Rabu, 24 September 2008

Salam Lebaran.. SELAMAT HARI RAYA!!!


Sekejap saja.. diam tak diam esok, insya Allah... hari yang ke 25 kita semua melalui hari2 di bulan Ramadhan... and Insya Allah jugak... tinggal 5 hari saja lagi kita semua akan menyambut hari raya...
Buat teman2... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin... Terkasar bahasa, tersinggung dengan catatan.. segala keterlanjuran tutur kata.. maaf dipinta..
Hati2 bila memandu di musim perayaan ni...
Take good care of yourself... because.. i care..
Jaga Diri!!!!
Balik kampung... Ooo Balik Kampung... Ooo Balik Kampung... Hati Girang... :-) :-) :-) :-)

Selasa, 23 September 2008

Masih ingatkah lagi...

On the way hantar budak2 ke sekolah pagi ni.. Aiman sibuk cerita pasal spot check kat sekolah semalam.. "tah apa2 je cikgu tu kak.. jeles.. orang dah habis periksa pun tak bagi bawak game pi sekolah.. bukan nya belajar pun.." dengan rasa tak puas hatinya kawan merungut.. "pas tu.. cikgu cakap yang boleh bawak cuma board game.. mcm chess ke.., dam ke.., dan seangkatan dengannya.. heeee.. geram tau" and kakaknya dengan penuh setuju mengiakan cakap adik yang cikgu tu memang jeles..

Spot Check??? hmmm.. sapa yang tak pernah rasa zaman2 sekolah dulu.. Wah!! bagai nak gila menyorokkan barangan terlarang dari dikesan... baik time spot check kat asrama.. atau kat sekolah.. sama je..

Teringat satu incident.. "budak perempuan berdiri atas lantai... lelaki... atas meja.. sekarang!!" jerit cikgu salleh dgn para pengawasnya beratur kat belakang tunggu arahan... "jangan cuit bag sekolah kamu.. tinggalkan! " and pengawas yang dari tadi tak sabar nak menerkam bag2 sekolah kami pun macam semut berkerjar ke gula.. Kami yang sememangnya dah dapat "maklumat awal" rileks je..

Sampai je kat meja aku.. pengawas bangunan sains pun ambil bag, letak atas meja dan memulakan tugas.. Ehem.. tiba2 dia terdiam.. dan cepat2 tutup bag aku dan berlalu... aku senyum sampai telinga.. Haritu habis 1 masa kami di spot check.. but tak satu pun yang sangkut.. Cikgu Salleh tak puas hati!!!

Ceritanya.. biasanya aku akan letak aku punya emergency kit - the one that is for the just in case cases... kat atas... hmmm.. apa yek? apa lagi... tuala wanita (ini wajib), undies (ini lagi wajib..) and few other "barang orang perempuan"... and with all those things... barang terlarang atau tidak... siapa la pulak nak selongkar bag sekolah aku.. tak pasal2 diaorang lak yang malu nanti... wakakaka...

Buat cikgu Salleh.. (garang cikgu ni..) rilek la cikgu..
Cikgu Hamidah yang selalu kau tim dengan kami.. sayang cikgu :-) ...
Cikgu Ratnam - yang boring dengan aku sbb aku selalu bagi orang tiru kertas english aku..
Cikgu Ooi - sorry sebab selalu usik cikgu dalam kelas..
Cikgu Menon - selalu lupa nak sambung mengajar bila kami puji sari dia cantik..
Cikgu Rohana - yang selalu senyum dan cuma jeling bila kami buat salah...
Cikgu Sejarah - yang semua orang tak suka sebab selalu perli kami dgn kata2 yang merendah2kan kami tanpa usul periksa..
Ustazah Zubaidah - bukan saja cantik, berbudi bahasa.. bahkan kami semua sayang.. tak pernah tinggikan suara pada kami..
And last sekali.. Cikgu yang semua orang tak akan lupa - Cikgu Malek (guru penolong kanan sekolah) tak pernah marah.. dan sayang sangat2 pada kami.. walaupun semua kata kami murid bermasaalah.. cikgu tetap layan kami dengan baik dan selalu dengar suara hati kami..

Terima kasih yang tak terhingga dari hati yang sangat rindu..

P/S - Dengar cerita cikgu Rohana sekarang dah jadi Pengetua Sekolah.. Cikgu suka main bola.. hari2 cikgu main bola... wakakakaka...


Sabtu, 20 September 2008

Kebaya biru.. History in the making.. hmmmm..


Sibuknya aku kebelakangan ni... Banyak betul yang nak dibuat... Banyak betul yang dah dibuat... Banyak lagi yang nak kena buat.. Ntah bilanya la agaknya semuanya selesai... hai.. persoalan demi persoalan.. demi persoalan... siap nya tak jugak..

Baju raya budak2 dah beli.. tahun ni sara nak baju kebaya.. Ha.. ha.. cerita pasal kebaya.. teringat cerita kebaya biru.. aku punya.. he he he.. the one and only baju kebaya i ever pakai..

Kenapa?... Hmmm... kisahnya.. masa tu aku baru naik tingkatan 3.. berkobar2 aku nak buat baju kebaya.. sebabnya? semua kawan2 aku time tu plan nak buat kebaya untuk raya.. so, aku pun dengan mak pegi la pekan pd (masa tu aku tinggal kat pd tau..) beli kain and antar kedai tempah... kain warna biru dengan bunga putih.. cantik tau...

Sebabkan raya kami semua balik rumah nenek kat singapore, kebaya biru tu tak lah dapat aku tayang kat member2..

Nak dijadikan cerita, kawan baik aku, kakak dia punya kenduri kawin exactly lepas raya.. and aku dah tentu2 la wajib pergi... Jeng.. Jeng.. Jeng.. masa untuk menayang..

Hari kenduri pun sampai.. aku dengan comelnya berkebaya biru (bukan perasan tau.. memang comel time tu :-p )... jadi kendarat kat rumah orang kawin.. kak ita pulak suaminya askar... maka ramailah kawan2 cik abangnya yang datang..

Cerita pun start... punyalah ramai yang berkirim salam kat aku via kawan... dan kakak kawan... serta abang ipar kawan aku... sampai aku naik takut.. entah kenapa.. yang berkirim salam dan bertanya nama.. rata2 bunyinya sama je... "kirim salam pada kebaya biru yea.. nak berkenalan.."

Janganlah tanya aku kenapa.. but masa tu.. memang aku takut bila orang kirim salam kat aku atau ada yang kata nak berkenalan..

Balik rumah.. salin baju.. aku terus simpan.. dan tak pakai2 lagi baju tu... bukan kata baju tu.. sampai ke hari ni pun.. aku tak pernah lagi buat baju kebaya... jadi phobia.. and yang memeranjatkan aku.. baru2 ni balik kampung.. time kemas bilik.. aku jumpa balik baju kebaya biru aku tu... masih elok dan nampak baru lagi.. cuma.. bila tengok.. orang pun tau.. bunga zaman 80an..

And baju kebaya sara tahun ni... warna biru jugak.. hmmmm ;-)



Khamis, 11 September 2008

Do drop by...


Dah lama tak pergi amek gambar... the last photography session i had was like... I've spent almost half a day of my Saturday taking photos.. it was an assignment i got from a law firm to take photo to be published for their new website.. I have to admit... aku lebih prefer amek gambar object mati rather than people.. you can't really work with people if.. they are not ready.. that day.. most of the shots i had was totally crap... i didn't get the feeling i want to see from the photo i took.. (chewah... bunyi mcm professional photographer jer... padahalnya... tak de benda pun..).

Gambar dah edit.. result? not up to my expectation.. I didn't get the feel i want from the photo taken.. thinking of having a re-shoot session.. tengoklah.. bulan2 posa ni.. mesti letih nak senyum loyar (lawyer) kita tu..

I am sure that many of you took better pictures... still... Perhaps teman2 nak tengok my photo collections... well.. tak banyak pun yang diposted.. follow the link ya..




Rabu, 10 September 2008

Danial pergi kerja..

Aiman start his UPSR Exam semalam... Arini hari yang ke dua.. esok last, subject Science and English... Disebabkan UPSR Danial tak sekolah sbb kelas di guna untuk peperiksaan..

Semalam, awal pagi time semua orang nak pergi... well.. myself, Sara and Aiman about to leave the house... Danial nangis.. katanya.. "ala bu.. adik takut duduk rumah sorang2.. boleh la adik ikut ibu.."... dengan air mata yang bergenang penuh.. "jangan la mcm tu sayang... ibu kerja.. bukan main2.. adik duduk rumah la.. tengok la cerita Duyung tu ke... Wall E ke.. boleh?".. and dengan suara yang tersekat2, "tapi.. adik takut la bu..".. kali ni dengan airmata yang tak dapat ditahan2... mengalir laju la pulak... and aku rasa betul2 bersalah.. tarik nafas panjang2... "ok.. but you have to promise me... jangan ganggu ibu buat kerja... nanti boss ibu marah... tau?"... dengan angguk sambil sedu sedan... Danial pun bersiap..

I have to admit, I am quite lucky... this is not the first time this kind of situation happened. And my employer is quite supportive.. apa taknya... tara bagi kalu... aku amek emergency punyalah!... so, dr me missing with emergency leave... better to have him around the office.. ;-)

My office? hmm.. I have 2 direct boss which is the Project Manager... and 7 other indirect managers.. that i have to serve. Like AC always teases me.. "her?.. oh you better forget it.. she only do the management! if you are not the manager.. you are out of her league"... yeah rite.. macam la bagus sangat aku ni... Kuli saja.. yang managernya boss aku...

Staff? now dah lebih kurang 35o orang... dalam dua bangunan.. most of them aku cuma kenal muka.. and senyum dan angguk je bila berselisih.. and if they are non manager.. or not with the management.. i.e. yang duduk dalam meeting management... which is only 15 out of 350 staff... jangan harap la aku tau nama kamu.. maaf..

Berbalik pada Danial.. harini.. mana saja aku pergi.. semua senyum and jadi seronok... why? sebab aku ada ekor kat belakang... Danial... ikut je aku tak kira ke mana... and.. the best thing is.. he did not ganggu aku buat kerja as promised.. he just followed me all the way... everywhere!

p/s Don't tell anyone.. PART 2 :-)

Sambungan dari cerita teman aka my date yang terima wrong sms... ;-P ....

Dah seminggu aku cuba mengelak sang teman ni.. kalau ikut sepatah kata Angelin.. the one that is not my type with smiley (referring to smiley that i put on the text the other day...) apa ke tidaknya... tuhan saja yang tau betapa aku rasa sangat2 malu dan bersalah akibat kecuaian aku sendiri...apa lagi yang boleh dicakap... mungkin dah disuratkan tuhan.. sang teman ni dapat "berita awal" dengan cara macam tu dari aku...

But that was last week... Minggu yang buat hidup aku tunggang langgang sbb ada Sponsor's and Steering Committee Meeting... Minggu yang mana bila semua director2 dari UK and US dtg ke Melaka dan menyusahkan hidup aku dengan kerenah mereka.. Minggu bila aku rasa 24jam yang tuhan bagi untuk sehari semalam tu macam tak cukup je... And each time bila datang minggu macam ni.. tak de orang yang berani ganggu aku.. I will alway be been seen jadi "kuli" (ha ha.. memang kuli pun..) pada semua ongputeh.. Minggu yang mana orang akan nampak aku selalu baling pen kat dinding sbb nak lepas geram.. (ha ha.. apa lagi yang boleh aku buat... cuma baling pen je la... nak baling director2 tu.. hmmm.. how i wish... wakakaka.. lawak bodoh lagi la tu..).

Oh! by the way, for those yang tk tau.. aku kerja dengan one of the foreign company in Malaysia and my boss is one of the bekas penjajah... now... need i say more? (ironic tone.. )

Apa2 pun.. minggu ni.. and hari ni in particular... aku dah tak dapat nak elak lagi... bila sang teman menegur aku.. dan makin rajin bertanya itu ini... Rimasssss....

Tiba2 teringatkan apa yang diucapkan Comel (bukan nama sebenar... ha ha.. member baik aku since sekolah lagi ni..), "ala Is... tah2 member bukan patah semangat.. tah tah.. dia gandakan effort utk buat you lebih suka kat dia.. LOL"... terasa kering darah sekejap.. "mana boleh cam tu.. put yourself.. will you still be interested if you know i am not... you buang masa ke dengan i? I know i will not..".. and Comel's next line buat aku jadi terdiam, "itu you... orang lelaki tak mcm tu Is.. I do think he likes you very much.. otherwise.. he will not be so peramah as he is now with you.." and my immediate response was... "ala.. tak baik tau dia ni!!.. do you have to be having that kind of thinking?.." and he just laugh and gelengkan kepala kat aku...

Some friend he is!... I am sure he must've enjoying himself very much dapat torture jiwa aku cam tu!!!

Apa2 pun.. rasa mcm "ridikilus" - ridiculous.. la pulak bila dah tua2 ni orang dok memikat kita..

Untuk sang teman... percayalah... nothing wrong with you... its just me... Aku belum bersedia untuk ini semua.. plus.. you are not my type.. Sorry..

Hari Tension Aku...

Adoiii.. hari ni hari Rabu.. hari sibuk gila aku... Sampai je office jam 07:30 am tadi terus on computer and start buat kerja.. Semalam, 1 hari suntuk aku terbazir membetulkan silap orang.. Ntahlah.. dah rasa mcm.. cerita pun tak guna.. baik amek.. betulkan sendiri.. dari pulang balik.. pulang balik.. salahnya tetap salah yang sama...

Kerja aku sendiri dan bertimbun2.. tambah hari ni pulak hari Rabu.. hari sibuk gila aku sebab kena attend weekly meeting dengan Client.. TENSIONNNNN.....

Kadang2 tu tak faham.. mcm manalah kita jadi manusia yang terima gaji bulan2 tapi buat kerja cuma lebih kurang.. tak ke terfikir gaji yang dibawa balik tu tiap hujung bulan kita bagi kat anak2 dan ahli keluarga yang lain makan... jadi darah daging... darah daging yang akan di hisab bila masanya dah sampai nanti??? Pelik aku!!

Tarawih anyone??...

Malam bulan puasa.. semua orang sibuk nak mengejar tarawih.. and tawarikh kalau ikut sepatah kata member kat asrama dulu... ha ha.. Aiman, Sara, Danial... beria2 mengajak ke masjid menunaikan solat tarawih.. Alhamdulillah..

Tak tau kenapa hari ni, tiba2 banyak sangat kenangan time belajar dulu yang datang.. Salah satu kenangan favourite bulan Ramadhan.. yang aku rasa ramai antara teman2 aku akan ketawa berdekah2 bila teringat sama..

December 1989, aku dihantar ke ITM (now UiTM) cawangan Kelantan di Kem Kijang untuk menyudahkan pre-diploma aku.. It was my first time ever menjejakkan kaki ke tanah Cik Wan Kembang.. and it is a very small and jauh dari bandar.. well berbalik pada cerita bulan puasa..

Just because kami ni pre.. or well known as junior... semua aktiviti, pekeliling yang akan keluar ada this clause, "semua pelajar pre, part 1 and 2 adalah wajib hadir"...

Maka tersebutlah kisah bulan puasa.. yang mana kami diwajibkan untuk pergi menunaikan ibadah tarawih... Tak ingat pulak ustaz mana yang mengimamkan sembahyang hari tu.. but... the story goes..

Masjid kubah biru di ITM Cawangan Kelantan time tu aku kira besar dah.. cuma.. yang tak bestnya, bilangan pelajar melebihi kapasiti bangunan... so kami ni jangan mimpila nak berselesa di dalam masjid tu.. bertebaran lah kami semua di atas tempat parking, berbekalkan sejadah sebagai alas untuk menunaikan solat sunat tarawih.. Ustaz pulak.. aritu tak tau kenapa slow sangat membaca ayat, doa dan sebagainya.. Dari rakaat pertama, kedua, witir.. rakaat pertama, kedua, witir... and on... and on... and on... until yang tah keberapa pun tak tau.. bagi teman2 yang biasa jadi ahli "sembahyang di parking lot".. semua memang arif sangat... betapa tak selesanya kami di situ... wap panas siang tadi.. ditambah dengan.. telekung yang menyelubung.. terasalah ala ala dalam sauna..

Nak dijadikan cerita... bersebelahan parking lot kami tu.. jalan besar... tempat kenderaan lalu lalang.. dan nak dijadikan cerita jugak... selepas rakaat yang dah "sangat banyak".. (he he... time tu.. terasa sangat makna phrase "time is eternity"..) kami sujud.. ustaz, seperti biasa... tah apalah yang didoa time sujud... panjang sujudnya... but this time terasa pelik sangat2.. terlalu lama.. dahi dah terasa kebas... my friend next to me... siap bangun angkat kepala tengok kiri kanan... and sujud balik...

And sesudah sekian lama sujud and tak bangun2... tiba2 kami semua dengar bunyi sayup2 dari depan orang bagi salam... Kisahnya... time sujud... satu lori besar sudah lalu daa... Kisahnya jugak... time lori lalu tu la... ustaz / imam bangun... kami yang kat luar yang tak dengar apa2.. sambung sujud... Kah kah..Selesai bagi salam... kami semua dibelakang ketawa bagai nak gila..

Hari tu... yang pasti.. sembahyang kami semua... cuma dapat penat...

- ismet ulam pegaga -

Sabtu, 6 September 2008

Ke mana perginya momentum :-(


Jam dah mencecah ke 11:57pm.. esok nak ke shah alam.. kelas start pukul 08:30am.. assignment yang bertimbun2 tak satu pun siap.. nak siap cam mana? cuit pun idak!! Tensionnya dalam jiwa ni, hanya Allah saja yang tau...

Entahlah... bila dah hujung2 ni.. momentum tu rasa macam... bukan kurang... bahkan.. macam dah tak de langsung!!! apa lah nak jadi aku ni... cam ni bila nak grad????? Terasa susah sangat nak kembali ke perspektif... BLURRRRR...

Ikut sepatah kata seorang teman "abis la kita esok.. kene leter dgn prof. karpet.." Bunyi memang lucu.. but memang pun prof. karpet ni kerja dia berleter.. harap2 sempena bulan yang mulia ni.. ada la belas ihsan dia pada aku.. Susah2 sangat.. bila dia berleter sok.. aku nangis je... biar padan muka dia.. waakakaka... (lawak bodoh boleh?)

Semester ni betul2 rasa tercabar dengan kerja.. assignment / study.. anak2.. personal life.. and macam2 lagi.. Bulan lepas... bulan ni... boleh kata tiap hari sabtu aku ke office.. nak menyudahkan kerja yang tak siap.. dan tak sempat disiapkan.. itu tak masuk balik lambat.. terkadang tu terasa bersalah sangat dengan budak2.. masa yang sepatutnya dihabiskan untuk anak2.. lebur kat office :-(

TENSIONNNNNN!!!!!!!!!!

Jumaat, 5 September 2008

Selamat Berpuasa... Marhaban ya Ramadhan...


Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi. Hari ni dah masuk hari yang ke 5 umat islam menjalani ibadah puasa... Anak2 aku semuanya bersemangat.. tak ada lagi yang aku dengar merengek.. merungut atau mencari alasan untuk tidak perlu menunaikan ibadah yang di tuntut agama dalam rukun islam yang ke-3...

Terasa sangat2 dalam hati, dah besar budak2 ni.. Teringat time sara mula2 puasa dulu.. umurnya cuma 4 tahun but azamnya sangat kuat.. Aiman pulak start puasa bila umur dia mencecah 5 tahun.. Danial? lebih kurang macam Aiman jugak.. And aku sangat2 berbangga sebab tak banyak masaalah budak2 ni bila di train untuk berpuasa.. Azamnya sangat tinggi.. bahkan ramai kawan2 aku yang agak terkejut sebab anak2 aku mudah diajar berpuasa.. Alhamdulillah jugak untuk itu...

Hari pertama.. yang asik aku dengar dari mulut Danial... "Adik lapar la bu..", dan yang selalu keluar dari mulut aku "orang puasa memanglah lapar sayang... mana ada orang puasa tak lapar... bukan puasa namanya tu kalau tak lapar.."


Hari pertama puasa jugak aku dengar dari mulut Sarah, "kalau ayah ada.. kita mesti minum air tebu kan Man.. Ingat tak? ayah selalu beli air tebu..." Sedihnya pulak aku rasa. Memang itulah yang disuka ayah budak2 ni.. and tiap kali bulan puasa.. tak pernah lagi tak ada air tebu..


Semoga diberi aku kekuatan.. kecekalan.. ketenangan.. dan di permudahkan bagi aku dan juga anak2 ku segala pintu kesulitan dalam berkat... Sesungguhnya hanya Kau saja yang maha mengetahui.. Amin..

Isnin, 1 September 2008

p/s: don't tell anyone :-p

Don't know how else I want to phrase this but... HOW MUCH STUPID CAN I GET????!!!

The story goes... As soon as i got into my car and started to drive.. my hand started to reach for my mobile.. found it! I was extremely excited.. and began texting... I wrote:
"Nice person.. Not my type.. Yeah.. I guess you're right.. WHAT A RELIEF :-)"

Just when i was about to press the send button, my mobile rang.. Alamak.. hampir lupa la pulak, "my date" was following me and i was supposed to show him how to get to TESCO... answered the call.. and only to find out that I've lost the earlier text.. wrote it again.. pressed send.. which TO MY HORROR.. IT WASN'T GOING TO MY FRIEND... I SENT IT TO MY DATE INSTEAD!!!!

Tuhan saja yang tau.. betapa gelabahnya aku masa tu... I guess if any of you ever watched "Mr Bean the Movie", you must've remember the part where Mr Bean tak sengaja terpadam muka kat painting tu... well.. aku rasa lah ... my reaction at that time was worst than him.. andai korang dapat melihat aku ketika tu.. memang pecah perut korang ketawakan aku..

It was something irreversable.. He is.. a nice person.. He just wasn't my type.. I feel bad.. plus.. it was on his birthday...

:-(

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter