Kenduri.. oh.. Kenduri.. :-)

Penat sungguh hari ni.. Minggu lepas budak perempuan yang comel kat bawah ni.. kawin.. di Seremban.. but sebab minggu lepas ada acara yang "impromptu".. So.. aku decide pi kenduri yang kat Tangga Batu je la.. Kenduri sebelah suami.. hari ni.. 06122008...



And disebabkan perancangan tak begitu baik.. kebetulan.. bertimpa2 jemputan yang nak dipenuhi pada hari yang sama.. And dengan jadual kenduri yang sangat ketat.. aku berjaya jugak penuhi tuntutan.. ekekekeke.. (tak sia2 jadi secretary.... ;-p)



tengok tu.. tak malu betul pengantin.. senyum gatal.. ekekeke.. nanti dia.. siap dia balik office nanti..



Sampai2.. muka familiar yang aku selalu nampak.. Legaaaa... Peter, Rodriguez, Graham, Harry, Moe, Shahidah and Gloria sedang berpanas bawah khemah tunggu pengantin.. And.. Tengah sibuk menyuap makan AA pulak sampai.. cukup la group kami...



Pengantin pun sampai.. berkompang bagai.. menyanyi bagai.. and tetiba.. aiii... mat salleh la katakan.. sibuk menanya kenapa dengan kompang tu??? apa yang di nyanyi tu??? bla bla bla... hmmm... hilang konsentrasi.. hilang tumpuan.. hmmmm... explain.. jangan tak explain..

Ehem.. korang tau ke lirik lagu yang orang sibuk nyanyi time kompang tu????? hehehehe.. aku tau... ;-p


Peter & Gloria - selepas kenyang...




Tak sabar2 nak menepung tawar.. sudahnye aku pulak yang kena demo.. how to do??? Demo je la.. Yang bestnyer.. ini pun first time aku ever.. ever.. ever.. menepung tawar.. Ntah betul tah tidak..




Last sekali sebelum balik.. gambar kenangan... yang tukang amek gambar Moe.. Sorry Moe.. You miss the session.. ;-p

Buat Melissa dan pasangan.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga berkekalan jodoh hingga ke anak cucu.. Insya Allah.


p/s - While walking to our cars.. Moe asked me.. "Why they give egg? Is there any significant of giving egg? or ???" ... and my response was.. "Egg is a simbol of fertility.."

Moe than ketawa.. "then.. why give me.. its them who need the egg most now..." Wakakaka.. dalam hati "eh.. dia ni.. baling ngan telur tu baru tau"...

Ulasan

Hanisumayyah berkata…
P.Rumput......

Kelas lah jawapan tu..egg is a symbol of fertility...kelakar!!!
payarumput21 berkata…
Salam Hijrah1429..

Selamat Hari Raya :-)

Memang bunyinya kelakar.. but its true.. Kalau tak silap dari pembacaan (tak ingat la pulak dari mana..) ceritanya.. bunga telur diberikan sebagai satu simbol kesuburan pasangan pengantin.. supaya kedua pengantin rajin berusaha dan dikurnikan zuriat.

Ceritanya jugak yang bunga telur ni sebagai tanda kesuburan di mana kedua2 ibubapa sudah pun melihat menantu dan bersetuju untuk dijadikan menantu. Faktor kesuburan itulah jugak antara yang dipersetujui..
But sekarang ni ramai yang tak tau peranan bunga telur.. dan menggantikan dengan pemberian yang lain..

lagipun.. zaman dulu2.. telur tu kan murah.. so.. jadila buah tangan yang mampu diberi oleh semua lapisan untuk semua yang datang.. tanda ucapan terima kasih.. kerana sudi datang..