Khamis, 31 Disember 2009

Jangan Pandang Belakang.. Pergi yang tak kembali...


Salam buat teman2 ku yang diluar sana.. **ehem.. masih ada ke teman2 kat luar tu?? hehehe..** and.. jangan percaya pada tajuk kat atas.. GIMMICK!!!! hahaha... Lama sungguh dah tak menulis.. banyak yang nak ditulis.. banyak jugak yang tak tertulis..

Kisah Shidah.. part 2

kisahnya.... awal pagi khamis tu.. tak sabar sungguh nak menempuh hari.. tak sabar nak tunggu hingga petang.. untuk cuti maal hijrah.. tetiba dalam sibuk dengan tugas.. phone aku berbunyi.. "awak.. suami kita.." bunyi suara shidah di hujung talian.. "suami kita dah teruk.. tolong doakan yea.. sampaikan pada kawan2.. tolong doakan suami kita yea.." sambung shidah lagi sambil menangis teresak2..

aku yang sememangnya bercadang nak menjengah shidah di hospital sesudah kerja.. terdiam.. aku bangun.. masuk ke bilik EnBoss .. "if there's nothing pending on your desk.. just go.. and see what else you can do to help her.. or if she needs any help..".. dan dalam aku sibuk bersiap nak ke hospital.. telephone aku berbunyi lagi.. dan kali ini.."awak.." kata shidah dalam esak tangis yang menyayat hati aku hingga kini.. "suami kita.. suami kita dah tak ada.." dan aku hanya mampu berkata "Inalillah..."

kesian shidah.. sebulan lebih suaminya di ICU.. dan malaikat maut datang menjemput.. terbayang anak2 shidah.. 11 kesemuanya..

kisahnya.. sedang orang sibuk dengan urusan jenazah.. sibuk juga beberapa mereka akan duit insuran yang ditinggalkan si-mati.. kisahnya.. sedang shidah dan anak2 sibuk membaca yassin untuk si-mati.. sibuk juga beberapa mereka mengira2 wang insuran si-mati.. kesian shidah..

kisahnya.. ketika jenazah di kubur untuk dikebumi.. berkatalah si anak kecil pada kakanya.."ayah dah tak nampak dah kinah.. dah kena tanam dah.." buat aku menitik air mata melihat sikecil yang baru berumur 4 tahun... dan balas Sakinah pada adiknya.. "Biha.. biha tau.. ayah dah tinggalkan ibu sampai bila2 tau.." betul2 menghiris hati aku.. kesian shidah..

Semoga Allah mengurniakan ketabahan dalam hati temanku shidah juga anak2nya untuk menempuh hari2 yang mendatang.. Amin..

p/s - kisah shidah.. buat aku betul2 sedih bila melihat kebelakang... but.. in a way.. kisah shidah mengajar aku untuk aku LEBIH menghargai setiap detik dalam hidup aku.. past.. and present..

Selamat tahun baru.. semoga kita semua diberkati.. dimurahkan rezeki.. dan sentiasa terpelihara di bawah lindungan Nya..

Ehem.. azam tahun baru ialah... jeng.. jeng.. jeng... nak tulis cerita banyak2 kat dalam blog.. hahahaahaa.. ;-p



Khamis, 3 Disember 2009

Hargailah.. Bersyukurlah..

The moment kaki aku mencecah ke dalam wad icu.. hati mengimbau perasaan yang sama ketika adik aku di icu hospital ipoh dulu.. hati mengimbau bagaimana abang aku.. sebelum hari2 terakhirnya di hospital manjung.. terasa sejuk.. beku dalam hati.. dalam jiwa.. tak dapat nak aku bayangkan..

Perlahan aku sentuh bahu Shidah.. sebaik wajah dipalingkan memandang aku.. secara sepontan kami berpelukkan.. hanya airmata yang dapat menggambarkan perasaan Shidah.. juga aku ketika itu.. aku yang memang mati tanpa kata2.. hanya mampu memeluk erat teman yang sedang menangis teresak2.. kasihan Shidah.. pilu hati aku melihat suaminya terlantar diatas katil.. dengan pelbagai peralatan bantuan yang disambungkan..

Sehingga hari ini.. sudah masuk minggu ke empat suaminya di wad icu.. dan Shidah.. setiap kali aku datang melawat.. akan berkata.. "terima kasih awak datang.. beruntung kita ada kawan macam awak.." buat hati aku jadi pilu sangat2.. tak banyak yang dapat aku buat untuk teman ku yang bernama Shidah.. aku cuma mampu datang menjengah sekejap2.. dan mendengar dia bercakap.. dan menangis bersama2.. aku cuma mampu memegang erat tangan Shidah.. dan memeluk dia ketika dia kesedihan.. terasa kerdil sangat2 diri aku saat melihat temanku Shidah..

Melihat anak2 shidah.. perasaan aku menjadi sedih.. teringatkan anak2 aku sendiri..
Sarah.. Aiman.. Danial.. kiranya.. beruntung sangat2 kamu kerana EnAyah berada didepan mata kamu.. beruntung sangat2 kamu kerana EnAyah dikurniakan kesihatan yang baik dari Allah.. beruntung sangat2 kamu.. hidup kamu tak diduga dengan dugaan yang sangat berat yang ditanggung oleh anak2 auntie Shidah sekarang ini.. Semoga anak2 ibu sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang Allah berikan buat kamu semua.. Semoga anak2 ibu sentiasa menghargai EnAyah dan juga masa yang diberikan untuk kamu semua bersama.. hargailah.. bersyukurlah...

Serta-merta airmata aku bergenang.. terkenang EnAyah.. terima kasih kerana menjadi ayah yang baik buat anak2.. terima kasih kerana bersabar dengan kerenah anak2.. terima kasih kerana tidak pernah lupa untuk berkongsi tanggungjawab sebagai ayah..

Terbayang EnAmat.. terbayang setiap satu wajah2 yang aku sayang..

Semoga Allah memberikan kekuatan pada temanku Shidah.. Amin..


p/s - ibu rindu anak2 ibu.. rindu nak dengar suara.. rindu nak dengar ketawa.. rindu nak dengar bising2.. Rinduuuuu... **sigh..**


Sabtu, 31 Oktober 2009

Bulan.. Rindu.. dan Aku..

Gambar Hiasan: Saja nak tepek.. Tiada kaitan dengan entry dibawah.. ;-p


Aku kira.. aku dah cukup "dewasa".. dan melepasi farsa2 (*ehem.. phase??*) merindu... Aku kira.. aku dah cukup "dewasa".. untuk tidak merasa rindu yang kejam dalam hati.. Aku kira.. aku dah cukup "dewasa".. untuk tidak merasa tersiksa dengan jiwa dan perasaan..

Teringat masa belajar dulu.. pernah aku rindukan seseorang.. hahahaha.. ini cerita cinta monyet.. memang macam monyet pun.. hikkssss... Bila rindukan seseorang.. aku selalunya akan duduk kat balcony.. ehem.. time tu kat Bukit Sekilau.. bilik kat tingkat 3 mengadap quarters polis.. orang Pahang mungkin tau..

Back to the rindu story.. dulu tak macam sekarang.. sekarang nih.. ada handphone.. ada sms.. ada mms and better yet now.. ada 3G.. and what so ever "ssss" lagi lah.. time tu.. email pun takdak!!! cuma harapkan surat yang posmen bawak je.. hahaha...

Ada satu malam tu.. seperti kebiasaannya aku duduk sorang2 kat balcony... hahahaha.. menangis la konon2.. sorang2.. senyap2.. al maklumlah perempuan ni.. ada time2nya dia moody.. **MEN out there.. don't blame us for being emotional all the time.. we are created and ruled by hormone..** and dalam rasa sedih merindu tu.. tetiba mata mendongak ke langit... Wahhhhh!!! banyak bintang oooo.. and ada bulan.. bulan penuh..

Dan aku tetiba terdiam.. merenung bulan penuh indah bercahaya.. terfikir dalam hati.. "dekatnya bulan tu.." and terfikir dalam hati.. "kalau aku nampak bulan tu.. and kalau dia pun waktu ni ada kat luar dan melihat bulan tu.. and kalau aku dgn dia boleh tengok bulan yang sama pada waktu yang sama.. maknanya.. kami bukanlah terpisah jauh mana pun..." and tetiba la pulak.. hati aku rasa lega serta merta... HAHAHAHAHA...


p/s - Cerita sebenarnya nak cakap.. Lambatnya bulan November habis... Lambatnya plant shutdown habis.. Lama lagi EnAmat balik... and cerita yang paling utama sekali nak cakap.. AKU DAH TAK PERCAYA TEORI BULAN KAT ATAS TU!!!! tengok la bulan sampai keluar bijik mata nih.. aku masih tetap rinduuuu. Huhuhu...

** Sigh.. Sigh..**


Ahad, 18 Oktober 2009

Edisi Raya... Part 2



Salam kengkawan.. **hahahaha.. tetiba.. boleh?**

Hari nie kita sambung lagi cerita Edisi Raya.. Perasan t
ak baju melayu kat bawah? Baju yang EnAmat pakai tu tak berbutang.. hahaha..

Cerita 1:

Kisahnya time beli tu.. al-maklumlah bulan puasa.. letih.. menahan lapar dan dahaga.. so.. semua muka moody je.. Aiman macam tahun2 yang sudah2.. tiap kali beli baju raya.. hati ni terasa macam nak **tutt** je kat dia.. sebabnya? Aiman mana boleh lapar.. kalau lapar.. dia moody.. kalau dia moody.. semua benda tak jadi.. dan bermulalah segala episod yang serba serbi menyakitkan hati..

So, di hari dan bulan yang serba mulia ketika itu.. makcik dengan hati yang sabar tu cuma setipis kulit bawang.. pilih kaler.. pilih saiz.. and beli.. Bila part EnAmat pulak.. lagi problem.. saiz.. susahnye nak dapat.. Dapat je.. terus try.. and ok.. bayar..

Baju makcik dgn sara??.. Lagilah.. sebabkan Aiman masih lagi dengan mood yang tak sudah2.. Makcik risau meroyan kat tengah orang ramai.. capai.. test.. bayar.. and balikkkkkk.. Sara pun macam tak puas hati.. sebabnya.. Aiman punya pasal tak dapat pilih yang dia betul2 suka.. main ok je..

Sampai rumah.. leher baju EnAmat tak boleh kancing.. Adoiii la pulak.. Apa nak buat??!!

Nak hantar alter memang datuk tak sempat.. and.. yang buat EnAmat sangat2 boring ialah.. jeng.. jeng.. jeng..

Kata MissAdikIpar, "Alah.. suruh je alang sapu slimming cream kat leher.. sure boleh kancing.. nak hantar tailor suh repair memang dah tak sempat nih.. Tailor pun tak nak amek" Hahahaha.. boleh gitu???


Cerita 2:

Raya.. seperti kita time budak2 dulu.. yang ada dalam kepala tentu2 duit raya..

Aku kata: Jom kita raya kat umah sebelah
Aiman kata: Yay! duit raya..
Aku kata: Jgn nak mengada.. tu org susah.. buat elok sikit perangai tu.. jangan sampai org kata ibu tak reti ajar anak pulak.. faham??!! Orang bagi amek.. kalau tak.. jangan jadi sampai mintak sedekah pulak!
Aiman kata: **tarik muka**

Rumah yg kami nak pegi ni, rumah jiran EnAmat. Dia menumpang tanah sejak zaman arwah nenek EnAmat lagi.. Org susah.. Dan keluarga EnAmat pun dah anggap dia macam ahli keluarga jugak.. Bila kami sampai tu.. bukan main suka lagi dia terima tetamu.. sibuk ke dapur.. ke depan bawak juadah raya.. air dan sebagainya..

In detail.. rumah KakSam nie.. cuma ada kerusi buruk.. yang orang sedekah.. and partition yang mengasingkan dapur dengan hall *if ianya layak di panggil hall* Dinding pun dah usang.. tv, fridge jangan mimpilah.. memang tak de.. dan KakSam.. cuma tinggal seorang saja.. :-(

KakSam, dalam gembira terima tetamu.. bercerita lah sedih hati.. tentang beberapa hari yang lalu.. hujan lebat.. angin kuat.. hinggakan bumbung rumah melayang... berceritalah tentang dinding rumah yang tiris masuk air.. Berceritalah tentang lantai yang dinaiki banjir.. berceritalah tentang sumbangan dari pelbagai pihak bersempena bulan ramadhan.. berceritalah.. berceritalah.. berceritalah..

Dan aku pun menjeling Aiman.. "hah.. dengar tu.. org susah.. bukan macam awak.. semua ada.." dan Aiman cuma diam membatu saja.. "Patutnya.. duit raya awak bagi kat orang yang lebih memerlukan.. bukan awak mengharap duit raya pada org.." bisik aku pada Aiman lagi..

Tiba masa utk balik.. dan kami pun bersalaman lah.. tetiba KakSam lari ke dapur.. dan keluar balik.. "Nah..." katanya sambil menghulur duit raya pada Sara.. dan Sara yang pada mulanya menolak.. akhirnya menerima.. Aiman???

KakSam: Nah.. duit raya.. amek.. budak2..
Aiman: Tak pe.. tak pe.. dah besar dah... tak nak... *sambil mengelak dari KakSam*
KakSam: Amek.. tak baik.. duit raya ni.. Acik bagi.. amek..
Aiman: Tak.. tak pe.. *sedaya-upaya mengelak tak nak amek*
KakSam: Amekkk.. amek..
Aiman: **Tetiba menangis..** sambil menerima duit dari tangan KakSam

Aku yang menengok Aiman menangis pun rasa terharu sangat2.. Insaf seketika mengenang betapa kita2 semua ni selalu sangat merungut kata susah.. walhal.. cukup beruntung.. walau dalam kekurangan.. kita masih lagi lebih dari orang lain..

Balik rumah.. Aiman kata, "Dik.. kalau kau nak duit RM2 ni amek lah.. Aku rasa bersalah sangat2 amek duit ni" Aku kata.. "tak pe lah.. Aiman amek duit tu.. dan selalu2 lah doakan mudah2an.. Allah murahkan rezeki dia lagi.. mudah2an.. dimasa2 depan.. dia tak susah" Dan sepanjang2 petang tu.. Aiman habiskan dengan bersugul..


Cerita 3:

EnAmat nak makan muffin.. bebudak nak muffin coklat.. aku teringin muffin blueberry.. disebabkan EnAmat nak balik Kuantan hari nie.. **Pada sesiapa yang masih belum tau lagi.. EnAmat kerja di Kuantan.. and cuma ada dirumah weekend je..** so kami semua tanya EnAmat.. dan keputusannya.. BLUEBERRY MUFFIN... yay!

Dan.. hehehehe.. kat bawah tu lah.. rupa bluberry muffin yang aku buat ptg tadi utk minum petang.. walau tak secantik mana rupanya... aku cukup rasa teruja melihat Blueberry Muffin ku naik dan merekah.. lalu dihabiskan oleh peminat2 kat rumah nie.. hehehe.. *kes syok sendiri*



Ehem.. tunggu Edisi Raya Part 3 pulak nanti eh... :)






Jumaat, 16 Oktober 2009

Edisi Raya... Part 1


Ahlan!!!

Kali nie.. entry ala2 "rencana" dengan intonasi yang mendatar.. lantaklah...

Memula sekali nak ucap terima kasih pada kengkawan yang menjemput ke jamuan open house.. Maaf pada yang tak dapat berkunjung.. bukan tak sudi.. sedihnya bila orang masih lagi bergaya dengan baju raya yang ke entah berapa pasang.. kita.. terpaksa bergaya depan pc kat office.. huhuhu..

Tak sempat2 nak update blog.. curi2 menjengah blog kengkawan but tak sempat pun tinggal jejak.. seronok nengok open house sana sini.. gambar raya orang tu dengan orang ni sana sini.. bergaya sakan dengan macam2 "pesen" sana sini.. Meriah!!

Buat adik yang cantik manis nama shiela (**kalau membaca.. ehem.. baca ke??**) terima kasih atas ingatan tulus ikhlas.. tak dapat nak digambarkan betapa hati rasa terkilan sangat2 kerana tak dapat bye bye bye kat KLIA tempohari.. tuntutan kerja tak mengizinkan.. kebetulan la pulak memang minggu raya sampailah ke hari ini.. minggu2 yang gila bagi akak.. apa2 pun.. hahaha.. bagi sesiapa yang tak pernah dengar suara shiela.. nak bagitau.. suara cik adik kita ni macam suara budak sekolah menengah.. tersenyap la jugak seketika bila dia jawab telephone ingat sudah salah nombor.. ;-p

Raya tahun nie.. kami sekeluarga raya kat kampung En Amat.. KG BAGAN PINANG.. sebelum balik beraya ke Gelang Patah pada hari raya kedua. So.. layanlah dulu gambar kat bawah nie.. cerita akan menyusul kemudian..


Setiap kali melihat gambar ni.. hati terasa sayu sangat2.. sebabnya tak pernah ada gambar sekeluarga yang dapat dibuat kenangan sebelum2 ni bila raya.. :'(


Ho ho ho! Danial dengan aksi kepenatan mengutip duit raya.. bercampur kekenyangan makan sebab beraya..

Aiman yang sedaya upaya kontrol macho.. Sara yang tak sudah2 dengan "peace".. and Danial with his "hidung kembang" signature..

Myself and En Amat.. gambar macam orang terkejut.. hahaha..


Nanti upload gambar lain pulak.. :) Tunggu eh..

Selasa, 15 September 2009

Jom Raya :)



Buat kesemua rakan2.. dari hati yang tulus ikhlas.. mengambil kesempatan yang ada menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa atau yang terasa hati dengan coretan akak... Sesungguhnya tak pernah berniat sebegitu..

And kad yang di atas tu.. ditujukan khas untuk semua teman2.. sudi2kan lah..(** ehem.. jangan malu2 yea.. tampal kat blog tau**)

Minal Aidil Wal Fa-izin... Selamat Hari Raya.. Selamat Bercuti.. Selamat diatas jalan raya bagi yang memandu.. Selamat hendaknya segala2nya.. Insya Allah..

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga..

p/s- Andai kata ada yang terlangsung ke Melaka.. singgah2 lah.. email akak ismahna@gmail.com.. contact no akan diberi kemudian :) jangan tidak2.. jemput yea..

Rabu, 9 September 2009

Again.. and Again...


"Akakakkkkkkk!!!!! Wah.. cantik betul akak punya invitation... semua orang kat atas puji.." Kata Sha**i sebaik saja nampak aku petang tadi.. Aku yang sememangnya sibuk.. terpinga2..

Kisahnya.. lately aku betul2 tertekan dengan kerja.. tak larat rasa nak teruskan hari demi hari.. betul2 menuntut perhatian.. Kenapa??? Well.. its the time of the year again.. Annual Dinner.. and tadi.. selepas berminggu2 keluar masuk bilik boss.. and selepas beberapa siri argument dengan boss.. and selepas banyak rasa tak puas hati aku dalam kepala.. and selepas aku rasa sungguh2 putus asa.. Akhirnya... my budget proposal is signed... my proposal was accepted... and selepas aku betul2 rasa macam nak baling ngan kasut je muka boss aku.. he then finally said.."Ok, go ahead with your plan.."

And sambung Sha**i lagi, "Geram I kak.. ada ke makcik2 kat atas tu kata bukan akak yang buat.. mesti suruh consultant yang buat.. you tau apa I cakap kat dia orang??" dengan bulat mata dia bertanya aku.. dan aku?? hanya geleng kepala... "Haaaa.. saya kata.. apa pulak?? you ingat kak isma tu bodoh ke? Dah bertahun2 dia jadi secretary.. kalau setakat presentation macam tu.. kacang je pada dia.." sambil mata dia masih lagi bulat.. "diam semua orang kakkk.."

Kata aku.. "Ala.. presentation bodoh2 je.. nak cepat.. buat semalam petang.. biarlah.. malas nak layan.." "Eh.. akak.. cantikkkk.. saya pun tak reti macam mana nak buat.. tapi.. tak pe.. apa2 pun memang cantik.." Kata2 Sha**i buat aku tergelak.. "malas layan kau lah.." and dia hanya ketawa..

And today.. after the invitation went out.. aku terima banyak pujian.. "Presentation cantik.. very good.." was what being said to me..

My feeling now? a bit numb.. too many things to do.. too little time to do it..

Khamis, 3 September 2009

Lawak Antarabangsa: 18sx.. Renung2kan Lah..


Just when I was so depressed over lots and lots and lots of things and my surroundings.. I received this email today.. from a fren.. RENUNG2KAN LAH...

Al-kisahnya...

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya malam itu....

Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu cium pipi saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri yang terperanjant bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab, "NAK GI MANA????... NAK GI AMEK GIGI LA NIE.. APA LAGI?.."


p/s - The saying goes to say.. Growing old is manadatory.. Growing up.. its OPTIONAL.. haha..



Rabu, 2 September 2009

Kenapa banyak balik!!!


Aku yang dah penat..
Aku dah tak larat..
Aku betul2 letih..
Nak rehat pulak..

Aku banyak kerja..
Aku tak tau nak mula mana satu..
Aku jadi bengong..
Nak baling semua sekali..

Aku duduk diam2..
Aku tenung dalam2..
Aku susun satu2..
Aku buat perlahan2..

Aku tarik nafas lega..
Yang tinggi dah mula susut..
Yang banyak dah tinggal sikit..
Yang besar dah jadi kecik..

Tapi..
Bila aku pejam sikit..
Bila aku buka mata semula..
KENAPA banyak balik!!!

p/s - entry orang banyak kerja.. Dah tak cukup kaki tangan nak buat.. huhu..


Jumaat, 28 Ogos 2009

Misi Sayur Keladi...

Gambar hiasan aka... gambar orang lain... bukan gambar sebenar.. atau.. bukan gambar keladi masak asam yang makcik bazar ramadhan jual semalam..


Aku tersangat teringin makan sayur batang keladi masak asam.. Kalau di Alor Setar dulu.. Tiap2 hari tak jemu aku beli.. buat berbuka puasa.. hmmmmm... bestnye... terasa2 kat tekak.. sedapnyeeeee...

Kat Melaka nie.. dah masuk 3 tahun... tak pernah lagi aku jumpa sayur batang keladi masak asam.. HAK MACAM DI ALOQ STAQ... Sayur keladi kat Aloq Staq ada rasa asam.. ada isi ikan.. ada lada hitam.. ada bunga kantan.. ada daun kesom.. ada... ada.. ada.. ada.. macam2 ada lah! But then again.. of course lah.. nama pun sayur keladi Melaka.. mestilah masak cara orang Melaka.. huhu...

Seingat aku.. dari kecik.. sampai la anak dah 3 nie.. mak aku tak pernah masak sayur keladi.. alasan yang biasa aku dengar.. "ishhh... tak berani la nak masak!! Sayur tu.. kalau tak pandai masak.. nanti gatal.." and itulah kisahnya sayur keladi kat dalam rumah aku...

Untuk semua kat luar sana tu... aku tau (** well.. in principle..**) macam mana nak masak sayur keladi nie.. just that.. kata2 mak aku "Sayur tu.. kalau tak pandai masak.. nanti gatal.." selalu buat aku batalkan niat..

Semalam.. hati aku tersangat la gumbiranya.. bila terpandang sayur keladi kat satu gerai di bazar ramadhan.. dan.. dengan hati yang pernuh bunga.. aku pun "kak.. bagi RM2.." and kakak tu dengan penuh hati2 mengira batang keladi sambil memasukkan dalam plastic.. huhu..

Untuk perhatian teman2.. hari ini adalah hari pertama ever aku menjejakkan kaki ke bazar ramadhan.. kerana kebiasaannya aku akan masak dirumah... (**ya.. diulangi.. aku masak..**) walau cuma lauk campak2.. sebab.. aku kira.. itu adalah lebih selamat.. baik dari segi kebersihan.. dan juga.. ehem.. aiman makan banyak.. kalau beli.. tak cukup..

Berbalik kepada kisah sayur keladi.. dengan penuh rasa tidak sabar aku menunggu waktu berbuka.. and penantian akhirnya.. berakhir..

Dengan penuh semangat.. aku pun menyuap nasi bersama sayur keladi.. (** hehe.. terasa macam "ikan kaloi" pulak time tu.. makan nasi bersama sayur keladi**).. tapi sedihnya bila harapan yang setinggi gunung.. tak sampai.. kuah rasa macam air masak je.. asam pun tak rasa langsung.. **sedih.. sedih..**

So.. moral of the story.. kena masak sendiri jugak.. Waaaaaaaaa!!!!!!


Selasa, 25 Ogos 2009

Cuma.. Hati aku jadi sakit bila...


Maafkan aku.. Aku puasa..

Aku faham.. environment tempat kerja aku yang mengelilingi aku adalah hampir kesemuanya bukan muslim.. bukan Malaysian.. aku peduli apa kalau korang semua nak makan depan aku.. minum depan aku.. atau apa2 je lah!!! Sebab korang memang tak puasa..

Tapi.. setakat ni.. ALHAMDULILLAH.. belum ada lagi rakan sekerja yang bukan muslim.. yang bukan rakyat Malaysia.. yang kurang tau akan adat org kita.. atau.. yang sengaja makan.. minum.. atau.. atau.. apa2 je lah.. kat depan aku.. (walau tak semua..) kerana mereka tau.. Aku puasa..

Cuma.. hati aku jadi sakit bila.. kau.. seorang Melayu.. beragama Islam.. dengan tanpa segan silu.. makan bersama2 dengan org bukan Islam.. di tempat awam..

Cuma.. hati aku jadi sakit bila.. kau.. seorang Melayu.. beragama Islam.. dengan rasa bangga.. mempelawa aku utk makan bersama.. sedangkan kau tau.. bulan ini.. bulan puasa.. dan aku puasa..

Cuma.. hati aku jadi sakit bila.. kau.. orang Melayu.. beragama Islam.. tidak langsung ada rasa hormat pada bulan yang mulia ini..

Apakah kerana sering dikelilingi oleh mat salleh2... Apakah kerana kau rasa diri kau dah terlalu moden.. Apakah kerana kau rasa.. kau tak perlu rasa takut untuk makan dikhalayak ramai di bulan puasa kerana tiada penguatkuasa disini???

Bangsa asing.. Bukan Islam.. begitu berhati2 bila makan.. cuba sedaya upaya untuk tidak meng"offend" aku atau teman2 muslim yang lain... TAPI KAU???

Sekalipun aku faham.. kau tak boleh berpuasa.. aku harap kau juga faham.. MENGHORMATI BULAN PUASA.. JUGA MEREKA2 YANG BERPUASA ADALAH DITUNTUT..

"Puasa yang sempurna... Membentuk peribadi mulia..."

Oh.. sorry aku terlupa... kau tak puasa.. masakan ada peribadi.. apatah lagi yang mulia..

**grrrrrrrr**




Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadhan...


Ramadhan Al-Mubarak buat semua... Semoga kita
dikuatkan hati.. diteguhkan iman.. diberi kekuatan..
Insya Allah...

Selamat menempuh 30 hari yang penuh dugaan..

Isnin, 10 Ogos 2009

08082009 ~ My Wedding Day...


Lama betul aku sibuk... sibuk dengan kerja.. sibuk dengan kesihatan yang tak mengizinkan.. sibuk dengan anak yang di home quarantine.. Adoiiii laaaaa... dugaan sungguh.

Ramai yang tau... Ramai juga yang tak tau... 08082009 MakCik naik pelamin.. huhu.. Majlis kecil2 saja.. kenduri pun jauh kat dalam hutan.. (rumah kampung..) Bukan tak nak menjemput.. segan kalau orang tak sudi datang..

Apa2 pun.. kita layan gambar nie dulu..


Percayalah cakap MakCik.. Tersentap MakCik bila tetiba kompang kat belakang berbunyi... And one of my fren's comment.. "Akak.. nengok muka pun tau.. nak senyum.. tak senyum.. takut.. hahahaha!!!"

Kengkawan office dan juga En Boss yang sudi datang.. Terharu jugak hati MakCik.. Thanks guys :-)

Ini.. gambar MakCik dengan Miss Adik Ipar.. huhu... Tak tau macam mana nak cakap terima kasih pada Miss Adik Ipar... Bertungukus lumus betul.. Makaseh Wie.. :-)

Semoga kami semua bahagia.. Insya Allah..

Miss Adik Ipar and Dik Yang... Dua2 anak bongsu..

MakCik and Linda... Sama tak muka kami??

Adik Bongsu lelaki dan adik bongsu perempuan... Terima kasih sebab banyak berhabis tenaga..

In the end.. En Amat.. menunjukkan belang bersama2 band boys.. Apa2 pun... lagu tak best.. sebabnya.. Heavy metal... Bingit.. huhu..

MakCik dan En Amat... Doakan kebahagiaan kami...

p/s - Buat Salwa.. kalau membaca.. just want to tell you.. Maaf banyak2 sbb tak sempat cakap bye and say thank you... Makaseh banyak2.. Akak demam... Ingat nak call but.. phone line kena bar la pulak!!! Dalam sibuk2.. sampai terlupa nak bayar bill telephone.. Masuk ari nie.. dah 2 hari tak de line.. huhu..


Ahad, 2 Ogos 2009

SDASA Port Dickson... Dalam Kenangan... :-)



Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SDASA Port Dickson... 1 August 2009.. Dalam Kenangan... :-)



Cikgu Rosiah (sorry klu silap..) tak pernah mengajar kelas kami... but... selalu menyinggah utk marah2.. Kami BISINGGGGGGG!!!!


My buddies during school days... Kak Kathy.. Shikin.. Amy.. Kujie.. MakCik.. Ina.. Din.. Jas.. Among all... Kak Kathy, Ina, Kujie, Din and Jas... Dah 20 tahun lebih tak jumpa... and.. You guys did not change... :-)

The left overs... mengambil kesempatan mengabadikan kenangan bersama cikgu best ever... Cikgu Malek... Sedih hati melihat cikgu yang jelas semangkin berusia...


Tindakan luar kawal bila kami menjerit sekuat hati sebaik saja terpandang KAK SAM... tukang masak favourite asrama... :-)

Cikgu Malek... Sayang cikgu...


Ketua Tingkatan... Jasmi - terima kasih kerana bersusah payah menjejak kami... dan menalipon setiap satu.. walau tak semua yang memberi jawapan positif..


Makcik bergambar kenangan bersama2 Azmy... Medan... Ina...


Makcik with Meor, Medan & Ina

Lagi2 Makcik and Make-up makcik yang semakin cair... bergambar kenangan bersama2 Ina..
Buat cikgu Rohana... our BM teacher then... NOW... Pengetua Sekolah SDASA... sekalung tahniah dan penghargaan yang tak terhingga...









Jumaat, 31 Julai 2009

**Catatan Seorang Aku**

Aku tejumpa entry ini semasa blog hopping hari ini..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..

  • supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
  • supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
  • supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
  • supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
  • supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya. .
  • supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
  • supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
  • supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…

PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January - diambil dari http://rubbertapperz.blogspot.com/ ~ terima kasih...


** Catatan Seorang Aku **

MEMANG ALLAH SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH.. . buat aku menghela nafas panjang.. buat hati aku jadi tenang.. buat minda aku jadi kosong.. buat aku tiba2 menitiskan airmata.. tanpa aku sendiri tau mengapa..

Buat seseorang yang aku benar2 peduli..

  • Maafkan aku jika AKU adalah INSAN YANG SALAH YANG DIPERTEMUKAN ALLAH DENGAN KAMU..
  • Maafkan aku jika AKU adalah INSAN YANG SALAH DAN BUKANLAH PILIHAN YANG TERBAIK KAMU..
  • Maafkan aku jika AKU adalah INSAN YANG SALAH DAN MENJADIKAN AKU INSAN YANG TIDAK BAIK SELEPAS DI NILAI KAMU..

Sesungguhnya.. hati aku.. jiwa aku.. perasaan aku.. rasa aku.. cuma aku saja yang tau..

Semoga kau sentiasa berada di bawah lindungan Nya.. mendapat keberkatan Nya..

Untuk kamu.. aku sentiasa berdoa semoga kau diberi ketabahan, kekuatan dan kebahagiaan yang berganda dari hati kecil aku..

Dan untuk kita.. semoga Allah permudahkan segalanya... AMIN....


Ahad, 26 Julai 2009

Minah Litar... The Heat Is On... :-O


Maafkan lah aku wahai teman2 sekalian..

Panggilan tugas telah membuat aku betul2 sibuk... tanpa batasan.. Akibat dari kesibukkan tu jugalah aku sampai pitam... di tempat kerja... (ehem.. bunyi macam la teruk.. tapi.. percayalah tak la seteruk mana pun... )

Blood pressure aku yang sememangnya always on the lower side... telah mencecah serendah100/60... dan kepala banyak pining... banyak pusing... tiba2 keadaan sekeliling menjadi kelam.. kelam.. dan terus gelap... mujur aku sempat berpaut pada dinding cubicle dan terus terduduk...

Dan akibat dari itu.. semua orang bangun dan tengok aku... kecoh2.. nak tolong amek kerusi.. nak itu.. nak ini... dan aku?????? AKU MALUUUUUUUU.... sebab semua tengok aku... dan sehingga ke saat ini.. aku masih maluuuuu.. huhu..

Ok.. kenapa aku sibuk?? Boss meeting.. aku sibuk.. Boss tak meeting.. aku sibuk.. Boss cuti.. aku sibuk.. Anak boss nak datang Malaysia.. aku sibuk.. Boss2 nak datang Malaysia.. aku sibuk.. Bini boss nak datang Malaysia.. aku sibuk.. and on top of kesibukkan aku yang tanpa batasan tu.. aku telah diberi tugas utk meng-organise Team Building utk mereka2 yang berada di department Construction.. ...

And apa aku buat??? hmmmm... layan la gambar2 nie dulu eh... nanti bila ada masa yang mengizinkan.. akan disertakan dengan cerita..


MakCik Litar... di akhir acara.. masih mampu menyengih... walau seharian kepenatan


MakCik Litar dan... Gadis2 litar.. . Muahahahahaha.... ;-p


Merenung masa depan... apakah nanti akan tamat endurance race ini?...


Amoi yg kecil.. tapi berjiwa besar...


Group name: TheVeterans....

Inilah litar yang kami panaskan hujung minggu lalu... 1.6km... the biggest in Asia..

Teman2... nanti kita sambung lagi... Insya Allah...


Ahad, 5 Julai 2009

Apakah????!!!! :-O

Aku tau aku kata aku tengah bercuti.. but... this really can't wait...!!!
Perhaps some of you dah tau pun..

Earlier this morning... buat aku, sarah, aiman dan yang lain lain lagi ketawa... dengar lah lagu nie...

Memang tengah hit...

And what buat kami betul2 keatwa is... bila lihat perkataan "Subaidah".. hohoho.. korang pernah pergi?

Tahniah!!!! tak taulah apa motif si penyanyi mengalih bahasa but memang menghiburkan..

and especially...

EHEM... untuk Hady... ada lagu WAHAI DALILAH... hehehe...



Sabtu, 27 Jun 2009

PENGUMUMAN...


Setahun yang lalu... aku rasa betul2 tertekan.. dengan segala macam kerenah kehidupan.. tak ada sesiapa nak bercerita.. tak ada tempat nak mengadu.. tak ada tempat nak menangis.. aku jadi betul2 buntu..

Terasa hidup tak berlaku adil pada aku..

Entah dari mana datangnya semangat.. aku yang memangnya suka menulis.. mula berjinak2 dengan dunia blog.. tujuan asalnya.. hanya untuk melepaskan segala buku dalam hati..

Dari Firnasya.. aku kenal Mother of Two.. kemudian Ummibatrisya.. and.. Kak Ummi.. Aza.. Hady.. Wati.. Cik Saya dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi...

Walaupun tak pernah bersua muka.. kalian sangat2 baik dan mengambil berat.. TERIMA KASIH.. Dari hanya medium untuk menghilangkan tekanan.. blog ni bertukar menjadi tempat bertukar2 cerita dan khabar berita.. And tak sangka.. rupa2nya medium yang ku sangka tak akan ada sesiapa yang kenal aku.. dan juga cerita2 aku.. ada juga yang kenal.. hahaha.. (sapa lagi kalau bukan.. Cik Dudu kita..)

Buat teman2 yang diluar sana.. maafkan aku andaikata kebelakangan ini aku benar2 sibuk.. dan hampir tiada masa untuk menyinggah.. atau bertanya khabar berita.. juga bertukar2 cerita.. sesungguhnya diam aku bukanlah kerana lupa.. tetapi sedang menghadapi kehidupan yang aku sendiri tak pasti...

Aku terpaksa mengundurkan diri buat seketika sehingga...

Mudah2an tak lama.. Kita jumpa lagi nanti..


p/s - Ana.. jadi ke datang melaka??? jangan lupa calling2 yea.. akak tunggu.. :)



Ahad, 21 Jun 2009

KISAH BENAR... Berhati2 dengan Chocolate :-o


Received this email few days ago from a friend. Thought of sharing this Important Medical Findings with all of you...

Hmmmm... kepada penggemar chocolate... Berhati2 yea... Sangat kritikal nih...!!!!!



Kami sejak kecil terbiasa dalam mengkonsumsi cokelat.. bahkan hingga masa remaja pun kami masih mengkonsumsinya, namun setelah bertahun tahun kami mengkonsumsi barulah kami sadari... Bahkan Dinas Kesehatan pun mengeluarkan peringatan untuk hal ini... bahwa mengkonsumsi cokelat ternyata tidak dianjurkan... bahkan penyakit yang ditimbulkan pun susah untuk di obati.

Bahwa COKELAT dapat membuat KAKI MENGECIL!!! INI ADALAH PERINGATAN MEDIS

Infokan ini kepada teman, saudara, keluarga atau kerabat dekat anda SEGERA! Biarlah kami yang menjadi korban penyakit ini semoga tidak ada lagi korban selanjutnya...



scroll down...



scroll down...



scroll down...



scroll down...










Lihatlah kaki kami yang semakin mengecil...


Ngheeeeee.... :-)

Isnin, 8 Jun 2009

Final Episode - Kisah Aku Dan Dia: Minggu yang bErSeRabUt...

Gambar hiasan - MakCik Jual Nasi Lemak.. huhuhu...

Sehingga ke saat ini.. tiap kali teringatkan luahan hati K.. pasti terbayang merah matanya.. berkaca dengan linangan airmata.. tanpa aku sedar.. aku jadi beremosi.. terasa pilu dalam hati.. sebak dalam dada.. tak dapat aku bayangkan dengan kata2..

"Dalam hidup aku Is.. cuma dua kali saja aku menangis.." kata K perlahan.. "Pertama kali.. bila nenek aku meninggal dunia.." kata K lagi sambil menarik nafas panjang.. "Dan kali ke dua.. bilamana kau tinggalkan aku.." dan kali ini.. kata2 yang dilontarkan sambil merenung tepat ke mata aku.. buat aku terdiam membatu... tak sedar bila airmata aku mengalir deras.. terasa berdosa sangat dalam hati bila mengetahui akan hakikat.. bahawa aku telah melukakan hati seseorang.. yang aku tau sangat2.. akan buat apa saja untuk aku.. asal aku gembira..

"Aku simpan perasaan ni Is.. bertahun aku simpan.. aku harap sangat satu hari nanti dapat aku jumpa kau.. tak putus aku berdoa Is.. nak sangat aku ceritakan pada kau.. betapa aku betul2 menderita.. nak sangat aku ceritakan pada kau.. betapa aku betul2 rindu.. nak sangat aku ceritakan pada kau.. supaya kau tau.. dan hari ni.. tuhan perkenankan doa aku.."

"Tak apalah.." kata K pada aku.. "aku mintak.. janganlah kau jemu dengar Is.. bertahun aku simpan dalam lubuk hati aku.. tak sapa yang tau.. dan hari ini.. aku pulangkan balik rasa ni pada kau.. supaya kau tau.. aku nak kau tau.. aku tak pernah dapat lupakan kau Is..."

Buat teman2 yang diluar sana... hari ini adalah hari terakhir K disini..

"Flight aku 09hb nie.." kata K pada aku.. dan K akan pergi jauh.. jauh dari aku...

Buat K..

Aku sayang sangat2 pada kau.. sebab kau kawan baik aku... Malangnya... perasaan sayang tu.. tak pernah lebih dari itu.. Maafkan aku .. Tak pernah aku rasa kau bodoh sebab Mencintai aku.. Seperti yang aku kata.. perasaan tu anugerah dari tuhan yang sangat tak ternilai.. hanya insan istimewa yang terpilih saja yang dapat merasa.. Mungkin, aku yang bodoh sebab tak dapat nak membalas perasaan cinta kau.. Mungkin juga.. aku bukanlah insan yang dipilih Allah untuk merasa perasaan sayang itu..

Semoga kau mendapat kebahagiaan yang kau cari dan yang kau inginkan selama ini.. Insya Allah..


Dan untuk ke-sekian kalinya...

MAAFKANLAH AKU...


Walaupun jauh dalam sudut hati aku.. aku tau.. bejuta maaf yang aku minta.. tak dapat mengubat hati kau yang luka..

:'(

Sabtu, 30 Mei 2009

Part 2 - Kisah Aku Dan Dia...Maafkan Aku...

Beberapa hari yang lalu aku terima ini dari K....

asalam.
aku rasa teruk minggu ni..dan utk kali terakhir aku luahkan..ya...aku tak nak pikir..utk apa..tapi ia datang sendiri..aku tak salahkan kau.. tak pernah pun..ya dgn kau ..terasa segala2nya..marah,suka.teruja,rindu.sedih..kau bleh buat aku apa saja..at last aku juga yg menangung tapi maseh tak dapat benci kau..
tapi aku tak pernah minta lebih pada tuu..apa yg aku nak..nak bersama dgn orang yg aku suka..ya aku tahu kau ..serba salah..tapi nak wat camna.. hati aku tak pernah terbuka kat org lain..ini masalah aku..bodohnya aku ..

kau tau ismah..
kamal..anak ke 2 dlm keluarga.. sifat kita sama.. separuh dunia aku pergi ..memang aku ada semangat juang.. aku bleh dapat apa yg aku nak.. cuma ini takdir aku... aku kalah kat kau..itu sebab kau tak di takdirkan utk aku .

aku nak minta 2 perkara je.. aku nak tahu bodoh kah aku mencintai kau.. aku nak tahu.. sebelum aku simpan jauh dlm lubuk hati..

last kita jumpa kat kl .. itulah saat yg meyedihkan aku.. ya.. dia meninggalkan kesan... bila aku kenang benda ini .. seksa hidup aku... kena buang keja.. merapu.. mencari bayang tak pasti.. tapi semangat aku kuat.. aku lupakan perasaan ni... tapi bila aku jumpa kau.. perasaan aku bergelora.. aku kalah...


Dan tanpa aku sedar.. aku dah pun menangis teresak2..

Ceritanya... 18 tahun dulu.. kali terakhir aku jumpa K.. aku katakan pada dia.. "janganlah kau cari aku lagi.. janganlah kau datang jumpa aku.. sekiranya kau tak dapat tengok aku.. sebagaimana kau tengok seorang kawan.. Maafkan aku.. aku tak mampu nak terima kau lebih dari itu.. Kau kawan baik aku.. dan aku tak mampu nak tipu engkau.. mahupun diri aku sendiri.." Dan kami pun berpisah sehinggalah pada minggu lepas..

Terkejut aku bila melihat senarai nama yang baru aku terima.. tak sedar bila mana tangan aku mengangkat telephone dan mendail HSE.. "Jey.. take this name.. he is from X company.. get his mobile no for me"... and Jey's responses was.."Why la kak?".. and aku cuma kata.."Nothing.. just get his mobile no for me" and within 5 minutes.. phone no dah pun berada dalam tangan aku..

Kesukaan hati aku melihat seorang teman sekolah.. seorang senior.. seorang kawan baik.. yang dah lebih 18 tahun aku tak jumpa.. and seperti kata K first time melihat aku selepas 18 tahun lebih.. "Kau tak berubah" buat aku tergelak besar..

"hahahah.. tak berubah???.. bukan dah macam MakCik jual Nasi Lemak???".. Ehem.. Buat makcik2 yang jual nasik lemak kat luar sana tu.. maaf la banyak2 yea.. aku bukan menghina.. satu penghargaan jika disamakan dengan aku.. huhuhu.. (ayat perasan.. hahaha)

Hati aku jadi kacau dengan kata2 K.. tak pernah aku duga.. aku telah berlaku kejam pada perasaan seorang kawan..

MAAFKAN AKU.. SESUNGGUHNYA ITU... BUKAN NIAT DALAM HATI KECIL INI..

Aku tak mampu terima lebih dari apa yang aku rasa.. dan aku juga tak mampu menipu hati seorang teman yang begitu baik terhadap aku..

Buat teman2 diluar sana.. sesungguhnya aku memang tak tau.. bilamana kata2 yang aku keluarkan lebih 18 tahun dulu.. telah mencalar dan meninggalkan parut di dalam hati.. sehingga ke hari ini.. Perkara terakhir yang akan aku lakukan.. adalah melukakan hati seorang teman.. tapi.. apakan daya aku.. aku akan lebih melukakan hatinya jika aku berpura2...

Hmmmm... belum abis lagi tau.. nanti kita sambung lagi grand finale nya pulak eh.. Tunggggguuuuuuuu.....








Ahad, 24 Mei 2009

Kisah aku dan dia.. Apakan dayaku.. dia SENIOR : Part 1

"Hah!!! apa tercegat kat situ lagi??? menyanyilah.. saya nak makan ni!!! selagi saya tak habis makan.. jangan berhenti tau!!!????"
sergah K pada aku yang ketika tu terkebil2 bila disuruh menyanyi ditengah2 lautan orang ramai di dewan makan... Maka menyanyi lah aku.. dengan suara yang tah.. aku sendiri tak tau rupanya.. Dan.. bermula hari itu.. maka.. akupun menjadi resident artist untuk K.. sepanjang2 minggu orientasi...

Pada masa lain pulak.. "Nah!! amek cawan nie.. Awak nampak tong air kat depan tu??", dan aku mengangguk sambil melihat bekas air stainless steel yang besar di depan dewan makan.. "Haaa.. bagus.." katanya sambil senyum..

"Awak amek cawan nie.. pegi kat tong air tu.. ketuk tong tu kuat2 dengan sudu nie.. bila semua orang pandang kamu... jerit kuat2 biar semua orang dengar.. OIIII... AKU HAUS.. and minum air tu.. Hah!! pergi sekarang!!!"
dan dengan berat hati.. diturutkan jugak apa kehendak K..

Sesungguhnya tak sabar nak aku habiskan 2 minggu - minggu orientasi zaman sekolah dulu.. Bencinya aku pada K.. tak sudah2.. aku jugak yang dibulinya.. dimalukan dikhalayak ramai.. mujur minggu orientasi.. minggu yang penuh dengan kesakitan bagi kami semua pelajar baru.. cuma 2 minggu.. Dan aku kira azab aku dimalukan didepan khalayak ramai berakhir pada hari terakhir minggu orientasi.. sayangnya... jangkaan aku meleset sama sekali..

Setiap pagi.. without fail.. bila aku buka pintu untuk keluar dari dormitory.. dari Dewan Makan.. K akan menjerit menyanyi lagu NoorKumalasari, sekuat2 hati.. "Selamat Pagi Sayang"... Hahahah... pernah dengar lagu tu??? Aaarrgghhhhh!!!! tertekan sungguh aku rasa.. tapi.. apakan daya.. dia Senior...

Sapa pernah melalui saat2 nie??? mesti faham perasaan aku...

Eh.. kenapa pulak tetiba cerita pasal zaman sekolah.. minggu orientasi nie..??? Hmmm.. kita sambung part 2 pulak nanti eh...

Jangan serik...

Sabtu, 23 Mei 2009

Aku dah letih....

Menjerit sekuat hati... tapi.. kenapa masih lagi tak didengari??????
Haihhhh....

:-(

p/s - entry utk diri sendiri..

Ahad, 17 Mei 2009

Koko Krunch Challenge - May 16,2009


video



This was what I was so busy of lately... Menghantar Danial ke kelas Tea Kwan Do every night due to the Koko Krunch Challenge di Muar yang dah pun berlangsung pada Sabtu, 16-05-09 semalam..



Tahun sebelum.. Danial dapat pingat gangsa.. however this time around, Danial managed to get to game 2/5.. walaupun kalah this time.. Danial (vest warna merah) has had good fights.. haha.. kelebihan lawan Danial - tinggi which memudahkan dia untuk score point and easy to reach Danial walau pada jarak yang jauh.. and 2 minutes kat dalam ring.. walau pada kita yang menonton rasa macam kejap.. but the tenaga yang digunakan.. boleh pancit weiiii...




video



Apa2 pun.. we had good times.. Looks like Danial tak dapat la Adidas Adiluxe - kasut yang ibu janji nak beli... hehehe..

Idaman Kalbu - Adidas Adiluxe

Better luck next time dear.. :)



jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter

    Blog Archive