Part 1 ~ Perintah mahkamah dulu ok..??!!


"Kamu tau tak proses ke mahkamah? Kamu pernah naik mahkamah ke?? sangat2 stress tau.. dan.. kalau Guru Besar tak nak sign borang nih.. anak saya macam mana? saya akan mula kerja minggu depan.. Guru Besar nak jaga ke anak saya kalau saya pindah nanti?" kata aku pada kerani sekolah tu.... rasa kecewa sangat2.. dan tak sedar bila mana air mata aku mengalir.. haihhhh.. emo la pulak..

Dua tiga hari ni.. kelam kabut aku menguruskan hal pindah randah nih... banyak betul nak buat.. rasa tekanan sangat2.. macam nak muntah pun ada dengan segala2 yang nak dibuat.. sampai tak tau.. yang mana satu nih yang nak didulukan.. huhu..

Bukan sekali anak2 aku berpindah randah.. dah terlalu banyak kali.. and.. aku pun bukan lah tak pernah pindah sekolah.. dari kecik sampai besar.. proses tu dah macam lali dah kat aku.. pada aku terlalu mudah sangat2.. dah boleh hafal lah dalam kepala nih kata orang tu.. but.. tu lah.. perhaps this time.. segala2 ilmu yang didada.. langsung tak boleh diguna.. sebabnya situasi dah berlainan..

Kisahnya.. dua hari lepas pi sekolah.. urusan pindah sekolah anak2.. selesai isi borang, katanya Guru Besar ada meeting apa tah.. so nak mudahkan kerja, aku pun kata la.. "Esok lah saya datang ambil.. nak ke Alor Gajah pulak sekolah menengah.."

Semalam aku datang nak amek document yang dah siap.. tetiba, "Puan, Guru Besar tak nak sign. Puan ada masaalah kes cerai kan.. kami nak Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. kalau tak tak boleh tukar sekolah.." dan aku.. "Hahhh??!!" dalam hati.. apa kes pulak nih..

Kata aku, "tak nak sign? but saya nak pindah.. saya tak de Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. saya tak pernah pun tuntut hak penjagaan.. atau apa2 je lah.. and saya dan bekas suami saya tak ada masaalah langsung tentang hak penjagaan.." yang kemudiannya dijawab, "Kalau macam tu, puan pergi ke mahkamah, dapatkan perintah mahkamah hak penjagaan.. baru datang balik.. baru Guru Besar akan sign.." buat aku terbeliak bijik mata.. "Saya nak pindah hujung minggu ni.. bekas suami saya ada di Abu Dhabi.. selama hari ni pun.. anak2 saya memang tinggal dengan saya.. segala urusan pun, tak kira apa.. saya yang buat.. apa masaalahnya ni??.." dan angin tak puas hati aku mula memberontak... "Puan dapatkan dulu perintah mahkamah.. kemudian datang balik.. sebab, guru besar tak nak sign kalau tak de Perintah Mahkamah.."

Dan selepas puas "bertekak", aku dibawa berjumpa dengan HEM.., "kami memang tak boleh sign borang tu kalau tak de perintah mahkamah hak penjagaan.. ini requirement dari kementerian bukan dari sekolah.. kami tak mau nanti ada cerita berbangkit.. isteri larikan anak.. pihak sekolah disaman.. bla.. bla.. bla.."

"Puan.." kata aku.. "puan pernah pergi mahkamah.. puan tau ke proses mahkamah tu macam mana? hanya Allah saja yang tau.. saya cukup2 stress dengan penceraian saya.. tekanan yang saya hadapi.. itu tak masuk perasaan anak2 saya lagi.. saya tak pernah fikir pun nak berebut anak2 dengan bekas suami saya.. sebab tu pun anak2 dia jugak.. kalau saya sayang mereka.. bekas suami saya sayang mereka jugak..." dan kata2 aku mati di situ.. yang ada cuma air mata aku, bukan dibuat2.. "Saya tak pernah terfikir pun tuntut apa2.. hatta harta sepencarian sekalipun.. saya tau ini kehendak kementerian.. tapi.. juga atas budi bicara pihak sekolah dan guru besar kan.. kenapa nak merumitkan keadaan?? Saya tak faham.. sebelum ni, masa anak saya masuk sekolah dulu pun..tak ada pun orang kata apa2 atau mintak itu ini.. tandatangan surat kebenaran atau apa saja yang berkaitan hal sekolah.. even puan pun tau.. memang saya yang uruskan.. kenapa selepas 3 tahun.. baru sekarang nak mintak??.."

"Kami tak boleh buat apa2.. ini kehendak kementerian.. nasihat saya.. puan dapatkan Perintah Mahkamah Hak Penjagaan dulu.. baru kami akan proses.." kenyataan yang buat hati aku jadi pedih.. dan jawab aku, "Puan.. bukan setakat puan, semua guru2 yang mengajar anak2 saya pun tau bekas suami saya tak de di Malaysia.. dan anak2 saya semua dibawah jagaan saya.. berapa lama saya nak tunggu Perintah Mahkamah Hak Penjagaan baru boleh dapat surat tukar sekolah? Saya akan mula kerja dan berpindah minggu depan.. kalau pihak sekolah tak nak lepaskan.. Puan nak ke jaga anak saya sampai saya dapat Perintah Mahkamah tu nanti? saya akan mula kerja di P.Gudang minggu depan.."

Dan aku bertekak pulak dengan HEM.. yang hasilnya aku dibawa berjumpa dengan Guru Besar..


Nanti kita sambung part 2 pulak eh.. Jangan serik...
:))

Ulasan