Ahad, 31 Oktober 2010

Hormone imbalance... haihhhh...


Okehhh... mengandung selepas 11 tahun bukanlah sesuatu yang biasa bagi setiap orang **hahaha.. aku la tu..** Semua pengalaman2 yang aku ada once upon a time dulu... hampir kesemuanya dah tak valid lagi.. **eh.. ya ke?.. hmmm..**

Pernah satu ketika dulu, time aku mengandungkan Aiman.. kata En.Ayah pada aku.. "hai.. bukan tak biasa mengandung.. tak kan itu pun takut lagi.." Okeh.. kat sini bukanlah nak bercerita pasal apa yang dikatakan oleh En.Ayah pada aku.. tapi.. betapa manusia ni kadang2 lupa.. **hmmm.. atau memang tak tau.. atau memang ignorance.. entah.. korang jawab la sendiri ya..**

Sebenarnya yang nak bagitau kat sini.. tak kira lah berapa kali kita mengandung.. berapa kali kita bersalin.. berapa kali juga kita timang anak.. tak kira lah kalau setahun sekali.. setahun dua kali.. hatta.. lima tahun sekali pun.. perlu diingatkan.. tiap kali itu jugaklah kita akan melalui detik2 yang berbeza.. Ever wonder kenapa anak kita muka tak sama?.. kulit tak sama warna?.. atau perangai tu memang berbeza sgt2.. macam langit dengan bumi?... Walaupun mak dgn bapaknya orang yang sama? hahaha.. korang jawab la sendiri ya.. pas tu boleh bandingkan dengan jawapan yang akan aku bagi kat bawah nih..

Sebabnya... kita mengidam pun bukan benda yang sama.. perangai kita time mengandung pun bukan sama tiap kali.. begitu juga dengan komplikasi atau sakit semasa nak bersalin... So.. sebelum suami2 yang kat luar tu buat andaian.. bila isteri2 mengadu itu ini.. walau time tu dah mengandung anak yang ke 10 sekalipun.. sebelum bukak mulut.. fikir lah dulu.. sebabnya.. kenyataan anda tu mungking akan diguna pakai bila isteri anda sedang naik angin.. sepanjang2 hayatnya.. ulang berulang.. **hahaha.. bab ni tak de kena mengena dengan En.Amat ya.. sebabnya.. En.Amat memang jenis yang kalau kita cakap.. mengadu.. atau apa2 sajalah.. dia akan senyap tak kata apa.. sampaikan kengkadang tu.. terfikir la pulak.. dengar ke tak dengar suami aku ni bila aku cakap.. haihhhh.. tu bab lain pulak bila senang nanti kita cerita... LOL..**

Mengandung kali ni.. betul2 mencabar setiap inci diri aku.. baik fizikal, mental atau apa2 je lah.. Kalau dulu.. En.Ayah sentiasa ada dengan aku.. tempat aku mengadu.. kalau aku rasa sakit.. tempat aku lepaskan geram.. kalau time hormone tengah menggila dalam badan.. tempat aku mencurah segala rasa.. **itu kata aku la.. tak tau la pulak kalau En.Ayah rasa macam nak melempang je aku nih tiap kali.. sebabnya aku ni.. time mengandung memang macam2.. bukan kata En.Ayah.. aku sendiri tak faham diri aku time tu..**

Kali ni.. aku terpaksa mengharungi setiap saat "bersendirian".. kadang2 tu **well.. most of the time actually..** aku terasa sayu dalam hati.. bila berfikir ke belakang.. mungkin kerana aku ni kurang bersyukur agaknya.. teringat En.Ayah yang sabar tiap kali melayan kerenah aku dulu.. **hahaha... sabar la jugak..** Ok.. jangan silap ya.. aku tak membandingkan En.Ayah dgn En.Amat.. cuma.. kebelakangan nih.. hati aku jadi sedih mengenang cerita2 yang memang selama ni aku simpan sendiri jauh dalam lubuk hati aku.. 3 anak aku bersama En.Ayah.. 13tahun kami hidup.. Demi Allah.. berbohonglah aku kalau aku kata.. aku tak rasa apa2.. sebabnya.. apa yang semua orang nampak pada zahir dekat aku nih... tak melambangkan apa yang sebenarnya aku rasa.. **hahaha.. dah lari topik la pulakkkk..** But seriously speaking.. memang tak siapa pun tau.. bila aku menangis.. cuma aku dan hati aku saja yang tau..

Aku tau dan cukup terharu bila seboleh2nya En.Amat cuba menghadirkan diri... but jarak antara kami.. sangat2 menyukarkan keadaan.. dan sekarang ni.. aku jadi takut sangat2.. takut kalau2 aku terpaksa menghadapi segala2nya berseorangan.. tanpa En.Amat.. sedangkan selama hari ni.. untuk ketiga2 Sara, Aiman dan Danial.. En.Ayah sentiasa ada... lebih2 lagi aku ni memang manja.. mengada.. tak tahan sakit sikit.. **buat En.Ayah.. walaupun tak membaca.. terima kasih.. walau saya selalu merungut.. tapi.. saya sangat2 bersyukur untuk setiap masa yang awak hadirkan diri ketika saya menghadapi saat2 sukar..**

Buat En.Amat.. terima kasih sebab selalu bagi saya sokongan moral.. walau hampir tiap kali bila kita bercakap di telefon.. yang kedengaran cuma rungutan.. demi rungutan.. demi rungutan dari saya.. awak masih lagi mampu mendengar tanpa tertido..

P/S - Entry yang tak tau apa motif.. sebabnya... aku betul2 tengah bercelaru.. merisau banyak perkara yang entah.. sgt2 susah nak aku huraikan.. again and again.. I blame it on hormone imbalance... Nite all..

Rabu, 20 Oktober 2010

Hati aku jadi gembira sangat2 bila...


Hati aku jadi suka sangat2....

  • Bila tiap kali tangki minyak kereta aku di isi penuh oleh En.Amat
  • Bila nak tido Sara akan siapkan segelas air.. bersama2 dengan ubat2 yg aku perlu makan.. tanpa disuruh..
  • Bila dengar anak2 bercerita dan berkongsi apa yang jadi pada mereka seharian
  • Bila tengok anak2 anak aku depan mata.. ketawa.. gembira
  • Bila En.Amat balik rumah hujung minggu
  • Bila aku penat balik dari kerja.. ada yang siapkan air untuk aku minum..
  • Bila rasa baby dalam perut mula menendang2.. :)
  • Bila tengok anak2 kucing kat dalam kotak tu semua dah gemok2.. and gebu2 badannya..
  • Bila SiGedik kucing yang hitam legam tu merajuk.. hahaha.. memang lawak..
  • Bila aku boleh berkongsi cerita dengan anak2
  • Bila tau orang2 yang aku sayang hidup lebih sempurna dari aku..
  • Bila melihat orang2 yang aku sayang.. gembira..

Semoga kegembiraan aku... juga kamu.. akan sentiasa kekal.. hingga hujung nyawa.. InsyaAllah.. Amin...


jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter