Sabtu, 25 Jun 2011

Happy Birthday Nor Ismah Abdullah,,

SMS Aku: Cik lin.. Cik lin.. ibu stress nih.. ibu lupa bawak BM Pump ibu ke office.. stress betul la… L

SMS Kau: Haihhhh.. asik2 lupa je.. minggu lepas pun lupa.. arini pun lupa.. tebuk lubang je lah pump tu buat rantai.. gantung kat leher.. senang.. tak lupa.. hahaha..

SMS Aku: Da pack da pagi tadi.. pas tu gatal tangan unpack.. nak rearranging la konon.. pas tu langsung lupa 1 important part of the gadget.. Geram betul la.. now tak boleh nak pump susu.. cedeyyy…

SMS Kau: Nasib baik tut.. tut.. tut. *sensor sbb mencarut.. hahaha..* lekat kat badan.. kalau tak.. dgn tut.. tut.. tut.. tu *lagi sekali sensor sbb mencarut.. ** sekali lupa.. haishhhh…

SMS Aku: Apa la cik lin nih.. org stress.. dia tak simpati langsung.. kita heran tau.. mcm mana la ramai sangat yg jadikan cik lin nih source of references.. ;p *tekan unlike button lah mcm nih..*

SMS Kau: Ok lah.. cik lin bagi nasihat arini **ehem Motto JAIJ..** KEPADA ALLAH BERSERAH.. Oh by the way.. sempena arijadi ibu yg ke.. ehem..”25 tahun”.. hari ahad ni.. ibu nak adiah apa ek?

SMS Aku: Eh.. apa yerrr… Ibu nak kesihatan yang baik.. Ibu nak susu ibu sentiasa ada & cukup untuk baby ibu.. Ibu nak semua orang yang ibu sayang sentiasa dilindungi Allah.. Dijauhkan dari syaitan yg direjam.. Dipermudahkan segala pintu kesulitan dlm baraqah dunia akhirat.. Aminn..

And.. Kalau Allah nak ambil nyawa ibu.. biarlah ibu mati sebagai hambaNya yg redha dan beriman.. Aminn..

SMS Kau: Amin.. **bestnye.. budget tak de ni..hehehe..**

SMS Aku: Tak pe.. “Amin” tu pun sangat2 berharga..

SMS Kau: Amin.. Amin.. Aminnn.. Ya rabbal Alaminnnnn..

And that was the conversation **ehem.. sms..**I had with my sister this morning… Sunday ni.. InsyaAllah.. I’ll be 41.. teringat time aku kecik2 dulu.. **lamaaaa dulu yeee…** Kalau tak silap aku time tu aku 7 – 8 tahun or may be older kot.. Bila sebut arijadi je.. rasa macam.. jauh sangat2 nak sampai angka 30.. masa tu terfikir.. tuanya kalau umur aku 30.. time tu tahun 2000.. masa tu dah ada space ship.. haahaha.. orang da tak naik kereta lagi.. semua naik spaceship.. mcm yang kat dalam cerita the Jetson.. **sapa pernah tengok katun tu?.. mesti tau kannn..** and.. and.. mesti time tu tak de orang jalan kaki lagi kalau nak pegi mana2.. bas2 ke.. teksi2 ni.. tak main la.. semua guna teleport.. beam je.. dah sampai.. macam dalam cerita Space 1999.. *haaa.. lagi satu cerita.. sapa yg pernah tengok ni.. mesti tau kannn…..** ataupun.. ataupun.. yang macam cerita yg ada Mr. Spock tu.. hahahaha.. and baju pulak.. semua yg tight fitting lycra type.. kaler semua ala2 chrome.. aluminium gitu.. melekat kat badan.. hik3x..

Hakikatnya.. tahun 2000.. New Millenium.. aku sambut kat KLCC tengok bunga api dengan anak2 and En. Ayah.. jalan jam ya amat.. macam menyesal pun ada jugak.. nape la bodoh sangat sampai ke KLCC time tu.. mengharung orang ramai yg pun sama2 bodoh mcm kami ni jugak.. semata2 nak tengok bunga api.. hahahaha.. mana ada spaceship.. mana ada org pakai baju kaler chrome.. tight fitting tu mmg banyak la.. tak de maknanya cerita the jetson.. atau space 1999… yg membina imiginasi aku zaman kanak2 dulu.. Chehhh!!!

And a while ago my boss was asking me.. “eh, I saw your leave application in the system.. kenapa amek cuti Monday?..” and my answer was.. “My Birthday En. Y.. on Sunday.. so Sunday kan rest day.. carry forward pi Monday la..” keh3x..

Apa2 pun.. Happy 41th Birthday Nor Ismah Abdullah.. *mokcik la tu ye..* Semoga hidup Nor Ismah Abdullah.. hidup anak2 Nor Ismah Abdullah.. hidup keluarga Nor Ismah Abdullah.. hidup semua mereka2 yang Nor Ismah Abdullah sayang.. hatta yang tak berapa nak sayang jugak.. *eh.. ada ke yg tak berapa nak sayang dalam list ni?..* akan sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t..
Semoga kita semua Dimurahkan rezeki.. Dipermudahkan segala urusan.. Semoga hidup kita semua dijauhkan dari Syaitan yang direjam.. Semoga kita semua Di kuatkan hati dan semangat serta iman ketika menghadapi segala ujian.. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat dari Allah s.w.t dalam baraqah adanya… Aminnn..

Dan andai kata Allah nak mengambil nyawa Nor Ismah Abdullah.. biarlah Nor Ismah Abdullah mati dalam keadaan yg diredhai Nya dan dalam iman.. InsyaAllah.. Aminn..

Dan janganlah kami semua berada di kalangan mereka2 yang tidak bersyukur dan berterima kasih atas setiap limpah kurnaan dari Mu Ya Allah.. Dan janganlah kami semua berada dikalangan mereka yang berputus asa dengan ujian Mu ya Allah.. Dan janganlah kami semua berada di kalangan mereka yang sombong, bongkak serta takbur dengan nikmat yang Kau beri percuma.. ya Allah.. semoga kami semua akan sentiasa menjadi insan yang sentiasa merendah diri dgn mensyukuri kelebihan dan menginsafi kekurangan.. Sesungguhnya yang baik itu dari Mu ya Allah.. Aminn.. Aminnn.. Ya Rabbal Alaminnnn…

Perkenankan lah doa kami ya Allah..

Sabtu, 4 Jun 2011

Ingat.. Jihad to Isma...

9hb June ni.. Imann genap 4 bulan.. Mcm cepat je masa tu kan.. So meaning dah 2 bulan mokcik bekerja semula..

Mesti korang semua kata.. haishhhh… tak abes2 cerita pasal baby Imann.. mcm la dia sorang je ada baby.. org lain pun ada baby jugak.. tak de la heboh mcm mokcik kannn.. hahaha.. tapi kan.. tapi kan.. ni kan mokcik punya blog.. so.. tak peduli la apa semua orang nak kata.. mokcik tulis jugakkk.. harap tak de la yg muntah hijau bila baca ye.. ;p

Hari ni mokcik nak bebel pasal orang yg tak peka.. yg tak sensitive.. yg entah tak tau la apa ada dalam kepala dia.. atau memang tak tau langsung akan isu2 penting sebegini.. **hahahaha… penting mokcik dgn penting anda2 semua mungkin berbeza.. tapi.. pada mokcik lah.. memang penting isu nih..** Mokcik nak bercerita pasal susu baby.. Mokcik nak cerita pasal breastfeeding..

Macam lain je bunyi cerita mokcik ari ni kannnn… sebenarnya tak puas ati pun ye jugak.. Sapa yg kata mokcik kurus????? Cepat angkat tangan tinggi2… **hik hik hik.. perasan kejap..** Kalau nak cerita pasal kurus.. semua memang nak mengaku kurus kann.. mokcik pun suka.. kalau orang kata mokcik kurus.. setelah beberapa lama bulat.. ** effect psikologi nih....**

Okeh.. iklan dah abesss.. Cerita sebenarnya.. dua tiga minggu lepas.. seorang teman telah selamat melahirkan.. disebabkan kami ni memang kenalan yang agak rapat la jugak.. si suami teman mokcik ni pun bercerita la pasal susu dan menyusukan nih.. and.. sebabkan mokcik nih.. memang anak dari nombor yang mula2 sampailah yang terkini.. mokcik masih lagi berusaha gigih memberi susu badan mokcik sendiri.. si suami teman ni seakan pelik la pulak dengan mokcik.. katanya.. “habis tu kalau kau kerja macam mana?”.. mokcik pun explain la.. yg biasanya mokcik pump susu.. and baby bila siang minum susu yg mokcik pump tu.. Cuma time tengahari time lunch mokcik pegi rumah babysitter and susukan baby.. malam macam biasa baby susu terus dari mokcik.. macam tu la routine mokcik sejak ada baby nih..

Kesimpulannya.. siang hari.. baby minum EBM (expressed breast milk).. malam menyusu badan macam biasa.. and setakat ni.. Alhamdulillah.. rezeki Imann murah.. susu badan mokcik sentiasa ada..

Then.. tetiba pulak si suami teman mokcik ni kata.. “engkau dah tua pun masih ada susu lagi..” sambil ketawa kuat tanpa memikirkan perasaan seorang wanita mokcik.. perasaan seorang ibu mokcik.. dan ketawa si suami teman mokcik ni.. smakin menjadi2.. ditambah pulak dengan kata2 yang seakan perbuatan menyusukan anak dengan susu kita (susu badan) sesuatu yang kuno.. sesuatu yang kolot.. sesuatu yang cuma mak2 kita je yang buat.. orang zaman sekarang ni dah tak buat mcm tu lagi.. ketawa yang langsung tak fikir.. masa dia kecik dia dulu.. susu ibu dialah yang dia harap2 sangat bila dia tengah lapar.. susu ibu dialah jugak yang buat dia kenyang.. susu ibu dia jugaklah yang buat dia sihat membesar.. sekarang ni.. bila dah boleh minum air oren.. air kopi.. air teh.. air milo.. dia seakan menidakkan keperluan susu ibu tu pada seorang bayi.. “Aku tak boleh nak bayangkan kau susukan budak.. dah tua2 nih.. kan senang je kalau bagi susu botol..”

Buat aku rasa macam nak baling je muka dia dengan pinggan.. hahaha.. mokcik angin la jugak time tu.. tapi.. rumah orang kannn.. takkan nak buat scene pulak.. lagipun.. lantaklah kau nak fikir apa pun.. mokcik malas nak layan.. sat nanti.. bini dia ok lepas bersalin.. mokcik pulak yang meroyan..

Apa yang mokcik nak tekankan kat sini ialah.. kenapalah ada manusia dengkel mcm ni kat dunia ni.. Mokcik tak pernah sekali pun kata orang yang susukan anak2 mereka dengan susu formula tu tak baik.. pada mokcik.. itu hak dan pilihan masing2.. lagipun mokcik yakin mereka ada alasan yang konkrit kenapa mereka memilih untuk menyusukan anak dengan susu formula instead of susu badan.. tapi.. janganlah pulak kata macam tu kat mokcik.. **hahaha.. mokcik tengah emo nih..**

Secara jujurnya Mokcik rasa.. adalah satu kezaliman yang teramat sangat bila Allah beri mokcik kelebihan dengan air susu.. rezeki untuk anak mokcik tu.. tetiba mokcik tak bagi kat dia.. bukan ke tu menzalimi namanya.. and pada mokcik.. susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.. harap tak ada salah faham… nabi junjungan kita Muhamad s.a.w pun minum susu kambing masa kecik kan.. jadi sapalah mokcik nak kata susu formula tu tak baik..lagilah sekarang ni.. mcm2 ada kat susu tu.. DHA, BHA, BFA, Biofida dan tah macam2 lagi lah yg memang dirumus khas untuk tumbesaran bayi..

Apa pun hanya mereka yang menyusukan saja tau cabarannya.. bukan senang menyusukan bayi ni.. apatah lagi kalau menyusu secara esklusif.. sebab tu ramai ibu2 yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu formula.. Dan cabaran tu menjadi dua kali ganda lebih besar bagi mokcik yang bekerja nih..nampak saja pada zahirnya cuma duduk, tak buat apa.. tapi rasanya ramai yang terlupa.. sesungguhnay menyusukan bayi memerlukan seorang ibu yang kuat mentalnya.. cekal hatinya.. sabar yang tinggi.. tak mudah patah semangat.. dan azam yang sangat jitu.. dan yang paling2 penting sokongan orang sekeliling.. terutamanya dari kaum bapa.. dan si suami teman aku tadi.. bukanlah satu contoh yang baik untuk di ikut.. tambah pulak kalau si ibu bekerja macam aku nih.. mau terjelir lidah aku sbb stress dgn perangai dia.. **hahaha.. sorry fren.. I kinda not liking your husband’s shallow mind…”

Apa2 pun.. Aku tak peduli apa orang kata.. aku cukup rasa bangga dan bersyukur kerana dapat memanjangkan rezeki yang Allah bagi buat anak kecil aku walaupun aku bekerja.. mudah2an akan sentiasa ada rezeki anak aku untuk aku panjangkan pada dia.. buat teman2 yang menyokong aku.. terima kasih aku ucapkan.. sesungguhnya kamu semua adalah teman terbaik aku.. buat mereka yang tidak memahami.. dan tak sayang mulut… aku cuma nak bagitau.. “suka ati aku la.. bukan korang yang bagi aku makan pun..”

p/s – buat teman yang bernama Jia.. walau tak membaca.. terima kasih atas kata2 azimat.. “ingat.. Jihad tu isma.. fi sabi lillah..” Insya Allah.. Semoga Allah permudahkan segala pintu kesulitan bagi kami berdua.. Semoga usaha aku dan juga ibu2 yang lain mendapat keberkatan dari Allah hendaknya.. aminn.. J

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter