

Back to the rindu story.. dulu tak macam sekarang.. sekarang nih.. ada handphone.. ada sms.. ada mms and better yet now.. ada 3G.. and what so ever "ssss" lagi lah.. time tu.. email pun takdak!!! cuma harapkan surat yang posmen bawak je.. hahaha...

Ada satu malam tu.. seperti kebiasaannya aku duduk sorang2 kat balcony... hahahaha.. menangis la konon2.. sorang2.. senyap2.. al maklumlah perempuan ni.. ada time2nya dia moody.. **MEN out there.. don't blame us for being emotional all the time.. we are created and ruled by hormone..** and dalam rasa sedih merindu tu.. tetiba mata mendongak ke langit... Wahhhhh!!! banyak bintang oooo.. and ada bulan.. bulan penuh..

Dan aku tetiba terdiam.. merenung bulan penuh indah bercahaya.. terfikir dalam hati.. "dekatnya bulan tu.." and terfikir dalam hati.. "kalau aku nampak bulan tu.. and kalau dia pun waktu ni ada kat luar dan melihat bulan tu.. and kalau aku dgn dia boleh tengok bulan yang sama pada waktu yang sama.. maknanya.. kami bukanlah terpisah jauh mana pun..." and tetiba la pulak.. hati aku rasa lega serta merta... HAHAHAHAHA...


p/s - Cerita sebenarnya nak cakap.. Lambatnya bulan November habis... Lambatnya plant shutdown habis.. Lama lagi EnAmat balik... and cerita yang paling utama sekali nak cakap.. AKU DAH TAK PERCAYA TEORI BULAN KAT ATAS TU!!!! tengok la bulan sampai keluar bijik mata nih.. aku masih tetap rinduuuu. Huhuhu...

** Sigh.. Sigh..**


Me Today :)


Me.. Today...

    follow me on Twitter