Khamis, 13 Januari 2011

Salam semua...

Macam yg makcik janjikan.. sedikit gambar sekitar Anugerah Pelajar Cemerlang PMR ~ Sekolah Menengah Dato Dol Said Alor Gajah.. **hahaha.. memang sikit sangat pun.. sbb makcik amek dari fb kengkawan anak makcik juga ADUN Rembia ~ Dato Hajjah Norpipah.. **jangan saman makcik ye..**

8A ~ Sara & Kawan2... menanti dengan sabar..

Makcik yang cuma nampak suku je... gambar telah di crop oleh Norpipah.. **Makcik ambil ni dari fb Dato Hajjah Norpipah..** Makaseh Dato sbb post gambar anak makcik kat dalam fb.. Sukerrrr...

Gambar Makcik yg semakin bulat.. and confused sbb banyak sgt camera kat bawah tu.. tak tau nak pandang mana satu.. Sara yg masih malu2.. **Gambar makcek amek dari fb Siti Hajar kawan Sara tanpa kebenaran bertulis mahupun secara lisan.. apa2 pun makaseh ye sbb tak crop gambar makcek.. hahaha**

Sara on "D-Day" itself.. *pun amek dari fb Siti Hajar.. tanpa kebenaran bertulis mahupun secara lisan..**

Makcik harap sangat En. Ayah dapat balik December 2010 yg lepas.. Sebabnya.. Makcik harap sangat En. Ayah dapat merasa keterujaan bila sama2 menunggu keputusan peperiksaan anak2.. Sebabnya... dah banyak kali En. Ayah terlepas peluang utk sama2 memberi sokongan moral pada anak2 di masa2 yg penting dalam sejarah hidup mereka.. Apakan daya.. beban kerja dan kedudukan geografi tak mengizinkan.. apa2 pun makcik tau.. kalau boleh.. memang En.Ayah dengan sepenuh hati nak melihat anak2 naik atas pentas tu.. mungkin belum rezeki.. kita tunggu hujung tahun ni pulak.. InsyaAllah..

p/s - Semoga anak2 ibu akan terus berusaha untuk berjaya.. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dari Allah.. Aminn..
And En.Amat.. makaseh sbb amek cuti utk drive kami semua..

Selasa, 4 Januari 2011

Ibu jangan rindu abang ya..

Soalan cepumas kat semua yg ada kat luar tu...

1. Sejak tinggalkan sekolah... and I MEAN SEKOLAH.. bila last sekali korang semua nyanyi lagu kebangsaan.. lagu negeri.. and lagu sekolah?? ANDDDDD... baca rukun negara..???

Hahahaha.. ni nak cerita.. 3hb January ari tu aka MONDAY.. untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ibu yg bertanggungjawab.. **ayat tak boleh belah..** makcik and seisi keluarga telahpun ke MELAKA Bandaraya Bersejarah... sebabnya??

1. Sara ada HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG.. sebab PMR 8A ari tu lah gamaknya..
2. Aiman tukar sekolah ke MELAKA and to be exact.. ke SMK BUKIT RAMBAI.. sebabnya Sek Men Dato Dol Said Alor Gajah da penuh.. **sob.. sob..**

Cerita Satu: Okeh.. cerita nyanyi lagu kebangsaan and bla.. bla.. bla..

Tetiba semasa perhimpunan sekolah.. yg dihadiri dif2 kehormat YB Nordin **ehem.. anak eh pun 8A jugak PMR satu kelas dgn kakak**, YB Dato Hjh Norpipah, ADUN Rembia.. Penonong Pengarah Pelajaran **i think..** and bla.. bla.. bla.. and.. ketua murid pun announce.. "kita mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, di ikuti pula lagu Negeri Melaka dan lagu sekolah..." Dan semua org pun berdirilah.. termasuk aku.. hahaha.. dan kami pun menyanyi.. menyanyi.. dan menyanyi.. walau dengan suara yg sedikit off tune.. sepantas kilat teringat zaman2 pakai uniform putih biru dulu2.. kah3x.. berzaman ya amat tak nyanyi lagu Negaraku.. sampai naik semput nak menunggu 3 lagu tu abesss...
Dalam ati aku.. haihhh.. nasib lagi ada cuma 3 je tiang bendera tu.. kalau 5 ke.. mau pengsan makcek berdiri sambil menyumbangkan suara yg sememangnya sumbang.. :)

Nyata dari jauh dapat dilihat muka murid2 yang diraikan happy.. aku tumpang happy tengok anak aku happy.. and sebab budak2 tu happy?? sebab tau hari tu dapat "sumbangan" dari ADUN.. Sijil Penghargaan dari Sekolah.. and Sijil Penghargaan dari ADUN.. juga Sijil Penghargaan dari Negeri Melaka ** kalau tak silap..** but all in all.. mmg 3 sijil lah.. and sumbangan dalam sampul warna putih.. hahaha..

"Kita minta pada ibu bapa penjaga murid2.. bila anak2 naik ke pentas.. mintak ibu bapa turut sama ya.. kita nak ambil gambar sekali.." tetiba la pulak pengetua kata.. and sepontan kata aku pd salah seorg ibu murid.. "haaa.. nak kena naik pentas ke amek gambar.. dengan rupa mcm nih.." yg pd masa yg sama.. aku tengok semua ibu bapa penjaga dah sibuk mengemas diri untuk sessi "photo shoot.."
Wakakakaakaa.. makcek rasa mcm.. adoiii laa.. dah la badan ni besar.. nak amek gambar la pulak.. Ingatkan sengaja tak bawak camera.. akan tak ada lah gambar.. but ada jugakkk.. **ehem.. gambar tak publish lagi.. nanti klu dah publish makcek copy and paste ye buat tatapan semua org.. masa tu kalau nak muntah darah tengok pun.. makcek tak leh kata apa dah..**

Cerita Dua: Aiman tukar sekolah pulak..

Seriously speaking.. Aiman memang tak suka langsung sekolah di PG nih.. and start hari pertama dia masuk sekolah.. sampai la hari last dia kat sini.. tak pernah berhenti merungut.. Sebabkan dia nak exam tahun ni.. and aku pun tau.. dia mmg rasa "terseksa" sekolah kat sini.. kami pun buat MOU.. "ibu ikut cakap abang nak mintak tuka sekolah sbb abang rasa tak boleh belajar kat sini.. HOWEVER.. i want you to abide by my rules.. that is.. for the 1st three months.. ibu nak tengok graft yang menaik.. and for the 4th and subsequent months.. sama ada terus naik.. atau straight A without excuse... BOLEH??!!" kata aku pada Aiman.. and "InsyaAllah.. abang tau.." katanya.. "and.. do remember this.. FAILING OF WHICH.. lepas ni ibu tak kan ikut kata abang lagi.. in other words.. IBU TAK AKAN LAYAN DAH.. I'll pull you out from the school.. and asrama.. take you back to be schooling in PG or.. you'll have the option to go to MARANG and sekolah kat sana.. FAHAM?!!" dan Aiman cuma mengangguk.. buat hati aku jadi sedih tiba2.. hahaha.. emo la pulak..

And selepas majlis Sara kat Alor Gajah.. kami semua pun pergilah ke Bukit Rambai untuk urusan Aiman pulak.. tak sangka ramai sgt org yg buat urusan tukar sekolah.. and semasa dalam bilik penolong pengetua katanya "kelas RK semua dah penuh.. so saya masukkan dia ke kelas biasa lah ya.. and kalau dia di aliran biasa.. dia tak boleh dapat kemudahan asrama sbb.. asrama tu hanya utk murid RK.. lagipun kat dalam surat tukar sekolah ni.. tak de pun kata dia pelajar RK.." Pulak dahhhh...
"Anak saya mmg dari murid RK.." kata En.Amat.. "kalau dia masuk ke aliran biasa.. rugi la dia.. Lagipun masa di PPD hari tu pun mmg dah dijelaskan pada pegawai di PPD.. and sbb tu lah diluluskan ke sini.."
"Kelas kita dah penuh.. lagipun kat surat ni tak de pun kata dia murid RK...".. buat aku rasa mcm nak menangis pulak.. "emmm... mcm ni la Puan.. apa kata saya pergi semula ke Pejabat Pelajaran.. mintak mereka endorse.. boleh?" sambung En.Amat buat Penolong Pengetua diam.. "Hmmm.. kalau ada endorsement dah tak ada masaalah.." En.Amat tengok jam.. "kalau mcm tu.. kami gerak dulu.. selesai endorsement kami datang semula" dan aku, En.Amat dan Aiman pun keluar.. terasa mcm nak menitik air mata.. bukan apa.. hati yg dah sememangnya risau.. jadi sedih la pulak kenangkan aiman.. akan duduk jauh dari aku.. **walau cuma 3 jam perjalanan dari PG... jauhhh tuuuu... cedey..**

Alhamdulillah... tak ada masaalah langsung kat Pejabat Pelajaran.. En.Amat yg masuk.. En.Amat yg cakap dgn Pegawai.. and segala2nya selesai..

Petang tu hati aku rasa sedikit tebal.. tiba2 jadi emo sgt2.. sedih bila kenangkan.. dari kecik sampailah besar.. aku yg jaga.. buku tulis buku sekolah dari sekolah tadika sampailah dah form 3.. aku jugaklah yg tuliskan nama kat muka depan tu.. sekarang ni nak duduk jauh dari aku.. tuhan saja yg tau perasaan aku.. sepenuh daya aku cuba tahan air mata dari jatuh.. punnnn jatuh jugak..

En.Amat, adik dgn Aiman dah pun kat dalam dorm.. aku tak sampai ati nak naik atas.. tunggulah aku dalam kereta sambil jahit lencana sekolah Aiman kat baju sekolah.. sambil menangis.. sedih dalam hati.. hanya Allah saja yg tau..

Sebaik saja azan maghrib berbunyi dari surau.. dari jauh aku nampak Aiman dgn baju melayu turun dgn En.Amat and adik.. tergesa2 sgt nak ke surau.. aku cuma mampu telan air liur yg tersekat kat tekak.. separuh jalan Aiman berhenti.. menoleh kat aku dalam kereta.. sambil senyum.. hulur tangan kat aku..

"Ibu jangan rindu Man tau.." katanya kat aku sambil cium pipi aku sebaik tiba tepi kereta.. terasa pedih sgt dalam hati.. Allah saja yg tau.. "Jaga diri abang baik2 tau.. kalau ada apa2.. call.." tambah aku lagi.. "abang tau... dah lambat ni.. org dah nak start maghrib.. man pi dulu ya bu.. Bye pakcik.. bye.." sambung Aiman sambil berjalan ke arah surau.. dan aku cuma mampu mengetap bibir.. menahan air mata yg sememangnya dah pun berderai....


jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter