Ahad, 30 November 2008

Lawak Antarabangsa: Miscommunication - 18SX ;-p

I was clearing my inbox the other day.. and came across this forwarded email from a fren.. and thought of sharing it with all of you guys out there..


Enjoy reading.. hope you'll smile (if not lough out LOUD!!!!) as i did ;-p
Ceritanya... jeng.. jeng.. jeng...
A co-worker got a pen stuck inside our printer. He started to try and remove the pen, but I told him we don't have time for that now, just put a note on the printer telling folks not to use it and then report it to the Help Desk. So he grabbed a piece of paper and scrawled on it. I left before he finished the note.

About 20 minutes later, one of my techs comes in laughing and says he was just in the lobby, saw a piece of paper on a printer and went to investigate.
Attached is what he found. Sometimes things don't always come out the way you want them to........
See below
Read - Do not touch. Pen is stuck.
Heeheehee..
;-p

Sabtu, 29 November 2008

Nilai 3.. Penat Wehhh...


Hari tu time menunggu budak2 ni habis kelas Tea Kwan Do, menyembang la dengan parents lain.. Topik menarik ari tu.. Nilai 3... Siap nak buat rombongan bagai.. hekekeke..
Apa ada kat Nilai 3 tu???.. beriya2 mengajak ke sana.. beriya2 bercerita kemeriahan Nilai 3.. and aku pun termakan cerita2 indah yang disajikan.. hari ni aku kesana..
Untuk mereka2 yang tinggal berjiran dengan Negeri Sembilan mcm aku kat Melaka, Mereka yang di Selangor dsb.. memang tau la Nilai tu kat mana..


Muka penat... kepala pun tak larat nak angkat.. angkat kening je...

Nilai 3 ni pun kat Nilai jugak.. hmmmm... meriah.. dah macam kat Bukit Kayu Hitam.. macam kat Padang Besar... macam2 adaaa... mostly barang keperluan rumah.. kain2 ela (or.. meter? hmmm..) untuk baju kurung, baju melayu.. and pakaian serta lain2 keperluan sekolah.. barang2 untuk hantaran perkahwinan (memang banyak sangat2 ).. carpet.. tikar sarawak.. tikar buluh.. barang perabut serta perhiasan rumah.. bunga2an..

Eh.. memang betul la.. banyak betul orang!!! bas sekolah.. bas rombongan.. penuh kat parking.. tak tau la pulak yang Nilai 3 ni pun salah satu destinasi rombongan.. patutla kakak2 tu sibuk nak ke sini.. :-)

Senyum pun macam dipaksa2... "Penat.. jom balik la bu.. tak larat jalan.."



Penat kaki nak menapak.. besar betul kawasannyer.. itu pun aku tak habis meround.. Sarah dah merungut2 penat.. Aiman kata, "tak pe bu.. kita pusing2 dulu, tengok apa yang kita nak beli.. esok kita datang lagi.. kita beli la.." Hahaha.. dalam ati aku, "amboi.. bercakap.. mcm ke Nilai tu belakang rumah dia.. tol je dah RM9.50.. satu hala tu!!.."



Muka berkobar2... nak datang lagi esok.., "esok lepas Tea Kwan Do kita pegi lagi eh bu.."



Kamera cuma bawak buat sandang kat bahu je.. satu hapah tak snap.. sebabnya?? excited tengok barang2.. murah2 la jugak..

Khamis, 27 November 2008

Award??? Hmmm... bestnyer...

Penat weiiiii... baru balik dari "Dubai" amek award.. Hekekekeke...

Mekasih la buat adik yang cantik manis.. rambut panjang mengurai.. NoorSusilawati a.k.a Shiela.. :-)

Terasa2 la pulak.. layak ke dapat award ni???? and... terfikir.. hehehe.. orang kesian kat kita kot.. sabit orang bagi.. Ah ah ah ah..
Apa2 pun.. sebab katanya kita kena tayang.. so.. dengan hidung yang kembang kuncup.. kita tayang la yerk...




And kalau dah bagi tu.. tentu2 ada syarat...

Dan syarat2nyer...

  • sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing

  • Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang

  • Bagi award nih kat 7 orang bertuah

  • Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu.....



So.. inilah dia.. kesinambungan dari award yang diterima..

- pertama2: firnasya kawan lama yang kiut miut
- kedua2: janelabu Cikgu Jane.. yang duduk nun di Perak..
- ketiga2: andiarshad adik hady.. future top architect
- keempat2: tooshabby Cik watie yang umah mentuanye.. dekat sangat ngan rumah kita tu..
- kelima2: ummibatrisyia Ummi... yang baru je tukar cat rumah ngan gambar hello kitty :-p
- keenam2: sanyaleeya Cik Sayaaaaaa.... yang ada kucing meow.. meow..
- ketujuh2: hijrah1429 Ammie Hanni... yang tak sudah2 dengan cerita "panasssss"


So.. angkut.. jangan tak angkut award tu... bukan senang nak dapat.. and lepas tu... jangan lupa share2 ngan orang lain pulak yerk...

:-)

Selasa, 25 November 2008

:-( ...Kau pergi jua...

Dua beradik.. Cotton & Spidey :-(



3 minggu lepas.. ada orang buang kitten kat rumah kosong sebelah rumah aku.. kecik sangat2.. tak reti apa2 pun.. kesiankan kitten tu.. risau mati atau kena makan anjing.. aku pun setuju bawak masuk rumah.. letak dalam transporter asingkan dari PohChin ngan ChanChan..
Esoknya pulak balik kerja.. eh.. ada dua ekor..???!!! Kata Aiman, "ada 3 bu.. satu lagi dah mati.. kena gigit semut..."... Laa.. kesian la pulak..



Spidey dalam kenangan..



Belikan botol susu kecik utk dia and bagi la nama "spidey" sbb suka panjat2 mcm spiderman.. and satu lagi nama "cotton" sbb putih gebu bulu dia..


But kitten tu kecik lagi.. and minggu lepas "spidey" mati.. aku rasa sedih sangat2.. kesian dia.. Terbayang2 bila dia kalut.. kabut minum susu.. lambat sikit.. bising sangat bunyi dia..


Tak tau kenapa.. dari tadi.. daripada office tadi aku tak sabar2 sangat nak balik tengok kitten putih kat rumah aku.. terbayang2 muka comel kiut miut putih si Cotton.. Tapi.. bila aku sampai rumah.. first thing Sarah cakap "Cotton mati"...


Sayu sangat rasa hati.. kitten tu kecik lagi.. tak pandai apa2 pun.. kenapalah orang buang kitten tu.. Pilu sungguh hati aku..
Dan airmata aku pun mengalir... Kenapa????

:-( :-( :-( :-( :-(

Ahad, 23 November 2008

Hutang TAG Cik SAYA... :-)

Hmmmm.. 10 weird / habits / little known facts tentang diri sendiri? Apa ke benda yeark…??? Puas nak perah otak.. macam dah takde menda lain la orang nak TAG bagai.. pas satu.. satu..


Buat Cik SAYA… hutang TAG langsai kkkkkk…


Rules & Regulations :


  1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

  2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.

  3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

  4. No tags back!


  • 10. Little known facts - Muka saja garang.. (perangai pun garang jugak ;-p).. and nampak sombong.. tapi aku bukanlah begitu.. Once you know me.. I am peramah, easy to work with and very helpful.. (tak caya.. tanya all my office mate..) don’t forget.. I’m approachable..

  • 09. Little known facts - Muka saja garang.. (again perangai pun garang jugak..) but sebenarnya hati sangat lembut.. tak kira macam mana marah pun aku.. aku cepat tak sampai hati.. Mangsa tetap aku?? Pen dan dinding.. (selalu baling pen kat dinding bila marah sangat2..)

  • 08. Little known facts - Muka saja garang.. (and again.. perangai pun garang jugak).. aku bukanlah suka mengadu2.. menangis2.. atau berdrama depan boss (hehehe.. aku kenal sorang yang mcm tu.. sikit2 masuk bilik boss nangis2.. rimasssss!!!!).. most of the time.. aku solve sendiri kalau ada office problem especially with staff.. but.. tu lah.. tak mengadu pun boss tau jugak.. orang lain yang tolong ngadukan.. ---> end result.. orang kata aku jugakkkkk!!

  • 07. Little known facts – Aku tak suka amek tau hal orang.. but being me and sitting at my seat.. kena amek tau jugak.. pada aku.. the lesser you know.. the better.. terasa mcm beban bila tau semua.. gaji orang la.. masalah orang la.. boss suka siapa la.. sapa kena marah la.. siapa dapat surat warning la.. sapa naik gaji banyak la.. but ramai yang ingat duduk tempat aku GLAMOURRRR.. believe me.. it has nothing to do with glamour.. more to responsibility..

  • 06. Little known facts – My appearance.. kalau jumpa aku kat tempat kerja.. and kalau bekerja dengan aku, semua kata.. aku sangat confident.. and sangat2 berani (in term of dealing with people).. ini semua orang kata la.. reality.. aku orang yang tak sebegitu.. ini semua KERJAAAAA.. nak tak nak… kena confident..

  • 05. Little known facts – My appearance.. kalau jumpa aku kat tempat kerja.. I have no problem when it comes to decision making.. aku tak cepat melatah.. and the decision I made always.. repeat.. ALWAYS (so far la..) reflects my bosses’ decision.. but in reality.. aku orang yang banyak berfikir.. bukan senang nak come to a decision yang tak mengoffend others.. especially if you are working with CLIENT.. :-)

  • 04. Little known facts - other secretaries (actually cuma one particular je..) selalu kata aku berlagaks.. believe me.. aku tak pernah rasa bangga pun dengan siapa boss aku tu.. aku sedar.. yang managernya dia.. AKU CUMA KULI… and yang bercakap tu pun.. selalu ada rasa dengki sebab dah lama mengidam nak duduk kat tempat aku.. but.. boss yang tak nak dia.. sebabnya?? Dia ala ala CNN, BERNAMA gitu.. tak sampai 2 saat.. berita dah tersebar satu dunia.. Kena warning dah banyak kali pasal mulut.. but still.. tak berubah.. Yang nyatanya aku bukan berlagak.. its my duty to be tegas.. I hate it.. really…

  • 03. Weird things about me – I have animated mind.. when people talk.. I have movie inside my head.. sebab tu.. kalau orang bercakap dengan aku.. kadang2 aku senyum.. it is mainly because of the movie that plays in my head..

  • 02. Weird things about me - I can write with both left and right hands.. In other words.. aku pengguna otak kiri dan kanan..

  • 01. Weird things about me - kekadang tu aku tak pasti betul ke aku bumiputra.. hehehe.. (issue sensitive..) Dengan darah DKK and SEPET.. betul ke aku bumi??? Hmmmm… still.. status dalam I/C – BUMI ok… no doubt!! DKK yang hate kari dan makanan yang seangkatan dengannya.. very much.. ayat yang selalu cakap kat mak masa kecik2 dulu.. “ yang… tutttt.. tu abah… bukan orang.. kenapa masak kari je?????” kesian mak.. dasar anak tak sedar asal keturunan..

Weird things about me – hahaha... aku memang weird agaknya..

Nak TAG siapa la pulak lepas ni… hmmm.. tak nak panjang2 la.. jangan marah yerk..


I know I masih ada hutang TAG dengan Alycia.. but.. maaf yea Alycia.. I pemalu.. takut dengan flash.. muka I dengan muka Siti Norhaliza sama je.. takut nanti ada orang tak tido malam ingat i (kes perasan lebih.. wakakaka..) so kira habis utang yea.. hehehe..


Sabtu, 22 November 2008

Yea... Dapat Bunga :-) :-) :-)

"Selamat Petang.. (buruknya bunyi bila boss aku cakap bahasa melayu.. malu aku..) Before proceeding with my speech.. I would like to record here that if it is not because of our 3 beautiful ladies here.. we would not have this dinner pulled together.. their dedication and effort.. to realise this evening.. bla bla bla.. give a big hand to AA, DB and my name... ", I go.. huh.. what..???!!! berpandang2 satu sama lain... "eh.. eh.. ni tak de pun dalam agenda kita.. apa ni...???".. "So ladies.. now, please come up to the stage and we would like you to receive this... as our appreciation and thanks" kata Dave pada kami2.. and semua orang kat bawah Tepuk! Tepuk! Tepuk! Tepuk!...




Dan dengan terpinga2 bangang.. (kata orang Melaka) kami pun naik ke pentas amek bunga... MALUNYAAAAAA... believe me.. the whole time we did all these.. because it was our duty.. and dengan hati yang ikhlas.. the reason why i said i want AA and DB to assist me.. not only they are my dearest fren.. but also.. i know... we can work together.. regardless bila berbincang kami kadang2 sampai bertegang urat leher.. sampai.. tinggi suara.. but at the end of conversation.. we are still good fren.. and we know.. it is only work..

And it was not the three of us alone.. we have others that has helped us with a lot of things.. Without them.. things would not work as it has last night...

Penat??? bagai nak gila.. aku, AA & DB tak sentuh makanan sikit pun... standby untuk cue and all.. boss pandang dari jauh and sesekali singgah kat tempat kami berdiri (percaya dengan tidak je kami sepanjang2 event.. berdiri standby untuk cue..) Aku.. habis satu banquet hall.. bepusing sana sini.. mencari participants and whatever untuk cue ke belakang pentas.. and whatever datuk nenek problem segala yang datang mintak perhatian.. Sesekali check VIPs and talked to all guests.. penat wooooo...

Kami dapat bunga.. dengar cerita boss sendiri called hotel.. suruh hotel arranged for us bunga tu.. Makaseh boss... :-) Kembang hati.. bagai nak gila.. but kejap je.. lepas tu bunga kami campak tah ke mana.. cue punya pasal.. hahaha..

Staff yang datang and thanked us for a wonderful night.. toksah cerita la.. berlambaks.. Pipi.. sampai naik lenguh senyum.. walaupun perut lapar.. kaki letih.. muka.. still senyum sampai telinga.. cramp rasa pipi..

Apa2 pun.. terima kasih sangat2 buat dua teman aku Angelin and Dionne.. Thank you for being such a good friend :-)


.

Rabu, 19 November 2008

Part 1: Berakhir????.. Eh, mana ada !!!! :-( baru je mula...

Aku kira segala penat aku berakhir bila... Aiman terima result UPSRnya... Aku kira segalanya berakhir bila keputusannya cemerlang... Aku kira aku tak perlu peningkan kepala aku dan berehat seketika sebab sekarang ni cuti sekolah... Aku kira aku akan ada sedikit masa untuk diri aku sendiri... Apakan daya... salah perkiraaan aku rupanya... :-(

Entahlah... hanya Allah saja yang tau betapa gembiranya aku kerana Aiman dapat 5A... Sarah masih lagi mengekalkan kedudukan teratasnya dalam kelas... and Danial dapat nombor 3... tapi... eh.. kenapa tapi pulak???

Kemana pulak selepas 5A??? Cikgu2 suruh apply asrama penuh... Mak... Abah... Kawan2... Adik beradik... and.. ayah budak2... buat aku rasa sangat2 tertekan.. Kenapa pulak ni??? takut berjauhan dengan anak ke???

First thing yang keluar dari mulut Aiman "TAK NAK!!!... Abang nak sekolah biasa je.. tak nak asrama.. tak best!!!" Terdiam aku... Sarah, Wawa sepupunya.. beria2 nak masuk sekolah asrama dulu.. lain pulak budak ni... "Ibu ngan ayah dulu pun sekolah biasa jugak... pandai jugak.. masuk universiti jugak.. kenapa abang kena masuk asrama pulak??" Hmmmm... ayat aku pulak yang dia guna... "Abang nak duduk rumah.. dengan ibu.. dengan adik... dengan kakak..." buat aku betul2 terdiam.. memang dia tak mau pergi...

Tak cukup aku.. makciknya di JB called... pujuk... and last conversation we had last night was.. "Okeylah... mcm ni... kita isi borang... kalau ada rezeki abang... abang pergi la dulu... try sekolah asrama... kita tengok... 3 bulan ke... kalau abang tak suka... bukan tak boleh tukar sekolah biasa semula..." Aiman diam... raut air muka dia pun aku tau.. dia tak suka dengan idea aku... "Tapi abang tak nak.. 3 bulan tu lama... kenapa kena masuk asrama pulak???" sedih sangat bunyinya...

Aku rasa tersepit sangat2 antara kata semua orang... dan perasaan anak sendiri... aku faham sangat2 anak aku ni... aku tau kenapa dia tak nak masuk sekolah asrama... "ibu kata kalau abang cakap dengan ayah baik2.. ayah faham.. sekarang ayah dah merajuk dengan abang..." kata Aiman sedih lepas meletakkan telefon bercakap dengan ayahnya... Kesian Aiman... dan aku.. aku tak mampu nak kata apa2... :-(

Khamis, 13 November 2008

Aiman tak kisah...

Muka sebelum pekena roti canai 2 keping pagi tadi...





"Aiman tak kisah..." mcm tu la anak bujang aku ni... exact sentence when describing him...

Dilahirkan ketika berusia 27 minggu dalam kandungan di hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Ketika usianya dalam kandungan, doktor meramalkan kembar.. namun mungkin tak de rezeki kami semua.. ketika kandungan aku mencecah usia 5 bulan, aku keguguran.. dan hasilnya.. seorang bayi comel yang beratnya 1.4kg yang kami beri nama Muhammad Nur Aiman..

Dari kecil.. Aiman tak henti2 buat aku menangis.. dengan keadaan kesihatan yang sentiasa buat aku tidur tak lena.. dengan komplikasi2 yang buat jantung aku tiba2 terhenti... Anugerah dari Allah yang bernama Aiman ini.. selalu menduga jiwa aku sebagai seorang ibu...

Hari ini, Aiman buat aku menitis air mata lagi.. terasa sebak sangat2 dalam hati.. Sepanjang tahun ni saja.. bermacam2 kerenah yang dibuatnya.. yang buat aku tak lena tidur malam.. dari yang kecik2.. sampai la ke sebesar2 cerita..







Aiman & rakan sekelas - All 5As... Congratulations!!



Hari ini Aiman dengan bangganya naik ke atas pentas mengambil keputusan UPSRnya.. Menggigil aku bila cikgu melaungkan "5A"... Aku yang dari tadi sibuk merakam gambar teman2 Aiman.. terhenti seketika... macam tak percaya dengan apa yang baru saja aku dengar... "5A???" bisik aku dalam hati... "Aiman kotakan janji dia pada aku... ALHAMDULILLAH.."...




Tangan ketaq... gambar pun ketaq naaa...


Dalam mengigil tangan, orang pertama yang aku bagitau - ayahnya... Terasa sedih bila mengenangkan.. tentunya ayah Aiman gembira dan bangga..

Terkenang Sarah.. tahun lepas.. aku sampai bila semuanya dah selesai.. and.. Sarah naik pentas amek keputusan UPSRnya tanpa ada sesiapa... :-(

Isnin, 10 November 2008

Inikah Bangsa Aku???? Melayu BOLEH???!!!

Pernahkah you all semua ke halaman ini? www.TAGGED.com

Beberapa bulan yang lepas aku terima email dari Sarah.. Tajuknya you're Tagged!!! And sebabkan yang menghantarnya anak sendiri.. so bukak la.. rupa2nya, website lebihkurang macam friendster, myspace and so on.. so buatla profile sbb ingatkan.. yea la.. anak2.. sama2.. saja2.. suka2.. And that's it.. lepas tu aku tak pernah bukak lagi website tu.. hinggalah.. baru2 ni..

Tah kenapa teringat and bukak.. and upload photo dan sebagainya.. the moment i upload photo.. Ya Rasul.. punyalah ramai orang menghantar "Tagged"... And to my suprise.. 10/10 yang menghantar rata2 bercerita perkara yang lucah...

Talk about pornography!!!! Entah berapa banyak kali aku beristighfar... melihat gambar2 yang sangat2 menjijikkan.. dan memualkan... dari pelakon2 dan model2 yang rata2 ada bin.. dan binti di belakang nama mereka.. dari pelakon2 dan juga model2 yang rata2 kulit sama warna dengan aku... dari pelakon2 dan juga model2 yang sama agama dengan aku... Tanpa segan silu.. memaparkan no telephone untuk dihubungi.. tanpa segan silu "menjemput".. tanpa segan silu memaparkan bahagian badan dan "equipment" yang mereka ada pada khalayak internet.. Dan tanpa segan silu... mempamerkan wajah2 mereka dengan bangga sekali... :-(

Bangsa aku kah ini??? Malunya aku nak mengaku.. MELAYU BOLEH??? Banggakah aku kerana bangsa aku kini setaraf dengan dunia???

Komen seorang teman bila aku bercerita ialah.. "kakak i kena tipu kat website tu la.." membuatkan aku tersenyap.. how can you trust a person that you don't even know? I know that aku bukan ke halaman tu untuk mencari jodoh atau sebagainya.. and these people.. are mostly looking for cheap and i repeat.. VERY CHEAP thrill..

A random message was sent to me by an Unknown sender warning me of a person with certain ID .. sebabnya.. dia terpedaya and mengikut sang manusia tersebut hingga ke bilik hotel... again tak berhenti aku beristighfar...

End of story.. apart of merasakan ianya satu fardhu kiffayah buat aku memberi info kepada semua yang ada adik2.. anak2.. kawan2 dan sebagainya untuk beringat2.. dan berhati2.. alangkah malunya keluarga bila melihat gambar anak2, adik beradik, saudara mara terpapar dengan sedemikian rupa... walaupun mereka2 itu semuanya bukannya dari kalangan yang aku kenal.. hati jadi sedih sangat2.. mengenangkan.. apa la yang nak jadi dengan bangsa aku sendiri..

Firman Allah swt di dalam Surah al-Asr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”




Dan hati menjadi lebih runsing.. aku juga ada anak...

Ahad, 9 November 2008

That is it???

Took a very long quiz with 20 questions so.. and this short sentences came up!!! Puji la lebih sikit.. hmmmm...






Your Attitude is Better than 50% of the Population



You have a positive attitude... sometimes. You prefer to see the world through clear glasses, not rose colored ones.

Sabtu, 8 November 2008

Kena TAG.. :-)

Rules:

1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.

Date: 08-11-2008 Starting time: 0657hrs Ending time:
0817hrs

Name:
Nor Ismah Abdullah (don’t tell anyone k…)
Sister: 2 (lin and dik yang)

Brother: Used to have 3 (now fendi and norez). My late brother passed away in 2006. Al-fatihah..
Shoe size: 7.5 (kaki mcm kapal kata my fren)
Height : 5' 3"
Where do you live: Paya Rumput, 78000 Alor Gajah, Melaka - Malaysia
Have you ever been on a plane: Yes

Swam in the ocean: hate air masin.. and sticky sand
Fallen asleep at school: during colleage years… LOTS and LOTS and LOTS of time… pensyarah boring!
Broken someone’s heart: countless times… (mak garang oooo.. mana boleh main cinta.. BELAJAR !!! kata mak…)

Fell off your chair: I know someone who ever did…
Sat by the phone waiting someone's call: heh.. heh.. heh..
Saved e-mails: berlambaks!
What is your room like: reflects my personality (?).. bersepah!! hahaha

What’s right beside you: My mobile, my cheque book, my facial toner, contact lense cases, on and on and on and on… (I’m on my bed with all these things…)
What was the last thing you ate: Mee Bandung..

Ever had... chicken pox: When I was 11.. time tu stay di Kangkar Tebrau, Johor..
Sore throat: Almost all the time.. too stress I guess.. immune system down.. ha ha..
Stitches: jari telunjuk tangan kiri.. when I was 3, my late brother (he was 5 then) chopped pokok pisang kat belakang rumah… and me.. was helping him holding the pokok pisang.. WAAAAAAAAAA… and other places which I rather not mention.. ;-P
Broken nose: hidung ni memang dah sediakala tak mancung.. bukan sbb lain
Do you believe in love at first sight: yeah.. rite... crushes yes… not love… NO
Like picnics: so so..
Who was/were... The last person you danced with: hmmmm… my crazy frends… at peter’s birthday party…
Last made you smile: yesterday morning when they say I’m no longer numero uno… someone else has taken over... (Big HA! :-))… AT LAST!!!!
You last yelled at: ChanChan (my cat).. it left its “personal” belonging merata2 this morning.. :-)
Today did you... Talk to someone you like: a..haaa.. ;-p
Kissed anyone: Big HUG and KISS… KISS… KISS… all my little bosses.. (Sara, Aiman & Danial) - seperate list of names is available upon request.. ha ha ha ;-)
Get sick: Sick? Definition of SICK… Hmmm… too universal… at the moment, I am sick of a lot of things…
Talk to an ex: Last raya when he came to take the kids…
Miss someone: Someone? More like some two… some three… some four… some on and on and on…
Who do you really hate: hate is too strong word… GERAMMMM… is more like it…
Do you like your hand-writing: I love my shorthand better… can’t even read my own handwriting…
Are your toe nails painted: used to when I was in my younger years… (my mom used to do this for me when I was 3, 4, 5…)
Whose bed other than yours would you rather sleep in: No one! I love my bed 100%. Balik kampong also I have my own ‘bedding set’ with me..
What color shirt are you wearing now: not t-shirt… but.. yes.. red..
Are you a friendly person: I have no problem working or associating with people so far.. Well except for Ms RM9k – The Manager… I guess I failed the question… :-(
Do you have any pets : 2 Cats – ChanChan and PohChin
Do you sleep with the TV on: Never.. Never.. Never..
What are you doing right now: Obviously… need I answer this q?
Can you handle the truth: I am a very calm and compose person.. I guess yes…
Are you closer to your mother or father: My KIDS.. I tell them everything…
Do you eat healthy: Now.. how do you think I can maintain my figure still? Luck? ;-p
Do you still have pictures of you & your ex: MAK GAARANG ooooo… TAKUTTTT… I do not keep any evidence………….
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: Who? More like what… My laptop.. and all my journals… Most of the time, I'll just go home, reflects and go to bed..
Are you loud or quiet most of the time: I don’t hide behind bushes.. Moderate.. In between.. see situation la..
Are you confident: Appearance wise.. Big YES.. (does this count?)
5 things I was doing 10 years ago:
1) I was happily married ….
2) We were staying in Labuan
3) Aiman was turning 3.. and he was progressing good.. less visit to hospital (Alhamdulillah)
4) I was 28 then..

5) We had our 1st mobile phone (ha ha.. WOW and… WOW again..)
5 things I would do if I were a billionaire:
1) Have to agree with all… HUTANGS…
2) Give my mom lots and lots and lots of money… (sorry mak.. anak mak bukan billionaire yet… :-( only thousandaire… tu pun small small thousands… wakakaka)
3) Amal jariah…
4) Live a simple life…
5) ***** stuck… like I’ve said… I’m a very simple person… can’t think of anything else… duit dah banyak sangat!!!!! Wakakakaka…
5 of my bad habits: HA HA… I CAN GIVE YOU MILLIONS!!!
1) Panas Baran – I just walked out…
2) Pelupa – goes with the age i guess..
3) Garang at times – SHOULD HAVE BEEN ALL THE TIME... HMMMM..
4) Not organize – Irony of things… I organize people.. and me?.. tunggang langgang!!!
5) Malas bila di rumah… (Sorry baby.. ibu penat!!!!!!)
5 places I've lived/livin:
1) When I was small –
- Johor: Tg Adang, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kangkar Tebrau
- Melaka: Kem Terendak – Where I got my finger chopped
- Perak: Taiping
- Selangor: Beremban, Sg Besi, Ampang
- Wilayah Persekutuan
2) When I was a teenager:
- Johor: Kangkar Tebrau
- Negeri Sembilan: Port Dickson
- Penang: Bukit Mertajam
3) ITM Years:
- Penang, Kelantan, Pahang, Johor again (Johor Jaya)

4) Single years:
- KL
- Seri Manjung (met someone I love dearly and we got married)
5) Married years:
- Seri Manjung, Perak
- KL
- Labuan
- KL
- Seri Manjung, Perak – Butterworth, Penang (dua dapur this time)
- Alor Setar, Kedah – Sg Petani, Kedah
- Kulim, Kedah
- Kulim, Kedah – KL
- Kulim, Kedah – Port Dickson, N Sembilan

I am now membawa diri di Melaka… until further notice that is…

What do you really want to do right now ? Nothing at all… Just nothing…

What do you really wish for? Scared to make a wish… Scared of not getting what I am wishing for… :-(

The 5 people I liked to tag: Bersediaaa. Jawab Jangan tak jawab...
;-p ;-p ;-p
1. Firnasya
2. Ummi
3. Hady
4. Watie
5. Romzi

Khamis, 6 November 2008

Part II - Kau Jahat :-( Aku Benci!!!!!

Ceritanya...

Ja** kata: kak.. kak.. akak boleh diam je orang buat akak mcm tu.. sabarnye akak ni... heiiii.. kalau sayalah kak.. memang saya maki dia cukup2
Aku kata: hmmm.. orang mcm tu.. tak payah layan.. malas.. buang energy je...

Peter kata: i would have go back and give it to her face!!!
Aku kata: pointless.. let her.. eventually she'll get tired...

AA kata: poor you.. i'm sorry :-( go and tell Dave.. I'm sure he'll do something bout this...
Aku kata: not that i don't want to... it's just that.. he has already so much to think.. and i do not wish to add some more.. just forget about it..

Rod**g**z kata: Btcih... !!!!
Aku kata: ...... (tak terkata apa)

Allan kata: i know that you said that you only want to vent your frustration here.. honestly, do you want me to do something bout this? I'll do it immediately now..
Aku kata: no.. i'm just so... upset.. i need someone to listen.. thank you for listening...

Kereta Oren kata: you biar je??? you tak balas balik??? geramnya i dengan perempuan tu..
Aku kata: dia jahat.. benci.. (mengada2 boleh?.. Ahaks.. )


To be honest with.. eventhough i look so tough at that moment... hakikatnya.. aku tidak.. lepas saja aku tinggalkan Ms RM9k - The Manager... aku terus balik ke bangunan aku.. and airmata aku memang dah bergenang sangat2.. aku tak menoleh kiri kanan.. jalan terus je ke changing room and menangis (dengan "softly"... wakakaka..).

And hari tu aku teruskan kerja aku dengan hati yang sangat luka.. ramai teman2 aku yang datang ke tempat aku.. semuanya melahirkan rasa tak percaya.. yang aku cuma "cool" je bila Ms RM9k - The Manager jerkah aku.. Bila Ms RM9k - The Manager baling kertas depan muka aku.. Bila Ms RM9k - The Manager mengasak aku dengan mulutnya...

And hari ni.. ramai yang berkata, macam tak percaya bila aku cuma pusing dan senyum and terus blah..

The truth is..

i. Aku betul2 rasa macam nak angkat tangan aku dan menghayun sekuat hati ke muka Ms RM9k - The Manager, but... aku tak nak sakitkan tangan aku dengan menyentuh dia..

ii. Aku betul2 nak balas balik cakap Ms RM9k - The Manager, but... like i've said.. pointless.. waste of energy.. it will not go anywhere...

iii. Aku betul2 nak get back to her.. but.. will it not make me the same as she is? I don't want to be like her.. EVER!

iv. I always tell myself.. a lot of time... "whatever comes from your mouth... reflects your mentality"... Well.. need i say more?

v. Pepatah orang tua berkata, "anjing menyalak bukit... bukit tak runtuh.. anjing yang sakit tekak"... ni bukan aku yang kata tau... pepatah yang kata... wakakaka..

vi. Mak bapak aku tak pernah lagi ajar aku untuk kurang ajar...

Hari ni.. Ms RM9k - The Manager jadi kera sumbang.. masuk pantry.. semua orang keluar.. bercakap dengan orang.. semua orang paling muka.. Hari ni.. Ms RM9k - The Manager kena panggil dengan Tucker.. Hari ni.. aku sendiri pun tak tau.. gembirakah aku? aku pun tak tau.. Cuma.. yang aku yakin sangat2... lepas ni.. Ms RM9k - The Manager.. will definately benci aku for life...

But then again... Yeah.. rite.... like i care.... :-p

Rabu, 5 November 2008

Part I - Kau Jahat :-( Aku Benci !!!!!

Ceritanya... Our Ms RM9k - THE MANAGER... sapa lagi..

"Hey.. you tak tau ke I tak de masa untuk semua ni? You tak nampak ke yang I tengah sibuk? I busy tau tak!!" dengan muka bengis dia tengking aku.. Sebabnya? aku bagi dia surat untuk dia forward to all companies for contributions for lucky draw utk dinner...

Aku tarik nafas panjang.. "I faham... Semua orang pun sibuk.. procurement, purchasing, accounts and contracts... semua buat.. And lagipun, i bukan suka2 bagi kat you.. I.." and before i can finish my line, she goes.." Hey.. I tak peduli.. You faham tak i sibuk! You nak mengadu kat manager ke.. boss ke.. pergilah kalau you berani!!! " dengan suara yang kali ni lebih tinggi.. (dah la suara macam chipmunk!!..) and kali ni ramainya orang tengok kelaku dia... aku tarik nafas panjang.. "pointless..." kata aku dalam hati.. turned and without me realising.. i said "IDIOT..." softly...

Haha.. softly konon.. dia dengar la pulak and... "HOI!!! WHAT DID YOU SAY?.. COME AGAIN!!!", punyalah kuat dia menjerit.. aku buat tak reti terus jalan..

Later, I walked passed by the cubicle of Ms RM9k - The Manager.. she was engaged on line.. saw me.. quickly put down the phone and... "HEI.. KAU AMEK NI BALIK!.. AKU TAK NAK TENGOK KERTAS NI KAT ATAS MEJA AKU!!!" tiga batu orang boleh dengar.. Aku pulak.. dengan muka toya.."Laaa.. apa susahnya.. buang je la.. you tak de tong sampah ke?"..
The moment i reached her.. she threw the paper in front of my face.. and landed exactly kat kaki aku.. "KALAU TAK PANDAI BUAT KERJA... JANGAN HARAP LA NAK SURUH ORANG BUAT PULAK!!" SENDIRI YANG BODOH.. NAK KATA ORANG BODOH.."

This time, sabar aku memang dicabar.. terasa darah naik atas kepala aku.. tangan aku .. menggigil sangat2.. aku tarik nafas dalam2.. tunduk.. kutip kertas draft tu and.. bangun... semula.. Look straight at her face.. and smile...

"Sa***h sayang.. " dengan penuh lembut dan sopan santun.. "sapa cakap you bodoh.. I tak pernah pun kata you bodoh.. tapi.. tulah.. kalau you terasa i tak tau la pulak.." and I turned.. crumple the paper.. throw into tong sampah.. turned my head again.. smile at her and left...

Ceritanya.. Before i left the office ptg tadi... ada manager yang baik berbisik.. pagi tadi dia kena tegur dengan other manager (her boss).. Ceritanya... one of her staff (yang dia aniaya..) dipindah ke department lain.. bersyukur aku untuk itu.. kesian pak cik Za***l.. dia baik.. dan rajin.. semua orang sayang dia sebab dia suka tolong orang... recently dia susah hati sebab Ms RM9k - The Manager don't want to sambung contract.. mcm2 dia buat kat orang tua ni.. sedih aku.. at least now he has bos yang baik..

Dalam hati.. patutlah melebihkan orang meroyan je perangai dia hari ni...

And sedih dan sakit hati aku hari ni... berbalas dengan berita gembira buat pak cik Za***l

Sabtu, 1 November 2008

Hmmm... Melawak yea... ;-p

Talk about all the stupidest things people will ask you..

Finally.. friday aritu aku keluarkan invite to all staff for the annual dinner yang bakal menjelang.. and soalan2 dan reply bodoh yang popular aku terima...

1. Boleh bawak girlfriend tak?
- dah sah2 kat invitation tu kata "you and your partner".. baca ke tak?

2. Partner tu wife ke?
- unless you don't think that your marriage is a partnership.. it is entirely up to you

3. Partner = Wife = Girlfriend.. anak boleh bawak tak?
- Invite says "both you and your partner" = wife = girlfriend.. note the word BOTH?

4. Smart casual? Jeans ok tak?
- Hallo.. need i explain.. letih la..

5. Boleh bawak adik tak?
- Adoiiii.. it does not matter.. no one going to check your ic, birth certificate and all..

6. Kalau datang sorang? tak de partner boleh?
- Kenapa? nak suruh aku jadi partner ke? alaaa.. soalan yang lebih bijak tak de ke?

7. Yes, i am coming.. count me in..
- Wei la... berapa ramai yang aku nak count ni? satu ke dua?

8. Kak, kira i boleh datang dgn wife yea?
- Yea dik.. bawak la wife tu.. akak no hal.. dijemput..

10. I tak boleh jawab sekarang la.. i confirm nanti yea..
- Aloooo.. fren.. invite says.. reply by 12:00noon, 07-11-08... bukan sekarang

11. Ala.. I ada wedding la aritu.. buat hari lain boleh?
- Suka2 ati je...

12. Kalau ada 2 wives cam ne?
- GRRRRRRRR!!!!

13. You jadi partner i? boleh?
- GRRRRRRRRRR x2!!

No offence but.. these are all engineer level and above... Kesian kan aku.. :-(

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter