Khamis, 27 Mei 2010

Part 2 ~ Perintah Mahkamah the Saga


Semalam aku betul2 emo dengan cerita Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. geram, sakit hati, marah, sedih, rasa tak masuk akal.. dan semua2 lah.. bercampur baur.. Menangis aku bukanlah kerana aku ni cengeng **pompuan kannnn.. semua mcm tu aku kira..** tapi kerana at the time of kejadian.. aku rasa tersangatlah helpless.. sangat2 tak berdaya.. regardless apa pun aku buat.. keputusannya dengan begitu kejam tak menyebelahi aku.. kecewa dalam hati sangat tebal.. marah sangat2 tapi tak mampu nak salurkan kemarahan aku.. dan akhirnya.. cuma air mata sajalah yang menghurai segala perasaan dalam jiwa ketika tu..

"hmmmm.. nama penuh apa??" kata guru besar sebaik saja aku duduk.. "saya Nor Ismah cikgu.." jawab aku pendek dengan senyum tawar.. "tinggal kat mana?.." sambungnya lagi sambil mencatat atas kertas nama yang baru aku sebut.. "Permai heights.." kata aku sambil melihat tangannya menulis atas kertas apa yang aku cakap.. "awak nak mintak tukar anak awak sekolah? Kenapa? " tanya guru besar lagi... "Ya cikgu.. saya akan berpindah tempat kerja.. ke Pasir Gudang.. so.. nak pindah sekolah lah.."

"Awak ada perintah mahkamah hak penjagaan? kalau tak ada kami tak boleh benarkan.. saya tak boleh tandatangan.." Kenyataan yang buat aku tarik nafas panjang.. "Cikgu.. saya akan berpindah kerja ke Pasir Gudang hujung minggu ni.. selama ni saya yang jaga budak2 ni.. dan bekas suami saya di luar negara.. tak de kat sini.. semua urusan yang berkaitan anak2 saya termasuk pindah / masuk sekolah saya yang uruskan.. kenapa sekarang nak tukar sekolah tak boleh pulak? Sedangkan time masuk sekolah ni dulu.. tak siapa pun persoalkan perintah mahkamah hak penjagaan.. apa masaalahnya pulak.."

"Bukan apa.. kita tak mau ada issu berbangkit.. kita tak tau, mungkin puan nak bawak lari anak ni.. Tahun berapa anak puan?" sambung guru besar lagi.. kali ni kenyataan yang aku rasa memang tak masuk akal langsung.. aku jeling meja guru besar.. fail anak aku besar depan mata.. masih lagi tak tau anak aku kelas apa.. "Tahun 5 G.. and.. kenapa pulak saya nak bawak lari anak saya.. tak masuk akal betul.." tetiba je keluar dari mulut aku..

"5 G??? pandai murid ni.. Ada tak bekas suami puan atau puan kata nak ambil salah sorang atau pisah2kan anak2 ni?.." Soalan yang buat aku berkerut dahi dan terbeliak bijik mata.. tak faham motif langsung! "Cikgu.. saya dengan bekas suami saya memang tak ada masaalah pasal hak penjagaaan.. pada kami dua2 pun berhak atas anak2 ni.. lagipun ini bukah HAK.. ini tanggungjawab.. bekas suami saya sekarang kat Abu Dhabi.. bukan di Malaysia.. semua urusan anak2 memang tanggungjawab saya.."

"Macam ni lah.." pintas guru besar.. "Puan dapatkan Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. kemudian kita process.. saya tak de masaalah kalau puan ada Perintah Mahkamah Hak Penjagaan tu"... dan balas aku.. "Cikgu, saya nak pindah hujung minggu ni.. saya start kerja 1 June.. kalau cikgu tak nak sign pertukaran sekolah.. cikgu nak jaga anak saya ke bila saya pindah nanti?.. lagipun bukan ke Cikgu boleh guna budi bicara sekolah.. Bekas suami saya tak de kat sini.. kalau dia ada sekali pun saya tak nak tuntut hak penjagaan.. Cikgu tau ke macam mana process mahkamah? Cikgu pernah naik mahkamah? Cikgu tau tak segala2nya memberi tekanan pada setiap yang terlibat.. saya tak mau rosakkan hati anak2 saya.. sedangkan selama hari ni hubungan kami semua baik.. termasuk dengan bekas suami.."

"Puan perlu tau.. bukan kehendak kami.. ini kehendak kementerian.." katanya sambil senyum sinis.. MENYAMPAH BETUL!!!! "Saya tau ini kehendak kementerian.. tapi juga atas budibicara pihak sekolah.." jawab aku perlahan antara dengar dengan tidak.. terasa sangat2 hampa..

Dan entah bila, aku pun tak sedar bila mana tangan aku mengambil mobile phone dan mendail no En.Ayah.. "Salam.." kata aku tiba2 sebak.. menahan perasaan.. "Saya kat sekolah adik ni.. uruskan pindah sekolah.. tapi guru besar tak nak sign surat pelepasan.. katanya sebab saya tak de Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.." dan kali ni.. aku dah tersedu2.. Guru besar pun seakan terkejut.. tak sangka aku akan telephone En.Ayah di Abu Dhabi..

"Laaa.. apasal pulak.. awak tak cakap ke memang awak yang jaga budak2 tu selama hari ni?.." kata En.Ayah pada aku.. "Dah.. tapi dia nak jugak Perintah Mahkamah Hak Penjagaan tu.. Saya tak tau nak buat apa.." balas aku yang masih lagi menangis.. "Awak tak cakap ke saya tak de kat malaysia.. budak2 awak yang jaga??" sambung En.Ayah.. "Semua dah.. tapi dia tak nak sign.."

Dan telephone bertukar tangan.. sesekali Guru besar kelihatan mengangguk2 sambil mendengar EnAyah bercakap..

"Awak draft la surat.. emailkan kat saya.. nanti saya sign and faxkan ke sekolah.. harap tak de masaalah lagi.." kata EnAyah... dan selepas 1 jam.. seperti yang En.Ayah janjikan.. No Objection Letter dari EnAyah difaxkan ke sekolah Danial.. dan membolehkan aku dapat surat pertukaran sekolah Danial.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah.. terima kasih juga pada EnAyah..

Nanti kita sambung part 3 pulak.. apa jadi kat sekolah menengah???

Rabu, 26 Mei 2010

Part 1 ~ Perintah mahkamah dulu ok..??!!


"Kamu tau tak proses ke mahkamah? Kamu pernah naik mahkamah ke?? sangat2 stress tau.. dan.. kalau Guru Besar tak nak sign borang nih.. anak saya macam mana? saya akan mula kerja minggu depan.. Guru Besar nak jaga ke anak saya kalau saya pindah nanti?" kata aku pada kerani sekolah tu.... rasa kecewa sangat2.. dan tak sedar bila mana air mata aku mengalir.. haihhhh.. emo la pulak..

Dua tiga hari ni.. kelam kabut aku menguruskan hal pindah randah nih... banyak betul nak buat.. rasa tekanan sangat2.. macam nak muntah pun ada dengan segala2 yang nak dibuat.. sampai tak tau.. yang mana satu nih yang nak didulukan.. huhu..

Bukan sekali anak2 aku berpindah randah.. dah terlalu banyak kali.. and.. aku pun bukan lah tak pernah pindah sekolah.. dari kecik sampai besar.. proses tu dah macam lali dah kat aku.. pada aku terlalu mudah sangat2.. dah boleh hafal lah dalam kepala nih kata orang tu.. but.. tu lah.. perhaps this time.. segala2 ilmu yang didada.. langsung tak boleh diguna.. sebabnya situasi dah berlainan..

Kisahnya.. dua hari lepas pi sekolah.. urusan pindah sekolah anak2.. selesai isi borang, katanya Guru Besar ada meeting apa tah.. so nak mudahkan kerja, aku pun kata la.. "Esok lah saya datang ambil.. nak ke Alor Gajah pulak sekolah menengah.."

Semalam aku datang nak amek document yang dah siap.. tetiba, "Puan, Guru Besar tak nak sign. Puan ada masaalah kes cerai kan.. kami nak Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. kalau tak tak boleh tukar sekolah.." dan aku.. "Hahhh??!!" dalam hati.. apa kes pulak nih..

Kata aku, "tak nak sign? but saya nak pindah.. saya tak de Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. saya tak pernah pun tuntut hak penjagaan.. atau apa2 je lah.. and saya dan bekas suami saya tak ada masaalah langsung tentang hak penjagaan.." yang kemudiannya dijawab, "Kalau macam tu, puan pergi ke mahkamah, dapatkan perintah mahkamah hak penjagaan.. baru datang balik.. baru Guru Besar akan sign.." buat aku terbeliak bijik mata.. "Saya nak pindah hujung minggu ni.. bekas suami saya ada di Abu Dhabi.. selama hari ni pun.. anak2 saya memang tinggal dengan saya.. segala urusan pun, tak kira apa.. saya yang buat.. apa masaalahnya ni??.." dan angin tak puas hati aku mula memberontak... "Puan dapatkan dulu perintah mahkamah.. kemudian datang balik.. sebab, guru besar tak nak sign kalau tak de Perintah Mahkamah.."

Dan selepas puas "bertekak", aku dibawa berjumpa dengan HEM.., "kami memang tak boleh sign borang tu kalau tak de perintah mahkamah hak penjagaan.. ini requirement dari kementerian bukan dari sekolah.. kami tak mau nanti ada cerita berbangkit.. isteri larikan anak.. pihak sekolah disaman.. bla.. bla.. bla.."

"Puan.." kata aku.. "puan pernah pergi mahkamah.. puan tau ke proses mahkamah tu macam mana? hanya Allah saja yang tau.. saya cukup2 stress dengan penceraian saya.. tekanan yang saya hadapi.. itu tak masuk perasaan anak2 saya lagi.. saya tak pernah fikir pun nak berebut anak2 dengan bekas suami saya.. sebab tu pun anak2 dia jugak.. kalau saya sayang mereka.. bekas suami saya sayang mereka jugak..." dan kata2 aku mati di situ.. yang ada cuma air mata aku, bukan dibuat2.. "Saya tak pernah terfikir pun tuntut apa2.. hatta harta sepencarian sekalipun.. saya tau ini kehendak kementerian.. tapi.. juga atas budi bicara pihak sekolah dan guru besar kan.. kenapa nak merumitkan keadaan?? Saya tak faham.. sebelum ni, masa anak saya masuk sekolah dulu pun..tak ada pun orang kata apa2 atau mintak itu ini.. tandatangan surat kebenaran atau apa saja yang berkaitan hal sekolah.. even puan pun tau.. memang saya yang uruskan.. kenapa selepas 3 tahun.. baru sekarang nak mintak??.."

"Kami tak boleh buat apa2.. ini kehendak kementerian.. nasihat saya.. puan dapatkan Perintah Mahkamah Hak Penjagaan dulu.. baru kami akan proses.." kenyataan yang buat hati aku jadi pedih.. dan jawab aku, "Puan.. bukan setakat puan, semua guru2 yang mengajar anak2 saya pun tau bekas suami saya tak de di Malaysia.. dan anak2 saya semua dibawah jagaan saya.. berapa lama saya nak tunggu Perintah Mahkamah Hak Penjagaan baru boleh dapat surat tukar sekolah? Saya akan mula kerja dan berpindah minggu depan.. kalau pihak sekolah tak nak lepaskan.. Puan nak ke jaga anak saya sampai saya dapat Perintah Mahkamah tu nanti? saya akan mula kerja di P.Gudang minggu depan.."

Dan aku bertekak pulak dengan HEM.. yang hasilnya aku dibawa berjumpa dengan Guru Besar..


Nanti kita sambung part 2 pulak eh.. Jangan serik...
:))

Sabtu, 22 Mei 2010

Happy Birthday Sayang..

Dear Aiman...

Its Aiman's 14th Birthday tomorrow... Happy Birthday dear.. Ibu loves you.. Semoga Aiman menjadi anak yang taat pada perintah agama, hormat pada orang tua.. semoga perjalanan hidup anak ibu akan sentiasa dipermudahkan Allah dan mendapat keberkatanNya.. InsyaAllah.. Semoga dimurahkan rezeki dalam baraqah.. dijauhkan dari segala kesesatan siang.. juga kejahatan malam.. Aminnn..

p/s - Jangan cepat putus asa.. Jangan nakal.. and yang penting.. Jangan asik dengan PS2 je.. ;-p

Khamis, 20 Mei 2010

Come what may...

Salam Semuaaaa....


Memula sekali.. nak cakap terima kasih pada semua kengkawan yang mendoakan aku selama hari nih.. Alhamdulillahhh.. berkat doa anda2 semua, InsyaAllah.. aku akan memulakan tugas baru di selatan tanah air.. bermula June 2010.. hadiah harijadi aku nih.. **hehe.. nak bagitau.. birthday dah dekat..**

Happy? entah.. kepala tengah berserabut memikir sara yang akan amek PMR tahun nih.. and a bit skeptikal tentang sekolah2 kat sana.. Aku suka Melaka.. aku suka sekolah2 kat Melaka.. aku suka guru2 yang penuh dedikasi dan tanggungjawab yang mengajar anak2 aku di Melaka nih.. dan sangat2 bingung memikirkan.. apakah guidelines yang aku ada untuk aku guna bila memilih sekolah di sana nanti.. walaupun aku tau.. belajar kat mana pun sama.. pokok pangkalnya diri sendiri tuan punya badan.. tapi.. aku juga tak dapat menolak the outside force that are more stronger yang bakal jadi pengaruh yang mempengaruhi diri anak2 kelak..

All the while, bila orang tanya aku, aku sure kata aku orang Johor.. lahir kat Johor.. kampung Johor.. mak abah kat Johor.. but.. aku tak suka dok di Johor.. especially bila aku rasa Johor tu macam tak sesuai je untuk aku.. **pada mereka2 yang berada di Johor.. maafkan lah aku..** kehidupan kat Johor tu pada aku.. terlalu pantas.. hectic.. and.. entah.. segala2nya macam "mechanical" je.. tak de "jiwa" hidup kat sana.. **pada aku lah.. but aku tau.. orang Johor tentu2 suka dok Johor ekkk..**

Banyak benda yang buat aku berfikir.. bukan kata anak2 aku.. aku sendiri pun rasa macam tak bersedia nak hidup kat Johor tu..

En.Amat kata.. "kalau awak tak suka pi sana.. buat apa nak pegi.. tak payahlah.. daripada pegi and awak sendiri yang tension nanti.." bila aku suarakan rasa hati aku.. Kengkawan yang tau aku akan ke sana.. kepalang suka.. sibuk tolong cari rumah bagai walau aku tak mintak tolong.. **thanks dear Anne & Aju..**

Even mak dengan abah pun sampai saat ni.. masih lagi tak tau aku akan ke sana.. haihhhh.. problem lagi.. haha.. tak habis2 dengan problem aku nih.. apa daaa..

And semalam.. selepas meeting dengan Hanipah & Khalid.. aku dapat semangat baru.. and on the way driving back to Melaka last night.. aku terfikir..

things happen for reason.. ada sebabnya tuhan campak aku ke Melaka.. ada sebabnya jugak tuhan suruh aku ke Johor.. kalau tuhan dah kata rezeki aku kat Johor.. maka aku akan terima seadanya.. selebihnya hanya Allah saja yang maha mengetahui.. semoga Allah permudahkan bagi aku juga keluarga aku segala pintu kesulitan dalam berkat.. InsyaAllah.. Amin.


p/s ~ buat semua warga Sek. Keb. Paya Rumput & Sek Men Dato Dol Said.. terima kasih yang tak terhingga dari hati kami semua kerana mendidik anak2 kami dengan penuh rasa tanggungjawab.. Sesungguhnya hanya Allah saja yang dapat membalas budi dan jasa kalian..

Isnin, 10 Mei 2010

Jom Pi Hotel..



Hahaha... entry hari ni.. entry membebel.. Ok.. ceritanya.. kita semua **yang berusia tahap2 dewa seperti aku nih..** pernah satu masa dulu muda kannnn... and sekarang ni pun tak de la tua mana.. cuma usia tu.. dah kira matang la.. hua3x..

So.. sebagai seorang yang matang.. **heheh.. jangan muntah ye....** Well.. tajuk bebelan aku untuk hari ini ialah.. LIRIK LAGU YANG SANGAT2 MERUNSINGKAN.. korang pernah dengar lagu2 yang korang tak suka?? atau yang korang bila dengar rasa.. WAAAAA.. best la music dia.. or at least.. gendang2 steering kereta bila sambil dirve tu... atau.. aikkkk macam nih pun boleh jadi lagu???!!! or paling2 pun.. sing-along session.. hmmmm... mesti banyak kannnnn.. :))

Agak2 la.. bila dengar radio kat dalam kereta tu **ehem.. aku cuma dengar radio bila dalam kereta je ** stesen radio mana la yang korang dengar eh.. kalau aku biasanya Mix.fm.. or bila pagi, time antar budak2 pi sekolah semua suruh bukak era..

Cerita yang nak disampaikan ialah.. pernah dengar lagu ni tak??? aku cukup bengang bila dengar lagu ni.. macam manalah lembaga penapisan tak banned saja lagu nih.. lagu yang aku rasa sungguh2 sakit hati.. geram.. benci yang teramat sangat.. sebab menggalakkan pergaulan bebas.. seks luar nikah.. menggalakkan maksiat.. yang macam2 yang pada aku memang tak sepatutnya jadi lagu ikutan lah.. apatah lagi bagi anak2 muda.. ~ PITBULL : HOTEL ROOM SERVICE ~ sakitnye hati aku tiap kali lagu ni berkumandang dalam radio..

Tak cukup2 membaca berita kat paper.. dengar kat radio.. tengok kat TV.. buang anak dan macam2 lagi lah.. MANA PERGINYA SEMUA ORANG YANG ADA AKAL, YANG DIBERI AMANAH, YANG SEPATUTNYA MEMANTAU TAPI TAK BUAT NIHHHHH??? KORANG TIDO KE?? **sorry lah kawan2.. aku memang sangat2 BENCI dan rasa sangat2 tak puas hati bila dengar lagu ni..**

Untuk sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni.. korang boleh search kat "u-tiub".. dan nilailah sendiri..


p/s - ARRGGGGHHHHHHH......... SESUNGGUHNYA AKU SANGAT2 BENCI!!!!!!!


Khamis, 6 Mei 2010

You'll always be remembered.. RIP


"I'll be off to do some errands.. I'll be in slightly after 1pm.. anything call my mobile.. see you after lunch." dan aku pun cuma angguk.. hari ni last day kann.. so tentu2 nya sibuk banyak yang nak buat..

He came back to the office with lots of things on his hand.. rushing terus masuk office.. aku cuma pandang dengan ekor mata je.. maleh nak kacau.. and tengah aku sibuk siapkan handover report.. tetiba Dave datang dan duduk atas meja aku.. aku stop buat kerja and pusing tengok dia.. and.. there it is.. he put satu pasu beserta pokok orkid dengan bunga sekali atas meja.. buat aku berkata dalam hati.. "pokok betul ke plastik nih??"


the orchid.. after 1 month.. cantik kan??

"I really don't know what to give you as a thank you gift.. I hope you like orchids.. I'm not sure how it is in Malaysia but.. in the UK.. it is very hard to grow this plant.."

" ehemmm.. pokok betul ke???" Kata aku dalam hati lagi.. "tak pernah umur hidup aku bela pokok.. orkid lak tu.. nampak gaya.. tinggal pasu je la ni nanti.. " aku tengok muka Dave.. and yang keluar dari mulut aku.. "you shouldn't have.. thanks, its lovely.. thank you.." almost speechless..
**Ya lah.. sapa nak sangka bila dia pergi.. kena jaga pokok orkid la pulak kannnn.. kat rumah tu.. mana ada pokok bunga.. yang banyak tanam pun.. cuma lalang je..***


Dave...


But.. 2 weeks after he left Malaysia.. I've received a text saying "... Dave Stubbs has passed away on Sunday, 4th.... I am so sorry.. "

Segala2nya melintas kat depan mata aku.. he was a kind man.. a very good boss.. and a good friend.. teringat all the conversation we had the day before he left.. lama dia bersembang dengan aku..
"I'll be very2 busy later today.... I might not have the chance to say this later.. thank you for all you help.. bla.. bla.. bla.. who knows.. we'll be working together again in the next project.. "

Dah sebulan segala2nya berlalu.. dan baru hari ni aku ada keberanian dalam hati untuk bercerita tentangnya.. And sehingga hari ini.. each time looking at the orchid.. terasa sedih dalam hati.. teringat his wife, Katy..

David L Stubbs.. you'll always be remembered.. RIP.


Isnin, 3 Mei 2010

Animal Planet.. :-)

Sepanjang2 mula shutdown last year.. sampailah hari ni.. En.Amat... teramatlah sibuknye.. Shutdown dah abis.. startup dah start.. pun still sibuk gak.. nak siapkan paperwork yang tak sudah2.. tak kira hari.. weekdays tentu2 la kerja.. weekend pun gitu jugak.. sampaikan rasa.. haihhhhh.. tak de life langsung! **makcik la.. En.Amat ok je..**

Apa2 pun.. saturday kan hari pekerja.. **Ya.. selamat hari pekerja pada yang bekerja!!.. Makcik tahun ni tak boleh sambut.. sebab tak kerja.. huhu..**

Tetiba En.Amat kata.. "kita malas la nak kerja, kita nak duduk umah dgn isteri kita hujung minggu ni" and makcik macam eh.. percaya tak percaya je.. "Sunday?.." tanya makcik pulak.. "Sunday pun.. kita tak kerja.." Yayyyyy... :)) makcik kepalang suka..

Dan dalam pada bersembang dgn En.Amat.. terceritalah pasal gajah.. **tetiba pulak topik kannn.. hahaha**

"Hahhhh!!!! maknanye.. dari awak kecik.. sampai awak besar sekarang nih.. awak tak pernah pi Zoo??? time sekolah pun?? cikgu2 buat rombongan pegi Zoo awak tak pernah pegi??"
kata aku dengan tersangatlah terperanjatnya bila En.Amat kata tak pernah umur hidup dia pi Zoo..

And sunday tu..


Excited nak nengok gajah... Wakakakaka...


semangat.. hari pecah lemak.. berpoluh2...


asik gambar org lain je.. makcik pun nak posing.. :))


hari yang panas..


Sun Bear / Beruang Matahari yang comel.. pantang orang aim camera.. posing jeee..


Hahaha.. Tapir yang malas nak layan kami.. Tido lagi best.. So, nengok belakang je la..


Skodeng apa tah.. :D


Adehhhh... Sunday pun kena keje..


Aiman yang kepenatan berjalan.. basah baju dengan peluh..


Last sekali... En.Amat yang keseronokkan dapat pegi Zoo... haha..



p/s - hari yang sungguh meletihkan berjalan walaupun ada train kat zoo tu.. so.. pada sapa2 yang tak pernah umur hidup pi zoo.. and teringin nak pi zoo.. makcik anytime boleh bawak.. LOL..





jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter