Sabtu, 13 Mac 2010

Tak suka youuuu... GEMUK!

"eeeeiiii... I tak suka dia.. GEMUK!!" kata seorang teman untuk teman yang lagi satu buat aku terdiam membatu...

hmmmm... tak suka kerana gemuk??? apa maksudnye tu? hanya kerana Si A gemuk orang tak suka.. selama hari ni aku tak nampak pun tak baik perangai Si A tu.. ok je pada aku.. and gemuk bukanlah sampai saiz XXXXL... cuma besar sikit je... lagipun badan dia tinggi.. kalau berisi pun biasalah... dah meningkat usia... lemak2 tepu yang degil tu... susah nak cerita... haihhhh...

and yang tak suka pulak tu.. apa ceritanye????? kau tak suka sebab dia gemuk... ehem... ni nak bagitau... ingat tak setahun yang lepas... bila engkau ada masaalah berat badan... bila badan kau.. macam yang kau sendiri kata... GEMUK... malahan lebih gemuk dari orang yang kau tak suka tu.. tak pernah lagi aku dengar dia kata dia tak suka kau.. dia tetap kawan dengan kau..

kalaulah physical yang menjadi erti dan ukuran persahabatan buat engkau... maaflah... aku tak selesa berkawan dengan kau.. kau tak jujur... tak ikhas.. kalau kau hanya mementingkan kecantikan... dan segala rupa luaran.. maaflah... mungkin aku juga tak sesuai berkawan dengan kau... aku cuma makcik jual nasi lemak..

aku lebih selesa berkawan dengan si dia yang gemuk.. tapi ikhlas dalam persahabatan.. sekurang2nya kalau bercakap aku tau dia ikhlas.. sekurang2nya kalau menegur.. aku tau dia jujur.. sekurang2nya bila kami ketawa bersama... aku tau.. ketawa tu betul2 genuine... bukan plastik..

Ahad, 7 Mac 2010

Adoi laaaa....


Dengan kerja yang berlambak2 atas meja aku... kebelakangan nie... aku cepat sangat naik angin... It started with the fintail report... that drives me crazy... up to the wall... minggu lalu pulak menyaksikan office menjadi lengang kerana hampir semua clerical staff telah pun di demob... and termasuklah penyambut tetamu kami semua...

Dan aku pulak... terpaksa berhadapan dengan situasi2 yang menduga jiwa.. Arrgghhhhh.... Kisahnye...

Kata City L*nk: "Kak.. tak de org kat depan.. boleh receive ni tak?"

Kata Aku: "Oh.. ok lah.. tunggu depan dulu, kejap akak datang.." **dalam hati.. mcm manalah budak ni boleh lepas sampai tempat aku..**

Kata Aku: "Nak receive je kan.." **senyum.. sambil stamp receive..**

Kata City L*nk: "Boleh tak... kalau nak stamp receive tu... stamp betul2 dalam box dia" *tetiba je sergah aku..

Kata Aku: "Hmmm... box dia ni dik.. dibanding dgn stamp akak.. betul cam mana pun.. masih lagi terkeluar.." **senyum... walaupun dalam hati angin la pulak... sambil menulis nama and no ic kat dalam box tadi..**

Kata City L*nk: "Kak.. boleh tak kalau tulis tu cantik2.. jangan keluar kotak.." *tetiba lagi disergahnya dengan suara yang tinggi..*

Kata Aku: **Adoi laaa... budak ni.. dah aku tolong nak macam2 la pulak..** "Apa masalahnya kat sini dik?.. Ni cuma nak receive je kan... boleh baca tak stamp receive akak.. tarikh jelaskan?? And nama akak kat situ.. apa masaalahnya? Boleh baca kan??" **geram.. geram..**

Kata City L*nk: "Saya bukan apa kak.. saya tak suka balik office orang bising2 kat saya.. pot pet.. pot pet.. pot pet.. bla.. bla.. bla.."

Kata Aku: **Adoi laaa... berlebih la pulak..** "Ni sebenarnya nak apa dik.. nak bising2 kat sini ke? Cuma nak hantar consignment kan.. Dah receive kan.. dah la.. Akak ada banyak kerja la.." **aku pun bangun nak tinggalkan reception counter..**

Kata City L*nk: "Lain kali buat elok2 sikit.. bla.. bla.. bla.. bla.. Saya tak suka balik office kena marah!" *tetiba je nak jerkah aku.. eh..*

Kata Aku: **hilang sabar..** "Awak ni kenapa? Abis tu awak ingat saya suka dengar org bising2 kat sini.. cuma nak hantar consignment kan?? dah hantar.. org dah receive dah.. dah la.. Saya banyak kerja ni.." **hati sudah sangat panas.. kalau lagi lama tunggu ni.. meletup nih..**

Kata City L*nk: "Kak.. kita org melayu.. ada budi bahasa.." *dengan tak semena-mena je budak ni..*

Kata Aku: ** dalam hati.. Wah... nak perli2 la pulak.. aku pulak yang tak de budi bahasa?? Sapa yang tak berbudi bahasa ni??**

Orang Melayu?? Ehem... cuba baca betul2 nama akak dik.. tengok kat hujung tu.. A B D U L L A H **sambil aku mengeja satu2**... Mintak maaf ye.. Akak BUKAN orang melayu..

**Entahlah.. aku sendiri terkejut dengan ayat yang aku keluarkan tu.. but dah keluar.. tak boleh tarik dah..** Aku bangun dan terus tinggalkan budak courier tu.. And.. dari jauh aku dengar.. "Ohhhh... bukan melayu ye.." perlahan..

Kat mana la silapnye ye.. aku ke?? Adoi laaaa....

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter