Khamis, 25 Disember 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah.. Selamat Tahun Baru..

Sometimes in 2004 - Cameron Highlands :-)

Sekejap betul masa berlalu.. 14-12-2008 lepas.. genap 2 tahun aku kat Melaka Bandaraya Bersejarah ni.. bermakna 2 tahun dah anak2 aku jadi orang Melaka.. terasa macam segala2nya berlaku depan mata cuma semalam..


Contract aku baru saja disambung untuk setahun lagi.. maknanya.. aku akan berada di Melaka ni untuk satu tahun lagi.. Insya Allah.. mudah2an akan ada juga tahun yang ke empat, lima, enam.. dan yang berikutnya kalau rezeki aku kat sini lagi.. mudah2an.. Alhamdulillah.. setakat ni.. rezeki kami masih lagi tak putus.. Syukur untuk itu..


Sometimes in 2004 - Alor Setar, Kedah :-)

Melihat kebelakang.. hati terasa sayu.. mengenang dugaan dan cabaran yang tuhan berikan pada aku dan anak2.. dan bagaimana segala dugaan dan cabaran yang kami sekeluarga hadapi.. membuat kami lebih cekal.. dan lebih rapat dan memahami hati masing2 dengan lebih baik lagi..

Sarah.. aku selalu rasa sedih bila mengenangkan.. pada umur seawal 11 tahun.. Sarah dah banyak tanggungjawab.. kalau tak kerana Sarah yang selalu tolong aku kat rumah ni.. memang aku tak dapat uruskan rumah tu dengan betul.. pada umur seawal 11 tahun, rumah kami.. memang tanggungjawab dia..
Sedih mengenangkan.. sekalipun dia sibuk dengan segala persiapan untuk menghadapi UPSR.. tanggungjawab yang tak sepatutnya dia pikul.. tetap disempurnakan.. walaupun terkadang dia berbunyi.. tapi.. tetap jugak dia sempurnakan..

Sarah cukup matang untuk budak yang seusia dengan dia.. dari segala segi.. pernah.. hampir menitis airmata bila aku mendengar dia menasihatkan Aiman.. "Belajar betul2 Man.. mesti buat betul2 UPSR ni.. aku cuma dapat 4A 1B.. kau.. mesti dapat 5A.. kalahkan aku.. aku nak kau dapat 5A.. lebih dari aku.. bukan kurang.."

Champion Youth Cup 2007 - Inter Milan Junior - Stadium Tuah, Melaka

Aiman.. anak manja yang sangat sensitif jiwanya.. dan mungkin betul jugak kata orang.. anak lelaki.. tak sama dengan anak perempuan.. ingatnya cuma nak main2 je.. mcm tu la Aiman.. but.. kejadian pecah rumah.. dan diugut oleh budak2 nakal.. banyak mengubah sikap Aiman.. its a blessing in disguise.. selepas kejadian pecah rumah tu.. hidup kami berubah.. hidup Aiman berubah.. Aiman menjadi lebih pemilih.. dan memilih kawan2.. Aiman mula mengambil alih sikit2 tugas Sarah.. towards end of the year.. aku begitu terkejut bila.. sebelum tido.. Aiman akan pastikan.. baju sekolahnya dibasuh bersih.. dan biasanya dia basuh sendiri.. hari2 without fail..

Malacca Straits Cup 2007 - Stadium Jebat, Melaka

Pernah sekali tu.. pagi2 dia gerak aku suruh bangun.. dan bawak aku ke tengah rumah.. "suprise katanya..".. rumah bersih.. spotless.. Aiman berkemas.. siap dengan mop lantai sekali..
Aiman.. sememangnya anak ini.. never fail to make my heart melt..


Malacca Straits Cup 2007 - Stadium Jebat, Melaka

Danial.. anak manja yang panas baran.. :-) Aiman kata.. "Tiap2 tahun kak.. asik kita je yang amek hadiah kat sekolah.. adik tu tah bila2 gak nyer..".. and Sarah pulak jawab.. "tak baik tau Man ni.. mana tau.. tah2.. tahun depan dia pulak..".. and.. memang betul.. tahun ni.. Danial naik pentas amek hadiah kat sekolah.. bangganya dia..

Champion Youth Cup 2007 - Man U Junior - Stadium Tuah, Melaka

Tak pernah terfikir yang anak aku yang sorang ni sebenarnya ada masalah mata.. bila fikir2 semula.. hati aku jadi sedih.. merasa.. aku bukanlah ibu yang perihatin.. aku cuma sedar yang Danial ada masaalah penglihatan bila satu hari semasa menyaksikan perlawanan bola di stadium Jebat.. MU Junior vs Porto Junior during CYC 2007.. bila scoreboard yang besar terpampang.. Danial tak nampak..
Segala2nya berubah bila Danial mula pakai cermin mata.. :-( sedih sangat bila kenangkan.. aku tak tau.. mungkin kerana aku tak perihatin..


Tahun depan.. Danial jadi pengawas kuning sekolah.. hehehehe.. aka "pengawas khutubkhanah". Aiman selalu usik.. "eleh.. pengawas kuning.. bukan buat apa pun.. lain la pengawas yang pakai baju biru tu..." and jawapan Danial selalu.. "tak kisah la.. kat library banyak buku apa.. best.. daripada kau.. apa pun tak jadi.."
And.. jarak umur Aiman dengan Danial.. 4 tahun.. tak pernah sekali pun aku dengar dia panggil Aiman "abang"..
Tak tau macam mana nak dipanjatkan rasa syukur pada Allah.. untuk segala2 yang dilimpahkan pada kami selama ini.. Sesungguhnya hanya Dia saja yang maha mengetahui..

Buat teman2 yang diluar sana.. persahabatan yang ada mungkin tidak memberi makna pada kalian.. tapi sungguh besar buat diri ini.. terima kasih kerana sudi mendengar cerita dari hati kecil aku.. terima kasih atas keperihatinan.. terima kasih kerana bersama aku.. bila aku rasa suka.. juga tika aku mengalirkan air mata.. sekalipun.. tak pernah bersua (ehem.. well.. literally speaking.. or typing??.. that is.. ) sesungguhnya terasa.. kalian lebih dekat dengan diri dan hati ini..


Firnasya (Jas), Mother of Two (Shiela), Home Sweet Home (Wati), Warna2 Kehidupan (Ummi), Diari Perantauan (Romzi), Cahaya Qolbi (kak Bi), Cerita Saya.. (Cik Saya), Future Top Architect (Hady), Cikgu Jane (Jane), Hijrah1429 (Summaiyah), Dudu (Dura), Dunia bewarna Luna (Luna), Home Sweet Home (Kak Ummi), Dapur Tanpa Sempadan (MGebu), Its My Life.. (Aza), SiPolan & SiPolin (Alycia) dan juga Ilham Pak Yob (Pak Yob)..

Maaf seandainya.. sepanjang2 berada di alam cyber ni.. ada yang tersinggung atau sebagainya.. terima kasih juga kerana sudi berkongsi dengan aku..
Semoga berbahagia dengan kurniaan Allah.. biarpun kecil.. hargailah..

:-) :-) :-)

Dan aku menutup buku untuk tahun ini.. dengan perasan yang bercampur baur... Untuk semua.. Selamat menyambut Maal Hijrah.. selamat tahun baru.. semoga kita semua dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki.. dan sentiasa di bawah lindungan Nya.. dalam berkat.. Insya Allah..

Selasa, 23 Disember 2008

Dia???

Hari ni.. entry suka2 hati.. :-) Entry untuk diri sendiri.. ;-p

Sebabnya??? Hari ni aku sungguh senang hati.. walaupun badan masih lagi tak sihat.. tapi.. hati ini sangatlah gumbiranya..

Ceritanya.. Tetiba je tercelik mata tengah2 malam dengar phone menjerit lagu "Disenchanted".. sapa la pulak memalam call.. tak reti2 ke orang tido bila malam.. dah dekat pukul 1am pun.. :-(

"Is... tido??".. pendek je bunyinyer.. walaupun tak bukak mata.. aku cukup tau sapa tuan punya suara di hujung sana.. dah lama tak dengar suara dia.. lebih2 lagi sejak dia ke Kerteh sebelum puasa yang lepas.. jarang sungguh kami bertukar2 cerita.. apatah lagi bertukar2 sms.. tah apa mimpi call gaknyer.. dan kami pun berbual lah hingga pukul 3 pagi..

dan hari ini.. dan hari esok.. cuma tinggal dua hari saja lagi.. aku ada temujanji.. :-)

lambatnya masa berlalu... (**sigh**)

Isnin, 22 Disember 2008

Haiya.. Ciku??.. Ciku what????

Malam tadi.. tetiba saja suhu badan aku naik tinggi.. sendi2 aku sakit sesangat.. sehingga ke saat menulis ni pun aku masih lagi menahan kesakitan.. :-(

Sepanjang malam aku tak tidur.. sakitnya satu badan.. tak kira lah macam mana aku baring.. terlentang.. mengiring.. meniarap.. sakit nya tak kurang pun.. Air mata sajalah yang menjadi teman aku.. walaupun aku tau.. menangis tak megurangkan sakit yang aku alami.. tetapi.. air mata saja lah yang aku ada... sedihnya dalam hati.. tak cukup sakit satu badan, demam, pening yang teramat sangat.. aku muntah2 la pulak!!!! Sudahnya.. sampai ke pagi.. aku pusing kiri.. pusing kanan.. meniarap.. mengiring kiri kanan.. semuanya tak kena!!!

Tetiba teringat kata2 abah... pergi hospital kerajaan tu.. asik pergi klinik bayar je.. doktor tu bukan tau apa.. cuma nak duit je.. (maaf la doktor2 kat luar sana tu.. bukan aku yang cakap.. abah yang cakap.. maafkanlah abah aku.. dia orang kampung.. pelajaran tak tinggi mana..)

Bangun pagi.. ingat nak bersiap pi kerja.. but berdiri baru seminit dua dah rasa mcm nak tumbang.. :-( :-( :-( Masa ni.. terasa sangat2.. betapa keseorangannya diri aku ni...

Hantar text pada boss.. i'm calling in (hmmm.. more like texting in.. ) sick.. going to see doctor.. bla.. bla.. bla..

Gerak Sarah.. mintak dia teman aku.. Sampai hospital alor gajah... mak datuk.. ramainyer orang.. timbul pulak rasa kesal.. patut.. aku pi hospital xxx.. tak la begini teruk.. sapalah suruh gatal sangat teringat kata2 abah tu.. la???.. gasak.. tunggulah sampai nombor anda dipanggil.. :-(

Sambil menunggu... air mata masih lagi keluar.. walaupun tak berapa perasan.. aku cuma mampu menahan sakit.. kalau boleh.. aku tak peduli orang keliling.. nak je aku baring atas lantai.. tapi.. tu lah.. kang lain pulak jadinya.. "sakit" lain pulak di katanya aku..

sesungguhnya... penantian itu benar2 satu penyeksaan.. dan akhirnya.. harga sebuah penantian tu berbayar.. bila.. nombor aku dipanggil..

Dengan langkah yang lemah.. dan tak sabar2.. masuk la aku bilik rawatan no. 3.. di soal siasat lah aku.. bila start demam.. apa lagi tanda2 sakit.. ada ruam tak yang nyata nampak.. sendi2 sakit dah lama ke??? dan aku menjawab dengan sabar..

Katanya.."demam tak de.. tapi.. tekanan darah sangat rendah.."
Kata aku.. "tekanan darah saya memang always on the lower side dari dulu lagi.."
Katanya.."demam baru malam tadi.. memang biasa pun.. suhu panas naik mendadak.. and turun sendiri.. sakit sendi pun.. baru malam tadi mula.. hmmmm... saya bagi ubat demam.. tekak pun bengkak teruk ni.. saya bagi antibiotik.. ubat batuk.. selsema? ada?"
Kata aku.. "selsema? tak de.. cuma batuk je yang dah tiga minggu.. tak baik2.."
Katanya.. "tiga minggu?!!! tak jumpa doktor???"
Kata aku.. "pergi klinik.. but.. mcm ni je la.. tak hilang pun.. but.. ni pun dah kurang.."
Dan doktor cuma geleng kepala.. mungkin dia cakap dalam hati.. "orang mcm ni pun ada..." agaknyer la..
Katanya lagi.. "sakit sendi ni.. kita tunggu dulu.. kalau dalam masa tiga empat hari tak hilang.. atau semakin teruk.. datang balik.. kita buat ujian darah.." kata2 yang memang aku dah agak dari mula lagi.. "sementara tu.. makan ubat demam yang saya bagi.. harap2 tak melarat.."

Dan aku pun balik dengan rasa sedih sesangat.. sakit tak hilang lagi.. sedihhhhh... dari tadi kat atas katil.. nak makan pun takut.. takut muntah.. dari pagi.. cuma air je yang aku telan.. WAAAAAAAAA... dah tua2.. bila tak sihat.. rasa mcm.. ntahlah..

Kalau bebudak ni tak sihat.. tak nak makan.. aku usahakan jugak.. paling tidak pun sikit alas perut.. jangan sampai tak de tenaga.. bila sendiri yang tak sihat.. depan anak2.. buat2 sihat.. :-(

Linda adik aku call petang tadi.. "lah.. kenapa la pulak nak tunggu tiga empat hari lagi baru nak amek darah??? dah tu.. sementara tu.. tak kan nak tanggung je sakit tu???"
Kata aku.. "dah mcm tu peraturannya.. nak buat cam mana.. tak pe lah.. kot tak sempat aku nak sampai tiga empat hari tu.. aku singgah jugak jumpa doktor tu nanti.. hehehehe.."

Kat bawah ni cerita Chingkungunya.. rasa2nya ramai yang dah tau pun.. but.. just a brief info..
Penyakit Chikungunya
Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam.
Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus
lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling
berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

Ahad, 21 Disember 2008

:'(

:'(

BENCIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


:'( :'( :'(














Jumaat, 19 Disember 2008

Cerita Semalam... :-(

Penat sungguh semalam.. kerja bertimbun2.. makin diclear meja tu.. makin tinggi lak rasa isi tray tu.. :-(

Keluar office pun bila matahari dah hampir melabuhkan diri.. :-( Mujur cahaya masih terang.. nampak lagi la rupa pasir2 dan tanah2..

Drive macam biasa.. airmata macam nak mengalir je.. penat sesangat... :-( melayan kerenah orang.. nak menghabiskan kerja.. dengan mengejar dateline.. sedihhhhhh!!!!!! tapi.. dalam sedih melayan sedih tu.. tetiba.. tersembur ketawa sorang2 dalam kereta.. eh.. kenapa ni??? mcm orang tak betul la pulak... hehehehe..

Sebabnya??? tengah sedih2 tu.. tetiba la pulak teringat "work well underpressure"... one of the criteria best described myself tertulis dalam CV.. hehehehe.. Kah kah kah.. konon... tak menahan... gelak.. gelak.. gelak.. (hmmm.. korang pun gelak la sama yea kalau faham...)

Kereta bergerak sangat perlahan.. sebab depan ada traffic light.. and dengan tak semena2.. ada satu motorsikal dengan lajunya keluar simpang.. meluru ke tengah jalan.. and ada kereta dari kanan aku pun pada masa yang sama memecut dengan lajunya nak mengejar traffic light.. sambil potong Q... Sepantas kilat segala2nya berlaku depan mata... aku cuma sempat menjerit ALLAH!!!! sekuat2 hati aku...

Alangkah leganya melihat motorsikal tu sempat berhenti betul2 ditepi pintu kereta.. and dengan sekelip mata.. hati jadi panas sangat2...

Sebabnya.. betapa kita selalu tak perihatin dengan keselamatan orang yang kita sayang.. motorsikal membawa isteri dibelakang lengkap dengan topi keledar keselamatan.. begitu juga dengan dirinya.. sedihnya.. melihat anak kecil yang dibiarkan berdiri di dalam bakul.. yang ketika motorsikal dibrek secara mengejut tadi.. hampir2 anak kecil itu melambung keluar...
kalaulah anak tu tercampak ke atas kereta.. bergolek atas jalan.. dan kereta tu
tak sempat berhenti lalu menggelek anak tadi???... Aku beristighifar... Hanya
kerana nak mengejar seminit dua.. mungkin kita akan membayar sesuatu dengan kekesalan seumur hidup...

Mungkin.. kita selalu berfikir.. "ah.. tak kan jadi pada aku.." but, fikirkanlah.. kalau betul2 terjadi.. kita akan menyesal seumur hidup.. mungkin lebih senang menyalahkan kereta yang melanggar.. but.. jauh dalam sudut hati kita.. kita tetap akan tau.. segala2nya.. sebab kelalaian kita sendiri..

:-( :-( :-(

Ahad, 14 Disember 2008

Sayang.. Anak Ku Sayang..

"Ibu ingat tak budak yang masuk rumah kita dulu.. yang curi basikal abang?" Kata Aiman sebaik saja dia masuk dalam kereta.. Aku terdiam.. mana mungkin aku lupa.. budak yang buat hidup aku anak beranak tunggang langgang.. budak yang buat aku terasa sangat2 tak berdaya.. budak yang buat aku hilang punca dan mati akal.. budak yang buat kami sekeluarga rasa tak selamat dalam rumah sendiri.. dan budak yang buat aku akhirnya bulatkan keputusan untuk berpindah rumah...

"Kenapa?.." balas aku pendek.. "Tak.. tadi.. Farizul cerita.. dia kena pukul dengan abang yang kat depan tu bu.. dia mencuri kat kedai depan tu.. kena tangkap.. abang tu yang tangkap.. kena pukul sampai lebam2.. biru.. tak keluar rumah sampai seminggu!!!..." terang Aiman dengan panjang lebar..

Semoga Allah sentiasa melindungi mereka.. Amin..


Tersentap aku.. "Ya Allah!!!.." bisik aku dalam hati.. and yang keluar dari mulut aku ketika tu.. "kesiannya dia.."

"Kenapa pulak ibu kesian kat dia?? kan dia mencuri.." sambung Aiman.. dan aku.. cuma mampu menarik nafas.. "Ibu rasa sedih bang.. umur dia baru 13tahun.. sebaya dengan anak2 ibu.. jauh lagi jalan dia.. tak kiralah kalau dia salah mencuri.. ibu cuma rasa kesian.. mengenangkan masa depan dia.." and.. sememangnya itulah yang aku rasa.. kesian sangat2 dengan budak tu.. sedih mengenang masa depan dia.. sedih mengenang budak ni anak bangsa aku sendiri..

Ceritanya... Sometimes bulan May tahun ni.. dua budak ni.. menceroboh masuk rumah aku.. siang2 buta.. Aiman dengan Danial baru saja sampai dari sekolah.. erat2 nak bukak pintu gril.. tiba2 budak ni muncul dari belakang.. tolak Aiman sampai terjatuh.. mungkin tangan Aiman tersangkut kat gril and terhantuk.. Danial lari ke phone nak call aku.. but matikan niat dia bila di ugut "kau duduk diam2.. dengan engkau aku hentak nanti!!!" katanya pada Danial..

Aku sampai rumah petang tu dah agak lewat.. kebetulan hari Rabu.. ada meeting management.. Rumah memang dah tunggang terbalik.. hati memang nak marah bila tengok rumah bersepah.. but.. sebab dah penat sangat.. aku matikan niat aku.. Lantaklah.. tak kuasa..

"Kita makan kat Alor Gajah malam ni bu.." kata Sarah.. and aku yang memang dah tak de tenaga pun setuju.. "Siaplah.. cepat pegi.. cepat makan.. cepat balik.. ibu dah penat sangat2 la kak.."

Malam tu.. sementara menunggu pesanan sampai.. Sarah bercerita.. bagaimana budak2 ni menyelongkar rumah.. mengugut dua2 Aiman dan Danial.. mencuri basikal.. telefon bimbit sarah hilang.. dan meminta duit dari budak2 ni.. or "else"...

Hati aku cukup panas masa tu.. dan2 tu jugak aku nak ke balai polis dan buat report.. but.. tetiba Sarah kata "Ibu.. ibu tak takut ke kalau ibu report.. nanti.. bila2.. Aiman dengan adik.. kalau budak tu buat apa2 kat Aiman dengan adik?? Kalau dia tunggu Aiman dengan adik tengah jalan ke.." Mendengar kata2 Sarah.. aku jadi slow.. and.. "Abang dengan adik takut nak balik rumah bu.. kalau dia datang esok macam mana?.." dan kali ni aku terasa macam nak menangis pun ada..

Ya Allah.. dugaan apa kah ini yang Kau beri pada aku.. dan anak2 ku... Lindungi lah kami ya Allah.. Sesungguhnya hanya pada Kau tempat kami mengadu dan meminta pertolongan.. kasihanilah kami hamba2 Mu yang lemah ini..


But.. tu cerita hampir 6 bulan lepas.. Selepas kami berpindah rumah seperti yang disarankan oleh pelbagai pihak.. cerita budak2 tu hampir tidak aku dengar lagi.. sehinggalah pagi minggu yang lalu..

Kalau ditanya aku.. memang jawapannya.. aku sungguh marah.. aku sungguh geram.. dan aku cukup2 sakit hati.. bila mengenangkan apa yang telah budak2 ni buat terhadap keluarga aku.. leave alone things like.. duit yang hilang.. kamera yang hilang.. playstation yang hilang.. atau apa saja bentuk harta benda dunia yang ada.. yang hilang...

Aku cuma marah sebab ini anak2 aku.. tak ada apa pun yang lebih bernilai selain dari mereka..




Harta aku.. yang tak ternilai...


Tetapi.. tak tau kenapa.. hati aku jadi sedih.. hati aku jadi sayu.. mendengar apa yang dikatakan Aiman.. apalah yang akan jadi dengan masa depan budak2 ni.. mudah2an tuhan buka pintu hati mereka untuk mengambil ikhtibar.. mudah2an budak2 ni serik dan berubah ke arah kebaikan..

Terfikir dalam hati.. berakhirkah semua ini??

Cerita PEGAGA...

Hmmmm.. apa nak cerita yea??? Seronok membaca artikel "kehebatan" daun sireh dan daun kemangi dari blog janelabu . And.. petang tadi ke pasar malam di Alor Gajah.. antara yang dibeli... PEGAGA..

Artikel yang secara tak sengaja aku terbaca dari www.orangkampung.com/atikalpegaga.html yang... ntah??.. orang tau ke? Yang pastinyer.. aku pun baru je tau.. itu pun lepas membaca..




Layan je la Cerita PEGAGA ni yea... :-)

PEGAGA

Malaysia mempunyai 1200 spesis tanaman ubatan dan 60 spesis disenaraikan antara yang biasa digunakan. Sebanyak 15 % tanaman ubatan hanyaboleh terdapat di hutan hujan tropika. Salah satu herba yang popular dan mendapat tempat di hati masyarakat kita ialah Pegaga. Pegaga merupakan pokok herba saka yang menjalar, tumbuh ditempat-tempat lembab dan bernaungan. Dahulunya pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung dan kegunaannya juga terhad. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai. Ada juga yang menganggap pegaga ini sebagai rumpai yang menganggu tanaman mereka. Tetapi kini masyarakat telah sedar tentang khasiat pegaga. Oleh itu, pegaga yang dulunya tidak dihiraukan telah mendapat sambutan yang hangat. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga daun lebar, kelantan, renek dan salad. Kesemua pegaga mempunyai zat makanan seperti protien, gentian, zat besi, vitamin A dan C.

Khasiat Pegaga Adalah:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin

Keterangan:
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia), indian pennywort, gotu kola. Ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. Selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kegunaan:
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.


xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Antara khasiat lain yang terbaca jugak ialah pegaga merupakan herba yang baik bagi penawar alahan, anti kanser, melawaskan air kencing, penawar batu karang, penawar kencing berdarah, penawar ulser, merangsang peredaran darah dan merawat cirit birit.

Katanya juga.. pegaga sangat baik untuk mereka2 yang mempunyai masaalah ke tandas dan baik untuk ibu2 yang menyusukan.. menambah pengeluaran susu..

Selepas baca artikel ni.. terasa sesangat la buta herba diri ini... main telan je buta2.. Wakakakaka..

:-)

Khamis, 11 Disember 2008

Sumbangan dari YB.. :-)

Pepagi semalam.. aku dapat call.. Sapa call? Cikgu Fauziah dari Sekolah Kebangsaan Paya Rumput.. Hmmm.. kenapa cikgu call? Ceritanya..

"Pukul 09:30am esok boleh tak bawak Aiman ke
Sekolah Keb Tg Minyak? Ada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar
Cemerlang dari YB.. Saya jumpa puan dengan Aiman sekali di sana dan..
pakai pakaian lengkap sekolah yea.."

Apalah yang di bisik YB agaknye..

Dalam hati.. "lah... kat mana pulak sekolah Tg Minyak ni... eh.. eh.. esok ke?" dan hati aku jadi tak tentu arah.. ESOK????!!!!... kena amek cuti lagi la ni??? dah la minggu sudah aku tak sihat mc sampai 2 hari.. minggu sebelum tu.. 3 hari.. and minggu yang sebelum tu lagi.. 2 hari.. kesemuanya sebab aku tak betul2 sihat dah start datang kerja.. sebabnya?? aku rasa bersalah duduk rumah walaupun tak sihat.. rasa susah hati bila orang call.. call.. and call lagi tanya cam mana nak buat itu ini.. and now.. kena mengadap nak mintak cuti pulak...
Apa2 pun.. pepagi seawal 09:00am kami dari rumah.. and sampai sebelum jam 09:30am.. and.. barulah aku faham.. rupa2nya YB Adun Paya Rumput - Datuk Tahir B Haji Hassan nak meraikan anak2 yang mendapat keputusan cemerlang 5A dan 7A (bagi pelajar sekolah jenis kebangsaan - pandai bebudak ni.. kagum aku) bagi kawasan Paya Rumput... juga sedikit sumbangan untuk menggembirakan hati anak2... Aku difahamkan ada lebih kurang 116 anak2 dari pelbagai sekolah yang menerima sumbangan YB pagi tadi..


Moka2 yang tersangat la Gumbira... Lihat sinar mata.. ada RM.. RM.. RM..


Terima kasihlah YB Datuk Tahir B Haji Hassan.. walaupun kami semua tau itu peruntukkan.. tapi.. bebudak memang sangat2 suka.. diharapkan pengalaman merasa bila diri "dihargai" oleh orang sekeliling akan menambah serta membakar semangat anak2 kita ni semua untuk terus berusaha ke arah kejayaan di masa2 hadapan.. Insya Allah..


Mananye Aiman??.. lantak la.. janji ada gambar kenangan.. :-)


Dalam hati.. hmmm.. kenapalah time aku dulu2 tak de menda2 gini.. kalau ada.. mau kembong poket aku... asik diraikan je.. hehehe.. (statement perasan.. boleh??)

Selasa, 9 Disember 2008

Teman tapi mesra ;-p

Raya Puasa yang lepas.. aku berjanji dengan teman yang baru ku kenali secara tak sengaja untuk berjumpa.. but may be.. belum jodoh.. hehehe.. message yang aku terima cuma selepas aku habis bercuti.. and.. teman baru aku.. pulang ke KL.. :-(



And hari Ahad yang lepas.. kami berjanji lagi untuk berjumpa..



Sudah menjadi kebiasaan aku.. hujung minggu aku memang habis dengan urusan anak2.. itulah yang berlaku ulang berulang.. and temujanji yang kebetulannya dibuat sehari sebelum Aidil Adha.. sedikit tak banyak memberi tekanan pada aku.. bukan kerana teman yang akan aku temui nanti.. tetapi.. kerana anak2 yang jadualnya tak tau bila akan habis hari tu.. Sara, Aiman & Danial ada Tea Kwan Do grading.. which starts from 08:30 till late noon.. :-(



Sememangnya Wati dah pun ada kat depan rumah mertuanya bila aku sampai.. Orangnya cukup ramah.. teringat pertemuan pertama dengan Firnasya pada Aidil Fitri yang lalu.. Melihat rumah besar Firnasya.. buat aku rasa kerdil sangat2.. menerima budi bahasa Firnasya.. buat aku rasa sangat2 terharu.. Terima kasih yang tak terhingga buat teman yang bernama Firnasya :-)



Ahad yang lalu.. Bercakap dengan Wati.. bertukar2 cerita.. bertukar2 pendapat.. sedikit tak banyak membuka fikiran aku kepada sesuatu yang aku tak pernah terfikir sebelum ini.. Wati banyak bercerita tentang ketabahan.. which.. sebelum ini.. pada aku.. menjadi seorang ibu tunggal.. its not about "tabahnya aku berdepan dengan cabaran".. segala2nya dilakukan sebab.. "aku tiada pilihan lain.. kalau aku tak buat.. siapa lagi".. but kata2 Wati hari tu.. tak tau kenapa.. memberi aku semangat.. dan membuat aku rasa "aku tidak keseorangan"..



Seronok dapat tengok Ain in person :-)



Pertemuan yang diatur pada masa bila semua orang sedang sibuk untuk persiapan menyambut Aidil Adha.. terpaksa kami pendekkan.. Aku pulang dengan senyum yang tak hilang dari wajah.. Terasa mcm tak percaya pun ada.. keciknya dunia Allah ni.. rupa2nya ada ramai yang tau kat mana Payarumput.. and better yet.. kawin dengan orang Payarumput..



InsyaAllah.. ada rezeki kita jumpa lagi.. and time tu nanti kita makan Roti John pulak yea Wati.. ;-p



Ehem.. ada sapa2 nak join ke? hehehe...



Yea.. yea.. dah sampai rumah nenek...


Untuk semua.. walau sedikit terlewat.. SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA.. and petang tu.. aku dan budak2 terus ke Johor rumah mak...

Sabtu, 6 Disember 2008

Kenduri.. oh.. Kenduri.. :-)

Penat sungguh hari ni.. Minggu lepas budak perempuan yang comel kat bawah ni.. kawin.. di Seremban.. but sebab minggu lepas ada acara yang "impromptu".. So.. aku decide pi kenduri yang kat Tangga Batu je la.. Kenduri sebelah suami.. hari ni.. 06122008...



And disebabkan perancangan tak begitu baik.. kebetulan.. bertimpa2 jemputan yang nak dipenuhi pada hari yang sama.. And dengan jadual kenduri yang sangat ketat.. aku berjaya jugak penuhi tuntutan.. ekekekeke.. (tak sia2 jadi secretary.... ;-p)



tengok tu.. tak malu betul pengantin.. senyum gatal.. ekekeke.. nanti dia.. siap dia balik office nanti..



Sampai2.. muka familiar yang aku selalu nampak.. Legaaaa... Peter, Rodriguez, Graham, Harry, Moe, Shahidah and Gloria sedang berpanas bawah khemah tunggu pengantin.. And.. Tengah sibuk menyuap makan AA pulak sampai.. cukup la group kami...



Pengantin pun sampai.. berkompang bagai.. menyanyi bagai.. and tetiba.. aiii... mat salleh la katakan.. sibuk menanya kenapa dengan kompang tu??? apa yang di nyanyi tu??? bla bla bla... hmmm... hilang konsentrasi.. hilang tumpuan.. hmmmm... explain.. jangan tak explain..

Ehem.. korang tau ke lirik lagu yang orang sibuk nyanyi time kompang tu????? hehehehe.. aku tau... ;-p


Peter & Gloria - selepas kenyang...




Tak sabar2 nak menepung tawar.. sudahnye aku pulak yang kena demo.. how to do??? Demo je la.. Yang bestnyer.. ini pun first time aku ever.. ever.. ever.. menepung tawar.. Ntah betul tah tidak..




Last sekali sebelum balik.. gambar kenangan... yang tukang amek gambar Moe.. Sorry Moe.. You miss the session.. ;-p

Buat Melissa dan pasangan.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga berkekalan jodoh hingga ke anak cucu.. Insya Allah.


p/s - While walking to our cars.. Moe asked me.. "Why they give egg? Is there any significant of giving egg? or ???" ... and my response was.. "Egg is a simbol of fertility.."

Moe than ketawa.. "then.. why give me.. its them who need the egg most now..." Wakakaka.. dalam hati "eh.. dia ni.. baling ngan telur tu baru tau"...

Jumaat, 5 Disember 2008

Ingat lagi kan?.. kan?.. kan?.. :-)

One of the forwarded email received... Something to share with all my fren out there.... Masih ingatkah lagi.... :-)


KALAU KORANG LAHIR SEKITAR TAHUN 70an - 80an.. MESTI KORANG INGAT NI...


Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse Club...

Not to forget... Ninja Turtles.. Mask.. Smurfs dan Voltron... and lagi satu.. Gaban...

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah? hmmmm.... mesti pegang cawanwarna-warni kan... mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... ingat tak????

Misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment... Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah... ada gigi yang berlubang.., kene laa tampal...

Ni sure korang ingat... program minum susu di sekolah.. nak galakkan budak2 time tuh minum susu... sekotak 30 sen jek beb... Semangkuk mi sup ke... mihun sup ke... 50 sen jek kat kantin.

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan..?

Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata.. BM Turbo.. atau Pallas Jazz... ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada yang suka stoking tebal laaa... tak masuk setokin yang ada bola kat belakang bergantung.. hehehe

Internet?... email?... Menda alah ape tu?

CD?.. ape tu?.... Kaset tape penah laa dgr..... Tiket wayang pun 5 inggit je...

Kite pegi kedai runcit... mesti nak beli Chickerdis.. Mamee.. Kum Kum.. UFO.. O-Ya.. Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm kotak dia.. 'telur' keras warna warni.. 'rokok' chewing gum.. KIKI Bubble Gum... tak dilupakan, 'Ti Kam'...

Bile dah abih exam.. main Monopoly la.. Donkey la.. Happy Family laa... dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah.. jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa.. rounders laa...

Permainan kegemaran.. main guli.. batu seremban.. "ceper" penutup botol.. batang aiskrim.. 'Pepsi Cola one-two-three'... 'Police & Sentry'.. main kejar2 duduk... konda kondi...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim.. ada byk2 color tu.. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2!

Lipat kertas kecik2.. pas tu buat lastik.. hmmm.. ni pun kita main dulu ni... baling2 kapur laa...

Hmmm... budak2 skarang.. bagi diaorg.. diaorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diaorg tau, yg Westlife nyanyi...bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diaorg... ada satu je Jerman kat dunia ni... dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diaorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson pun dah putih dah time tu.

Diaorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu... filem2 baru.

Diaorg tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diaorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diaorg skarang tak reti nak switch on TV kalau takde remote control... dan... diorg tak paham macam mane kite boleh survive dekat universiti tanpa handphone...

Hmmm... jom kite check.. kite ni dah tua ke??? ;p

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni.. dan korg sure tersenyum :-)

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite semua dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok budak2 sekolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa... seronok bile bersembang pasal cerite2 lame... cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2... nakal2 dulu...

7. last skali... bile dah bace testimonial ni... korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...heheh...

Bila kenangkan saat2 ni semua .. mungkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah... mana taknya... bebudak zaman sekarang... walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa... begitu pantas berlalu...

Dimanakah kita???

:-( :-( :-(

Selasa, 2 Disember 2008

TAG Lagiiiii...

Ada hutang yang perlu diselesaikan… TAG dari Puan Ummi Batriysha

Kengkawan time sekolah??? Hmmmm… Dari kecik aku tak pernah tinggal setempat.. asyik pindah.. pindah.. pindah.. dan pindah lagi.. Seingat aku dah banyak sekolah aku masuk… kawan dah satu Malaysia.. ntah2.. ada antara yang dalam blog ni pun adalah antara mereka.. (ini.. aku yakin.. memang mustahil.. ekekekekeke.. ;-p)

.....BUT SEBELUM TU.. BACA DISCLAIMER NI YEA.....


APA YANG DITULIS SEMUANYA CERITA2 LAMPAU..
CERITA YANG DAH TINGGAL SEJARAH.. CERITA YANG KALAU ZAMAN SEKARANG ORANG AKAN LABEL PAYARUMPUT21 SEBAGAI TERRORISTS.. HEHEHE.. (melebih2 la pulak..)

THE TRUTH IS - WE WERE NOT PROBLEMATICS.. WE ARE JUST BEING CREATIVE.. PEOPLE MISUNDERSTOOD US..


Sekolah Menengah Kebangsaan Port Dickson 1984 – 1987 adalah sekolah pertama yang aku stay lebih dari 2 tahun.. And.. mereka2 yang masih menjadi teman akrab aku hingga ke hari ini.. jeng.. jeng.. jeng..


There are 10 of us – The famous Enam Jahanam & Myself, Amy, Shikin &
Linda. Yang still in contact till today cuma Amy, Medan, Omar Dani & Azmy…
Yang lain2 mcm Ayi, Meor, Shikin & Hisham kadang2 kami bertukar2 berita
jugak antara teman2… Cuma yang hilang tenggelam tah ke mana tak tau
kabar berita.. Linda…

1. What is the relationship of you and him ?
semua kawan yang sangat rapat....

2. Your 5 impressions towards him/her.
a) Enam jahanam time sekolah dulu… memang la jahanam.. semua buat hidup cikgu salleh tak tenteram.. but.. sejahanam2 mereka.. hati tersangat2 la baiknyer.. tak pernah sekali pun kalau mintak tolong… tak ditolong
b) Amy – Selalu problem sebab ramai sangat yang minat.. Selalu problem sbb tak tau nak pilih yang mana satu. Shikin – Sangat ganas dan brutal.. but that does not stop boys to like her.. nekad walaupun cikgu salleh tu abang sepupu dia.. & Linda – minah ni selalu nampak ayu jer.. and sopan santun.. ramai yang nak dekat.. but orang lawa.. memilih..
c) Semua sangat sayangkan aku.. :-) dan begitu memahami antara satu sama lain… kau cerita la apa saja.. mesti masuk kepala punya
d) Semua samseng sekolah dulu2.. tapi yang herannyer.. ramai la pulak minat.. nak buat kakak angkat, abang angkat, adik angkat.. heiiii.. getik
e) Semua duduk kelas pandai (hmmmm… kena fikir balik ni..) but.. sebabkan time “remaja” semua darah muda.. tak de sorang pun yang serious belajar.. kalau ada pun cuma Aku ngan Azmy jer.. yang lain tenggelam dalam keglamouran hidup zaman tu..

3. The most memorable things he had done for you
Medan “tinggalkan” makwe dia kerana aku… hmmmm.. jangan salah sangka.. makwe dia time tu menyeksa perasaan aku kerana cemburu buta.. mcm la aku nak sangat si Medan tu.. tak faham betul.. Marah sangat2 Medan bila dia tau cerita apa yang awek nyer dah buat kat aku… walaupun bukan aku bercerita…

4. The most memorable things he have said to you?
"Kita keluar sama2.. balik pun mesti sama2.. tak kira apa.. " (hehehe.. ini ayat budak2 nakal yang memonteng kelas – bukan ponteng sekolah yea Cikgu Jane… ;-p)
FYI – seingat aku.. boleh dikira dengan jari kami buat kerja gila tu.. but lepas tu kami insaf.. bila ada satu hari tu Enam Jahanam ponteng sekolah dan tertangkap.. (think of it again.. may be Cikgu Salleh sengaja tangkap mereka2 ni time tu sebab adik sepupu dia – Shikin tak de.. hmmmm…) Kena gantung sekolah 1 minggu.. habis mak bapak datang.. TORTUREEEEE tengok kengkawan bersedih…

NOTA: PERINGATAN buat SARA, AIMAN & DANIAL - ini cerita ibu semata2... bukan untuk ulang tayang oleh anak2 ibu ok??????

5. If he become your lover, you will...
Medan? Tidak sekali2.. Tak de chemistry kot..
Ayi? Pun tak jugak.. rasa mcm kawan je..
Meor? Budak manja yang asik merajuk ni? Heeee.. lagi la aku tak nak.
Hisham? Mat handsome yang tak sudah2 cari bebudak junior untuk buat makwe 1, makwe 2, makwe3 and on and on and on.. Lagi la aku tak berkenan..
OmarDani? Budak pandai yang tak habis2 merasa diri dia pandai.. Tak Sukaaaa!!!!
Azmy? Cuma jadi boyfriend lepas sekolah.. bukan time sekolah dulu.. itu pun.. terputus di tengah jalan..
Amy, Shikin & Linda - pompuan... tak seleraaaaa... tak la ke situ keinginan aku...

Apa2 pun mereka2 ni semua still kawan baik aku :-) hingga ke hari ni..

6. If he become your enemy, you will...
Aku akan jadi sangat2 sedih.. Teramat sedih… :-( Kesedihan yang melampau

7. If he become your lover, he has to improve on...on his,
All of them kena belajar betul2 time sekolah dulu!!!!! bukan asik nak meniru kertas periksa aku jerrrr...

8. If he become your enemy,
Sila rujuk jawapan no. 6

9. The most desirable thing to do on him is?
Now? Teringin sangat2 nak melepak2 mcm time sekolah dolu2… Bercerita kebodohan zaman sekolah.. zaman jahiliah.. But semua dah berkeluarga.. tak pun dah ada makwe.. semua ada commitment.. tak taula kalau2 isteri2 atau suami2 atau makwe mereka akan faham persahabatan kami yang weird ni..
Medan – Kawin dengan member baik aku time kat asrama dulu and she’s very understanding (but then hati orang.. kita tak tau.. rumahtangga orang.. kita tak tau..)
Ayi – Ntah.. kawin dengan orang yang aku tak kenal..
Meor - Pun kawin dengan orang yang aku tak kenal..
Hisham - Budak ni kawin and kawin and kawin lagi.. ntah la.. bini dia yang mana satu pun aku confused..
OmarDani – Punya la jauh kawan ni merantau.. kawin dengan orang kampong dia jugak.. ini pun aku tak kenal sapa bini dia.. kalau datang jumpa kami.. bawak badan dia je..
Azmy – belum kawin lagi.. but dengar ceritanya dah ada makwe.. Tak kuasa nak menanya.. kang dikata kita pulak yang busy body.. asal bahagia sudah la..
Amy – Kawin dengan abang senior time sekolah dulu.. punya la banyak2 orang.. orang tu yang dia pilih.. kami semua gelak gila bila tau..
Shikin – Minah ni brutal gila time sekolah dulu.. Hehehe.. the first yang sibuk nak kawin..
Linda - Ntah.. tenggelam

10. The overall impression of him is...
Semua sanggup berkorban jiwa raga and harta benda (??? – kena Tanya balik ni..) untuk kengkawan.. Kami sangat2 rapat.. Senakal2 kami dulu.. kami hormat orang tua.. kami masih jaga tatasusila bila ditempat awam dan sebaliknya.. tak macam bebudak sekarang.. kalau melepak.. heiii.. gerammmm.. tak de segan silu langsung... macam kita ni tak wujud langsung!!!

11. How do you think the people around you will feel about you?
Budak2 perempuan (tak kira la time sekolah dulu junior ke senior ke atau yang sama baya) semua tak suka kami. Sebabnya? Ramai antara mereka yang “minat” sesangat kat Enam Jahanam ni.. and yang paling dekat dengan mereka atau sebahagian dari mereka.. adalah kami..
Budak2 lelaki.. no hal.. even anak pengetua sekolah pun dulu sesama buat jahat.. nak submit borang jadi ahli.. but kami reject sbb tak nak Cikgu Salleh jadi lebih anti dengan kami..

12. The character of you for yourself is?
Yang paling nyata.. Tanya semua mereka2.. jawapannya tetap sama.. “dia ni? Hmmm ikut suka dia je.. nak menangis tak kira tempat.. dia nangis je!!!” hehehe.. aku sensitive.. sangat sensitive..

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
aku suka simpan segala2nyer dalam hati… sebab tu aku “suka” nangis..

14. The most ideal person that you wanna be is?
Menjadi sebaik mungkin.. (hehehe.. level of “baik” tu saja yang perlu diperincikan..)

15. For the people who likes you, say something about them.
Suka time sekolah lain.. suka menggila.. Suka time sekarang.. it is more to responsibility… banyak yang nak kena pikir woiiii… ;-p ;-p ;-p

16. Ten people to tag:


Tak de keje lain… asik TAG orang je yerk.. bila nak sudah ni.. and pusing2.. balik kat diri sendiri.. still.. mereka2 yang bertuah..

1. NoorSusilawati – aka Mother of Two
2. Dura – aka .:dudu:.
3. Alycia - aka si polan dan si polin yang macam2 (hehehe.. jangan mare..)

Tiga cukup la yer.. Itu pun dah rasa tak sampai hati.. nanti tak de kawan langsung sebab semua lari asik kena TAG… ;-p

Ahad, 30 November 2008

Lawak Antarabangsa: Miscommunication - 18SX ;-p

I was clearing my inbox the other day.. and came across this forwarded email from a fren.. and thought of sharing it with all of you guys out there..


Enjoy reading.. hope you'll smile (if not lough out LOUD!!!!) as i did ;-p
Ceritanya... jeng.. jeng.. jeng...
A co-worker got a pen stuck inside our printer. He started to try and remove the pen, but I told him we don't have time for that now, just put a note on the printer telling folks not to use it and then report it to the Help Desk. So he grabbed a piece of paper and scrawled on it. I left before he finished the note.

About 20 minutes later, one of my techs comes in laughing and says he was just in the lobby, saw a piece of paper on a printer and went to investigate.
Attached is what he found. Sometimes things don't always come out the way you want them to........
See below
Read - Do not touch. Pen is stuck.
Heeheehee..
;-p

Sabtu, 29 November 2008

Nilai 3.. Penat Wehhh...


Hari tu time menunggu budak2 ni habis kelas Tea Kwan Do, menyembang la dengan parents lain.. Topik menarik ari tu.. Nilai 3... Siap nak buat rombongan bagai.. hekekeke..
Apa ada kat Nilai 3 tu???.. beriya2 mengajak ke sana.. beriya2 bercerita kemeriahan Nilai 3.. and aku pun termakan cerita2 indah yang disajikan.. hari ni aku kesana..
Untuk mereka2 yang tinggal berjiran dengan Negeri Sembilan mcm aku kat Melaka, Mereka yang di Selangor dsb.. memang tau la Nilai tu kat mana..


Muka penat... kepala pun tak larat nak angkat.. angkat kening je...

Nilai 3 ni pun kat Nilai jugak.. hmmmm... meriah.. dah macam kat Bukit Kayu Hitam.. macam kat Padang Besar... macam2 adaaa... mostly barang keperluan rumah.. kain2 ela (or.. meter? hmmm..) untuk baju kurung, baju melayu.. and pakaian serta lain2 keperluan sekolah.. barang2 untuk hantaran perkahwinan (memang banyak sangat2 ).. carpet.. tikar sarawak.. tikar buluh.. barang perabut serta perhiasan rumah.. bunga2an..

Eh.. memang betul la.. banyak betul orang!!! bas sekolah.. bas rombongan.. penuh kat parking.. tak tau la pulak yang Nilai 3 ni pun salah satu destinasi rombongan.. patutla kakak2 tu sibuk nak ke sini.. :-)

Senyum pun macam dipaksa2... "Penat.. jom balik la bu.. tak larat jalan.."



Penat kaki nak menapak.. besar betul kawasannyer.. itu pun aku tak habis meround.. Sarah dah merungut2 penat.. Aiman kata, "tak pe bu.. kita pusing2 dulu, tengok apa yang kita nak beli.. esok kita datang lagi.. kita beli la.." Hahaha.. dalam ati aku, "amboi.. bercakap.. mcm ke Nilai tu belakang rumah dia.. tol je dah RM9.50.. satu hala tu!!.."



Muka berkobar2... nak datang lagi esok.., "esok lepas Tea Kwan Do kita pegi lagi eh bu.."



Kamera cuma bawak buat sandang kat bahu je.. satu hapah tak snap.. sebabnya?? excited tengok barang2.. murah2 la jugak..

Khamis, 27 November 2008

Award??? Hmmm... bestnyer...

Penat weiiiii... baru balik dari "Dubai" amek award.. Hekekekeke...

Mekasih la buat adik yang cantik manis.. rambut panjang mengurai.. NoorSusilawati a.k.a Shiela.. :-)

Terasa2 la pulak.. layak ke dapat award ni???? and... terfikir.. hehehe.. orang kesian kat kita kot.. sabit orang bagi.. Ah ah ah ah..
Apa2 pun.. sebab katanya kita kena tayang.. so.. dengan hidung yang kembang kuncup.. kita tayang la yerk...




And kalau dah bagi tu.. tentu2 ada syarat...

Dan syarat2nyer...

  • sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing

  • Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang

  • Bagi award nih kat 7 orang bertuah

  • Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu.....



So.. inilah dia.. kesinambungan dari award yang diterima..

- pertama2: firnasya kawan lama yang kiut miut
- kedua2: janelabu Cikgu Jane.. yang duduk nun di Perak..
- ketiga2: andiarshad adik hady.. future top architect
- keempat2: tooshabby Cik watie yang umah mentuanye.. dekat sangat ngan rumah kita tu..
- kelima2: ummibatrisyia Ummi... yang baru je tukar cat rumah ngan gambar hello kitty :-p
- keenam2: sanyaleeya Cik Sayaaaaaa.... yang ada kucing meow.. meow..
- ketujuh2: hijrah1429 Ammie Hanni... yang tak sudah2 dengan cerita "panasssss"


So.. angkut.. jangan tak angkut award tu... bukan senang nak dapat.. and lepas tu... jangan lupa share2 ngan orang lain pulak yerk...

:-)

Selasa, 25 November 2008

:-( ...Kau pergi jua...

Dua beradik.. Cotton & Spidey :-(



3 minggu lepas.. ada orang buang kitten kat rumah kosong sebelah rumah aku.. kecik sangat2.. tak reti apa2 pun.. kesiankan kitten tu.. risau mati atau kena makan anjing.. aku pun setuju bawak masuk rumah.. letak dalam transporter asingkan dari PohChin ngan ChanChan..
Esoknya pulak balik kerja.. eh.. ada dua ekor..???!!! Kata Aiman, "ada 3 bu.. satu lagi dah mati.. kena gigit semut..."... Laa.. kesian la pulak..



Spidey dalam kenangan..



Belikan botol susu kecik utk dia and bagi la nama "spidey" sbb suka panjat2 mcm spiderman.. and satu lagi nama "cotton" sbb putih gebu bulu dia..


But kitten tu kecik lagi.. and minggu lepas "spidey" mati.. aku rasa sedih sangat2.. kesian dia.. Terbayang2 bila dia kalut.. kabut minum susu.. lambat sikit.. bising sangat bunyi dia..


Tak tau kenapa.. dari tadi.. daripada office tadi aku tak sabar2 sangat nak balik tengok kitten putih kat rumah aku.. terbayang2 muka comel kiut miut putih si Cotton.. Tapi.. bila aku sampai rumah.. first thing Sarah cakap "Cotton mati"...


Sayu sangat rasa hati.. kitten tu kecik lagi.. tak pandai apa2 pun.. kenapalah orang buang kitten tu.. Pilu sungguh hati aku..
Dan airmata aku pun mengalir... Kenapa????

:-( :-( :-( :-( :-(

Ahad, 23 November 2008

Hutang TAG Cik SAYA... :-)

Hmmmm.. 10 weird / habits / little known facts tentang diri sendiri? Apa ke benda yeark…??? Puas nak perah otak.. macam dah takde menda lain la orang nak TAG bagai.. pas satu.. satu..


Buat Cik SAYA… hutang TAG langsai kkkkkk…


Rules & Regulations :


  1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

  2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.

  3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

  4. No tags back!


  • 10. Little known facts - Muka saja garang.. (perangai pun garang jugak ;-p).. and nampak sombong.. tapi aku bukanlah begitu.. Once you know me.. I am peramah, easy to work with and very helpful.. (tak caya.. tanya all my office mate..) don’t forget.. I’m approachable..

  • 09. Little known facts - Muka saja garang.. (again perangai pun garang jugak..) but sebenarnya hati sangat lembut.. tak kira macam mana marah pun aku.. aku cepat tak sampai hati.. Mangsa tetap aku?? Pen dan dinding.. (selalu baling pen kat dinding bila marah sangat2..)

  • 08. Little known facts - Muka saja garang.. (and again.. perangai pun garang jugak).. aku bukanlah suka mengadu2.. menangis2.. atau berdrama depan boss (hehehe.. aku kenal sorang yang mcm tu.. sikit2 masuk bilik boss nangis2.. rimasssss!!!!).. most of the time.. aku solve sendiri kalau ada office problem especially with staff.. but.. tu lah.. tak mengadu pun boss tau jugak.. orang lain yang tolong ngadukan.. ---> end result.. orang kata aku jugakkkkk!!

  • 07. Little known facts – Aku tak suka amek tau hal orang.. but being me and sitting at my seat.. kena amek tau jugak.. pada aku.. the lesser you know.. the better.. terasa mcm beban bila tau semua.. gaji orang la.. masalah orang la.. boss suka siapa la.. sapa kena marah la.. siapa dapat surat warning la.. sapa naik gaji banyak la.. but ramai yang ingat duduk tempat aku GLAMOURRRR.. believe me.. it has nothing to do with glamour.. more to responsibility..

  • 06. Little known facts – My appearance.. kalau jumpa aku kat tempat kerja.. and kalau bekerja dengan aku, semua kata.. aku sangat confident.. and sangat2 berani (in term of dealing with people).. ini semua orang kata la.. reality.. aku orang yang tak sebegitu.. ini semua KERJAAAAA.. nak tak nak… kena confident..

  • 05. Little known facts – My appearance.. kalau jumpa aku kat tempat kerja.. I have no problem when it comes to decision making.. aku tak cepat melatah.. and the decision I made always.. repeat.. ALWAYS (so far la..) reflects my bosses’ decision.. but in reality.. aku orang yang banyak berfikir.. bukan senang nak come to a decision yang tak mengoffend others.. especially if you are working with CLIENT.. :-)

  • 04. Little known facts - other secretaries (actually cuma one particular je..) selalu kata aku berlagaks.. believe me.. aku tak pernah rasa bangga pun dengan siapa boss aku tu.. aku sedar.. yang managernya dia.. AKU CUMA KULI… and yang bercakap tu pun.. selalu ada rasa dengki sebab dah lama mengidam nak duduk kat tempat aku.. but.. boss yang tak nak dia.. sebabnya?? Dia ala ala CNN, BERNAMA gitu.. tak sampai 2 saat.. berita dah tersebar satu dunia.. Kena warning dah banyak kali pasal mulut.. but still.. tak berubah.. Yang nyatanya aku bukan berlagak.. its my duty to be tegas.. I hate it.. really…

  • 03. Weird things about me – I have animated mind.. when people talk.. I have movie inside my head.. sebab tu.. kalau orang bercakap dengan aku.. kadang2 aku senyum.. it is mainly because of the movie that plays in my head..

  • 02. Weird things about me - I can write with both left and right hands.. In other words.. aku pengguna otak kiri dan kanan..

  • 01. Weird things about me - kekadang tu aku tak pasti betul ke aku bumiputra.. hehehe.. (issue sensitive..) Dengan darah DKK and SEPET.. betul ke aku bumi??? Hmmmm… still.. status dalam I/C – BUMI ok… no doubt!! DKK yang hate kari dan makanan yang seangkatan dengannya.. very much.. ayat yang selalu cakap kat mak masa kecik2 dulu.. “ yang… tutttt.. tu abah… bukan orang.. kenapa masak kari je?????” kesian mak.. dasar anak tak sedar asal keturunan..

Weird things about me – hahaha... aku memang weird agaknya..

Nak TAG siapa la pulak lepas ni… hmmm.. tak nak panjang2 la.. jangan marah yerk..


I know I masih ada hutang TAG dengan Alycia.. but.. maaf yea Alycia.. I pemalu.. takut dengan flash.. muka I dengan muka Siti Norhaliza sama je.. takut nanti ada orang tak tido malam ingat i (kes perasan lebih.. wakakaka..) so kira habis utang yea.. hehehe..


Sabtu, 22 November 2008

Yea... Dapat Bunga :-) :-) :-)

"Selamat Petang.. (buruknya bunyi bila boss aku cakap bahasa melayu.. malu aku..) Before proceeding with my speech.. I would like to record here that if it is not because of our 3 beautiful ladies here.. we would not have this dinner pulled together.. their dedication and effort.. to realise this evening.. bla bla bla.. give a big hand to AA, DB and my name... ", I go.. huh.. what..???!!! berpandang2 satu sama lain... "eh.. eh.. ni tak de pun dalam agenda kita.. apa ni...???".. "So ladies.. now, please come up to the stage and we would like you to receive this... as our appreciation and thanks" kata Dave pada kami2.. and semua orang kat bawah Tepuk! Tepuk! Tepuk! Tepuk!...




Dan dengan terpinga2 bangang.. (kata orang Melaka) kami pun naik ke pentas amek bunga... MALUNYAAAAAA... believe me.. the whole time we did all these.. because it was our duty.. and dengan hati yang ikhlas.. the reason why i said i want AA and DB to assist me.. not only they are my dearest fren.. but also.. i know... we can work together.. regardless bila berbincang kami kadang2 sampai bertegang urat leher.. sampai.. tinggi suara.. but at the end of conversation.. we are still good fren.. and we know.. it is only work..

And it was not the three of us alone.. we have others that has helped us with a lot of things.. Without them.. things would not work as it has last night...

Penat??? bagai nak gila.. aku, AA & DB tak sentuh makanan sikit pun... standby untuk cue and all.. boss pandang dari jauh and sesekali singgah kat tempat kami berdiri (percaya dengan tidak je kami sepanjang2 event.. berdiri standby untuk cue..) Aku.. habis satu banquet hall.. bepusing sana sini.. mencari participants and whatever untuk cue ke belakang pentas.. and whatever datuk nenek problem segala yang datang mintak perhatian.. Sesekali check VIPs and talked to all guests.. penat wooooo...

Kami dapat bunga.. dengar cerita boss sendiri called hotel.. suruh hotel arranged for us bunga tu.. Makaseh boss... :-) Kembang hati.. bagai nak gila.. but kejap je.. lepas tu bunga kami campak tah ke mana.. cue punya pasal.. hahaha..

Staff yang datang and thanked us for a wonderful night.. toksah cerita la.. berlambaks.. Pipi.. sampai naik lenguh senyum.. walaupun perut lapar.. kaki letih.. muka.. still senyum sampai telinga.. cramp rasa pipi..

Apa2 pun.. terima kasih sangat2 buat dua teman aku Angelin and Dionne.. Thank you for being such a good friend :-)


.

Rabu, 19 November 2008

Part 1: Berakhir????.. Eh, mana ada !!!! :-( baru je mula...

Aku kira segala penat aku berakhir bila... Aiman terima result UPSRnya... Aku kira segalanya berakhir bila keputusannya cemerlang... Aku kira aku tak perlu peningkan kepala aku dan berehat seketika sebab sekarang ni cuti sekolah... Aku kira aku akan ada sedikit masa untuk diri aku sendiri... Apakan daya... salah perkiraaan aku rupanya... :-(

Entahlah... hanya Allah saja yang tau betapa gembiranya aku kerana Aiman dapat 5A... Sarah masih lagi mengekalkan kedudukan teratasnya dalam kelas... and Danial dapat nombor 3... tapi... eh.. kenapa tapi pulak???

Kemana pulak selepas 5A??? Cikgu2 suruh apply asrama penuh... Mak... Abah... Kawan2... Adik beradik... and.. ayah budak2... buat aku rasa sangat2 tertekan.. Kenapa pulak ni??? takut berjauhan dengan anak ke???

First thing yang keluar dari mulut Aiman "TAK NAK!!!... Abang nak sekolah biasa je.. tak nak asrama.. tak best!!!" Terdiam aku... Sarah, Wawa sepupunya.. beria2 nak masuk sekolah asrama dulu.. lain pulak budak ni... "Ibu ngan ayah dulu pun sekolah biasa jugak... pandai jugak.. masuk universiti jugak.. kenapa abang kena masuk asrama pulak??" Hmmmm... ayat aku pulak yang dia guna... "Abang nak duduk rumah.. dengan ibu.. dengan adik... dengan kakak..." buat aku betul2 terdiam.. memang dia tak mau pergi...

Tak cukup aku.. makciknya di JB called... pujuk... and last conversation we had last night was.. "Okeylah... mcm ni... kita isi borang... kalau ada rezeki abang... abang pergi la dulu... try sekolah asrama... kita tengok... 3 bulan ke... kalau abang tak suka... bukan tak boleh tukar sekolah biasa semula..." Aiman diam... raut air muka dia pun aku tau.. dia tak suka dengan idea aku... "Tapi abang tak nak.. 3 bulan tu lama... kenapa kena masuk asrama pulak???" sedih sangat bunyinya...

Aku rasa tersepit sangat2 antara kata semua orang... dan perasaan anak sendiri... aku faham sangat2 anak aku ni... aku tau kenapa dia tak nak masuk sekolah asrama... "ibu kata kalau abang cakap dengan ayah baik2.. ayah faham.. sekarang ayah dah merajuk dengan abang..." kata Aiman sedih lepas meletakkan telefon bercakap dengan ayahnya... Kesian Aiman... dan aku.. aku tak mampu nak kata apa2... :-(

Khamis, 13 November 2008

Aiman tak kisah...

Muka sebelum pekena roti canai 2 keping pagi tadi...





"Aiman tak kisah..." mcm tu la anak bujang aku ni... exact sentence when describing him...

Dilahirkan ketika berusia 27 minggu dalam kandungan di hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Ketika usianya dalam kandungan, doktor meramalkan kembar.. namun mungkin tak de rezeki kami semua.. ketika kandungan aku mencecah usia 5 bulan, aku keguguran.. dan hasilnya.. seorang bayi comel yang beratnya 1.4kg yang kami beri nama Muhammad Nur Aiman..

Dari kecil.. Aiman tak henti2 buat aku menangis.. dengan keadaan kesihatan yang sentiasa buat aku tidur tak lena.. dengan komplikasi2 yang buat jantung aku tiba2 terhenti... Anugerah dari Allah yang bernama Aiman ini.. selalu menduga jiwa aku sebagai seorang ibu...

Hari ini, Aiman buat aku menitis air mata lagi.. terasa sebak sangat2 dalam hati.. Sepanjang tahun ni saja.. bermacam2 kerenah yang dibuatnya.. yang buat aku tak lena tidur malam.. dari yang kecik2.. sampai la ke sebesar2 cerita..







Aiman & rakan sekelas - All 5As... Congratulations!!



Hari ini Aiman dengan bangganya naik ke atas pentas mengambil keputusan UPSRnya.. Menggigil aku bila cikgu melaungkan "5A"... Aku yang dari tadi sibuk merakam gambar teman2 Aiman.. terhenti seketika... macam tak percaya dengan apa yang baru saja aku dengar... "5A???" bisik aku dalam hati... "Aiman kotakan janji dia pada aku... ALHAMDULILLAH.."...




Tangan ketaq... gambar pun ketaq naaa...


Dalam mengigil tangan, orang pertama yang aku bagitau - ayahnya... Terasa sedih bila mengenangkan.. tentunya ayah Aiman gembira dan bangga..

Terkenang Sarah.. tahun lepas.. aku sampai bila semuanya dah selesai.. and.. Sarah naik pentas amek keputusan UPSRnya tanpa ada sesiapa... :-(

Isnin, 10 November 2008

Inikah Bangsa Aku???? Melayu BOLEH???!!!

Pernahkah you all semua ke halaman ini? www.TAGGED.com

Beberapa bulan yang lepas aku terima email dari Sarah.. Tajuknya you're Tagged!!! And sebabkan yang menghantarnya anak sendiri.. so bukak la.. rupa2nya, website lebihkurang macam friendster, myspace and so on.. so buatla profile sbb ingatkan.. yea la.. anak2.. sama2.. saja2.. suka2.. And that's it.. lepas tu aku tak pernah bukak lagi website tu.. hinggalah.. baru2 ni..

Tah kenapa teringat and bukak.. and upload photo dan sebagainya.. the moment i upload photo.. Ya Rasul.. punyalah ramai orang menghantar "Tagged"... And to my suprise.. 10/10 yang menghantar rata2 bercerita perkara yang lucah...

Talk about pornography!!!! Entah berapa banyak kali aku beristighfar... melihat gambar2 yang sangat2 menjijikkan.. dan memualkan... dari pelakon2 dan model2 yang rata2 ada bin.. dan binti di belakang nama mereka.. dari pelakon2 dan juga model2 yang rata2 kulit sama warna dengan aku... dari pelakon2 dan juga model2 yang sama agama dengan aku... Tanpa segan silu.. memaparkan no telephone untuk dihubungi.. tanpa segan silu "menjemput".. tanpa segan silu memaparkan bahagian badan dan "equipment" yang mereka ada pada khalayak internet.. Dan tanpa segan silu... mempamerkan wajah2 mereka dengan bangga sekali... :-(

Bangsa aku kah ini??? Malunya aku nak mengaku.. MELAYU BOLEH??? Banggakah aku kerana bangsa aku kini setaraf dengan dunia???

Komen seorang teman bila aku bercerita ialah.. "kakak i kena tipu kat website tu la.." membuatkan aku tersenyap.. how can you trust a person that you don't even know? I know that aku bukan ke halaman tu untuk mencari jodoh atau sebagainya.. and these people.. are mostly looking for cheap and i repeat.. VERY CHEAP thrill..

A random message was sent to me by an Unknown sender warning me of a person with certain ID .. sebabnya.. dia terpedaya and mengikut sang manusia tersebut hingga ke bilik hotel... again tak berhenti aku beristighfar...

End of story.. apart of merasakan ianya satu fardhu kiffayah buat aku memberi info kepada semua yang ada adik2.. anak2.. kawan2 dan sebagainya untuk beringat2.. dan berhati2.. alangkah malunya keluarga bila melihat gambar anak2, adik beradik, saudara mara terpapar dengan sedemikian rupa... walaupun mereka2 itu semuanya bukannya dari kalangan yang aku kenal.. hati jadi sedih sangat2.. mengenangkan.. apa la yang nak jadi dengan bangsa aku sendiri..

Firman Allah swt di dalam Surah al-Asr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”




Dan hati menjadi lebih runsing.. aku juga ada anak...

Ahad, 9 November 2008

That is it???

Took a very long quiz with 20 questions so.. and this short sentences came up!!! Puji la lebih sikit.. hmmmm...






Your Attitude is Better than 50% of the Population



You have a positive attitude... sometimes. You prefer to see the world through clear glasses, not rose colored ones.

Sabtu, 8 November 2008

Kena TAG.. :-)

Rules:

1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.

Date: 08-11-2008 Starting time: 0657hrs Ending time:
0817hrs

Name:
Nor Ismah Abdullah (don’t tell anyone k…)
Sister: 2 (lin and dik yang)

Brother: Used to have 3 (now fendi and norez). My late brother passed away in 2006. Al-fatihah..
Shoe size: 7.5 (kaki mcm kapal kata my fren)
Height : 5' 3"
Where do you live: Paya Rumput, 78000 Alor Gajah, Melaka - Malaysia
Have you ever been on a plane: Yes

Swam in the ocean: hate air masin.. and sticky sand
Fallen asleep at school: during colleage years… LOTS and LOTS and LOTS of time… pensyarah boring!
Broken someone’s heart: countless times… (mak garang oooo.. mana boleh main cinta.. BELAJAR !!! kata mak…)

Fell off your chair: I know someone who ever did…
Sat by the phone waiting someone's call: heh.. heh.. heh..
Saved e-mails: berlambaks!
What is your room like: reflects my personality (?).. bersepah!! hahaha

What’s right beside you: My mobile, my cheque book, my facial toner, contact lense cases, on and on and on and on… (I’m on my bed with all these things…)
What was the last thing you ate: Mee Bandung..

Ever had... chicken pox: When I was 11.. time tu stay di Kangkar Tebrau, Johor..
Sore throat: Almost all the time.. too stress I guess.. immune system down.. ha ha..
Stitches: jari telunjuk tangan kiri.. when I was 3, my late brother (he was 5 then) chopped pokok pisang kat belakang rumah… and me.. was helping him holding the pokok pisang.. WAAAAAAAAAA… and other places which I rather not mention.. ;-P
Broken nose: hidung ni memang dah sediakala tak mancung.. bukan sbb lain
Do you believe in love at first sight: yeah.. rite... crushes yes… not love… NO
Like picnics: so so..
Who was/were... The last person you danced with: hmmmm… my crazy frends… at peter’s birthday party…
Last made you smile: yesterday morning when they say I’m no longer numero uno… someone else has taken over... (Big HA! :-))… AT LAST!!!!
You last yelled at: ChanChan (my cat).. it left its “personal” belonging merata2 this morning.. :-)
Today did you... Talk to someone you like: a..haaa.. ;-p
Kissed anyone: Big HUG and KISS… KISS… KISS… all my little bosses.. (Sara, Aiman & Danial) - seperate list of names is available upon request.. ha ha ha ;-)
Get sick: Sick? Definition of SICK… Hmmm… too universal… at the moment, I am sick of a lot of things…
Talk to an ex: Last raya when he came to take the kids…
Miss someone: Someone? More like some two… some three… some four… some on and on and on…
Who do you really hate: hate is too strong word… GERAMMMM… is more like it…
Do you like your hand-writing: I love my shorthand better… can’t even read my own handwriting…
Are your toe nails painted: used to when I was in my younger years… (my mom used to do this for me when I was 3, 4, 5…)
Whose bed other than yours would you rather sleep in: No one! I love my bed 100%. Balik kampong also I have my own ‘bedding set’ with me..
What color shirt are you wearing now: not t-shirt… but.. yes.. red..
Are you a friendly person: I have no problem working or associating with people so far.. Well except for Ms RM9k – The Manager… I guess I failed the question… :-(
Do you have any pets : 2 Cats – ChanChan and PohChin
Do you sleep with the TV on: Never.. Never.. Never..
What are you doing right now: Obviously… need I answer this q?
Can you handle the truth: I am a very calm and compose person.. I guess yes…
Are you closer to your mother or father: My KIDS.. I tell them everything…
Do you eat healthy: Now.. how do you think I can maintain my figure still? Luck? ;-p
Do you still have pictures of you & your ex: MAK GAARANG ooooo… TAKUTTTT… I do not keep any evidence………….
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: Who? More like what… My laptop.. and all my journals… Most of the time, I'll just go home, reflects and go to bed..
Are you loud or quiet most of the time: I don’t hide behind bushes.. Moderate.. In between.. see situation la..
Are you confident: Appearance wise.. Big YES.. (does this count?)
5 things I was doing 10 years ago:
1) I was happily married ….
2) We were staying in Labuan
3) Aiman was turning 3.. and he was progressing good.. less visit to hospital (Alhamdulillah)
4) I was 28 then..

5) We had our 1st mobile phone (ha ha.. WOW and… WOW again..)
5 things I would do if I were a billionaire:
1) Have to agree with all… HUTANGS…
2) Give my mom lots and lots and lots of money… (sorry mak.. anak mak bukan billionaire yet… :-( only thousandaire… tu pun small small thousands… wakakaka)
3) Amal jariah…
4) Live a simple life…
5) ***** stuck… like I’ve said… I’m a very simple person… can’t think of anything else… duit dah banyak sangat!!!!! Wakakakaka…
5 of my bad habits: HA HA… I CAN GIVE YOU MILLIONS!!!
1) Panas Baran – I just walked out…
2) Pelupa – goes with the age i guess..
3) Garang at times – SHOULD HAVE BEEN ALL THE TIME... HMMMM..
4) Not organize – Irony of things… I organize people.. and me?.. tunggang langgang!!!
5) Malas bila di rumah… (Sorry baby.. ibu penat!!!!!!)
5 places I've lived/livin:
1) When I was small –
- Johor: Tg Adang, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kangkar Tebrau
- Melaka: Kem Terendak – Where I got my finger chopped
- Perak: Taiping
- Selangor: Beremban, Sg Besi, Ampang
- Wilayah Persekutuan
2) When I was a teenager:
- Johor: Kangkar Tebrau
- Negeri Sembilan: Port Dickson
- Penang: Bukit Mertajam
3) ITM Years:
- Penang, Kelantan, Pahang, Johor again (Johor Jaya)

4) Single years:
- KL
- Seri Manjung (met someone I love dearly and we got married)
5) Married years:
- Seri Manjung, Perak
- KL
- Labuan
- KL
- Seri Manjung, Perak – Butterworth, Penang (dua dapur this time)
- Alor Setar, Kedah – Sg Petani, Kedah
- Kulim, Kedah
- Kulim, Kedah – KL
- Kulim, Kedah – Port Dickson, N Sembilan

I am now membawa diri di Melaka… until further notice that is…

What do you really want to do right now ? Nothing at all… Just nothing…

What do you really wish for? Scared to make a wish… Scared of not getting what I am wishing for… :-(

The 5 people I liked to tag: Bersediaaa. Jawab Jangan tak jawab...
;-p ;-p ;-p
1. Firnasya
2. Ummi
3. Hady
4. Watie
5. Romzi

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter