Ahad, 26 Disember 2010

Leter makcik petang nih... :)~

Hmmm... tinggal seminggu lagi budak2 nih kat rumah.. melasak.. minggu lagi satu dah masuk tahun baru.. and semua dah balik semula ke sekolah.. Kakak dah pun naik tingkatan 4 tahun depan.. Aiman pulak tingkatan 3.. nak PMR.. Danial dah masuk darjah 6.. and kena bersedia utk UPSR..

Terasa cepat betul masa tuh.. and.. InsyaAllah.. kalau tak ada apa2.. and seperti yg doktor cakap.. due date will be on 21 February 2010.. apa2 je lah.. cepat ke.. lambat ke.. aku tak kisah.. asal baby selamat.. sempurna.. dan sihat.. aku dah cukup bersyukur utk itu.. cumanya.. ramai pulak yg sibuk2 kata.. "Waaaaa... kalau dapat anak valentine 14 Feb bagus kan kak.." Hahahaha... aku harap TIDAK.. Bukan budaya yang aku raikan... maaf la ye.. aku cuma harap.. kalau nak tercepat dari tarikh jangkaan tu.. biarlah tarikh yang berkat.. mcm 12 rabiulawal / 17 Feb.. kan hari Maulud Nabi tu.. InsyaAllah..

Barang2 sekolah?... aduhhhh... terasa sangat2 mahalnya.. untuk Danial saja.. buku2 dekat RM250 jugak.. itu baru UPSR.. buku.. belum lagi yuran2 yang tah apa2 tak tau kebendenya.. Aiman belum lagi.. Sara pun belum lagi.. tak masuk baju sekolah.. kasut dan sebagainya.. stationaries lagilah.. mujur aku cuma 3orang.. and Alhamdulillah... mujur En.Ayah tak pernah lupa tanggungjawab pada anak2** tak terbayang tanggungan pada mereka2 yang punya anak2 ramai.. mesti pening kepala nak mencukupkan rezeki tu..

Seorang kenalan pejabat haritu merungut kata.. "Anak saya baru nak masuk tadika tahun ni kak.. Wife saya survey tadika.. katanya.. bayaran utk pendaftaran, buku dan sebagainya adalah dalam RM400++ and bulan2 kena bayar RM60.. mahalnya"... hahaha gelak aku dengar.. "Tu dah kira murah la tu.. RM60 sebulan.. jgn tak caya.. ada lagi mahal.. yg mencecah dkt RM1k pun ada.." buat teman tadi terkedu..

Sana sini pun kalau pergi.. sibuk org heret anak2 sebab nak beli barang keperluan sekolah.. and terfikir dalam hati.. mcm ni dulu aku kecik2.. kesian kat mak bapak.. ye lah.. awak orang susah.. mana ada rasa uniform jenama Canggih ke.. atau apa2 je lah.. Yang aku rasa mak aku beli kain.. balik rumah jahit sendiri.. Bag sekolah pun tak de jenama.. bukan macam budak2 sekolah sekarang.. hujung rambut sampai hujung kaki nak pilih sendiri.. Tadi nampak la budak2 muda ni.. berebut2 masuk dalam kedai Converse.. beli kasut.. bag.. adehhhh... kalau tak berada2.. tak mungkin berasak beli kat situ kan..

Anak2 aku.. selagi bag sekolah tu elok.. aku tak kan beli.. lagipun buat apa nak membazir.. berdosa.. and lagipun anak2 aku dah besar.. dah faham **atau dah tak larat dengar** bila aku selalu kata "Nak buat apa membazir.. kalau masih elok.. tak ada cacat cela.. kan lebih baik guna.."

Lagi satu hujung tahun kann.. mesti semua org sibuk nak abeskan cuti tahun.. aku pun kalau boleh nak jugak.. hajat dalam hati tu tinggi menggunung nak bercuti2 Malaysia.. but apakan daya.. cuti dah abesssss... dan tiap2 tahun mcm tu.. cuti aku habess sebab menguruskan anak2... so... hajat tinggal hajat je la.. simpan dalam hati.. mungkin ada rezeki aku lain kali.. kalau cuti tu mengizinkan..

Aku tak pernah umur hidup sampai Langkawi.. Dok di Kedah punyalah lama.. ada tak de pun sampai takat jeti di Kuala Kedah.. ini dalam wish list aku nih.. TOP 3 dalam senarai.. hua3x.. So.. 2011.. Langkawi.. tunggulah akan kedatangan aku ke sana..

Hahah.. dah panjang pulak makcik beleter nih.. sebelum makcik sendiri boring.. baik makcik tutup dulu cerita yang tak de cerita hari ni..

Khamis, 23 Disember 2010

8A ~ Tahniah Sayang...




Wajah2 gembira.. 9 & 8A PMR pagi tadi.. Alhamdulillah.. **Muka Sara (empat dari kanan tudung putih) mcm org terperanjat** Maaf kalau ada yang rasa aku seakan meriak.. tapi.. aku sungguh2 rasa bangga dan teruja.. semoga kejayaan akan sentiasa mengikut setiap langkah juga usaha anak2 aku dalam baraqah.. InsyaAllah...

Alhamdulillah... Sara dapat 8A.. hanya Allah saja yang maha mengetahui..

Tak sempat pun nak amek gambar.. Sebabnya.. badan dah besar.. dah tak larat nak usung En.Nikon.. and.. banyak makan ruang kalau nak berdiri tengah2... so makcik pun cuma dok di tepi je.. ni pun curi dari FB kawan anak2... maaf ye.. makcek amek tanpa kebenaran... Tahniah untuk semua anak2 diatas.. Antarnya ada yang dari aliran agama.. dapat 9A.. Tahniah juga pada guru2 Sek Men Dato Dol Said Alor Gajah yang sangat2 berdedikasi mendidik tanpa jemu.. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua..

P/s - Malam ini... biarlah makcik tido dengan lena tanpa gangguan... sebabnya? Malam tadi tido sampai mimpi2 sara bawak balik result PMR.. Wakakakaka..
Lagipun... esok makcik kerja.. dah penat travel dari PG - MKA - PG... **walau bukan makcik yg drive.. walau En.Amat yg sakit badan pulas steering..**

Ahad, 12 Disember 2010

Redha tu penting sayang..

Entry kali ni is specially dedicated for my son.. Muhammad Nur Aiman.. Why? I just want you to know that in this world.. THERE IS NOTHING MUCH MORE IMPORTANT THAN ANY OTHER THINGS THAN YOU BEING MY SON.. JUGA AMANAH DARI ALLAH YANG IBU HARUS JAGA... HINGGA AKHIR HAYAT IBU.. Ibu sayang sangat anak2 ibu..

Why is it your name as your name now? There are so many reasons why dear.. and one of the most that was and still in the top of the list ~> MUHAMMAD... ibu dan ayah mengaharapkan semoga anak ibu membesar dengan akhlak mulia Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w... NUR.. bermakna cahaya.. and AIMAN... yang bertuah.. sebabnya? even when you are still in my womb.. you have had so much difficulty to reach your full term.. which you didn't.. and we **as myself and your dad..** berharap.. dengan memanggil kamu Aiman.. mengharap kamu juga akan sebertuah maksud panggilan tu.. kerana kata itu doa.. dan setiap panggilan ibu dan ayah pada kamu.. adalah doa kami yang sangat2 ikhlas dari hati kami.. mengharapkan yang terbaik untuk anak kami..

Kenapa dengan Aiman? You were born @ 27 weeks gestation.. dan risiko yang terpaksa ibu telan ialah bila doktor kata.. "berat badan bayi dalam kandungan awak sangat sedikit.. kalau awak melahirkan anak sekarang... bayi awak.. persentage kemungkinan besar tak boleh survive... semua organ dalaman bayi.. paru2 tak matang lagi.. jantung mungkin tak boleh berfungsi.. and paling buruk.. otaknya belum boleh berfungsi sepertimana kanak2 yang normal.. anak awak mungkin cacat sepanjang hayatnya.. ini risiko yang awak terpaksa terima.. awak faham ke?".. a statement that comes from a doctor that has ripped my heart and strength.. which I hardly gathered.. and now shattered by those cruel words.. dan ibu menangis sepanjang malam.. walau ibu tau.. menangis tak akan menolong ibu.. but that was the only thing i can do at that time.. menangis..

"Anak kakak.." said the nurse to me.. sambil menunjuk kepada ibu wajah anak ibu.. buat air mata ibu mengalir.. and buat segala rasa sakit yang baru saja ibu tanggung hilang begitu saja.. "Apa jantinanya?" kata nurse lagi sambil menunjukkan alat jantina anak ibu.. "Lelaki.." kata ibu perlahan.. hanya Allah saja yang tau betapa gembira ibu hari tu.. sebab anak ibu selamat dilahirkan.. dan hingga hari ini pun.. ibu masih rasa perasaan yang sama.. bersyukur dengan kurniaan Allah.. kerana anak ibu.. dilahirkan dengan selamat... dan sempurna..

i had a very hard time while you were in NeoNatal Care Unit.. There are one time.. bila tiba2 seorang ibu meraung dengan pilu sekuat hati.. buat kami terpinga2.. until a nurse was telling.. "her baby just passed away.." buat kami semua terdiam dan menghabiskan petang hari tu dengan perasaan yang tak tau macam mana nak digambarkan.. terbayang wajah anak masing2 dalam incubator.. dan walau tidak melafazkan dengan kata2.. setiap satu kami.. kesemuanya berkira2.. "giliran siapakah pulak selepas ini.. mudah2an anak aku sentiasa sihat.. dan dipanjangkan umur..."

Dan setiap kali ibu berjaya mengumpul semangat untuk berdepan dengan dugaan Allah.. setiap kali tu jugaklah ibu diduga dengan dugaan yang pada ibu.. kadarnya lebih berat dari sebelumnya.. kerana sepanjang berada disana.. ibu melihat kesedihan yang hanya Allah saja yang mengerti.. bila 9 orang bayi yang sama2 dilahirkan tidak cukup bulan.. pergi mengadap Allah.. dan kepiluan yang ditanggung oleh seorang ibu.. yang bersusah payah sakit.. dan bertarung nyawa melahirkan... hanya untuk melihat anaknya dijemput malaikat maut..

Hadiah harijadi paling berharga sepanjang hidup ibu.. bila tanggal 26 June 1996.. bila berat badan Aiman dari 1.45kg... mencecah 1.65kg.. dan dibenarkan keluar dari hospital.. bila doktor sahkan.. paru2 Aiman boleh berfungsi dengan sediri tanpa bantuan.. bila doktor sahkan.. Aiman sihat.. TAK ADA APA YANG LEBIH BERHARGA DARI MENGETAHUI ANAK IBU SIHAT... DAN HADIAH DARI ALLAH YANG MEMANG TAK BOLEH DIBELI DENANG HARTA DUNIA.. KESHIAHTAN ANAK IBU... dan sampai hari ni.. ibu tak pernah berhenti rasa bersyukur dengan kurniaan Allah pada ibu dgn ayah..

Kalaulah Aiman boleh lihat keadaan Aiman semasa dilahirkan... dan membandingkan apa yang telah Allah suratkan buat Aiman.. mungkin Aiman akan faham..

The things I really want to say here is.. Bersyukurlah dengan setiap apa yang kita ada.. dan mengukur setiap kelebihan kita juga kekurangan kita dengan redha.. Aiman dilahirkan sempurna.. fizikal dan mental.. bahkan Aiman diberi Allah kelebihan dengan kecerdasan minda.. yang mana tak semua orang ada.. Gunakanlah sebaiknya.. There are times, in your life.. you'll understand that.. you'll face "dissapointment" in life.. and you'll not be getting everything... what you want.. and as your wanted.."

Amanah yang ibu juga ayah terima.. membesarkan Aiman juga kakak and adik.. sangat2 besar.. and there will be times.. as much as we want to say Yes to your request.. we have to say No and break your heart.. and bear in mind.. and as we break your heart by saying no.. hati kami juga rasa terluka.. but realizing the amanah yang kami sebagai ibu dan ayah.. it is better to break you heart now.. rather than having you broken hearted with the choice you made that we've said yes to.. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui...

Marah kami sebagai ibu dan ayah kerana kami sayang.. Teguran kami sebagai ibu dan ayah.. kerana kami sayang.. Hukuman yang kami beri.. kerana kami sayang.. dan kami buat segala2nya.. kerana Allah.. Kalau Aiman rasa kecewa.. ibu dengan ayah juga rasa kecewa.. Kalau Aiman rasa sedih.. ibu dengan ayah juga.. rasa berganda sedihnya.. dan kalau Aiman rasa marah.. ibu dan ayah harap.. satu hari nanti.. Aiman akan nampak.. WHY THINGS ARE AS IT IS NOW.. Doa ibu dan ayah yang tak pernah putus.. semoga Allah sentiasa bersama Aiman.. Semoga Allah permudahkan hidup Aiman dunia dan akhirat.. dalam baraqah.. InsyaAllah.. Sesungguhnya.. hanya Allah yang lebih mengetahui..

p/s - Buat En.Ayah.. walau tak membaca.. saya harap awak faham.. bukan mudah membesarkan anak remaja yang lebih kepada emosi dan perubahan hormon.. bukan mudah bercakap dengan anak remaja yang keliru.. dan disetiap akhir perbualan.. walau setabah mana pun saya cuba.. saya masih cuma mampu menangis dan berdoa semoga diberi kekuatan hati dan perasaan.. semoga kami semua dijauhkan dari segala kejahatan malam juga kesesatan siang.. dan cuma airmata saya saja yang mampu menghurai perasaan dalam hati.. dengan rasa terluka...

Ahad, 5 Disember 2010

Salam Maal Hijrah.. Selamat Tahun Baru..


Salam Maal Hijrah buat semua teman2 di luar sana..

Memohon ampun dan maaf.. sekiranya ada bicara yang mengguris hati.. yang menyinggung perasaan.. minta dihalalkan makan dan minum.. maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..

Semoga tahun baru akan membawa kerahmatan dari Nya yang melimpah ruah.. Semog amal ibadah kita semua diterima Allah.. Semoga kita sentiasa akan berada dibawah lindungan Nya.. Mendapat keberkatan Nya dan berada dibawah pertunjuk Nya.. Dipermudahkan segala pintu kesulitan dan sentiasa tabah dengan setiap dugaan Nya.. dalam baraqah.. InsyaAllah... Aminn..

Selamat Tahun Baru Semua.. Selamat Menyambut Maal Hijrah..

Jumaat, 3 Disember 2010

Meniti Hari Tua...

Salam semua... hahahaha... tajuk tak boleh belah kat atas tu.. :)

Okeh.. hari ni kita nak cerita pasal bila umur meningkat.. keh3x.. mesti semua terus tuka channel kan.. tak nak baca.. apa2 pun.. tak pelah.. kalau tak nak baca pun.. I tetap teruskan menaip you..

A friend of mine was so secretive of her age.. She is 2 years older than I am... Hmmmm... kalau tahun nih aku patpoloh.. maknanya.. dia patpolohdua la kannnn.. but always.. sangat2 sensitive nak sebut umur dia.. regardless..

Anak2 aku selalu offer nak cabut uban kat kepala nih.. Especially Danial.. katanya "adik tak suka tengok la bu.. nanti ibu nampak tua.." hahahaha... katanya la.. but then again my answer will always be the same, "hmmmm... adik cabut ke.. adik tak cabut ke.. umur ibu tetap mcm tu.. tak kurang.. tak lebih.. tak de bezanya.. biarlah uban tu kat situ.. lagipun bagus ada uban nih.. ingatkan kita hari mati.." **hahahaha.. ayat nak physco diri sendiri nih..**

Betul ke kalau ada uban kita nampak tua? Zaman sekarang nih.. budak sekolah menengah tingkatan 1 pun dah beruban.. tua ke dia? and berbalik pada cerita kawan aku tadi.. tok sah cerita la alat2 kerim muka.. anti kedut.. supplement.. vitamin ke hapa.. sebut je.. semua dia ada.. haihhhh.. sampaikan aku pun naik lemas menengok..

And each time when the subject is up.. katanya "I am not like you okay.. while you can be very happy with your own skin.. and.. you don't mind for people to know your age.. or whatever.. me on the other hand feels it is hard to accept.. I feel like.. myself is pruning.. and it kills me everytime.." And honestly speaking... this friend of mine.. well.. dari kaca mata aku sendiri lah.. orang nya sangat2 cantik.. manis.. apart from being single and she lots and lots of admirer..

Alhamdulillah.. kalau aku risau pun cuma mungkin sebab berat badan aku naik **hahahaha.. tak boleh belah punya ayat lagi..** sebabnya.. sekarang nih tengah pregnant.. mungkin juga aku bernasib baik.. aku tak punya masaalah jerawat.. **jangan la ada.. benci jerawat..** habis cerita.. aku memang setakat ni.. dikurniakan Allah.. dengan tak banyak masaalah dengan diri aku sendiri.. sebab tu jugaklah aku dah rasa berpuashati dengan apa yang aku ada..

Kalau aku beli losyen pun.. sebab.. aku suka warna packaging losyen tu.. atau bau dia.. atau sbb losyen tu mmg betul2 best kalau diguna **kelemahan aku nih..** and most of the time.. sebab aku suka nengok tersusun kat depan cermin aku.. **hahaha.. bengong tak sudah kan??** Sudahnya.. aku ada banyak losyen yg memang utk display je.. keh3x..

Teringat kata Ustazah Siti Zubaidah time sekolah dulu... "Cuma mereka yang tak yakin saja yang rajin mengubah apa yang dah dikurnia Allah.." dan aku suka sangat perwatakkan Ustazah ni.. Tanpa sedikit alat mekap pun kat muka.. masih lagi kelihatan jelita.. and ye kawan2.. dia sangat jelita di mata aku..

Cumanya... nak bagitau lah.. sekalipun aku suka akan penampilan Ustazah Siti Zubaidah.. kerat la kaki atau tangan aku.. aku tak kan keluar rumah tanpa bedak dan lipstick juga minyak wangi.. LOL... **masih lagi kelemahan aku..**

Being 40.. being me.. overall at the moment of speaking.. ** well typing ** aku tak risau bila umur aku meningkat.. aku tak risau bila rambut aku mula memutih.. aku tak risau kalau aku ada kedut kat muka **hahaha.. ini sebab at the moment memang tak ada.. tak taulah kalau in future bila ada kedut.. aku jadi risau** SEBABNYA??? aku rasa aku dah puas jadi muda.. aku happy dengan diri aku sendiri.. aku tau macam mana rupa aku tiap pagi bila aku bangun tidur dan pergi ke bilik air mengadap cermin.. regardless..

Perhaps.. bila umur aku jadi 50 **hahahaha.. rasa ngeri la pulak tetiba**.. mungkin aku akan berfikiran sebaliknya.. but then again.. aku selalu ingat kata2 dari Audrey Hepburn.. **Wanita paling cantik dimata aku.. yg memang aku admire dari aku sekolah rendah dulu... "Age gracefully.. and you'll be beautiful inside out.."


p/s - entry yang cuma aku saja yang tau kenapa aku tulis.. to few of my friends.. that "knows"... Be happy with what you have.. mungkin buruk pada kita.. but not to others.. If we didn't treat ourselves right.. no one will.. LoVe you guys.. :)
And yes.. you are right.. Audrey Hepburn can say such things because she is beautiful.. unlike us.. plain jane.. :))

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter