Isnin, 19 September 2011

... Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..

What can be more horrific than not knowing where your son’s whereabouts, and being clueless on everything on attempts of trying to locating him? Worst nightmare which is beyond words that can describe the feeling… Dan itulah yang jadi pada aku over the weekend hari tu..

Friday: 16-Sept-2011 @ 9:00pm

Danial: Ibu, esok adik ada match bola.. Selayang lawan Ciku.. **Selayang referring to the place we are staying and Ciku is the opponent’s..**

Me: Pukul berapa start?

Danial: Pagi, pukul 8:00am.. Adik boleh pegi eh bu eh.. Lawan kat Ciku..

Me: Adik nak pegi buat apa? Adik jadi cheerleader ke?.. *joking*

Danial: Ibu nihh… adik jadi defender laaa.. boleh eh bu..

Me: Ok .. but mlm ni kena tido awal.. sbb esok nak bangun pagi.. takut nnt adik letih tak cukup tido.. Nanti pagi esok ibu antar..

Danial: Ok..

Saturday: 17-Sept-2011
That was the conversation we had that night.. But pagi tu, Danial convinced me that there is no need for me to send him as he will be going with his friend **who stays only few doors away from our house** and that his friend’s father will be sending them.

But.. bila menjelang tengahari tu hujan lebat dengan guruh dan kilat berdentam dentum.. aku jadi rasa tak sedap hati betul2.. Danial tak nampak batang hidung lagi.. and when the clock turned 1:00pm.. I told “En.Amat.. eh, jomlah pegi ke padang tu.. tak kan match tak abis2 lagi.. dah berapa jam dah ni.. hujan lesak pulak tu.. risau lah..”

Dan aku, En.Amat, Baby Imann & Sara pun berangkat ke Ciku.. only to find.. padang bola lengang selengang2nya.. yang ada cuma air penuh padang sebab hujan lebat.. satu kelibat manusia pun tak nampak.. aku tak tau nak fikir apa.. “Jom pegi depan sikit kat kedai tu.. tengok2kan kot2 dia pegi sana ke..” and En.Amat pun drive ke hujung simpang tiga jalan besar tu..

Dari jauh dalam hujan lesak tu aku nampak kat longkang besar seberang jalan lampu dari kenderaan bomba.. Orang ramai penuh berkeliling sambil meninjau2 ke dalam longkang besar.. Jantung aku tiba2 jadi laju sangat2.. Aku cuma mampu menelan air liur.. “u-turn kat depan.. pegi kat bomba tu..” dan En.Amat hanya menurut..

Demi tuhan.. pada saat aku sampai kat petrol pump tu.. lutut aku jadi lembik bila dikhabarkan “ada budak jatuh dalam longkang.. “ terasa dunia ni berhenti berpusing.. jantung aku macam berhenti berdegup.. aku cuma nampak orang bukak mulut bercakap.. bercakap.. bercakap.. dan bercakap.. tapi dah tak dengar apa2 pun.. yang ada dalam hati dan kepala aku cumalah.. *Ya Allah.. manalah anak aku.. janganlah sesuatu yang buruk jadi pada anak aku Ya Allah.. kau peliharalah anak aku Ya Allah.. Kesiankanlah anak aku Ya Allah.. Dan siapa saja pun yg berada dalam air tu.. sekalipun bukan anak aku.. Kau lindungi lah dia Ya Allah.. selamatkan lah dia Ya Allah.. kashihani lah dia Ya Allah..”

Dengan air yang penuh dalam longkang besar tu.. dengan arus yang sangat deras dari 3 penjuru turun dalam culvert yg dalam tu.. even bomba pun guna tali yg di ikat pada badan untuk turun ke dalam lubang yg penuh air.. aku????.. lagi sekali telan air liur.. terasa gelap sekejap dunia aku.. hampir gila aku rasa bila tak tau kat mana anak aku..!!!!!! dan aku bukan juga keseorangan.. ada tiga empat ibu juga berada disitu.. masing2 menunggu.. sambil berkata.. “anak saya pun tak balik lagi.. tak tau kat mana..” Lega kah hati aku kerana bukan aku seorg saja yg dalam kebimbangan?? Sumpah tidak.. dalam keadaan tu.. yg ada dalam hati aku cuma.. “Ya Allah.. Kau selamatkanlah anak itu.. Kau selamatkanlah dia..” dan aku rasa sangat2 pasrah.. takut sangat2.. tak terbayang.. sungguh diluar jangkauan akal fikiran aku akan pilu hati seorang ibu bila tidak mengetahui kat manakah anak aku ketika tu..

“Jom Is..” kata En.Amat.. “Kita pegi rumah kawan adik.. dia pegi dengan kawan dia.. mustahil ayah kawan dia tak bawak dia balik sama.. jom” sambung En.Amat sambil menarik tangan aku.. dan saat itu.. aku tak mampu nak berfikir dah.. “Awak pegi lah.. Kakak tau kat mana rumah kawan dia tu.. selang berapa rumah je dari rumah kita.. Saya nak tunggu sini..” aku sungguh2 rasa nak menangis.. nak menjerit sekuat hati.. but.. sesungguhnya.. air mata aku tak setitis pun keluar.. terasa sejuk kaki tangan aku.. segala2nya tersekat kat kerongkong..

“Jangan la mcm ni Is.. adik ok.. kita pegi rumah kawan dia dulu jom..” pujuk En.Amat..

Apa jadi lepas tu???... nanti aku sambung lagi eh…

Selasa, 6 September 2011

Salam Aidil Fitri... Maaf Zahir Batin.. :)

Hari ni first day kerja selepas 1 minggu cuti, berpoya2 dan beraya… Haahahaha.. ayat tak boleh belah makcik nih.. Serious cakap.. memang sgt2 tak ada mood langsung nak mereply email.. follow-up on outstanding issues.. and picking up from where you have left.. sebelum cuti raya.. memang langsung tak mau gerak jari jemari ni.. macam masih diawang2an je perasaan tu.. Mujur tak de meeting hari nih.. Kalau tak.. mau semua orang cerita pasal kuih raya, ketupat, rendang, lontong dan sebagainya.. **peringatan.. jangan tiru macam makcik yerr.. kerja tu ibadah.. yang akan dituntut di akhirat kelak..**

Baby Imann selepas 1 minggu bergolek2 dengan ibu.. pagi ni macam terpinga2 bila bangun tengok papa tak de kat sebelah.. terpanggil2 **ikut bahasa Baby Imann laa.. bukan ikut bahasa kita2 yerr..** cari papa nya.. yg dah pun balik PD semalam.. and pagi ni termangu2 bila bertukar tangan dengan pengasuh.. Kesian Imann.. ibu pulak yang rasa sedih.. sebabnya.. seminggu duduk kat rumah.. berulit dengan ibu.. rasa macam seronok sangat dapat peluk, cium, golek2, gigit2, bergelak ketawa dan kesana sini berpoya2.. sampai tak ingat dunia.. tup2.. dah abbess seminggu tu.. dah nak kena keje la pulak.. adehhhh…

Sampai Office.. parking semua dah penuh.. dalam hati makcik.. wah3x.. kengkawan makcik semua semangat kerja lepas seminggu raya ni ye.. awal dah sampai.. malu la pulak rasa hati ni.. makcik sampai elok 5 minit sebelum pukul 9am.. but masuk dalam office.. jangan tak caya.. suram je.. sunyi sepi.. hahahaha.. semua macam zombie.. badan je kat office.. jiwa raga masih lagi beraya.. and that goes to all regardless apa bangsa sekali pun.. 1 Malaysia la katakan.. Malaysia Boleh.. !!!

Apa2 pun.. buat semua kengkawan.. Puasa kan sebulan, so Raya pun kenalah sebulan.. jadinya kat sini.. makcik menyusun sepuluh jari **tangan je..** memohon ampun dan maaf.. andai kata ada tutur kata.. tulisan dan cerita.. atau apa2 saja lah yang lahir dari makcik yang secara sedar mahupun tidak.. sengaja mahupun tak sengaja.. yang telah terkesan dihati kengkawan semua.. makan dan minum.. harap dihalalkan.. sesungguhnya makcik ni pun insan biasa.. yang khilaf.. yang sentiasa berbuat salah.. yang tak pernah sempurna.. maaf banyak2.. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat teman2 semua.. lebih dari tahun2 yang sebelumnya.. semoga semuanya bergembira pada hari yang mulia ini.. dan semoga semua yang baik2 belaka adanya.. InsyaAllah.. Aminn..

Gambar raya? Hahahaha.. memang makcik nak upload.. tapi semenjak dua menjak kebelakangan nih.. En.Nikon makcik dah macam bukan makcik yang punya la pulak.. dah macam makcik meminjam la pulak.. sebabnya.. dah macam jadi harta anak teruna makcik la pulak.. asik berkepit dengan dia je.. Nanti2 lah kalau En.Nikon tu dipulangkan semula.. makcik janji akan diuploadkan gambar2 makcik yg macam model jual nasi lemak tu.. hahahaha.. jangan ada yg muntah hijau je sudah bila tengok ye..

Sampai kita jumpa lagi.. bila makcik update lagi la tu.. Selamat kembali ke alam nyata.. J

p/s: soalan untuk semua kat luar tu.. korang punya baju raya tahun ni tema kaler apa? Makcik pergi sana sini kaler BIRU… bukak fb pun macam tu jugak.. family tu biru.. family ni biru.. family makcik dah memang2 nya biru.. macam dah janji2 la pulak.. Tahun ni memang tahun biru ke?

Sabtu, 25 Jun 2011

Happy Birthday Nor Ismah Abdullah,,

SMS Aku: Cik lin.. Cik lin.. ibu stress nih.. ibu lupa bawak BM Pump ibu ke office.. stress betul la… L

SMS Kau: Haihhhh.. asik2 lupa je.. minggu lepas pun lupa.. arini pun lupa.. tebuk lubang je lah pump tu buat rantai.. gantung kat leher.. senang.. tak lupa.. hahaha..

SMS Aku: Da pack da pagi tadi.. pas tu gatal tangan unpack.. nak rearranging la konon.. pas tu langsung lupa 1 important part of the gadget.. Geram betul la.. now tak boleh nak pump susu.. cedeyyy…

SMS Kau: Nasib baik tut.. tut.. tut. *sensor sbb mencarut.. hahaha..* lekat kat badan.. kalau tak.. dgn tut.. tut.. tut.. tu *lagi sekali sensor sbb mencarut.. ** sekali lupa.. haishhhh…

SMS Aku: Apa la cik lin nih.. org stress.. dia tak simpati langsung.. kita heran tau.. mcm mana la ramai sangat yg jadikan cik lin nih source of references.. ;p *tekan unlike button lah mcm nih..*

SMS Kau: Ok lah.. cik lin bagi nasihat arini **ehem Motto JAIJ..** KEPADA ALLAH BERSERAH.. Oh by the way.. sempena arijadi ibu yg ke.. ehem..”25 tahun”.. hari ahad ni.. ibu nak adiah apa ek?

SMS Aku: Eh.. apa yerrr… Ibu nak kesihatan yang baik.. Ibu nak susu ibu sentiasa ada & cukup untuk baby ibu.. Ibu nak semua orang yang ibu sayang sentiasa dilindungi Allah.. Dijauhkan dari syaitan yg direjam.. Dipermudahkan segala pintu kesulitan dlm baraqah dunia akhirat.. Aminn..

And.. Kalau Allah nak ambil nyawa ibu.. biarlah ibu mati sebagai hambaNya yg redha dan beriman.. Aminn..

SMS Kau: Amin.. **bestnye.. budget tak de ni..hehehe..**

SMS Aku: Tak pe.. “Amin” tu pun sangat2 berharga..

SMS Kau: Amin.. Amin.. Aminnn.. Ya rabbal Alaminnnnn..

And that was the conversation **ehem.. sms..**I had with my sister this morning… Sunday ni.. InsyaAllah.. I’ll be 41.. teringat time aku kecik2 dulu.. **lamaaaa dulu yeee…** Kalau tak silap aku time tu aku 7 – 8 tahun or may be older kot.. Bila sebut arijadi je.. rasa macam.. jauh sangat2 nak sampai angka 30.. masa tu terfikir.. tuanya kalau umur aku 30.. time tu tahun 2000.. masa tu dah ada space ship.. haahaha.. orang da tak naik kereta lagi.. semua naik spaceship.. mcm yang kat dalam cerita the Jetson.. **sapa pernah tengok katun tu?.. mesti tau kannn..** and.. and.. mesti time tu tak de orang jalan kaki lagi kalau nak pegi mana2.. bas2 ke.. teksi2 ni.. tak main la.. semua guna teleport.. beam je.. dah sampai.. macam dalam cerita Space 1999.. *haaa.. lagi satu cerita.. sapa yg pernah tengok ni.. mesti tau kannn…..** ataupun.. ataupun.. yang macam cerita yg ada Mr. Spock tu.. hahahaha.. and baju pulak.. semua yg tight fitting lycra type.. kaler semua ala2 chrome.. aluminium gitu.. melekat kat badan.. hik3x..

Hakikatnya.. tahun 2000.. New Millenium.. aku sambut kat KLCC tengok bunga api dengan anak2 and En. Ayah.. jalan jam ya amat.. macam menyesal pun ada jugak.. nape la bodoh sangat sampai ke KLCC time tu.. mengharung orang ramai yg pun sama2 bodoh mcm kami ni jugak.. semata2 nak tengok bunga api.. hahahaha.. mana ada spaceship.. mana ada org pakai baju kaler chrome.. tight fitting tu mmg banyak la.. tak de maknanya cerita the jetson.. atau space 1999… yg membina imiginasi aku zaman kanak2 dulu.. Chehhh!!!

And a while ago my boss was asking me.. “eh, I saw your leave application in the system.. kenapa amek cuti Monday?..” and my answer was.. “My Birthday En. Y.. on Sunday.. so Sunday kan rest day.. carry forward pi Monday la..” keh3x..

Apa2 pun.. Happy 41th Birthday Nor Ismah Abdullah.. *mokcik la tu ye..* Semoga hidup Nor Ismah Abdullah.. hidup anak2 Nor Ismah Abdullah.. hidup keluarga Nor Ismah Abdullah.. hidup semua mereka2 yang Nor Ismah Abdullah sayang.. hatta yang tak berapa nak sayang jugak.. *eh.. ada ke yg tak berapa nak sayang dalam list ni?..* akan sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t..
Semoga kita semua Dimurahkan rezeki.. Dipermudahkan segala urusan.. Semoga hidup kita semua dijauhkan dari Syaitan yang direjam.. Semoga kita semua Di kuatkan hati dan semangat serta iman ketika menghadapi segala ujian.. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat dari Allah s.w.t dalam baraqah adanya… Aminnn..

Dan andai kata Allah nak mengambil nyawa Nor Ismah Abdullah.. biarlah Nor Ismah Abdullah mati dalam keadaan yg diredhai Nya dan dalam iman.. InsyaAllah.. Aminn..

Dan janganlah kami semua berada di kalangan mereka2 yang tidak bersyukur dan berterima kasih atas setiap limpah kurnaan dari Mu Ya Allah.. Dan janganlah kami semua berada dikalangan mereka yang berputus asa dengan ujian Mu ya Allah.. Dan janganlah kami semua berada di kalangan mereka yang sombong, bongkak serta takbur dengan nikmat yang Kau beri percuma.. ya Allah.. semoga kami semua akan sentiasa menjadi insan yang sentiasa merendah diri dgn mensyukuri kelebihan dan menginsafi kekurangan.. Sesungguhnya yang baik itu dari Mu ya Allah.. Aminn.. Aminnn.. Ya Rabbal Alaminnnn…

Perkenankan lah doa kami ya Allah..

Sabtu, 4 Jun 2011

Ingat.. Jihad to Isma...

9hb June ni.. Imann genap 4 bulan.. Mcm cepat je masa tu kan.. So meaning dah 2 bulan mokcik bekerja semula..

Mesti korang semua kata.. haishhhh… tak abes2 cerita pasal baby Imann.. mcm la dia sorang je ada baby.. org lain pun ada baby jugak.. tak de la heboh mcm mokcik kannn.. hahaha.. tapi kan.. tapi kan.. ni kan mokcik punya blog.. so.. tak peduli la apa semua orang nak kata.. mokcik tulis jugakkk.. harap tak de la yg muntah hijau bila baca ye.. ;p

Hari ni mokcik nak bebel pasal orang yg tak peka.. yg tak sensitive.. yg entah tak tau la apa ada dalam kepala dia.. atau memang tak tau langsung akan isu2 penting sebegini.. **hahahaha… penting mokcik dgn penting anda2 semua mungkin berbeza.. tapi.. pada mokcik lah.. memang penting isu nih..** Mokcik nak bercerita pasal susu baby.. Mokcik nak cerita pasal breastfeeding..

Macam lain je bunyi cerita mokcik ari ni kannnn… sebenarnya tak puas ati pun ye jugak.. Sapa yg kata mokcik kurus????? Cepat angkat tangan tinggi2… **hik hik hik.. perasan kejap..** Kalau nak cerita pasal kurus.. semua memang nak mengaku kurus kann.. mokcik pun suka.. kalau orang kata mokcik kurus.. setelah beberapa lama bulat.. ** effect psikologi nih....**

Okeh.. iklan dah abesss.. Cerita sebenarnya.. dua tiga minggu lepas.. seorang teman telah selamat melahirkan.. disebabkan kami ni memang kenalan yang agak rapat la jugak.. si suami teman mokcik ni pun bercerita la pasal susu dan menyusukan nih.. and.. sebabkan mokcik nih.. memang anak dari nombor yang mula2 sampailah yang terkini.. mokcik masih lagi berusaha gigih memberi susu badan mokcik sendiri.. si suami teman ni seakan pelik la pulak dengan mokcik.. katanya.. “habis tu kalau kau kerja macam mana?”.. mokcik pun explain la.. yg biasanya mokcik pump susu.. and baby bila siang minum susu yg mokcik pump tu.. Cuma time tengahari time lunch mokcik pegi rumah babysitter and susukan baby.. malam macam biasa baby susu terus dari mokcik.. macam tu la routine mokcik sejak ada baby nih..

Kesimpulannya.. siang hari.. baby minum EBM (expressed breast milk).. malam menyusu badan macam biasa.. and setakat ni.. Alhamdulillah.. rezeki Imann murah.. susu badan mokcik sentiasa ada..

Then.. tetiba pulak si suami teman mokcik ni kata.. “engkau dah tua pun masih ada susu lagi..” sambil ketawa kuat tanpa memikirkan perasaan seorang wanita mokcik.. perasaan seorang ibu mokcik.. dan ketawa si suami teman mokcik ni.. smakin menjadi2.. ditambah pulak dengan kata2 yang seakan perbuatan menyusukan anak dengan susu kita (susu badan) sesuatu yang kuno.. sesuatu yang kolot.. sesuatu yang cuma mak2 kita je yang buat.. orang zaman sekarang ni dah tak buat mcm tu lagi.. ketawa yang langsung tak fikir.. masa dia kecik dia dulu.. susu ibu dialah yang dia harap2 sangat bila dia tengah lapar.. susu ibu dialah jugak yang buat dia kenyang.. susu ibu dia jugaklah yang buat dia sihat membesar.. sekarang ni.. bila dah boleh minum air oren.. air kopi.. air teh.. air milo.. dia seakan menidakkan keperluan susu ibu tu pada seorang bayi.. “Aku tak boleh nak bayangkan kau susukan budak.. dah tua2 nih.. kan senang je kalau bagi susu botol..”

Buat aku rasa macam nak baling je muka dia dengan pinggan.. hahaha.. mokcik angin la jugak time tu.. tapi.. rumah orang kannn.. takkan nak buat scene pulak.. lagipun.. lantaklah kau nak fikir apa pun.. mokcik malas nak layan.. sat nanti.. bini dia ok lepas bersalin.. mokcik pulak yang meroyan..

Apa yang mokcik nak tekankan kat sini ialah.. kenapalah ada manusia dengkel mcm ni kat dunia ni.. Mokcik tak pernah sekali pun kata orang yang susukan anak2 mereka dengan susu formula tu tak baik.. pada mokcik.. itu hak dan pilihan masing2.. lagipun mokcik yakin mereka ada alasan yang konkrit kenapa mereka memilih untuk menyusukan anak dengan susu formula instead of susu badan.. tapi.. janganlah pulak kata macam tu kat mokcik.. **hahaha.. mokcik tengah emo nih..**

Secara jujurnya Mokcik rasa.. adalah satu kezaliman yang teramat sangat bila Allah beri mokcik kelebihan dengan air susu.. rezeki untuk anak mokcik tu.. tetiba mokcik tak bagi kat dia.. bukan ke tu menzalimi namanya.. and pada mokcik.. susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.. harap tak ada salah faham… nabi junjungan kita Muhamad s.a.w pun minum susu kambing masa kecik kan.. jadi sapalah mokcik nak kata susu formula tu tak baik..lagilah sekarang ni.. mcm2 ada kat susu tu.. DHA, BHA, BFA, Biofida dan tah macam2 lagi lah yg memang dirumus khas untuk tumbesaran bayi..

Apa pun hanya mereka yang menyusukan saja tau cabarannya.. bukan senang menyusukan bayi ni.. apatah lagi kalau menyusu secara esklusif.. sebab tu ramai ibu2 yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu formula.. Dan cabaran tu menjadi dua kali ganda lebih besar bagi mokcik yang bekerja nih..nampak saja pada zahirnya cuma duduk, tak buat apa.. tapi rasanya ramai yang terlupa.. sesungguhnay menyusukan bayi memerlukan seorang ibu yang kuat mentalnya.. cekal hatinya.. sabar yang tinggi.. tak mudah patah semangat.. dan azam yang sangat jitu.. dan yang paling2 penting sokongan orang sekeliling.. terutamanya dari kaum bapa.. dan si suami teman aku tadi.. bukanlah satu contoh yang baik untuk di ikut.. tambah pulak kalau si ibu bekerja macam aku nih.. mau terjelir lidah aku sbb stress dgn perangai dia.. **hahaha.. sorry fren.. I kinda not liking your husband’s shallow mind…”

Apa2 pun.. Aku tak peduli apa orang kata.. aku cukup rasa bangga dan bersyukur kerana dapat memanjangkan rezeki yang Allah bagi buat anak kecil aku walaupun aku bekerja.. mudah2an akan sentiasa ada rezeki anak aku untuk aku panjangkan pada dia.. buat teman2 yang menyokong aku.. terima kasih aku ucapkan.. sesungguhnya kamu semua adalah teman terbaik aku.. buat mereka yang tidak memahami.. dan tak sayang mulut… aku cuma nak bagitau.. “suka ati aku la.. bukan korang yang bagi aku makan pun..”

p/s – buat teman yang bernama Jia.. walau tak membaca.. terima kasih atas kata2 azimat.. “ingat.. Jihad tu isma.. fi sabi lillah..” Insya Allah.. Semoga Allah permudahkan segala pintu kesulitan bagi kami berdua.. Semoga usaha aku dan juga ibu2 yang lain mendapat keberkatan dari Allah hendaknya.. aminn.. J

Ahad, 22 Mei 2011

Hujung Minggu Makcik...

Date: 22 May 2011
Venue: Baby's Changing Room, Parkson Ayer Keroh


Hati jadi panas tetiba hari Khamis ari tu.. sebabnya? Aiman tertinggal satu bag penuh dgn buku sekolah kat rumah.. and that week pulak.. minggu exam.. lepas tu.. suka suki je dia bagitau kakaknya.. "suruh ibu hantar bag buku kat asrama ujung minggu nih.." amboi.. amboi.. amboi.. mcm apa la pulak kita nih eh.. asik terkejar kesana sini.. menyuruh bagai.. mcm la pasir gudang dgn melaka tu.. kat belakang rumah je.. main suruh2 antar..

Tetiba je makcik keluar dari bilik kecil.. selepas susukan Imann... ada paparazi amek gambar.. hahaha..

Tak langsung dia fikir yg ibu dia ni.. tak sihat ke.. penat keje ke.. letih dgn baby ke.. nak rehat ke.. handbag ada duit ke tidak ke **Oppssss... hahahaha.. ni kena cakap slow2..**.. main suruh2 jeeee... kannnn...

Apa2 pun.. makcik nih mmg suka sgt2 kalau pegi Melaka tu.. tapi.. kena lah pulak dengan gayanya.. dah la hari Sabtu tu Danial sekolah tambahan.. so.. mengenangkan anak yg exam.. yg lagi sorang pulak pun nak exam jugak.. makcik korbankan jugak la weekend makcik.. lepas je Danial balik sekolah sabtu ari tu.. makcik pun.. dengan kepala yg pening kenoneng.. perut yg sakit.. gagahkan la jugak mendrive ke Bandaraya Bersejarah tu..

Anak dara makcik yg dah hampir sama besar dgn makcik.. **ehem.. ke makcik yg kecik molek mcm anak dara makcik..**


Sampai2 da pukul 5.30ptg.. Eh.. kata tadi lepas Danial balik sekolah.. tak kan lah sampai pukul 5.30ptg pulak kann.. Berapa jam makcik drive ni? Speed berapa?.. Hahaha.. sebelum bertolak makcik dah bagi baby imann susu kenyang2.. but baby kannnn.. bila lapar dia mesti la nanges nak susu kannn.. and sebab baby imann ni kan makcik susukan dgn susu makcik sepenuhnya.. so makcik pun terpaksalah **walau tak rasa terpaksa punnn..** berhenti2.. susukan dia.. tu yg lambat kekdahnya...

Baby tua makcik.. dok kat atas changing table.. nak change apa tah... ;p


Hantar buku / bag Aiman.. bawak dia keluar makan.. anddd... hajat hati makcik tu nak balik terus la ke Pasir Gudang... but.. time tu dah pukul 8.00mlm and mmg makcik laparrr.. sbb tadi cuma Aiman je yg makan.. Makcik pun pegi makan kat Subaidah, Ayer Keroh... **feveret makcik anak beranak nih..**.. tapi tu lah.. bila da makan.. kenyang.. mata pun berat.. So.. dari makcik drive dalam keadaan mengantuk dan membahayakan semua org yg tersayang.. makcik pun decide tido je la kat Melaka..

**Untuk yg tak tau.. ni nak bagitau.. Makcik drive sendiri ye.. sbbnya.. En.Amat ada plant shutdown / Turnaround for 64 days.. beginning 28 April.. so.. makcik dgn bebudak je laaa..**

So.. makcik pun check-in hotel yg tak de bintang kat Melaka tu.. sbb semua hotel yg ada bintang dah abess penuh.. **ehem.. kalau tak abess penuh pun.. makcik still check-in kat hotel yg tak de bintang.. hahahaha.. ;p**
Makcik dgn baby tua.. :)


And.. gini lah gambar kami semua.. **tanpa Aiman.. sbb dia dok di asrama kannn..**

Lagi satu posing dari baby tua kat atas changing table..

Apa2 pun... makcik happy sbb.. dapat abeskan masa makcik dgn anak2 makcik.. and kami happy2 je... baby pun happy... ngheeeeee.... :)




Isnin, 9 Mei 2011

Benci ah...


Hari ni.. biarlah makcik cuma lepaskan apa yg terbuku dalam hati.. Nak sergah boss tak boleh.. so.. cerita samar2 makan hati makcik je la kat blog nie yerrr... Kalau faham.. baguslah.. and kalau tak faham.. buat2 faham je lahhh..

Makcik dapat berita yg sgt mengemparkan hari ni.. Semua pasal kerja.. bak kata bapak superman.. "with great power comes great responsibility.." Sungguh2 mengtensyenkan diri juga jiwa makcik.. Kalau dulu mungkin ok la jugak.. but now.. my priority dah berubah..

Tak tau mcm mana nak dihuraikan dengan kata2 jiwa makcik sekarang nih.. menyampah mengadap commercial paper.. menyampah buat comparative analysis utk tender.. menyampah dengan hardware & infra.. menyampah dengan issue project module yg tak tau bila nak finalize.. menyampah buat kerja coordinasi.. menyampah.. menyampah.. menyampah... but.. yg menyampah tu lah yg bagi makcik rezeki hujung bulan..

Hari ni.. seawal pukul 9am.. lepas diberitahu berita panas tu.. and dengan beban kerja yg dilambak atas meja makcik.. Makcik rasa mcm tak sabar je nak tunggu pukul 6pm nak balik.. Walau setakat nih.. semua yg diberikan pada makcik.. makcik boleh sudahkan.. tapi.. kenapalah tak de org nak fikir apa yg makcik rasa.. management suka suki je buat keputusan.. sikit tak tanya makcik nak ke tidak..

En Amat kata.. tentu lah.. scope kerja dah berubah.. mestilah beban kerja pun bertambah.. Masaalahnya.. scope kerja berubah.. beban kerja bertambah.. Bukanlah makcik kata makcik ni berkira tulang urat.. Masaalahnya.. makcik tak nak jawatan tu.. makcik tak nak tanggungjawab tu.. biarlah tak de title pun tak pe.. makcik rela..

Makcik sungguh sakit hati.. but kata En Amat.. mula2.. nanti lama2 bila dah biasa ok la.. Entahlah.. makcik tak rasa pun pasal biasa tak biasa.. yg makcik rasa cuma.. mcm org amek kesempatan je.. semua nak longgok atas meja makcik.. semua nak senang.. org yg dok kat tingkat kayangan tu pulak semua mcm bagus je bila buat keputusan.. tapi mcmlah makcik tak tau.. semua takut nak ambik risiko.. sampaikan document pun tak berani nak sign.. tapi pandai bagi arahan itu ini.. setakat arahan mulut je.. lepas tu tak de apa2 follow up.. nak suruh jugak makcik buat ke? sat nanti.. tersangkut kat auditor.. makcik jugak yg susah..

Cakap salah.. tak cakap pun salah.. bila buat tak tau.. cakap kita ni tak agresif.. tak peka.. bila kita bagitau.. kata.. ok, since you are familiar with this.. you respond to it. Aaarggghhhhhh!! menyampah lah.. and kalau ada lah perkataan yg boleh huraikan rasa menyampah hati makcik ni.. selain dari perkataan menyampah.. dah lama makcik taip...

p/s - sorry.. betul2 tengah sakit hati.. benci ah..


Ahad, 8 Mei 2011

SPECIAL DEDICATION..

Teringat time budak2 kat rumah ni masih kecik2 lagi.. Seminggu sebelum hari ibu.. puas mengajar ucap “Selamat Hari Ibu” so.. bila hari ibu.. budak2 ni boleh la ucap kat ibu kannn… and sebab lagi satu time tu ialah.. nak kenen En.Ayah.. supaya En.Ayah tau.. ohhh.. hari ibu.. so boleh la beli “adiah” utk ibu.. hahaha.. **nawaitu makcik yg tak boleh belah nih…** and bila tiba hari yg ditunggu… makcik pun cakap.. “hari apa ni kakak?.. Selamat Hari..????” and kakak yg tengah sibuk main tu pun berhenti.. sengih.. tengok makcik.. and terus dia jerit.. “SELAMAT HARI HARI..”.. kah kah kah.. bagai nak berguling makcik dengar selamat hari2.. so.. moral of the story.. apa pun kita buat.. nawaitu tu kena jelas.. jangan terpesong okehhhh… To all great ladies out there.. HAPPY MUM’S DAY.. and KUDOS TO JOBS WELL DONE… and SELAMAT HARI HARI oppss.. IBU..

Rabu, 30 Mac 2011

Back to work..

Jelingan manja...

Seminggu je lagi next week kat rumah.. and bermulalah hari2 bekerja aku.. terasa mcm.. sekejapnya masa 60hari tu berlalu.. kemanakah pergi masa tu?

Hmmmmm.. rasanya kalau cuti saja2 tu mau berbuih aku boring gila tak tau nak kata.. bila dok rumah.. but.. cuti sbb berpantang tu.. ehem..
sendiri mau ingat la kannn.. bukan best pun boleh jalan2 ke.. makan angin ke.. pergi hu ha.. hu ha sana sini.. asik putih mata je nengok org berjalan.. hahahaha..

Imann @ 1 bulan 3 minggu.. Muka sebijik mcm Aiman masa kecik dulu.. and notice the blue blanket kat belakang tu? Belongs to Aiman when he was a baby..


Iman dah pun 1 bulan 3 minggu.. Seriously speaking.. selepas 12 tahun tak de budak kecik dalam rumah.. terasa sgt2 lah jadual kita ni bertukar 360 degrees.. without question.. Especially bila process penyembuhan tu tak sama.. dulu semua bersalin biasa.. yg ini C-Sect.. punyalah.. dah tua2 la pulak kena operate perut ni.. menangis tak usah kira lah.. memang aku ni jenis kememeh.. tak tahan sakit.. and yg tak tahan tu lah.. yang tuhan uji..

Best buddies... Sara babysitting Imann..


Cabaran utama aku bila naik kerja nanti.. how to express my breast milk? working environment tu taklah encouraging langsung bagi ibu2 seperti aku ni haaa.. apa2 pun.. makcek berdoa.. dan terus berdoa semoga Allah permudahkan usaha makcek..

I've decided to continue feeding baby Imann my breast milk.. and cabaran buat Imann minggu ni ialah.. minum susu dari botol.. which has suprisingly tak la sesusah yg aku sangkakan.. and he manage to drink from the bottle without fuss.. Terima kasih pada Lin of http://sweetbonda.blogspot.com/ for the amazing gadget!!.. Tak susah nak guna.. tak menyakitkan.. and buat aku rasa sangat2 la confidentnya.. Alhamdulillah... Kawan2 kat luar sana tu.. doakan semoga usaha aku utk memberi yg terbaik utk si kecil Imann ni diberkati dan dipermudahkan Allah ye.. Aminnn...

It was amazing that Imann finished the bottle without any fuss.. Alhamdulillah...


p/s - takut kalau2 bukan Imann yg nanges first day tinggal kat babysitter.. silap2.. makcek yg meraung sekuat hati pulakkkk... hahaha..

Rabu, 2 Mac 2011

Stay at home mom wanna be...

Muhammad Imann Khaled... selepas 3 minggu... puas berbedung... and tak dan 5 mins.. mcm ni la rupanya... haihhh..

As i sat in front of my lappy... browsing my fb.. thinking of what to put there as my status.. suddenly terfikir... why can't i just be a stay at home mom... why is it that i have to go to work... i know that i would love it so very much tending for my kids every needs and of course the new comers... **sighhhh...**

Seriously speaking... I miss all the times when i used to stay at home with the kids.. and with Muhammad Imann Khaled's arrival.. I suddenly feel so bad that once my 60 days of maternity leave is over.. I'll have to leave him with strangers...

I envy all those women that have the chance to be a stay at home mom... It is a hard work you are doing there.. comparing to the things we office ladies are doing.. and it takes a lot of patience.. which I do not have most of the times.. to be a stay at home mom..

To all stay at home moms out there... don't ever feel that you are lesser than us who goes out every morning and leave our kids to other people to take care... and don't feel sad thinking that we are better than you just because we receive "gaji" at the end of the month.. while you didn't.. Honestly speaking.. the gaji does not mean anything compare to the sacrifices you made day in.. day out..

p/s - tengah sedih fikirkan Muhammad Imann Khaled yg bakal ditinggalkan nanti... huk huk..

Rabu, 23 Februari 2011

And 4 more weeks to go..


Sekejap je pejam celik.. pejam celik.. dah 2 minggu umur Muhammad Imann Khaled.. Yay!! maknanya dah dua minggu jugak makcek menghabiskan hari2 berpantang makcek.. hehehe.. tak lah seteruk mana pun bila difikir2 kembali..

Imann selepas 2 minggu.. punyalah tembam pipinya... Bila tengok2 muka Imann.. teringat abangnya masa kecik... lebih kurang muka Aiman la pulak... cuma Aiman putih melepak... Imann pulak merah kulitnya... **eh.. ke gelap.. LOL** And... susahnya nak tengok dia bukak mata... tak pernahnya dapat... asik tido je..

Alhamdulillah.. setakat nih.. Imann tak banyak kerenah.. sama mcm abang2 and kakak nya masa kecik.. harap2 berterusanlah... Jahit kat perut makcek pun dah semakin pulih.. and pergerakkan pun dah tak sesakit minggu yang lalu.. Alhamdulillahhhh... syukur.. berkat doa kawan2 jugak tu.. terima kasih ye..

Minggu ni makcek menghabiskan hari2 berpantang tanpa En.Amat.. memula tu mmg terasa payahnya.. maklumlah bila Imann bangun tengah malam sebelum2 ni.. En.Amat yg bangun dan angkat.. but bila dia tak de.. terkial2 makcek nak bangkit tapi.. tulah.. luka jahit dah makin pulih.. pergerakan pun tak sesukar dulu.. cuma makcek masih lagi takut nak melasak... ngeri sgt2 bila dengar cerita "misi" kat hopsital aritu pasal patient punya jahitan terbukak.. and terpaksa jahit semula... WAAAAAAAAA... jgn jadi kat makcek dah la... yg ni pun trauma masih tak ilang2... ngeriii!!!!..

Tak sabar nak menghabiskan pantang.. sebabnya... teringin nak makan mcm2.. tengok org minum air 100plus pun rasa mcm sedap sgt.. hahaha.. kesian makcek kan.. tak pe.. masanya akan tiba juga nanti..

Apa2 pun... minggu ni makcek rasa happy.. Alhamdulillah...

Jumaat, 18 Februari 2011

44 Hari.. Bilakah akan berakhir...

Cerita apa kita pagi nih ye... Tak de cerita specific.. cuma nak luahkan apa yg terbuku dalam hati.. Kalau boring silalah tuka channel ye.. :)

Teringat time berpantangkan Sara dulu.. Aku menangis semenangis2nya tak tahan makan nasi putih + ikan bakar + sayur air bunga kobis + Sambal ikan bilis lada hitam + air 1/2 gelas.. setiap hari.. 3 x sehari.. sampaikan aku rasa stress sgt2 bila tiba waktu pagi.. sbb kena makan nasi dgn lauk yg sama tiap2 hari.. Sampaikan ada satu hari tu aku mengamuk cakap kat En.Ayah.. "Saya tak peduli.. start esok.. apa yg saya makan awak kena makan.. Jangan makan benda lain.. Dah la mengandung saya susah.. Bersalin pun saya susah.. Pantang pun saya jugak susah.. Awak senang2 je makan itu ini.. TAK PEDULI.. AWAK CUMA BOLEH MAKAN APA YG SAYA MAKAN JE SEPANJANG2 SAYA DALAM PANTANG.." hahaha.. boleh gitu? And petang tu.. menu makan aku mula berubah.. adalah buah anggur.. orange.. apple.. dan makanan pun tak la seteruk sebelumnya...

Time Aiman pulak.. aku tak sempat langsung berpantang makan kat rumah.. sebabnya seluruh masa aku habis kat hospital kerana Aiman lahir tak cukup bulan.. and sekali lagi En.Ayah jadi mangsa.. Dah lah terpaksa berulang alik dari Labuan ke Kota Kinabalu.. tiap kali datang ada saja yg tak kena pada aku.. asik nak merungut je.. Ada saja yg nak aku ungkit pada En.Ayah.. walau aku tahu En.Ayah dah cuba sedaya upaya utk buat yg terbaik.. but his best was not good enough for me.. Why? aku stress sgt2 dgn situasi sekeliling.. dengan anak yg masa tu tak tau lagi masa depannya.. Dengan rehat tak cukup.. Dengan tak de tempat nak mengadu.. Semuanya terpaksa telan mcm tu saja.. dan bila En.Ayah berkunjung.. cuma tu sajalah channel aku utk lepaskan perasaan..

Bila Danial.. keadaan jadi lain.. MIL yg pada masa tu berjanji nak datang menjaga aku dalam pantang.. tiba2 tak jadi datang.. dan yg jadi mangsa Mak aku jugaklahhh.. Mungkin.. alasan yg MIL berikan pada waktu tu tak boleh diterima akal.. **akal aku lah.. org lain mungkin berfikiran lain kannn..** Aku jadi sgt2 murung bila terpaksa ikut Mak balik rumah dan berpantang kesana tanpa En.Ayah.. puas aku nangis tak nak.. nak duduk rumah.. tapi En.Ayah hantar jugak aku balik rumah mak.. sebab.. En.Ayah kerja tak boleh jaga aku.. and mak pulak tak boleh lama2 kat rumah aku.. so, paling senang.. aku ikut mak balik rumah.. and En.Ayah akan datang weekend tengok aku dgn budak2.. Tiap2 hari aku nangis.. sampailah abes pantang and En.Ayah bawak aku balik semula...

Kali ni berpantang lain sgt2 rasa.. Aku tak kisah pun dengan lauk yg En.Amat masak utk aku makan hari2.. sedap ke tidak.. aku telan aje.. Walau mmg tak aku nafikan setakat ni tak pernah lah lauk tu tak boleh aku makan sbb tak sedap ke apa.. Sara cukup suka bila En.Amat masak ikan siakap masak halia.. Mcm dia pulak yg dalam pantang kalau makan tu.. Dan aku.. okay lah ikan siakap tu dari ikan selar besar yg mak bakar.. tak tertelan tekak aku.. **bukan kata mak buat tak sedap.. tapi aku stress tengok ikan selar bakar**

Kali ni berpantang aku rasa sedih sgt2.. Terasa sgt mcm org terbuang. Mak awal2 lagi dah kata tak boleh jaga.. sebab DikYang bising anak dia tak de org nak tengok kalau mak jaga aku.. Mak En.Amat pulak mmg tak boleh datang atas sebab2 yg tersendiri.. Adik beradik Yg berziarah pulak cuma datang tengok aku mcm tengok kengkawan office je.. dtg buat bising lepas tu balik... Dan aku cuma mampu simpan dalam hati.. Tak pe lah.. sekurang2nya aku masih ada En.Amat juga anak2 aku yg selalu tolong aku kat rumah ni..

Sedih tu terpaksa aku buang jauh2.. Hari ni, En.Amat balik PD.. nak amek makciknya datang sini utk jaga aku sampai lepas pantang.. Sebabnya.. Minggu depan En.Amat dah start kerja.. cepat betul cuti seminggu tu abess.. Terfikir2 la pulak.. mcm mana la nak aku tempuh minggu2 yg mendatang nih time En.Amat tak de.. Dengan perut yg berjahit.. bergerak lebih2 pun sakit.. Nak dukung anak pun sakit.. Terfikir la pulak.. sapalah nak angkat Imann malam2 kalau dia menangis bila En.Amat tak de.. aku? nak bangkit dari tempat baring tu pun makan masa.. adehhhh.. semoga Allah permudahkan...

Rindu betul kat Aiman.. Dua tiga hari ni asik teringat anak bujang aku yg sorg tu je.. and minggu ni asrama tak cuti sbb ada class ganti hujung minggu... Next week baru balik.. Tak sabar pulak tunggu hujung minggu depan... rindu sgt2..

Semoga Allah berikan aku kecekalan hati utk menempuh 44 hari yg penuh dengan dugaan.. InsyaAllah.. Aminnn...

Selasa, 15 Februari 2011

Alhamdulillah...

Tanggal 09-02-2011 @ 11:22am, Muhammad Iman Khaled telah selamat dilahirkan... Alhamdulillah... untuk segala kurniaan dan nikmat Allah pada aku juga keluarga..
Juga Salam dan Salawat buat nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.. Salam Maulidur Rasul buat semua teman2 diluar sana...







Ahad, 6 Februari 2011

Hang on there.. and be strong..

Salam Semua... Hmmmmm... entry ari ni nak cerita pasal anak dara aku yg sorang ni... **hahaha.. sbb cuma satu ni je yg ada... tak de dua.. tak de tiga.. cuma satu je ye..**

Kalau first time org jumpa mesti kata.. pendiam.. sopan.. ala2 gadis melayu terakhir gitu.. Cakap pun bisik2 je kat aku... Hahahaha... yang benar nih! Cuma aku maknya saja yg tau perangai dia.. but apa2 pun.. setakat nih.. memang anak dara aku nih.. memang baik sangat2.. bersyukur aku pada kurniaan Allah untuk anak yg di beri nama Nur Sara Jasmin nih..

Hahaha.. nama yg sungguh kontraversi dulu nih... Sebabnya? Maklumlah.. bukan saja dia anak sulung aku.. bahkan cucu sulung pada keluarga aku.. jugak pada keluarga En.Ayah... semua sibuk nak bagi nama lah! Macam2 nama keluar... dari yg sedap didengar.. sampailah yg tak berapa aku suka.. and disebabkan nak semua org tutup mulut... malas nak nengok mak bapak aku masam muka.. atau mak bapak mertua aku yg kecik ati sbb tak pilih nama yg telah disediakan aku pun cakap.. "Eh.. anak saya... suka ati saya lah nak bagi nama apa.. dahhhh... sembilan bulan saya bawak dalam perut ni... biar saya je yg bagi nama.." So... En.Ayah pun terpaksalah akur... saya bagi nama.. sebab.. nama dia (En.Ayah) akan sentiasa ada kat belakang nama anak saya.. Begitulah kekdahnya..

Masih lagi aku ingat hari nak lahirkan Sara.. masuk hospital pukul 8:00mlm... Sudahnya... pukul 9:46am the next day baru bersalin.. Itu pun forcep.. Sebabnya makcik dah tak de tenaga.. sampai doktor kata.. "Prepare the OT.. I don't think she can stand it much longer.." And elok tuan doktor kata cam tu... baby pun mcm dah tau2 je takot nak masuk OT.. terus opening tu lompat dr 1.5cm.. pada 4.5cm... 6.5cm.. 7.5cm.. hahahaha... and ready utk bersalin..

Masih jelas kat dalam kepala aku muka gembira En.Ayah.. pertama kali melihat wajah anak sulung kami.. tak berhenti dia cakap terima kasih kat aku.. dan aku rasa bahagia sgt2 melihat En.Ayah gembira.. dan soalan pertama yg keluar dari mulut aku cuma "Mak mana?.." Sebabnya? Baru hari tu aku sedar.. susahnya bersalin.. **walau selama hari ni dengar cerita.. sakit bersalin tu mcm antara hidup dan mati rasanya.. but mengalaminya sendiri.. buat aku betul2 rasa besar betul pengorbanan mak aku melahirkan aku dulu.. Sayang mak..** Pengalaman bersalinkan Sara.. untuk pertama kali dalam hidup aku.. buat aku lebih menghargai Mak aku.. Hari tu.. walau umur dah 24 tahun.. baru aku sedar.. besar sungguh pengorbanan seorang wanita yg bergelar ibu nih..

Ibu Mertuaku... jeng3x... hahaha.. dan MIL dengan susah payahnya datang jauh2 dari Marang nak nengok cucu sulung.. **tak sabar2 you alll... sbbnya... En.Ayah anak kesayangan MIL.. and tentu2nya cucu sulung jugak.. cucu kesayangan... kannnn..** Ayat dari MIL yg aku ingat sampai bila2.. sampai hari mati aku.. ayat yg ditujukan pada En.Ayah.. yg buat aku terdiam sejenak berfikir.. katanya.. "Mu sayang anok mu Si?.." and En.Ayah pun cuma mengangguk je.. and MIL pun sambung lagi... "Ni nok bagitau... Mcm mana mu sayang ke anok mu.. Mcm tu jugak la mok sayang ke mu... Mu tau dok?".. dan kata2 tu sehingga ke hari ini.. sungguh2 meninggalkan kesan dalam hati aku.. Sememangnya... Mcm mana kita sayang anak2 kita... Mcm tu jugaklah mak bapak kita sayang kita...

Sara anak yg sungguh bertanggung jawab.. and being the eldest.. dia banyak guna akal sebelum buat apa2 pun.. buat aku selalu rasa bangga dengan dia.. **okeh.. tolak tepi la segala perkara yg memang budak2 sedang membesar buat.. yg kadang kala buat kita rasa mcm nak tuttt je...** but seriously speaking.. you can really see her dedication towards a lot of things.. especially when it comes to responsibility... aku tau.. aku selalu bebel bila aku tak puas hati.. **hobi makcik sekarang nih... berangin tak tentu hala..** and walau terkadang berbunyi jugak jawapan dari mulut dia.. Sara tetap buat apa yg aku suruh.. Sara memang anak yg baik.. semoga kekal sifatnya yg bak hingga bila2 dalam baraqah.. InsyaAllah... Aminn...

Kebelakangan ni.. aku tau Sara susah hati... stress sgt2 sbb dia tak dapat nak sesuaikan diri dgn sekolah kat PG nih... and menambah luka hati Sara bila... tak dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh... mahupun MRSM... dan aku sebagai seorang ibu.. rasa sedih sgt2 bila melihat anak dara aku yg sorg ni sedih.. but then.. kalau bukan rezeki nak buat mcm mana.. mungkin itu yg terbaik..

Ibu cuma nak kakak tau.. Ibu sayang kakak.. regardless... and if you have anything... anything at all that you wish to tell.. or even need an ear to just to listen.. I will always be here dear.. Just hang on there.. and be strong... sesungguhnya.. Allah sayang orang yg sabar..

Rabu, 2 Februari 2011

ECV @ 08:00am, 03-02-2011

Salam Semua...

Kebelakangan ni tak tau nak tulis apa.. banyak sangat yg nak ditulis.. sampai tak tau mana satu nak keluar... Due date dah semakin dekat.. but baby still in breech presentation.. huhu cedey..

Last visit had dgn doctor kat Hospital Penawar, "You're now at 37weeks.. and baby still in breech presentation.. Like I've explained last week.. you are to make decision by today.. and confirm of what you want to do next.. 1. To just have the breech baby at full term... 2. Do the manual turning and once the baby is head down, we will induce you immediately for labor.. or 3. Straight for the C-sect...."

Buat aku betul2 pening kepala.. Why? because all options that was given to me will have its own so call complications.. which later leads to C-Sect... and me and En.Amat dah penat berfikir.. En.Amat lagilah.. langsung tak tau nak buat mcm mana... and aku pulak.. amat2 rimas dgn kengkawan En.Amat yg rasa semunya dah ada pengalaman yg sgt banyak berdepan dgn masaalah bila wife nak bersalin... juga dgn khidmat nasihat percuma yg tak putus2 dicurahkan pd En.Amat...

Maaf la ye.. klu ada yg rasa aku sombong.. but my moods nowadays is ruled by hormone 100%... and klu setakat anak baru sorang.. and umur pulak tak berapa tahun jagung... wife pulak semanjang kena tinggal time pregnant.. and cuma jumpa isteri time anak dah kuar.. tak payahlah nak bagi nasihat bagai.. suruh jumpa bidan gitu gini.. and maaf lah ye jugak pada mokcik bidan.. bukan saya tak percaya pada kebolehan serta kepakaran mokcik.. tapi.. baby dah 37minggu... berat baby from last visit is 3.2kg.. air ketuban pun dah semakin kurang.. nak suruh mokcik bidan pusingkan ke? Alang yg buat kat hospital dgn doktor and segala scanner, utk monitor takut2 baby tersangkut tali pusat ke.. ketuban tetiba pecah ke.. or placenta tetiba detached dari dinding rahim pun aku dah kira takutttt... inikan pula mokcik yg tak de segala peralatan canggih manggih tu..

Apa2 pun aku akur.. semuanya dah diatur oleh Nya.. dan aku sebagai hamba.. redha dgn segala keadaan.. Takut? Memang aku takut... tak dapat aku bayangkan perut aku dihiris lapis demi lapis.. tapi.. kalau itu yg dah disuratkan Allah.. aku akan terima dgn hati yg terbuka.. InsyaAllah...

BUAT TEMAN2 DILUAR SANA... MINTAK AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI.. MAAF BANYAK2 YE...

Esok doctor akan buat "external cephalic version" aka ECV ~ manual turning of baby on me.. Semoga Allah permudahkan bagi aku juga bayi dalam kandungan aku kelak segala pintu kesulitan dalam baraqah.. InsyaAllah... Aminn..




Khamis, 13 Januari 2011

Salam semua...

Macam yg makcik janjikan.. sedikit gambar sekitar Anugerah Pelajar Cemerlang PMR ~ Sekolah Menengah Dato Dol Said Alor Gajah.. **hahaha.. memang sikit sangat pun.. sbb makcik amek dari fb kengkawan anak makcik juga ADUN Rembia ~ Dato Hajjah Norpipah.. **jangan saman makcik ye..**

8A ~ Sara & Kawan2... menanti dengan sabar..

Makcik yang cuma nampak suku je... gambar telah di crop oleh Norpipah.. **Makcik ambil ni dari fb Dato Hajjah Norpipah..** Makaseh Dato sbb post gambar anak makcik kat dalam fb.. Sukerrrr...

Gambar Makcik yg semakin bulat.. and confused sbb banyak sgt camera kat bawah tu.. tak tau nak pandang mana satu.. Sara yg masih malu2.. **Gambar makcek amek dari fb Siti Hajar kawan Sara tanpa kebenaran bertulis mahupun secara lisan.. apa2 pun makaseh ye sbb tak crop gambar makcek.. hahaha**

Sara on "D-Day" itself.. *pun amek dari fb Siti Hajar.. tanpa kebenaran bertulis mahupun secara lisan..**

Makcik harap sangat En. Ayah dapat balik December 2010 yg lepas.. Sebabnya.. Makcik harap sangat En. Ayah dapat merasa keterujaan bila sama2 menunggu keputusan peperiksaan anak2.. Sebabnya... dah banyak kali En. Ayah terlepas peluang utk sama2 memberi sokongan moral pada anak2 di masa2 yg penting dalam sejarah hidup mereka.. Apakan daya.. beban kerja dan kedudukan geografi tak mengizinkan.. apa2 pun makcik tau.. kalau boleh.. memang En.Ayah dengan sepenuh hati nak melihat anak2 naik atas pentas tu.. mungkin belum rezeki.. kita tunggu hujung tahun ni pulak.. InsyaAllah..

p/s - Semoga anak2 ibu akan terus berusaha untuk berjaya.. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dari Allah.. Aminn..
And En.Amat.. makaseh sbb amek cuti utk drive kami semua..

Selasa, 4 Januari 2011

Ibu jangan rindu abang ya..

Soalan cepumas kat semua yg ada kat luar tu...

1. Sejak tinggalkan sekolah... and I MEAN SEKOLAH.. bila last sekali korang semua nyanyi lagu kebangsaan.. lagu negeri.. and lagu sekolah?? ANDDDDD... baca rukun negara..???

Hahahaha.. ni nak cerita.. 3hb January ari tu aka MONDAY.. untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ibu yg bertanggungjawab.. **ayat tak boleh belah..** makcik and seisi keluarga telahpun ke MELAKA Bandaraya Bersejarah... sebabnya??

1. Sara ada HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG.. sebab PMR 8A ari tu lah gamaknya..
2. Aiman tukar sekolah ke MELAKA and to be exact.. ke SMK BUKIT RAMBAI.. sebabnya Sek Men Dato Dol Said Alor Gajah da penuh.. **sob.. sob..**

Cerita Satu: Okeh.. cerita nyanyi lagu kebangsaan and bla.. bla.. bla..

Tetiba semasa perhimpunan sekolah.. yg dihadiri dif2 kehormat YB Nordin **ehem.. anak eh pun 8A jugak PMR satu kelas dgn kakak**, YB Dato Hjh Norpipah, ADUN Rembia.. Penonong Pengarah Pelajaran **i think..** and bla.. bla.. bla.. and.. ketua murid pun announce.. "kita mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, di ikuti pula lagu Negeri Melaka dan lagu sekolah..." Dan semua org pun berdirilah.. termasuk aku.. hahaha.. dan kami pun menyanyi.. menyanyi.. dan menyanyi.. walau dengan suara yg sedikit off tune.. sepantas kilat teringat zaman2 pakai uniform putih biru dulu2.. kah3x.. berzaman ya amat tak nyanyi lagu Negaraku.. sampai naik semput nak menunggu 3 lagu tu abesss...
Dalam ati aku.. haihhh.. nasib lagi ada cuma 3 je tiang bendera tu.. kalau 5 ke.. mau pengsan makcek berdiri sambil menyumbangkan suara yg sememangnya sumbang.. :)

Nyata dari jauh dapat dilihat muka murid2 yang diraikan happy.. aku tumpang happy tengok anak aku happy.. and sebab budak2 tu happy?? sebab tau hari tu dapat "sumbangan" dari ADUN.. Sijil Penghargaan dari Sekolah.. and Sijil Penghargaan dari ADUN.. juga Sijil Penghargaan dari Negeri Melaka ** kalau tak silap..** but all in all.. mmg 3 sijil lah.. and sumbangan dalam sampul warna putih.. hahaha..

"Kita minta pada ibu bapa penjaga murid2.. bila anak2 naik ke pentas.. mintak ibu bapa turut sama ya.. kita nak ambil gambar sekali.." tetiba la pulak pengetua kata.. and sepontan kata aku pd salah seorg ibu murid.. "haaa.. nak kena naik pentas ke amek gambar.. dengan rupa mcm nih.." yg pd masa yg sama.. aku tengok semua ibu bapa penjaga dah sibuk mengemas diri untuk sessi "photo shoot.."
Wakakakaakaa.. makcek rasa mcm.. adoiii laa.. dah la badan ni besar.. nak amek gambar la pulak.. Ingatkan sengaja tak bawak camera.. akan tak ada lah gambar.. but ada jugakkk.. **ehem.. gambar tak publish lagi.. nanti klu dah publish makcek copy and paste ye buat tatapan semua org.. masa tu kalau nak muntah darah tengok pun.. makcek tak leh kata apa dah..**

Cerita Dua: Aiman tukar sekolah pulak..

Seriously speaking.. Aiman memang tak suka langsung sekolah di PG nih.. and start hari pertama dia masuk sekolah.. sampai la hari last dia kat sini.. tak pernah berhenti merungut.. Sebabkan dia nak exam tahun ni.. and aku pun tau.. dia mmg rasa "terseksa" sekolah kat sini.. kami pun buat MOU.. "ibu ikut cakap abang nak mintak tuka sekolah sbb abang rasa tak boleh belajar kat sini.. HOWEVER.. i want you to abide by my rules.. that is.. for the 1st three months.. ibu nak tengok graft yang menaik.. and for the 4th and subsequent months.. sama ada terus naik.. atau straight A without excuse... BOLEH??!!" kata aku pada Aiman.. and "InsyaAllah.. abang tau.." katanya.. "and.. do remember this.. FAILING OF WHICH.. lepas ni ibu tak kan ikut kata abang lagi.. in other words.. IBU TAK AKAN LAYAN DAH.. I'll pull you out from the school.. and asrama.. take you back to be schooling in PG or.. you'll have the option to go to MARANG and sekolah kat sana.. FAHAM?!!" dan Aiman cuma mengangguk.. buat hati aku jadi sedih tiba2.. hahaha.. emo la pulak..

And selepas majlis Sara kat Alor Gajah.. kami semua pun pergilah ke Bukit Rambai untuk urusan Aiman pulak.. tak sangka ramai sgt org yg buat urusan tukar sekolah.. and semasa dalam bilik penolong pengetua katanya "kelas RK semua dah penuh.. so saya masukkan dia ke kelas biasa lah ya.. and kalau dia di aliran biasa.. dia tak boleh dapat kemudahan asrama sbb.. asrama tu hanya utk murid RK.. lagipun kat dalam surat tukar sekolah ni.. tak de pun kata dia pelajar RK.." Pulak dahhhh...
"Anak saya mmg dari murid RK.." kata En.Amat.. "kalau dia masuk ke aliran biasa.. rugi la dia.. Lagipun masa di PPD hari tu pun mmg dah dijelaskan pada pegawai di PPD.. and sbb tu lah diluluskan ke sini.."
"Kelas kita dah penuh.. lagipun kat surat ni tak de pun kata dia murid RK...".. buat aku rasa mcm nak menangis pulak.. "emmm... mcm ni la Puan.. apa kata saya pergi semula ke Pejabat Pelajaran.. mintak mereka endorse.. boleh?" sambung En.Amat buat Penolong Pengetua diam.. "Hmmm.. kalau ada endorsement dah tak ada masaalah.." En.Amat tengok jam.. "kalau mcm tu.. kami gerak dulu.. selesai endorsement kami datang semula" dan aku, En.Amat dan Aiman pun keluar.. terasa mcm nak menitik air mata.. bukan apa.. hati yg dah sememangnya risau.. jadi sedih la pulak kenangkan aiman.. akan duduk jauh dari aku.. **walau cuma 3 jam perjalanan dari PG... jauhhh tuuuu... cedey..**

Alhamdulillah... tak ada masaalah langsung kat Pejabat Pelajaran.. En.Amat yg masuk.. En.Amat yg cakap dgn Pegawai.. and segala2nya selesai..

Petang tu hati aku rasa sedikit tebal.. tiba2 jadi emo sgt2.. sedih bila kenangkan.. dari kecik sampailah besar.. aku yg jaga.. buku tulis buku sekolah dari sekolah tadika sampailah dah form 3.. aku jugaklah yg tuliskan nama kat muka depan tu.. sekarang ni nak duduk jauh dari aku.. tuhan saja yg tau perasaan aku.. sepenuh daya aku cuba tahan air mata dari jatuh.. punnnn jatuh jugak..

En.Amat, adik dgn Aiman dah pun kat dalam dorm.. aku tak sampai ati nak naik atas.. tunggulah aku dalam kereta sambil jahit lencana sekolah Aiman kat baju sekolah.. sambil menangis.. sedih dalam hati.. hanya Allah saja yg tau..

Sebaik saja azan maghrib berbunyi dari surau.. dari jauh aku nampak Aiman dgn baju melayu turun dgn En.Amat and adik.. tergesa2 sgt nak ke surau.. aku cuma mampu telan air liur yg tersekat kat tekak.. separuh jalan Aiman berhenti.. menoleh kat aku dalam kereta.. sambil senyum.. hulur tangan kat aku..

"Ibu jangan rindu Man tau.." katanya kat aku sambil cium pipi aku sebaik tiba tepi kereta.. terasa pedih sgt dalam hati.. Allah saja yg tau.. "Jaga diri abang baik2 tau.. kalau ada apa2.. call.." tambah aku lagi.. "abang tau... dah lambat ni.. org dah nak start maghrib.. man pi dulu ya bu.. Bye pakcik.. bye.." sambung Aiman sambil berjalan ke arah surau.. dan aku cuma mampu mengetap bibir.. menahan air mata yg sememangnya dah pun berderai....


jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter