Sabtu, 4 Jun 2011

Ingat.. Jihad to Isma...

9hb June ni.. Imann genap 4 bulan.. Mcm cepat je masa tu kan.. So meaning dah 2 bulan mokcik bekerja semula..

Mesti korang semua kata.. haishhhh… tak abes2 cerita pasal baby Imann.. mcm la dia sorang je ada baby.. org lain pun ada baby jugak.. tak de la heboh mcm mokcik kannn.. hahaha.. tapi kan.. tapi kan.. ni kan mokcik punya blog.. so.. tak peduli la apa semua orang nak kata.. mokcik tulis jugakkk.. harap tak de la yg muntah hijau bila baca ye.. ;p

Hari ni mokcik nak bebel pasal orang yg tak peka.. yg tak sensitive.. yg entah tak tau la apa ada dalam kepala dia.. atau memang tak tau langsung akan isu2 penting sebegini.. **hahahaha… penting mokcik dgn penting anda2 semua mungkin berbeza.. tapi.. pada mokcik lah.. memang penting isu nih..** Mokcik nak bercerita pasal susu baby.. Mokcik nak cerita pasal breastfeeding..

Macam lain je bunyi cerita mokcik ari ni kannnn… sebenarnya tak puas ati pun ye jugak.. Sapa yg kata mokcik kurus????? Cepat angkat tangan tinggi2… **hik hik hik.. perasan kejap..** Kalau nak cerita pasal kurus.. semua memang nak mengaku kurus kann.. mokcik pun suka.. kalau orang kata mokcik kurus.. setelah beberapa lama bulat.. ** effect psikologi nih....**

Okeh.. iklan dah abesss.. Cerita sebenarnya.. dua tiga minggu lepas.. seorang teman telah selamat melahirkan.. disebabkan kami ni memang kenalan yang agak rapat la jugak.. si suami teman mokcik ni pun bercerita la pasal susu dan menyusukan nih.. and.. sebabkan mokcik nih.. memang anak dari nombor yang mula2 sampailah yang terkini.. mokcik masih lagi berusaha gigih memberi susu badan mokcik sendiri.. si suami teman ni seakan pelik la pulak dengan mokcik.. katanya.. “habis tu kalau kau kerja macam mana?”.. mokcik pun explain la.. yg biasanya mokcik pump susu.. and baby bila siang minum susu yg mokcik pump tu.. Cuma time tengahari time lunch mokcik pegi rumah babysitter and susukan baby.. malam macam biasa baby susu terus dari mokcik.. macam tu la routine mokcik sejak ada baby nih..

Kesimpulannya.. siang hari.. baby minum EBM (expressed breast milk).. malam menyusu badan macam biasa.. and setakat ni.. Alhamdulillah.. rezeki Imann murah.. susu badan mokcik sentiasa ada..

Then.. tetiba pulak si suami teman mokcik ni kata.. “engkau dah tua pun masih ada susu lagi..” sambil ketawa kuat tanpa memikirkan perasaan seorang wanita mokcik.. perasaan seorang ibu mokcik.. dan ketawa si suami teman mokcik ni.. smakin menjadi2.. ditambah pulak dengan kata2 yang seakan perbuatan menyusukan anak dengan susu kita (susu badan) sesuatu yang kuno.. sesuatu yang kolot.. sesuatu yang cuma mak2 kita je yang buat.. orang zaman sekarang ni dah tak buat mcm tu lagi.. ketawa yang langsung tak fikir.. masa dia kecik dia dulu.. susu ibu dialah yang dia harap2 sangat bila dia tengah lapar.. susu ibu dialah jugak yang buat dia kenyang.. susu ibu dia jugaklah yang buat dia sihat membesar.. sekarang ni.. bila dah boleh minum air oren.. air kopi.. air teh.. air milo.. dia seakan menidakkan keperluan susu ibu tu pada seorang bayi.. “Aku tak boleh nak bayangkan kau susukan budak.. dah tua2 nih.. kan senang je kalau bagi susu botol..”

Buat aku rasa macam nak baling je muka dia dengan pinggan.. hahaha.. mokcik angin la jugak time tu.. tapi.. rumah orang kannn.. takkan nak buat scene pulak.. lagipun.. lantaklah kau nak fikir apa pun.. mokcik malas nak layan.. sat nanti.. bini dia ok lepas bersalin.. mokcik pulak yang meroyan..

Apa yang mokcik nak tekankan kat sini ialah.. kenapalah ada manusia dengkel mcm ni kat dunia ni.. Mokcik tak pernah sekali pun kata orang yang susukan anak2 mereka dengan susu formula tu tak baik.. pada mokcik.. itu hak dan pilihan masing2.. lagipun mokcik yakin mereka ada alasan yang konkrit kenapa mereka memilih untuk menyusukan anak dengan susu formula instead of susu badan.. tapi.. janganlah pulak kata macam tu kat mokcik.. **hahaha.. mokcik tengah emo nih..**

Secara jujurnya Mokcik rasa.. adalah satu kezaliman yang teramat sangat bila Allah beri mokcik kelebihan dengan air susu.. rezeki untuk anak mokcik tu.. tetiba mokcik tak bagi kat dia.. bukan ke tu menzalimi namanya.. and pada mokcik.. susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.. harap tak ada salah faham… nabi junjungan kita Muhamad s.a.w pun minum susu kambing masa kecik kan.. jadi sapalah mokcik nak kata susu formula tu tak baik..lagilah sekarang ni.. mcm2 ada kat susu tu.. DHA, BHA, BFA, Biofida dan tah macam2 lagi lah yg memang dirumus khas untuk tumbesaran bayi..

Apa pun hanya mereka yang menyusukan saja tau cabarannya.. bukan senang menyusukan bayi ni.. apatah lagi kalau menyusu secara esklusif.. sebab tu ramai ibu2 yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu formula.. Dan cabaran tu menjadi dua kali ganda lebih besar bagi mokcik yang bekerja nih..nampak saja pada zahirnya cuma duduk, tak buat apa.. tapi rasanya ramai yang terlupa.. sesungguhnay menyusukan bayi memerlukan seorang ibu yang kuat mentalnya.. cekal hatinya.. sabar yang tinggi.. tak mudah patah semangat.. dan azam yang sangat jitu.. dan yang paling2 penting sokongan orang sekeliling.. terutamanya dari kaum bapa.. dan si suami teman aku tadi.. bukanlah satu contoh yang baik untuk di ikut.. tambah pulak kalau si ibu bekerja macam aku nih.. mau terjelir lidah aku sbb stress dgn perangai dia.. **hahaha.. sorry fren.. I kinda not liking your husband’s shallow mind…”

Apa2 pun.. Aku tak peduli apa orang kata.. aku cukup rasa bangga dan bersyukur kerana dapat memanjangkan rezeki yang Allah bagi buat anak kecil aku walaupun aku bekerja.. mudah2an akan sentiasa ada rezeki anak aku untuk aku panjangkan pada dia.. buat teman2 yang menyokong aku.. terima kasih aku ucapkan.. sesungguhnya kamu semua adalah teman terbaik aku.. buat mereka yang tidak memahami.. dan tak sayang mulut… aku cuma nak bagitau.. “suka ati aku la.. bukan korang yang bagi aku makan pun..”

p/s – buat teman yang bernama Jia.. walau tak membaca.. terima kasih atas kata2 azimat.. “ingat.. Jihad tu isma.. fi sabi lillah..” Insya Allah.. Semoga Allah permudahkan segala pintu kesulitan bagi kami berdua.. Semoga usaha aku dan juga ibu2 yang lain mendapat keberkatan dari Allah hendaknya.. aminn.. J

2 ulasan:

♥MAMASYAZA♥ berkata...

ni nak hasut ckit, setuju sgt kalo baling pinggan kat muka dia, baru dia ada akaiiii ckittt, kuwangg sopan btoi

payarumput21 berkata...

Sue... he he.. **clik button like**

kann.. mmg rasa mcm nak baling je.. cakap tak guna akai.. suka suki je..

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter