Ahad, 26 Disember 2010

Leter makcik petang nih... :)~

Hmmm... tinggal seminggu lagi budak2 nih kat rumah.. melasak.. minggu lagi satu dah masuk tahun baru.. and semua dah balik semula ke sekolah.. Kakak dah pun naik tingkatan 4 tahun depan.. Aiman pulak tingkatan 3.. nak PMR.. Danial dah masuk darjah 6.. and kena bersedia utk UPSR..

Terasa cepat betul masa tuh.. and.. InsyaAllah.. kalau tak ada apa2.. and seperti yg doktor cakap.. due date will be on 21 February 2010.. apa2 je lah.. cepat ke.. lambat ke.. aku tak kisah.. asal baby selamat.. sempurna.. dan sihat.. aku dah cukup bersyukur utk itu.. cumanya.. ramai pulak yg sibuk2 kata.. "Waaaaa... kalau dapat anak valentine 14 Feb bagus kan kak.." Hahahaha... aku harap TIDAK.. Bukan budaya yang aku raikan... maaf la ye.. aku cuma harap.. kalau nak tercepat dari tarikh jangkaan tu.. biarlah tarikh yang berkat.. mcm 12 rabiulawal / 17 Feb.. kan hari Maulud Nabi tu.. InsyaAllah..

Barang2 sekolah?... aduhhhh... terasa sangat2 mahalnya.. untuk Danial saja.. buku2 dekat RM250 jugak.. itu baru UPSR.. buku.. belum lagi yuran2 yang tah apa2 tak tau kebendenya.. Aiman belum lagi.. Sara pun belum lagi.. tak masuk baju sekolah.. kasut dan sebagainya.. stationaries lagilah.. mujur aku cuma 3orang.. and Alhamdulillah... mujur En.Ayah tak pernah lupa tanggungjawab pada anak2** tak terbayang tanggungan pada mereka2 yang punya anak2 ramai.. mesti pening kepala nak mencukupkan rezeki tu..

Seorang kenalan pejabat haritu merungut kata.. "Anak saya baru nak masuk tadika tahun ni kak.. Wife saya survey tadika.. katanya.. bayaran utk pendaftaran, buku dan sebagainya adalah dalam RM400++ and bulan2 kena bayar RM60.. mahalnya"... hahaha gelak aku dengar.. "Tu dah kira murah la tu.. RM60 sebulan.. jgn tak caya.. ada lagi mahal.. yg mencecah dkt RM1k pun ada.." buat teman tadi terkedu..

Sana sini pun kalau pergi.. sibuk org heret anak2 sebab nak beli barang keperluan sekolah.. and terfikir dalam hati.. mcm ni dulu aku kecik2.. kesian kat mak bapak.. ye lah.. awak orang susah.. mana ada rasa uniform jenama Canggih ke.. atau apa2 je lah.. Yang aku rasa mak aku beli kain.. balik rumah jahit sendiri.. Bag sekolah pun tak de jenama.. bukan macam budak2 sekolah sekarang.. hujung rambut sampai hujung kaki nak pilih sendiri.. Tadi nampak la budak2 muda ni.. berebut2 masuk dalam kedai Converse.. beli kasut.. bag.. adehhhh... kalau tak berada2.. tak mungkin berasak beli kat situ kan..

Anak2 aku.. selagi bag sekolah tu elok.. aku tak kan beli.. lagipun buat apa nak membazir.. berdosa.. and lagipun anak2 aku dah besar.. dah faham **atau dah tak larat dengar** bila aku selalu kata "Nak buat apa membazir.. kalau masih elok.. tak ada cacat cela.. kan lebih baik guna.."

Lagi satu hujung tahun kann.. mesti semua org sibuk nak abeskan cuti tahun.. aku pun kalau boleh nak jugak.. hajat dalam hati tu tinggi menggunung nak bercuti2 Malaysia.. but apakan daya.. cuti dah abesssss... dan tiap2 tahun mcm tu.. cuti aku habess sebab menguruskan anak2... so... hajat tinggal hajat je la.. simpan dalam hati.. mungkin ada rezeki aku lain kali.. kalau cuti tu mengizinkan..

Aku tak pernah umur hidup sampai Langkawi.. Dok di Kedah punyalah lama.. ada tak de pun sampai takat jeti di Kuala Kedah.. ini dalam wish list aku nih.. TOP 3 dalam senarai.. hua3x.. So.. 2011.. Langkawi.. tunggulah akan kedatangan aku ke sana..

Hahah.. dah panjang pulak makcik beleter nih.. sebelum makcik sendiri boring.. baik makcik tutup dulu cerita yang tak de cerita hari ni..

Khamis, 23 Disember 2010

8A ~ Tahniah Sayang...




Wajah2 gembira.. 9 & 8A PMR pagi tadi.. Alhamdulillah.. **Muka Sara (empat dari kanan tudung putih) mcm org terperanjat** Maaf kalau ada yang rasa aku seakan meriak.. tapi.. aku sungguh2 rasa bangga dan teruja.. semoga kejayaan akan sentiasa mengikut setiap langkah juga usaha anak2 aku dalam baraqah.. InsyaAllah...

Alhamdulillah... Sara dapat 8A.. hanya Allah saja yang maha mengetahui..

Tak sempat pun nak amek gambar.. Sebabnya.. badan dah besar.. dah tak larat nak usung En.Nikon.. and.. banyak makan ruang kalau nak berdiri tengah2... so makcik pun cuma dok di tepi je.. ni pun curi dari FB kawan anak2... maaf ye.. makcek amek tanpa kebenaran... Tahniah untuk semua anak2 diatas.. Antarnya ada yang dari aliran agama.. dapat 9A.. Tahniah juga pada guru2 Sek Men Dato Dol Said Alor Gajah yang sangat2 berdedikasi mendidik tanpa jemu.. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua..

P/s - Malam ini... biarlah makcik tido dengan lena tanpa gangguan... sebabnya? Malam tadi tido sampai mimpi2 sara bawak balik result PMR.. Wakakakaka..
Lagipun... esok makcik kerja.. dah penat travel dari PG - MKA - PG... **walau bukan makcik yg drive.. walau En.Amat yg sakit badan pulas steering..**

Ahad, 12 Disember 2010

Redha tu penting sayang..

Entry kali ni is specially dedicated for my son.. Muhammad Nur Aiman.. Why? I just want you to know that in this world.. THERE IS NOTHING MUCH MORE IMPORTANT THAN ANY OTHER THINGS THAN YOU BEING MY SON.. JUGA AMANAH DARI ALLAH YANG IBU HARUS JAGA... HINGGA AKHIR HAYAT IBU.. Ibu sayang sangat anak2 ibu..

Why is it your name as your name now? There are so many reasons why dear.. and one of the most that was and still in the top of the list ~> MUHAMMAD... ibu dan ayah mengaharapkan semoga anak ibu membesar dengan akhlak mulia Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w... NUR.. bermakna cahaya.. and AIMAN... yang bertuah.. sebabnya? even when you are still in my womb.. you have had so much difficulty to reach your full term.. which you didn't.. and we **as myself and your dad..** berharap.. dengan memanggil kamu Aiman.. mengharap kamu juga akan sebertuah maksud panggilan tu.. kerana kata itu doa.. dan setiap panggilan ibu dan ayah pada kamu.. adalah doa kami yang sangat2 ikhlas dari hati kami.. mengharapkan yang terbaik untuk anak kami..

Kenapa dengan Aiman? You were born @ 27 weeks gestation.. dan risiko yang terpaksa ibu telan ialah bila doktor kata.. "berat badan bayi dalam kandungan awak sangat sedikit.. kalau awak melahirkan anak sekarang... bayi awak.. persentage kemungkinan besar tak boleh survive... semua organ dalaman bayi.. paru2 tak matang lagi.. jantung mungkin tak boleh berfungsi.. and paling buruk.. otaknya belum boleh berfungsi sepertimana kanak2 yang normal.. anak awak mungkin cacat sepanjang hayatnya.. ini risiko yang awak terpaksa terima.. awak faham ke?".. a statement that comes from a doctor that has ripped my heart and strength.. which I hardly gathered.. and now shattered by those cruel words.. dan ibu menangis sepanjang malam.. walau ibu tau.. menangis tak akan menolong ibu.. but that was the only thing i can do at that time.. menangis..

"Anak kakak.." said the nurse to me.. sambil menunjuk kepada ibu wajah anak ibu.. buat air mata ibu mengalir.. and buat segala rasa sakit yang baru saja ibu tanggung hilang begitu saja.. "Apa jantinanya?" kata nurse lagi sambil menunjukkan alat jantina anak ibu.. "Lelaki.." kata ibu perlahan.. hanya Allah saja yang tau betapa gembira ibu hari tu.. sebab anak ibu selamat dilahirkan.. dan hingga hari ini pun.. ibu masih rasa perasaan yang sama.. bersyukur dengan kurniaan Allah.. kerana anak ibu.. dilahirkan dengan selamat... dan sempurna..

i had a very hard time while you were in NeoNatal Care Unit.. There are one time.. bila tiba2 seorang ibu meraung dengan pilu sekuat hati.. buat kami terpinga2.. until a nurse was telling.. "her baby just passed away.." buat kami semua terdiam dan menghabiskan petang hari tu dengan perasaan yang tak tau macam mana nak digambarkan.. terbayang wajah anak masing2 dalam incubator.. dan walau tidak melafazkan dengan kata2.. setiap satu kami.. kesemuanya berkira2.. "giliran siapakah pulak selepas ini.. mudah2an anak aku sentiasa sihat.. dan dipanjangkan umur..."

Dan setiap kali ibu berjaya mengumpul semangat untuk berdepan dengan dugaan Allah.. setiap kali tu jugaklah ibu diduga dengan dugaan yang pada ibu.. kadarnya lebih berat dari sebelumnya.. kerana sepanjang berada disana.. ibu melihat kesedihan yang hanya Allah saja yang mengerti.. bila 9 orang bayi yang sama2 dilahirkan tidak cukup bulan.. pergi mengadap Allah.. dan kepiluan yang ditanggung oleh seorang ibu.. yang bersusah payah sakit.. dan bertarung nyawa melahirkan... hanya untuk melihat anaknya dijemput malaikat maut..

Hadiah harijadi paling berharga sepanjang hidup ibu.. bila tanggal 26 June 1996.. bila berat badan Aiman dari 1.45kg... mencecah 1.65kg.. dan dibenarkan keluar dari hospital.. bila doktor sahkan.. paru2 Aiman boleh berfungsi dengan sediri tanpa bantuan.. bila doktor sahkan.. Aiman sihat.. TAK ADA APA YANG LEBIH BERHARGA DARI MENGETAHUI ANAK IBU SIHAT... DAN HADIAH DARI ALLAH YANG MEMANG TAK BOLEH DIBELI DENANG HARTA DUNIA.. KESHIAHTAN ANAK IBU... dan sampai hari ni.. ibu tak pernah berhenti rasa bersyukur dengan kurniaan Allah pada ibu dgn ayah..

Kalaulah Aiman boleh lihat keadaan Aiman semasa dilahirkan... dan membandingkan apa yang telah Allah suratkan buat Aiman.. mungkin Aiman akan faham..

The things I really want to say here is.. Bersyukurlah dengan setiap apa yang kita ada.. dan mengukur setiap kelebihan kita juga kekurangan kita dengan redha.. Aiman dilahirkan sempurna.. fizikal dan mental.. bahkan Aiman diberi Allah kelebihan dengan kecerdasan minda.. yang mana tak semua orang ada.. Gunakanlah sebaiknya.. There are times, in your life.. you'll understand that.. you'll face "dissapointment" in life.. and you'll not be getting everything... what you want.. and as your wanted.."

Amanah yang ibu juga ayah terima.. membesarkan Aiman juga kakak and adik.. sangat2 besar.. and there will be times.. as much as we want to say Yes to your request.. we have to say No and break your heart.. and bear in mind.. and as we break your heart by saying no.. hati kami juga rasa terluka.. but realizing the amanah yang kami sebagai ibu dan ayah.. it is better to break you heart now.. rather than having you broken hearted with the choice you made that we've said yes to.. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui...

Marah kami sebagai ibu dan ayah kerana kami sayang.. Teguran kami sebagai ibu dan ayah.. kerana kami sayang.. Hukuman yang kami beri.. kerana kami sayang.. dan kami buat segala2nya.. kerana Allah.. Kalau Aiman rasa kecewa.. ibu dengan ayah juga rasa kecewa.. Kalau Aiman rasa sedih.. ibu dengan ayah juga.. rasa berganda sedihnya.. dan kalau Aiman rasa marah.. ibu dan ayah harap.. satu hari nanti.. Aiman akan nampak.. WHY THINGS ARE AS IT IS NOW.. Doa ibu dan ayah yang tak pernah putus.. semoga Allah sentiasa bersama Aiman.. Semoga Allah permudahkan hidup Aiman dunia dan akhirat.. dalam baraqah.. InsyaAllah.. Sesungguhnya.. hanya Allah yang lebih mengetahui..

p/s - Buat En.Ayah.. walau tak membaca.. saya harap awak faham.. bukan mudah membesarkan anak remaja yang lebih kepada emosi dan perubahan hormon.. bukan mudah bercakap dengan anak remaja yang keliru.. dan disetiap akhir perbualan.. walau setabah mana pun saya cuba.. saya masih cuma mampu menangis dan berdoa semoga diberi kekuatan hati dan perasaan.. semoga kami semua dijauhkan dari segala kejahatan malam juga kesesatan siang.. dan cuma airmata saya saja yang mampu menghurai perasaan dalam hati.. dengan rasa terluka...

Ahad, 5 Disember 2010

Salam Maal Hijrah.. Selamat Tahun Baru..


Salam Maal Hijrah buat semua teman2 di luar sana..

Memohon ampun dan maaf.. sekiranya ada bicara yang mengguris hati.. yang menyinggung perasaan.. minta dihalalkan makan dan minum.. maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..

Semoga tahun baru akan membawa kerahmatan dari Nya yang melimpah ruah.. Semog amal ibadah kita semua diterima Allah.. Semoga kita sentiasa akan berada dibawah lindungan Nya.. Mendapat keberkatan Nya dan berada dibawah pertunjuk Nya.. Dipermudahkan segala pintu kesulitan dan sentiasa tabah dengan setiap dugaan Nya.. dalam baraqah.. InsyaAllah... Aminn..

Selamat Tahun Baru Semua.. Selamat Menyambut Maal Hijrah..

Jumaat, 3 Disember 2010

Meniti Hari Tua...

Salam semua... hahahaha... tajuk tak boleh belah kat atas tu.. :)

Okeh.. hari ni kita nak cerita pasal bila umur meningkat.. keh3x.. mesti semua terus tuka channel kan.. tak nak baca.. apa2 pun.. tak pelah.. kalau tak nak baca pun.. I tetap teruskan menaip you..

A friend of mine was so secretive of her age.. She is 2 years older than I am... Hmmmm... kalau tahun nih aku patpoloh.. maknanya.. dia patpolohdua la kannnn.. but always.. sangat2 sensitive nak sebut umur dia.. regardless..

Anak2 aku selalu offer nak cabut uban kat kepala nih.. Especially Danial.. katanya "adik tak suka tengok la bu.. nanti ibu nampak tua.." hahahaha... katanya la.. but then again my answer will always be the same, "hmmmm... adik cabut ke.. adik tak cabut ke.. umur ibu tetap mcm tu.. tak kurang.. tak lebih.. tak de bezanya.. biarlah uban tu kat situ.. lagipun bagus ada uban nih.. ingatkan kita hari mati.." **hahahaha.. ayat nak physco diri sendiri nih..**

Betul ke kalau ada uban kita nampak tua? Zaman sekarang nih.. budak sekolah menengah tingkatan 1 pun dah beruban.. tua ke dia? and berbalik pada cerita kawan aku tadi.. tok sah cerita la alat2 kerim muka.. anti kedut.. supplement.. vitamin ke hapa.. sebut je.. semua dia ada.. haihhhh.. sampaikan aku pun naik lemas menengok..

And each time when the subject is up.. katanya "I am not like you okay.. while you can be very happy with your own skin.. and.. you don't mind for people to know your age.. or whatever.. me on the other hand feels it is hard to accept.. I feel like.. myself is pruning.. and it kills me everytime.." And honestly speaking... this friend of mine.. well.. dari kaca mata aku sendiri lah.. orang nya sangat2 cantik.. manis.. apart from being single and she lots and lots of admirer..

Alhamdulillah.. kalau aku risau pun cuma mungkin sebab berat badan aku naik **hahahaha.. tak boleh belah punya ayat lagi..** sebabnya.. sekarang nih tengah pregnant.. mungkin juga aku bernasib baik.. aku tak punya masaalah jerawat.. **jangan la ada.. benci jerawat..** habis cerita.. aku memang setakat ni.. dikurniakan Allah.. dengan tak banyak masaalah dengan diri aku sendiri.. sebab tu jugaklah aku dah rasa berpuashati dengan apa yang aku ada..

Kalau aku beli losyen pun.. sebab.. aku suka warna packaging losyen tu.. atau bau dia.. atau sbb losyen tu mmg betul2 best kalau diguna **kelemahan aku nih..** and most of the time.. sebab aku suka nengok tersusun kat depan cermin aku.. **hahaha.. bengong tak sudah kan??** Sudahnya.. aku ada banyak losyen yg memang utk display je.. keh3x..

Teringat kata Ustazah Siti Zubaidah time sekolah dulu... "Cuma mereka yang tak yakin saja yang rajin mengubah apa yang dah dikurnia Allah.." dan aku suka sangat perwatakkan Ustazah ni.. Tanpa sedikit alat mekap pun kat muka.. masih lagi kelihatan jelita.. and ye kawan2.. dia sangat jelita di mata aku..

Cumanya... nak bagitau lah.. sekalipun aku suka akan penampilan Ustazah Siti Zubaidah.. kerat la kaki atau tangan aku.. aku tak kan keluar rumah tanpa bedak dan lipstick juga minyak wangi.. LOL... **masih lagi kelemahan aku..**

Being 40.. being me.. overall at the moment of speaking.. ** well typing ** aku tak risau bila umur aku meningkat.. aku tak risau bila rambut aku mula memutih.. aku tak risau kalau aku ada kedut kat muka **hahaha.. ini sebab at the moment memang tak ada.. tak taulah kalau in future bila ada kedut.. aku jadi risau** SEBABNYA??? aku rasa aku dah puas jadi muda.. aku happy dengan diri aku sendiri.. aku tau macam mana rupa aku tiap pagi bila aku bangun tidur dan pergi ke bilik air mengadap cermin.. regardless..

Perhaps.. bila umur aku jadi 50 **hahahaha.. rasa ngeri la pulak tetiba**.. mungkin aku akan berfikiran sebaliknya.. but then again.. aku selalu ingat kata2 dari Audrey Hepburn.. **Wanita paling cantik dimata aku.. yg memang aku admire dari aku sekolah rendah dulu... "Age gracefully.. and you'll be beautiful inside out.."


p/s - entry yang cuma aku saja yang tau kenapa aku tulis.. to few of my friends.. that "knows"... Be happy with what you have.. mungkin buruk pada kita.. but not to others.. If we didn't treat ourselves right.. no one will.. LoVe you guys.. :)
And yes.. you are right.. Audrey Hepburn can say such things because she is beautiful.. unlike us.. plain jane.. :))

Rabu, 10 November 2010

Emergency..


Kata doktor "Baby awak cuma 800gm saja.. kalau awak bersalin sekarang.. chances of baby to survive is very slim.. even kalau pergi hospital pun.. hospital tak boleh buat apa2... petang ni.. kalau baby masih kurang gerak.. atau.. tak gerak.. terus pergi hospital tau" buat aku terasa berserabut sangat2 bila mendengar kata2 doktor tu.. and "you are only 25 weeks pregnant.. your baby's development ~ lungs, heart, brain is still not fully developed.. bla.. bla.. bla..."

"Kau ikut aku balik lah Kak Ngah.. at least kalau ada apa2.. aku boleh antar terus pi hospital.." aku yang dari tadi diam.. menahan perasaan gusar, sedih, sebak.. cuma diam mengikut langkah Linda dari belakang.. "Budak2 balik sekolah makan mcm mana?" tambah Linda lagi.. "Tak pe.. aku dah masak.. ada makanan kat rumah tu bila budak balik sekolah nanti.." jawab aku.. "Hmmmm... mcm tu jomlah.. pegi rumah aku.. pas tu.. boleh tido kat rumah.. rehat je.. jom.." sambung Linda.. dan aku cuma mengikut langkah dari belakang..

Minggu lepas.. aku betul2 tertekan bila dua hari baby dalam kandungan aku kurang bergerak.. mendengar penjelasan doktor pagi tu.. menambah tekanan yang sedia ada.. Kat rumah Linda.. aku tak dapat rehat langsung.. Apa maksud kata2 doktor tu? Aku nak bersalin ke?.. Walau betul aku ada rasa contraction but.. tak lah teruk.. cuma.. baby je yang kurang gerak..

Petang tu aku tak puas hati.. dalam perjalanan balik.. tak pulak aku sedar bila masa aku singgah di Regency Hospital.. tau2 je aku dah kat lobby hospital tunggu giliran nak jumpa doktor..

"I've seen a doctor this morning.. and was advised to wait and see.. if the situation persists.. or worsen.. I've been advised to straight to go to hospital.. " dan kata2 aku terhenti kat situ.. "however.. " sambung aku sambil memandang tepat ke wajah doktor.. "however.. I am here not because of my situation has becoming worse.. but.. I seriously need a second opinion.. an answer.. and.. very much hope you can help me.." dan berceritalah aku pada tuan doktor....

Sorry but kita sambung esok pulak ye... need to attend to something very urgent la pulak...

Ahad, 31 Oktober 2010

Hormone imbalance... haihhhh...


Okehhh... mengandung selepas 11 tahun bukanlah sesuatu yang biasa bagi setiap orang **hahaha.. aku la tu..** Semua pengalaman2 yang aku ada once upon a time dulu... hampir kesemuanya dah tak valid lagi.. **eh.. ya ke?.. hmmm..**

Pernah satu ketika dulu, time aku mengandungkan Aiman.. kata En.Ayah pada aku.. "hai.. bukan tak biasa mengandung.. tak kan itu pun takut lagi.." Okeh.. kat sini bukanlah nak bercerita pasal apa yang dikatakan oleh En.Ayah pada aku.. tapi.. betapa manusia ni kadang2 lupa.. **hmmm.. atau memang tak tau.. atau memang ignorance.. entah.. korang jawab la sendiri ya..**

Sebenarnya yang nak bagitau kat sini.. tak kira lah berapa kali kita mengandung.. berapa kali kita bersalin.. berapa kali juga kita timang anak.. tak kira lah kalau setahun sekali.. setahun dua kali.. hatta.. lima tahun sekali pun.. perlu diingatkan.. tiap kali itu jugaklah kita akan melalui detik2 yang berbeza.. Ever wonder kenapa anak kita muka tak sama?.. kulit tak sama warna?.. atau perangai tu memang berbeza sgt2.. macam langit dengan bumi?... Walaupun mak dgn bapaknya orang yang sama? hahaha.. korang jawab la sendiri ya.. pas tu boleh bandingkan dengan jawapan yang akan aku bagi kat bawah nih..

Sebabnya... kita mengidam pun bukan benda yang sama.. perangai kita time mengandung pun bukan sama tiap kali.. begitu juga dengan komplikasi atau sakit semasa nak bersalin... So.. sebelum suami2 yang kat luar tu buat andaian.. bila isteri2 mengadu itu ini.. walau time tu dah mengandung anak yang ke 10 sekalipun.. sebelum bukak mulut.. fikir lah dulu.. sebabnya.. kenyataan anda tu mungking akan diguna pakai bila isteri anda sedang naik angin.. sepanjang2 hayatnya.. ulang berulang.. **hahaha.. bab ni tak de kena mengena dengan En.Amat ya.. sebabnya.. En.Amat memang jenis yang kalau kita cakap.. mengadu.. atau apa2 sajalah.. dia akan senyap tak kata apa.. sampaikan kengkadang tu.. terfikir la pulak.. dengar ke tak dengar suami aku ni bila aku cakap.. haihhhh.. tu bab lain pulak bila senang nanti kita cerita... LOL..**

Mengandung kali ni.. betul2 mencabar setiap inci diri aku.. baik fizikal, mental atau apa2 je lah.. Kalau dulu.. En.Ayah sentiasa ada dengan aku.. tempat aku mengadu.. kalau aku rasa sakit.. tempat aku lepaskan geram.. kalau time hormone tengah menggila dalam badan.. tempat aku mencurah segala rasa.. **itu kata aku la.. tak tau la pulak kalau En.Ayah rasa macam nak melempang je aku nih tiap kali.. sebabnya aku ni.. time mengandung memang macam2.. bukan kata En.Ayah.. aku sendiri tak faham diri aku time tu..**

Kali ni.. aku terpaksa mengharungi setiap saat "bersendirian".. kadang2 tu **well.. most of the time actually..** aku terasa sayu dalam hati.. bila berfikir ke belakang.. mungkin kerana aku ni kurang bersyukur agaknya.. teringat En.Ayah yang sabar tiap kali melayan kerenah aku dulu.. **hahaha... sabar la jugak..** Ok.. jangan silap ya.. aku tak membandingkan En.Ayah dgn En.Amat.. cuma.. kebelakangan nih.. hati aku jadi sedih mengenang cerita2 yang memang selama ni aku simpan sendiri jauh dalam lubuk hati aku.. 3 anak aku bersama En.Ayah.. 13tahun kami hidup.. Demi Allah.. berbohonglah aku kalau aku kata.. aku tak rasa apa2.. sebabnya.. apa yang semua orang nampak pada zahir dekat aku nih... tak melambangkan apa yang sebenarnya aku rasa.. **hahaha.. dah lari topik la pulakkkk..** But seriously speaking.. memang tak siapa pun tau.. bila aku menangis.. cuma aku dan hati aku saja yang tau..

Aku tau dan cukup terharu bila seboleh2nya En.Amat cuba menghadirkan diri... but jarak antara kami.. sangat2 menyukarkan keadaan.. dan sekarang ni.. aku jadi takut sangat2.. takut kalau2 aku terpaksa menghadapi segala2nya berseorangan.. tanpa En.Amat.. sedangkan selama hari ni.. untuk ketiga2 Sara, Aiman dan Danial.. En.Ayah sentiasa ada... lebih2 lagi aku ni memang manja.. mengada.. tak tahan sakit sikit.. **buat En.Ayah.. walaupun tak membaca.. terima kasih.. walau saya selalu merungut.. tapi.. saya sangat2 bersyukur untuk setiap masa yang awak hadirkan diri ketika saya menghadapi saat2 sukar..**

Buat En.Amat.. terima kasih sebab selalu bagi saya sokongan moral.. walau hampir tiap kali bila kita bercakap di telefon.. yang kedengaran cuma rungutan.. demi rungutan.. demi rungutan dari saya.. awak masih lagi mampu mendengar tanpa tertido..

P/S - Entry yang tak tau apa motif.. sebabnya... aku betul2 tengah bercelaru.. merisau banyak perkara yang entah.. sgt2 susah nak aku huraikan.. again and again.. I blame it on hormone imbalance... Nite all..

Rabu, 20 Oktober 2010

Hati aku jadi gembira sangat2 bila...


Hati aku jadi suka sangat2....

  • Bila tiap kali tangki minyak kereta aku di isi penuh oleh En.Amat
  • Bila nak tido Sara akan siapkan segelas air.. bersama2 dengan ubat2 yg aku perlu makan.. tanpa disuruh..
  • Bila dengar anak2 bercerita dan berkongsi apa yang jadi pada mereka seharian
  • Bila tengok anak2 anak aku depan mata.. ketawa.. gembira
  • Bila En.Amat balik rumah hujung minggu
  • Bila aku penat balik dari kerja.. ada yang siapkan air untuk aku minum..
  • Bila rasa baby dalam perut mula menendang2.. :)
  • Bila tengok anak2 kucing kat dalam kotak tu semua dah gemok2.. and gebu2 badannya..
  • Bila SiGedik kucing yang hitam legam tu merajuk.. hahaha.. memang lawak..
  • Bila aku boleh berkongsi cerita dengan anak2
  • Bila tau orang2 yang aku sayang hidup lebih sempurna dari aku..
  • Bila melihat orang2 yang aku sayang.. gembira..

Semoga kegembiraan aku... juga kamu.. akan sentiasa kekal.. hingga hujung nyawa.. InsyaAllah.. Amin...


Selasa, 14 September 2010

Raya oh.. Raya..

Salam semua...

Dalam sejarah hidup aku... sejak aku kecil.. berkahwin.. ada anak.. hinggalah sekarang.. raya tahun ni lah yang merupakan raya yang langsung tak rasa macam raya.. Bermula dengan kuih raya.. sampailah ke baju raya.. persaipan rumah untuk raya.. and berjalan2 beraya.. semuanya aku rasa macam tak de apa2 je..


Terkini... makcik dgn adinda kesayangan yang telah bersengkang mata menjayakan raya tahun ni.. **sila abaikan saiz badan makcik yang dah semakin mendugong tu..**

Walau apa pun.. Syukur pada Allah.. aku masih lagi dikelilingi insan2 yang aku sayang pada Syawal tahun ini.. Alhamdulillah.. **hahaha... tak baik komplen kan.. mujur ada anak2.. adik beradik.. anak2 buah.. dan mak bapak serta suami kat sisi..**

Kuih raya?? kalau datang rumah aku lah.. memang sedih sangat2.. tak ada!!! Kuih raya yang ada cuma kuih Tart lebih yang aku beli kat Melaka hari tu untuk poskan pada En. Ayah.. Bukan sebab tak nak beli ** ehem... sedangkan beli tu pun aku tak larat.. inikan pulak aku nak membuat.. hahaha ** tiap kali bila En. Amat tanya aku pasal kuih raya.. nak beli ke tidak? aku macam malas je nak layan sebab aku betul2 tak larat.. Sudahnya.. memang tak de kuih la.. melapang je meja kat rumah tu tak de benda..


Makcik dengan tengku puteri makcik yang walau asik kena leter.. muka masam mencuka.. tetap buat apa yang makcik suruh.. Sayang dia.. :)) **ehem.. gambar yang memang sengaja diblurrkan utk menutup kebulatan sedia ada..**

Baju Raya?? kalau tak mengenangkan budak2.. aku memang tak sanggup nak keluar rumah pegi masuk shopping complex tu cari baju raya.. Dua tiga kali aku nyaris tumbang sebab tak larat.. Last2 aku duduk bersila atas lantai kedai sambil tunggu Aiman pilih seluar... Berzaman ya amat.. mengalahkan budak pompuan.. Baju Melayu budak2 dgn En. Amat hari tu pun sebab pi Melaka nak amek kuih tart yang di order dari kawan.. dah terlangsung.. singgahlah kat Melaka Sentral.. pun aku tak rasa feelnya raya mcm tahun lepas2..

Kesian jugak En. Amat.. tahun ni first time pengalaman dia ikut kami shopping baju raya.. Sebabnya.. tahun2 sebelum nih.. aku start engine kereta and pergi dgn budak2 je.. Serious cakap... kalau aku sihat dan larat.. aku tak de la nak susahkan En. Amat ikut kami cari baju raya.. melayan karenah anak2 bujang dgn anak dara aku ni bukan senang.. especially bab cari baju raya.. hahaha... azab.. apatah lagi mengenangkan En.Amat yang cuma balik hujung minggu saja.. tapi tu lah.. ikut kata pepatah..sapa lagi nak susahkan laki.. kalau bukan bini kannnn... **ayat tak boleh belah aku nih..**


Cik Lin yang dah penat gila buat rendang ayam sampai pukul 3 pagi... Pak Su yang penat sgt2 sebab cuma menengok je org buat kerja.. and .. of course.. makcik yang macam dugong tu.. **and manik2 kat baju tu.. CikLin jugak yg jahit.. sukee..**

Rumah? lagilah.. langsir pun tak berganti.. sofa aku pun tak tersalin.. mujur Aiman tetiba datang angin rajin.. habis satu rumah dia kemas.. Sara pun sama.. nampak tersusun la rumah tu.. tak de la lagi kotak2 barang yang sejak pindah bulan June hari tu dok kat hall rumah tak bergerak...

Hari Rabu malam En. Amat dah pun sampai Pasir Gudang... and hari Khamis aku dah start cuti.. pagi tu En. Amat dengan Aiman sibuk kemas rumah lagi.. Sara basuh baju and buat apa yang patut.. Dalam hati ni hanya Allah saja yang tau.. terasa sedih sangat2.. tapi.. apakan daya aku.. keupayaan aku terbatas.. asik terbaring sebab nak pitam.. Dan lewat tengahari tu.. kami pun bertolak la ke rumah nenek.. **haha.. mcm la jauh sangat.. 1 jam kurang lebih je dari rumah aku.. itu pun aku rasa macam jauh na rumah nenek.. lambat betul nak sampai..**
Kat rumah nenek.. gagahkan jugak buat kerja walau memang tak larat sangat2.. sempat la pergi pasar beli itu ini.. and petang tu balik dari pasar.. terus ke dapur siapkan makan utk berbuka semua orang.. Kenyang la jugak walau aku cuma masak lauk sambal sardine dgn goreng ayam and sayur kobis.. habis licin lah tak berbekas.. **kes semua lapar tahap gaban.. kepenatan pun ye**
Malam tu tak tau tido pukul berapa.. tau2 dalam pukul 4:30am gitu sebelum subuh.. Sara datang gerak.."Ibu.. kakak sakit dada.. tak boleh nafas.." Pulakkkkkk dah.. asthma sudah mari.. En.Amat pun kelam kabut la start engine kereta.. berkejar la kami subuh2 tu ke Klinik Kesihatan Gelang Patah.. **TERIMA KASIH PADA JURURAWAT DAN DOKTOR YANG BERTUGAS.. HANYA ALLAH SAJA YANG DAPAT BALAS BUDI BAIK KALIAN**


Adinda2 makcik semua.. dengan anak2..
And.. R a y a.. yay!


Haha.. yay ke bende.. sampai rumah dari hospital.. dah sibuk dengan orang nak mandi itu ini sbb nak pegi sembahyang raya.. aku pun terus ke dapur masak air.. bagi orang yang nak pi sembahyag raya makan dulu.. **kata sunat makan sebelum pegi sembahyang raya.. abissss..** and tetiba.. "Kak Ngah.. nanti masakkan nasik minyak tu.. abah nak pegi sembahyang nih.. Linda kata dia tak larat.." Perghhhh.. kata aku dalam hati.. air mata tu.. terasa sangat nak menitik.. dari semalam aku tahan penat.. dah tak larat sgt2.. manalah aku larat nak angkat periuk besar dgn segala benda tu kat dapur.. tapi.. abah dah suruh kann.. tak kan nak kata tak nak pulak.. Ikhlaskan lah hati ni.. buat jugak.. **hahaha.. bunyi.. macam cerita ratapan anak tiri la pulak..**


And.. elok orang habis sembahyang raya.. nasik minyak ku yang seperiuk besar.. aka 5 kilo beras tu.. pun masakkkk.. siapkan meja.. sambil beleter kat anak dara aku.. adik aku.. and anak2 buah aku.. maka siaplah semua... Taaaa daaaa... magic kan.. keh3x..

And petang tu.. aku dilanda sakit tekak.. suara pun dah macam suara itik serati **korang faham ke itik serati tu mende?** .. and sehingga hari ini.. aku masih lagi tak sihat.. demam.. batuk.. dan lain2 lagilah..


Jangan salah sangka ya... Usai balik dari kubur.. hujan lebat.. seluar aiman basah.. sebab tu pakai kain pelikat je.. hehe..


Apa2 pun raya tetap raya.. buat teman2 diluar sana..



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.. MAAF ATAS KETELANJURAN KATA, TERSILAP BICARA, TERMARAH KALAU TAK SENGAJA, KALAU2 TEROVER, TERMENGUMPAT KE HAPA,
DIHALALKAN MAKAN DAN MINUM **khas utk MamaSyaza nih.. ;p makaseh antar ikan pekasam tempohari..** , SEMOGA KITA SEMUA BERGEMBIRA DIHARI YANG MULIA..
SEMOGA KEHADIRAN SHAWAL MEMBERI ERTI YANG TAK TERNILAI DALAM HIDUP KITA SEMUA...
HAVE FUN.... HAVE A GOOD HOLIDAY and.. ALL.. EID MUBARAK! :))



p/s - Buat sesiapa yang tak tau.. Dalam sejarah 40 tahun hidup.. inilah kali pertama En.Amat beraya jauh dari OMAK eh.. Control nangis je kawan.. keh3x.. Tak pe ye En. Amat.. Hujung minggu nih kita balik PD pulak.. entahlahhh.. larat ke aku nak travel jauh2.. pergi Melaka hari tu pun dah separuh nyawa.. tak pe lah kan.. kita bagi dua paruh nyawa pulak.. again.. Selamat hari raya semua... :))



Selasa, 17 Ogos 2010

Al-Fatihah...


Al- Fatihah buat arwah teman sekolahku Mahadi Mohammad yang telah pulang ke Rahmatullah pada tragedi ribut di Jasin Melaka.. Semoga rohnya ditempatkan bersama2-sama mereka yang beriman dan beramal soleh.... Aminn..

Berita yang sememangnya buat aku juga teman2 sekolah yang lain jadi bungkam.. hilang kata2.. dan airmata saja dapat menjelaskan segala perasaan dalam jiwa.. sedih dengan pemergian.. hebat sungguh dugaan yang perlu ditanggung oleh mereka2 yang ditinggalkannya.. semoga tabah dengan dugaan Allah..

Teringat wajah2 semua mereka yang aku sayang.. andai terjadi pada diri sendiri..

Khamis, 12 Ogos 2010

Dugaan...

Salam kengkawan... **hahaha.. serupa ada la org yg membaca kannn**

Hari nih Puan Besar demam.. Dalam beberapa minggu kebelakangan ni.. Puan Besar sungguh2 tak lalu nak makan.. and akibatnya.. the last visit ke doktor.. menyaksikan berat badan Puan Besar menurun.. haihhh... tak larat dengar misi beleter..

Bukan Puan Besar sengaja mengada2.. Puan Besar laparrrr.. teringin nak makan itu.. teringin nak makan ini.. but bila itu dan ini dah ada depan mata.. Puan Besar berasa nak muntah la pulak menengoknya.. **mengada2 betul Puan Besar ni kan..**

Semalam 1st day kita semua menyambut dan menjalani ibadah puasa.. and Puan Besar dengan rasa yang berkobar2 la pergi ber buffet.. Macam yang doctor nasihat.. "Bila berbuka, jangan makan nasi tau.. minum air panas.. and makan buah2an atau.. yang sebaik2nya buah kurma.. and rehat sekejap.. sembahyang maghrib dulu ke.. then baru makan.." Sebabnya? perut kosong kalau makan nasi terus nanti boleh rasa pening... bla bla bla..

So.. berbuka Puan Besar cuma amek.. air panas.. and bubur lambok je.. ada lah dalam 3 - 4 sudu.. tu pun dah rasa mcm.. banyak la pulak.. and then siap sedia lah utk solat maghrib.. tak tau la apa jadi in between.. tetiba Puan Besar terasa gelap mata.. nak pitam.. and sudahnya.. hajat hati malam tu nak mengimarahkan masjid di pasir gudang.. terpaksalah dibatalkan.. and sampai ke saat ini.. masih aku terasa.. huhuhu.. dugaan sungguh!

Oh.. tahun nih.. kata En.Ayah.. dia tak balik beraya di Malaysia.. mesti sunyi raya kat sana.. and kata En.Ayah lagi.. bulan Disember nih dia cuti.. and budak2 semua looking forward nak bercuti ke Abu Dhabi.. seperti yang En.Ayah janjikan.. Puan Besar? kalau ikutkan.. memanglah akan rasa sunyi bila ketiadaan budak2.. Sedangkan depan mata lagikan rindu.. inikan pulak kalau jauh kann.. **ayat tak boleh belah.. jangan muntah dulu ye.. nanti batal puasa** but.. asalkan anak2 gembira.. Puan Besar redha je laa.. Lagipun bukan selalu budak2 ni dapat habiskan masa dengan En.Ayah ..

Puan Besar tahun nih berkemungkinan BESAR akan beraya di Johor.. **hahaha.. puasa baru 2 hari.. dah sibuk cerita nak raya mana.. semangattt..** Sebabnya, raya lepas dah raya rumah En.Amat dulu.. so this year rumah nenek la pulak kannnn.. and weekend lepas tu je baru balik PD.. Al-Maklumlah.. Puan Besar cuma besar di rumah je.. kat office Puan Besar kuli... so, pada2 la jugak bila nak apply leave tu kann..

Apa2 pun.. cukuplah entry Puan Besar yang tak de motif untuk hari nie.. cuma nak menghabiskan masa.. sbb hari nie doctor suruh rehat kat rumah.. bimbang pitam kat tempat kerja la pulakkk.. sapa nak mengangkat nanti..

Selamat berbuka teman2 kat luar tu.. Semoga puasa yang sempurna.. dapat membentuk peribadi yang mulia.. kita semua... :))

p/s - Untuk baby ibu Muhammad Danial Haikal.. Happy Birthday dear..

Ahad, 8 Ogos 2010

Salam Ramadhan...



Salam Semuaaaaaa..... Hmmmm... diam tak diam dah nak masuk bulan Ramadhan lagi sekali kita semua ya... Tahun nih... terasa2 debaran nak berpuasa.. pertama kali berpuasa selepas berpuluh2 tahun tak melaluinya di Johor Bahru... tahun ni berpuasa dekat dengan mak.. malangnya.. mungkin cuma berbuka dan bersahur di rumah saja.. sebabnya??? aku masih lagi tak berapa sihat untuk drive.. lagipun tak larat nak balik tengah2 malam.. lebih2 lagi dalam keadaan yang serba kekurangan nih...


Hmmmm... kenapa berdebar2 ek??... Ya lah... dah berbelas tahun.. berpuasa sendiri.. kali ni.. "berdua".. hahaha.. dengan baby dalam perut.. larat ke aku nanti??.. InsyaAllah.. harap2 segala2nya dipermudahkan Allah bagi kami berdua nanti... aminnnn... Teman2.. doakan sama ye..


Teringat time mengandungkan sara dulu... walaupun under CRIB order - Complete Rest In Bed order.. aku masih sempat berpuasa.. walau ada hari2 yang aku tak larat dan terpaksa meninggalkannya.. but.. Alhamdulillah.. dapat aku menjalani ibadah berpuasa dan berbuka sama2 dengan En.Ayah.. Time Aiman pulak... masih lagi dengan CRIB order.. tapi.. tak sehari pun aku mampu menunaikan ibadah puasa.. kenapa ek? Apa tidaknya.. sepanjang2 bulan puasa aku ada di hospital... sedih kan?.. sempat dapat hamper.. dapat duit zakat.. and mcm2 lagi lah..


And time Danial.. aku berpuasa.. dan kali ni.. alhamdulillah.. walau ada beberapa hari aku tak mampu menunaikannya.. Syukur.. aku dikurniakan Allah kesihatan yang baik.. dan tak banyak masaalah..


Cuma untuk tahun ni masih lagi samar2.. Dulu.. aku tak pening2 atau muntah2.. Semuanya En.Ayah yang rasa.. **terima kasih tak terhingga pada En.Ayah.. kerana menanggung semuanya dengan rasa ikhlas**.. and kali ni.. untuk pertama kalinya.. walau setelah ada anak 3.. baru aku merasa.. pening2.. muntah2.. dan alahan pada bau yang semakin teruk.. dan En.Amat pun turut sama merasakannya... **haha2.. baru adil kan..**


Dulu.. time mengandungkan Sara.. aku berhenti kerja kerana kesihatan tak mengizinkan.. dan secara kebetulan.. time Aiman, aku berada di Labuan dan memang tak bekerja... and bila mengandungkan Danial pulak.. baru saja balik dari Labuan.. masih lagi berkira2 nak mencari kerja.. yang mana akhirnya.. aku tak bekerja dan hanya di rumah sehinggalah bersalin.. dan Danial berusia 18 bulan.. Puas dapat jaga anak.. melihat anak besar depan mata.. menyusukan anak dengan air susu sendiri.. ***hahahaha... lari tajuk sudaaa..***


Apa2 pun.. buat teman2 diluar sana.. SELAMAT BERPUASA.. RAMADHAN AL-MUBARAK!..


Teringat En.Ayah.. tahun ni, En.Ayah sekali lagi berpuasa jauh dari keluarga.. adik beradik.. juga anak2.. semoga dipermudahkan bagi Allah segala pintu kesulitan.. dan ditabahkan hati ketika menempuh dugaan.. Teringat budak2.. tentu2 mereka seronok kalau dapat berpuasa.. sekaligus berbuka bersama En.Ayah..


Tahun ni jugak.. Aku cuma berpuasa dengan anak2.. En.Amat.. bekerja di luar kawasan.. and cuma akan balik bila hujung minggu saja.. Semoga Allah permudahkan perjalanan harian kami semua..


Oh ya.. bagi yang masih lagi tak de jadual berbuka puasa dan imsak.. boleh lah klik di sini ----> www.islam.gov.my/portal/puasa10.php untuk dapatkannya ye..


Dan untuk kesekian kalinya.. Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia... Semoga dipermudahkan bagi kita semua segala pintu kesulitan.. dan selamat menjalani ibadah puasa teman2... :))


p/s - puasa tak lagi.. dah pening nak masak apa first day sahur and berbuka... LOL..

Ahad, 1 Ogos 2010

Kisah anu... :-O


Minggu nih **tak ingat pulak hari apa..** Danial balik sekolah sambil tergelak2 besar.. "Kelakar la kawan adik kat sekolah tu.."... kata Danial dengan ketawa yang tak berhenti.. "Kawan adik pegang bahu dia.. tiba2 dia kata... Jangan la anu aku.." dan kali ni dengan ketawa yang lebih kuat.. sampai tak bernafas..

Pada aku.. orang Johor.. kalau mendengar.. memang la tak de apa yang tak kena dengan ayat tu.. but bagi budak2 ni yang memang tak pernah bercampur gaul dengan masyarakat Johor **well.. most of the time kalau balik johor pun cuma dengan sepupu2 dia je.. kat rumah nenek.. dan pada kebanyakkan masa.. memang cuti budak2 ni habis banyak di Terengganu..** perkataan "anu" tu semacam sesuatu yang agak lucah.. pada dia la.. dan bila dipertuturkan dikhalayak ramai.. jadi macam lucu pulak.. menyebut "anu" kuat2.. LOL..

Melihat Danial ketawa.. aku jadi tak tahan.. ketawa sama sampai sakit perut.. dan hari tu.. satu hari.. Danial, Aiman dgn Sara.. asik mengulang perkataan 'anu'.. adoi laaa..

Hmmmm... apa maksud perkataan "anu" tu sebenarnya? Okay... aku orang Johor.. bila orang sebut.. tentu2 aku faham maksud ayat yang nak disampaikan.. but..kalau ikut kamus dewan la.. apa maksud perkataan "anu" tu sebenarnya.. ehem.. cikgu2 kat luar tu.. help please... hahaha..

Tambah Danial lagi... "lagi satu kan bu.. adik tak faham betul cikgu adik tu... kenapa dia suka cakap nengok.." juga masih ketawa tak berhenti.. "nengok.. nengok.. tah apa2.. patutnya tengok.. ini tak.. cikgu cakap nengok.." buat aku senyum tak sudah... hmmmm...

Dan cerita Danial mengingatkan aku pada komen En.Amat... katanya, "sepanjang saya kenal awak.. dari sekolah dulu.. tak pernah saya dengar sekali pun awak cakap 'Johor'.." and sambungnya.. "bila jumpa set2 dia.. laju betul bunyi 'orang johor' dia ek.." sambil senyum kambing.. buat aku tersenyap.. erkkk..

dan terfikir dalam hati.. betul ke? hahaha...




Ahad, 25 Julai 2010

Langgar pantang.. :))


Salam semua... :)) Apa cerita kita hari2 minggu nih ye? ** hahah.. dah nak hujung hari pun.. tinggal berapa jam je lagi** Ni nak cerita yang tak de cerita sebenarnya.. cerita yang tah apa2..

Puan Besar **sebab dah makin membesar** masih lagi dengan hormon yang tak menentu.. angin tak baik.. angin baik.. angin suka.. angin nak membengis je.. angin nak gelak.. sampai Puan Besar pun rasa.. haihhhh... serupa orang tak betul je.. emo tak tentu pasal... suka suki je nak tukar2.. **jangan baby nanti kuar ikut angin gila Puan Besar dah... mau pengsan Puan Besar.. En. Amat.. kakak dan abang2 nya nak melayan..**

Macam yg Puan Besar cerita dalam episod yang lepas.. Puan Besar alah pada bau masa mengandungkan Sara dulu.. dan bila Puan Besar selamat melahirkan.. nak dijadikan cerita.. alahan pada bau tu.. tak pulak hilang2.. sampai la ke saat ini... **Ya tuan2 dan puan2... pada sesiapa yang tak tau lagi.. Puan Besar memang alah pada bau yang kuat.. durian? nangka? cempedak?.. hatta minyak wangi sekali pun.. memang Puan Besar tak tahan.. boleh nangis dibuatnya.. ** Dan alahan pada bau semakin menjadi2 bila kini Puan Besar mangandung lagi..

But semalam.. tetiba terasa2 sgt nak makan durian.. dan bila Puan Besar suarakan hajat di hati.. En. Amat seakan tak percaya.. dan bertanya lah banyak2 kali.. meminta kepastian.. betul ke Puan Besar betul2 nak makan durian??? dan kami pun berhentilah di tepi jalan untuk membeli durian.. dan Puan Besar dengan rasa mcm nak nangis naik kereta sbb bau durian tersangat lah kuatnya.. pun Puan Besar tahankan je sbb.. tekak betul2 tak sabar nak makan..

Kesimpulannya... memang mencabar sgt2 Puan Besar rasa sbb.. selepas tu.. Puan Besar kepeningan yang teramat sangat.. kerana dah melanggar pantang.. **pantang bau durian.. Wakakaka** Makannye pun bukan banyak.. ada la cuma 2 - 3 ulas je..

Apa2 pun.. harap2 lepas ni.. Puan Besar tak akan ada rasa teringin nak makan durian ke.. nangka ke.. cempedak ke.. atau apa2 saja lah yang seangkatan dengannya.. tak sanggup nak menahan cerita lara sedih nestapa.. akibat melanggar pantang..

Dan nak cerita lagi.. alhamdulillah.. terima kasih atas doa kawan2 kat luar tu.. Puan Besar dah semakin sihat.. cuma masih lagi tak boleh melasak.. kalau dulu time sihat.. berjalan macam ribut.. sekarang dah macam siput.. km/h dah lebih 60% dikurangkan.. **yang kalau orang tak tau sejarah Puan Besar mesti angkat kening kehairanan...** so.. kengkawan bayangkan lah sendiri ye.. makan pun.. tak de la nak muntah2 sampai kosong perut.. cuma.. bila terasa nak makan.. but bila makanan dah depan mata.. tak lalu la pulak.. **tak ke mengada2 namanye tu??**

Memang mencabar bila mengandung di usia yang agak diambang keemasan nih.. berbeza betul.. walau kita tau apa yang sedang berlaku pada badan kita.. banyak yang masih lagi diluar kawalan.. Apa2 pun.. alhamdulillah.. semoga segala2nya dipermudahkan Allah.. bagi aku juga kandungan.. semoga aku diberi kesabaran ketika diduga.. semoga aku sentiasa tabah.. dan semoga baby yang bakal lahir ni nanti juga akan menjadi seorang yang sabar **macam En. Amat** dan tabah **macam aku** bila diduga.. **hahaha.. ayat tak boleh belah.. macam la nak bersalin esok..**

Seorang teman yang agak rapat dengan aku.. selalu berkata.. "It is a very enriching experiences to experience.. and words just cannot explain how the feeling is.." Dan aku bersetuju..
something personal that only those who has gone thru the process knows exactly how it is..

I survived the 3's... and InsyaAllah.. I will too this time.. Teman2.. doakan sama ye.. :))

Selasa, 20 Julai 2010

Emosi.. :(



Kebelakangan nie.. selalu je emosi tak tentu pasal.. sampaikan.. bukan kata orang.. aku sendiri pun naik rimas dengan diri aku..

Teringat masa aku mengandungkan Sara dulu.. Aku tak de lah muntah2.. yang muntah En.Ayah.. Pening kepala pun.. tak lah teruk sangat.. mcm2 tu je.. Cuma yang aku ingat sangat2 lah.. Aku cukup alah dengan bau.. tak kira lah bau tu wangi ke.. atau busuk.. Jangan lah bau yang kuat menyengat.. pitam aku! Percaya dengan tidak.. aku pernah pitam dalam bas bila entah awek mana agaknya pagi tu spray minyak wangi.. yang aku rasa.. baunya.. tersangatlah buat aku tak bernafas.. and sedar2.. orang dah pun berkerumun kat aku sbb pitam..

And.. pernah jugak aku menangis sbb jiran depan rumah.. beli durian.. aku rasa bau durian tu busuk sangat.. buat aku tak bernafas.. Dan tiap kali mak aku bagi buah nangka.. adoiii laaa.. aku rasa macam nak nangis je.. tapi tak pulak aku sampai ati nak kata kat mak yg aku tak tahan bau busuk nangka tu.. **ehem.. nangka tu ok je.. aku ni ha yg tah la.. tuhan aje yang tau**. Sudahnya.. tiap kali mak aku balik rumah.. ada la kawan2 aku yang jadi mangsa.. "Cepat.. akak tak peduli.. datang rumah sekarang jugak amek.." hahahaha..

And yang aku tak boleh lupa.. aku cukup baran kalau ada orang pakai baju kaler merah ke.. kuning ke.. purple ke.. rasa mcm nak je aku pergi kat tuan punya badan dan cakap "sapa suruh pakai baju ni?" atau.. kereta warna merah ke.. kuning ke.. parking sebelah kereta En.Ayah.. Rasa sakit je ati time tu.. rasa mcm nak calarkan je.. benciii!!!

Aiman? lagilah.. sikit2 merajuk.. sikit2 merajuk.. Tiap kali aku masuk hospital.. aku rasa.. kenapa aku saja yang susah?? pada fikiran aku masa tu.. tiap kali En.Ayah datang hantar aku ke hospital... aku rasa macam.. "Nah.. ni baju awak.. duduk la kat sini sampai baik.. dah baik nanti baru saya datang amek.." **ni aku yang fikir eh.. En.Ayah tak pernah cakap mcm ni kat aku** Bayangkanlah.. bila masuk hospital.. bukan sehari dua.. paling2 kejap pun 2 minggu.. keluar hospital 2 - 3 hari.. masuk balik 1 bulan.. manalah aku tak emo semanjang.. sampailah aiman lahir.. yang mana sekarang ni.. kalau tak kena di hati... merajuk aiman.. haihhh.. buat rasa macam tutttt je.. **agaknya mcm tu la rasa En.Ayah dulu bila berdepan dengan kerenah aku time mengandungkan Aiman..**

Danial? Alhamdulillah.. aku tak banyak masaalah.. time dulu tak mewah mcm sekarang.. handphone paling murah pun RM1k lebih.. mana mampu nak beli sampai dua tiga.. dapat satu pun dah macam grand sangat time tu.. LOL.. But mengandungkan danial lah paling tak de masaalah.. terasa nak makan itu ini.. belum sempat cakap.. petang tu En.Ayah balik kerja dah siap berbungukus.. "Nah.." kata En.Ayah.. sambil menghulur popiah basah dari pasar kg. baru.. tak cakap pun En.Ayah dah tau.. "saya terasa sangat nak makan.. sedap.." kata En.Ayah.. hahaha.. ya tuan2 dan puan2 sekalian.. En.Ayah mengidam..

Dua tiga hari ni.. **perhaps yang lebih tepat.. dua tiga minggu ni..** kesian En.Amat.. Aku asik angin saja dengan dia.. percayalah.. bukan aku sengaja.. aku sendiri kadang2 terkejut dengan perangai aku sendiri.. bila aku angin mcm tu.. KENAPA???? and yang herannya.. dengan orang lain aku ok je.. cuma dengan En.Amat.. aku rasa macam.. eeeeee.. sakitnya hati nih.. semuanya dia buat aku rasa tak betul.. walau cuma pada perkara kecik2.. yang tak masuk akal sampai nak angin2 nih.. dan yang buat aku rasa sedih.. En.Amat cuma diam je.. sikit pun tak cakap apa2 bila aku angin..

Buat En.Amat.. saya mintak maaf banyak2.. bukan saya sengaja.. saya sendiri tak faham perangai saya.. celaru sangat2 saya rasa..

Buat En.Ayah.. terima kasih kerana selalu bersabar dengan kerenah saya semasa mengandungkan budak2.. saya tau.. saya seorang yang sangat2 susah untuk difahami ketika tu.. but percayalah.. saya bukan sengaja.. andai lah segala2nya dapat saya kawal..

p/s - Semoga emosi aku tak akan terus2an begini.. stresss!!!!

Khamis, 15 Julai 2010

Entry apa2 je la...



Salam semua... hmmmm... hari ni entry tak de motif... just nak upload gambar yang.. tah.. cuma aku saja yang tau nilainya.. :))

Bestnye... terasa2 kat tekak... jeruk dari Penang.. Kalau rupa saja dah mengancam.. rasa apatah lagi.. :))


Kami jumpa dia tengah2 jalan.. pagi2 gelap time nak antar kakak dgn aiman pegi sekolah di Alor Gajah... Mujur tak kena langgar.. Sebab jumpa kat Sungai Petai.. so aiman suggest panggil dia "Sungai"..

Hmmmm... Kalau yang tadi tu "Sungai".. Yang ini "Petai"... adik beradik "Sungai"... = Sungai Petai, Alor Gajah..

Aiman & Sara ~ bbq kat rumah Anne & Ju..

Aiman & Sara..

Danial doing the stretching...

Sara dengan blue belt.. Aiman & Danial bergaya dengan black belt.. **ehem.. technically black.. sbb budak2 bawah 15 tahun memang tak boleh pakai talipinggang hitam.. only black & red or brown aka "poom belt"..** Next milestone.. KOREA..

Danial dengan ex-classmates.. time amek adiah.. korang perasan tak budak perempuan tu sapa? Hmmm.. adik mardiana.. yang berenang merentas selat dulu tu? tahun 2007 kalau tak silap.. kalau jumpa dia real life.. kecik ya amat badannye.. tak rupa budak darjah 5 langsung.. haluih..

On d way to Masjid Tanah.. Accident.. Ntah apa jadi kat driver pun tak tau..

Aku posing dengan En.Dell.. yang semakin membulat.. **sila abaikan segala kebersepahan sebagai background**


Danial bersama fesyen rambut kumpulan Hujan ~ NOH..

Morning baby... rise and shine!..

p/s - Cerita sebenarnya nak cerita ialah... I miss my En.Nikon very much... Dah lama tak dapat pegang.. lebih2 lagi sekarang ni.. keupayaan ku terbatas.. huhuhu...

Isnin, 5 Julai 2010

Myself and Accident & Emergency

Wednesday last week.. balik kerja tiba2 sakit perut mencucuk2.. terasa nak pitam sgt2.. went to toilet.. suddenly rush of blood.. banyak sangat.. OMG! myself bleeding.. Called every number that i can think of for help.. none answered..

In the end.. I drove myself to the nearest hospital with the kids.. Nak jadi cerita.. the same night pulak jalan bandar PG sesak due to pengistiharan PG as Bandaraya.. jalan jammed teruk.. Lucky reached hospital on time.. straight went to A&E
*
accident & emergency*.. Perut sakit gila.. my son yang eldest dah nangis.. Me sebab nengok dia nangis.. say "jangan nangis, ibu yang sakit bukan abang.. tak baik nangis.." try to be strong la konon.. dalam hati tuhan je yang tau..

Called EnAmat pun tak answer.. bila doc kata admit.. lagi lah.. terfikir mcm mana la my kids.. then I pun fikir.. tak pe lah.. may be hantar my anak dulu balik rumah.. settle everything.. then drive back to hospital.. Boleh? LOL..
**
LOL la konon.. time tu.. air mata toksah cerita.. berbaldi gaknye..**

Then all calls yang no answer tadi started to call back.. A friend came and took my kids home.. another called EnAmat and informed him of situation.. the other help me through the admission process.. till i reached bed and fell asleep.. ntah bila diorg balik pun i tak sedar..

Seriously.. it was nightmare to me.. Lucky I still have friends.. Luck masih lagi dikurniakan kekuatan utk berdepan dengan situasi dan tak panik.. Thank god to that.. and ALHAMDULILLAH.. the moment dr. scan me that night and show me the baby is still ok.. and switched on the speaker so i can hear the heartbeat.. the pain suddenly went into the thin air.. all gone.. only rasa syukur sangat2..

EnAmat reached PG at about 4am.. Myself dah tido in dreamland.. I was in the hospital for 2 nights.. and now me on strictly complete rest in bed order.. for another 10 days.. baring je la sampai muntah darah
**
hehe figure of speech..** .. lucky ada internet.. itu pun dah start boring.. :))

Apa2 pun to all dearest friend out there.. doakan semoga aku juga kandungan sihat ye.. semoga segala2nya dipermudahkan Allah..

On another note.. I feel so sad knowing that on the same day.. Ezan, a friend of mine have had a miscarriage... poor girl.. sedih I.. perhaps bukan rezeki dia.. semoga Allah tabahkan hati dia.. Semoga Allah permudahkan bagi kita semua segala pintu kesulitan.. dalam baraqah.. InsyaAllah.. Amin..

p/s ~ kata aiman, "ye la tu dalam perut ibu ada baby.. ntah2.. ibu memang boncit".... haihhhh...

Ahad, 4 Julai 2010

Part 3: Akhirnya...


Salam semua yang kat luar tu.. hmmm.. tah ada orang ke tidak lagi ek kat luar tu.. :))

Sebenarnye ada banyak sangat cerita yang nak cerita ni.. sampai tak tau nak mula yang mana dulu.. Haha kita sambung lagi eh.. kalau larat baca.. baca lah sampai abissss.. :)) Kalau tak de yang membaca pun tak pelah.. untuk makcik baca sendiri2 bila makcik rasa sunyi.. **ayat tak boleh belah..**

But before that nak bagi tau.. hari ni hari lahir EnAyah... so.. SELAMAT HARI LAHIR BUAT EN.AYAH.. semoga panjang umur.. dimurahkan rezeki ... dipermudahkan segala pintu kesulitan dan.. diberikan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat... dalam baraqah.. InsyaAllah.. aminn...

Apa jadi kat sekolah menengah? Hahaha.. tak de apa2.. Tak percaya??!! Kata pengetua "masuk sekolah ni dulu puan yang uruskan kan? semua borang urusan sekolah puan yang tandatangan kan?.. hmmm.. saya tak nampak masaalah pun kat situ.. tak pelah.. puan tak perlu susah hati.. nanti kami process.. datang esok untuk ambil borang yang sudah siap tandatangan.." kata puan pengetua dengan senyum yang ramah.. buat aku rasa macam tak percaya je.. mengenangkan apa yang baru je aku tempuh kat sekolah rendah... macam tak masuk akal semua nih.. eh.. entahlah.. dan aku pun baliklah..

Cerita kat Johor lain lah pulak.. buat makcik jadi lebih cengeng.. Apa2 pun.. malas nak taip pasal kisah perintah mahkamah.. cuma nak cakap.. masaalahnya bukanlah besar sangat pun ** kalau layak disebut masaalah lah..**.. Cuma mereka2 yang terlibat takut nak buat keputusan.. semua macam nak lepas tangan dan diri sendiri.. langsung tak terfikir atau menganalisa cerita yang sedia ada.. entahlah.. cerita pun sakit hati.. Last2.. makcik dah fedup.. makcik call EnAmat.. kata makcik..
"awak amek la cuti next week Monday.. uruskan budak2 nih.. saya dah tak larat.. sekali lagi kalau saya dengar orang cakap mintak perintah mahkamah hak penjagaan... mau ada yang masuk paper cedera kena serang dgn saya nanti.." **hahaha.. cakap2 org jiwa kacau nih..** Ugutan agresif makcik la pulak... wakakakaka..

Cerita yang sama jugak EnAmat tempuh bila dia ke pejabat pelajaran di larkin.. Mati2 kerani kat bawah tu tak nak terima borang... and EnAmat selepas puas bertekak.. akhirnya di bawa jumpa dengan pengarah **kalau tak silap** and makcik yang tengah sibuk dalam bilik meeting.. tetiba phone bunyi.. **mujur phone on silent.. and mujur bukan makcik yang punya meeting.. makcik cuma attend je.. boleh la makcik angkat call kat luar..**

"Boleh saya cakap dengan puan nor ismah" kata pemanggil tu.. " and makcik yang heran tak heran pun jawab, "bercakap.." "Puan, saya dari pejabat pelajaran, nak bertanya mengenai anak puan, Muhammad Nur Aiman, Nur Sara Jasmin dan Muhammad Danial Haikal.. " dan aku pun "kenapa encik?" and jawab si pemanggil lagi, "Ada EnAmat disini nak uruskan hal pertukaran sekolah.. boleh tau hubungan??"... dan kata aku, "Ohhh.. suami saya.. ayah tiri anak2 saya.. ada masaalah ke encik?" and sambung pemanggil lagi, "oh.. tak.. kami cuma nak pengesahan saja.. boleh bagi no kad pengenalan.. bla.. bla.. bla.." dan segala2nya selesai..

Kata EnAmat petang tu.. dia hampir2 putus asa bila kerani tu berkeras tak mahu menerima borang yang dihantar.. dan menyuruhnya balik untuk dapatkan perintah mahkamah.. dan selepas bertekak.. dan bertengkar.. and ada kerani lain yang perihatin datang mengusulkan supaya dibawa berjumpa pengarah *kalau tak silap* untuk selesaikan.. dan Alhamdulillah.. semuanya selesai.. dan semua anak2 aku dah pun bersekolah... walau selalu merungut.. "tak best.. best lagi sekolah kat melaka.." LOL.. apa2 je lah.. malas dah nak layan..

Note: Buat teman2 yang memegang status ibu tunggal.. aku akui.. memang susah dan kusut rasanya bila berdepan dengan keadaan sebegini.. Aku.. alhamdulillah.. hubungan dengan EnAyah masih baik.. kami masih lagi boleh bercakap dan bergelak.. Terbayang mereka2 yang memang langsung tak boleh tengok muka.. tak boleh berjumpa.. apatah lagi bertukar2 fikiran.. stressnya.. hanya Allah saja yang tau.. Pada aku perintah mahkamah hak penjagaan tu.. tak kira walau apa orang kata pentingnya.. pada aku.. cumalah sekeping kertas.. yang mana nak mendapatkannya perlu mengorbankan banyak perasaan.. apatah lagi perasaan anak2.. penceraian itu sendiri sudah begitu memedihkan.. even buat aku.. hingga saat ini.. dan aku.. sampai bila2 pun.. dengan izin Allah.. tak mau melalui proses yang memedihkan jiwa.. sampai bila2.. ever..

Khamis, 27 Mei 2010

Part 2 ~ Perintah Mahkamah the Saga


Semalam aku betul2 emo dengan cerita Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. geram, sakit hati, marah, sedih, rasa tak masuk akal.. dan semua2 lah.. bercampur baur.. Menangis aku bukanlah kerana aku ni cengeng **pompuan kannnn.. semua mcm tu aku kira..** tapi kerana at the time of kejadian.. aku rasa tersangatlah helpless.. sangat2 tak berdaya.. regardless apa pun aku buat.. keputusannya dengan begitu kejam tak menyebelahi aku.. kecewa dalam hati sangat tebal.. marah sangat2 tapi tak mampu nak salurkan kemarahan aku.. dan akhirnya.. cuma air mata sajalah yang menghurai segala perasaan dalam jiwa ketika tu..

"hmmmm.. nama penuh apa??" kata guru besar sebaik saja aku duduk.. "saya Nor Ismah cikgu.." jawab aku pendek dengan senyum tawar.. "tinggal kat mana?.." sambungnya lagi sambil mencatat atas kertas nama yang baru aku sebut.. "Permai heights.." kata aku sambil melihat tangannya menulis atas kertas apa yang aku cakap.. "awak nak mintak tukar anak awak sekolah? Kenapa? " tanya guru besar lagi... "Ya cikgu.. saya akan berpindah tempat kerja.. ke Pasir Gudang.. so.. nak pindah sekolah lah.."

"Awak ada perintah mahkamah hak penjagaan? kalau tak ada kami tak boleh benarkan.. saya tak boleh tandatangan.." Kenyataan yang buat aku tarik nafas panjang.. "Cikgu.. saya akan berpindah kerja ke Pasir Gudang hujung minggu ni.. selama ni saya yang jaga budak2 ni.. dan bekas suami saya di luar negara.. tak de kat sini.. semua urusan yang berkaitan anak2 saya termasuk pindah / masuk sekolah saya yang uruskan.. kenapa sekarang nak tukar sekolah tak boleh pulak? Sedangkan time masuk sekolah ni dulu.. tak siapa pun persoalkan perintah mahkamah hak penjagaan.. apa masaalahnya pulak.."

"Bukan apa.. kita tak mau ada issu berbangkit.. kita tak tau, mungkin puan nak bawak lari anak ni.. Tahun berapa anak puan?" sambung guru besar lagi.. kali ni kenyataan yang aku rasa memang tak masuk akal langsung.. aku jeling meja guru besar.. fail anak aku besar depan mata.. masih lagi tak tau anak aku kelas apa.. "Tahun 5 G.. and.. kenapa pulak saya nak bawak lari anak saya.. tak masuk akal betul.." tetiba je keluar dari mulut aku..

"5 G??? pandai murid ni.. Ada tak bekas suami puan atau puan kata nak ambil salah sorang atau pisah2kan anak2 ni?.." Soalan yang buat aku berkerut dahi dan terbeliak bijik mata.. tak faham motif langsung! "Cikgu.. saya dengan bekas suami saya memang tak ada masaalah pasal hak penjagaaan.. pada kami dua2 pun berhak atas anak2 ni.. lagipun ini bukah HAK.. ini tanggungjawab.. bekas suami saya sekarang kat Abu Dhabi.. bukan di Malaysia.. semua urusan anak2 memang tanggungjawab saya.."

"Macam ni lah.." pintas guru besar.. "Puan dapatkan Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. kemudian kita process.. saya tak de masaalah kalau puan ada Perintah Mahkamah Hak Penjagaan tu"... dan balas aku.. "Cikgu, saya nak pindah hujung minggu ni.. saya start kerja 1 June.. kalau cikgu tak nak sign pertukaran sekolah.. cikgu nak jaga anak saya ke bila saya pindah nanti?.. lagipun bukan ke Cikgu boleh guna budi bicara sekolah.. Bekas suami saya tak de kat sini.. kalau dia ada sekali pun saya tak nak tuntut hak penjagaan.. Cikgu tau ke macam mana process mahkamah? Cikgu pernah naik mahkamah? Cikgu tau tak segala2nya memberi tekanan pada setiap yang terlibat.. saya tak mau rosakkan hati anak2 saya.. sedangkan selama hari ni hubungan kami semua baik.. termasuk dengan bekas suami.."

"Puan perlu tau.. bukan kehendak kami.. ini kehendak kementerian.." katanya sambil senyum sinis.. MENYAMPAH BETUL!!!! "Saya tau ini kehendak kementerian.. tapi juga atas budibicara pihak sekolah.." jawab aku perlahan antara dengar dengan tidak.. terasa sangat2 hampa..

Dan entah bila, aku pun tak sedar bila mana tangan aku mengambil mobile phone dan mendail no En.Ayah.. "Salam.." kata aku tiba2 sebak.. menahan perasaan.. "Saya kat sekolah adik ni.. uruskan pindah sekolah.. tapi guru besar tak nak sign surat pelepasan.. katanya sebab saya tak de Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.." dan kali ni.. aku dah tersedu2.. Guru besar pun seakan terkejut.. tak sangka aku akan telephone En.Ayah di Abu Dhabi..

"Laaa.. apasal pulak.. awak tak cakap ke memang awak yang jaga budak2 tu selama hari ni?.." kata En.Ayah pada aku.. "Dah.. tapi dia nak jugak Perintah Mahkamah Hak Penjagaan tu.. Saya tak tau nak buat apa.." balas aku yang masih lagi menangis.. "Awak tak cakap ke saya tak de kat malaysia.. budak2 awak yang jaga??" sambung En.Ayah.. "Semua dah.. tapi dia tak nak sign.."

Dan telephone bertukar tangan.. sesekali Guru besar kelihatan mengangguk2 sambil mendengar EnAyah bercakap..

"Awak draft la surat.. emailkan kat saya.. nanti saya sign and faxkan ke sekolah.. harap tak de masaalah lagi.." kata EnAyah... dan selepas 1 jam.. seperti yang En.Ayah janjikan.. No Objection Letter dari EnAyah difaxkan ke sekolah Danial.. dan membolehkan aku dapat surat pertukaran sekolah Danial.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah.. terima kasih juga pada EnAyah..

Nanti kita sambung part 3 pulak.. apa jadi kat sekolah menengah???

Rabu, 26 Mei 2010

Part 1 ~ Perintah mahkamah dulu ok..??!!


"Kamu tau tak proses ke mahkamah? Kamu pernah naik mahkamah ke?? sangat2 stress tau.. dan.. kalau Guru Besar tak nak sign borang nih.. anak saya macam mana? saya akan mula kerja minggu depan.. Guru Besar nak jaga ke anak saya kalau saya pindah nanti?" kata aku pada kerani sekolah tu.... rasa kecewa sangat2.. dan tak sedar bila mana air mata aku mengalir.. haihhhh.. emo la pulak..

Dua tiga hari ni.. kelam kabut aku menguruskan hal pindah randah nih... banyak betul nak buat.. rasa tekanan sangat2.. macam nak muntah pun ada dengan segala2 yang nak dibuat.. sampai tak tau.. yang mana satu nih yang nak didulukan.. huhu..

Bukan sekali anak2 aku berpindah randah.. dah terlalu banyak kali.. and.. aku pun bukan lah tak pernah pindah sekolah.. dari kecik sampai besar.. proses tu dah macam lali dah kat aku.. pada aku terlalu mudah sangat2.. dah boleh hafal lah dalam kepala nih kata orang tu.. but.. tu lah.. perhaps this time.. segala2 ilmu yang didada.. langsung tak boleh diguna.. sebabnya situasi dah berlainan..

Kisahnya.. dua hari lepas pi sekolah.. urusan pindah sekolah anak2.. selesai isi borang, katanya Guru Besar ada meeting apa tah.. so nak mudahkan kerja, aku pun kata la.. "Esok lah saya datang ambil.. nak ke Alor Gajah pulak sekolah menengah.."

Semalam aku datang nak amek document yang dah siap.. tetiba, "Puan, Guru Besar tak nak sign. Puan ada masaalah kes cerai kan.. kami nak Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. kalau tak tak boleh tukar sekolah.." dan aku.. "Hahhh??!!" dalam hati.. apa kes pulak nih..

Kata aku, "tak nak sign? but saya nak pindah.. saya tak de Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. saya tak pernah pun tuntut hak penjagaan.. atau apa2 je lah.. and saya dan bekas suami saya tak ada masaalah langsung tentang hak penjagaan.." yang kemudiannya dijawab, "Kalau macam tu, puan pergi ke mahkamah, dapatkan perintah mahkamah hak penjagaan.. baru datang balik.. baru Guru Besar akan sign.." buat aku terbeliak bijik mata.. "Saya nak pindah hujung minggu ni.. bekas suami saya ada di Abu Dhabi.. selama hari ni pun.. anak2 saya memang tinggal dengan saya.. segala urusan pun, tak kira apa.. saya yang buat.. apa masaalahnya ni??.." dan angin tak puas hati aku mula memberontak... "Puan dapatkan dulu perintah mahkamah.. kemudian datang balik.. sebab, guru besar tak nak sign kalau tak de Perintah Mahkamah.."

Dan selepas puas "bertekak", aku dibawa berjumpa dengan HEM.., "kami memang tak boleh sign borang tu kalau tak de perintah mahkamah hak penjagaan.. ini requirement dari kementerian bukan dari sekolah.. kami tak mau nanti ada cerita berbangkit.. isteri larikan anak.. pihak sekolah disaman.. bla.. bla.. bla.."

"Puan.." kata aku.. "puan pernah pergi mahkamah.. puan tau ke proses mahkamah tu macam mana? hanya Allah saja yang tau.. saya cukup2 stress dengan penceraian saya.. tekanan yang saya hadapi.. itu tak masuk perasaan anak2 saya lagi.. saya tak pernah fikir pun nak berebut anak2 dengan bekas suami saya.. sebab tu pun anak2 dia jugak.. kalau saya sayang mereka.. bekas suami saya sayang mereka jugak..." dan kata2 aku mati di situ.. yang ada cuma air mata aku, bukan dibuat2.. "Saya tak pernah terfikir pun tuntut apa2.. hatta harta sepencarian sekalipun.. saya tau ini kehendak kementerian.. tapi.. juga atas budi bicara pihak sekolah dan guru besar kan.. kenapa nak merumitkan keadaan?? Saya tak faham.. sebelum ni, masa anak saya masuk sekolah dulu pun..tak ada pun orang kata apa2 atau mintak itu ini.. tandatangan surat kebenaran atau apa saja yang berkaitan hal sekolah.. even puan pun tau.. memang saya yang uruskan.. kenapa selepas 3 tahun.. baru sekarang nak mintak??.."

"Kami tak boleh buat apa2.. ini kehendak kementerian.. nasihat saya.. puan dapatkan Perintah Mahkamah Hak Penjagaan dulu.. baru kami akan proses.." kenyataan yang buat hati aku jadi pedih.. dan jawab aku, "Puan.. bukan setakat puan, semua guru2 yang mengajar anak2 saya pun tau bekas suami saya tak de di Malaysia.. dan anak2 saya semua dibawah jagaan saya.. berapa lama saya nak tunggu Perintah Mahkamah Hak Penjagaan baru boleh dapat surat tukar sekolah? Saya akan mula kerja dan berpindah minggu depan.. kalau pihak sekolah tak nak lepaskan.. Puan nak ke jaga anak saya sampai saya dapat Perintah Mahkamah tu nanti? saya akan mula kerja di P.Gudang minggu depan.."

Dan aku bertekak pulak dengan HEM.. yang hasilnya aku dibawa berjumpa dengan Guru Besar..


Nanti kita sambung part 2 pulak eh.. Jangan serik...
:))

Sabtu, 22 Mei 2010

Happy Birthday Sayang..

Dear Aiman...

Its Aiman's 14th Birthday tomorrow... Happy Birthday dear.. Ibu loves you.. Semoga Aiman menjadi anak yang taat pada perintah agama, hormat pada orang tua.. semoga perjalanan hidup anak ibu akan sentiasa dipermudahkan Allah dan mendapat keberkatanNya.. InsyaAllah.. Semoga dimurahkan rezeki dalam baraqah.. dijauhkan dari segala kesesatan siang.. juga kejahatan malam.. Aminnn..

p/s - Jangan cepat putus asa.. Jangan nakal.. and yang penting.. Jangan asik dengan PS2 je.. ;-p

Khamis, 20 Mei 2010

Come what may...

Salam Semuaaaa....


Memula sekali.. nak cakap terima kasih pada semua kengkawan yang mendoakan aku selama hari nih.. Alhamdulillahhh.. berkat doa anda2 semua, InsyaAllah.. aku akan memulakan tugas baru di selatan tanah air.. bermula June 2010.. hadiah harijadi aku nih.. **hehe.. nak bagitau.. birthday dah dekat..**

Happy? entah.. kepala tengah berserabut memikir sara yang akan amek PMR tahun nih.. and a bit skeptikal tentang sekolah2 kat sana.. Aku suka Melaka.. aku suka sekolah2 kat Melaka.. aku suka guru2 yang penuh dedikasi dan tanggungjawab yang mengajar anak2 aku di Melaka nih.. dan sangat2 bingung memikirkan.. apakah guidelines yang aku ada untuk aku guna bila memilih sekolah di sana nanti.. walaupun aku tau.. belajar kat mana pun sama.. pokok pangkalnya diri sendiri tuan punya badan.. tapi.. aku juga tak dapat menolak the outside force that are more stronger yang bakal jadi pengaruh yang mempengaruhi diri anak2 kelak..

All the while, bila orang tanya aku, aku sure kata aku orang Johor.. lahir kat Johor.. kampung Johor.. mak abah kat Johor.. but.. aku tak suka dok di Johor.. especially bila aku rasa Johor tu macam tak sesuai je untuk aku.. **pada mereka2 yang berada di Johor.. maafkan lah aku..** kehidupan kat Johor tu pada aku.. terlalu pantas.. hectic.. and.. entah.. segala2nya macam "mechanical" je.. tak de "jiwa" hidup kat sana.. **pada aku lah.. but aku tau.. orang Johor tentu2 suka dok Johor ekkk..**

Banyak benda yang buat aku berfikir.. bukan kata anak2 aku.. aku sendiri pun rasa macam tak bersedia nak hidup kat Johor tu..

En.Amat kata.. "kalau awak tak suka pi sana.. buat apa nak pegi.. tak payahlah.. daripada pegi and awak sendiri yang tension nanti.." bila aku suarakan rasa hati aku.. Kengkawan yang tau aku akan ke sana.. kepalang suka.. sibuk tolong cari rumah bagai walau aku tak mintak tolong.. **thanks dear Anne & Aju..**

Even mak dengan abah pun sampai saat ni.. masih lagi tak tau aku akan ke sana.. haihhhh.. problem lagi.. haha.. tak habis2 dengan problem aku nih.. apa daaa..

And semalam.. selepas meeting dengan Hanipah & Khalid.. aku dapat semangat baru.. and on the way driving back to Melaka last night.. aku terfikir..

things happen for reason.. ada sebabnya tuhan campak aku ke Melaka.. ada sebabnya jugak tuhan suruh aku ke Johor.. kalau tuhan dah kata rezeki aku kat Johor.. maka aku akan terima seadanya.. selebihnya hanya Allah saja yang maha mengetahui.. semoga Allah permudahkan bagi aku juga keluarga aku segala pintu kesulitan dalam berkat.. InsyaAllah.. Amin.


p/s ~ buat semua warga Sek. Keb. Paya Rumput & Sek Men Dato Dol Said.. terima kasih yang tak terhingga dari hati kami semua kerana mendidik anak2 kami dengan penuh rasa tanggungjawab.. Sesungguhnya hanya Allah saja yang dapat membalas budi dan jasa kalian..

Isnin, 10 Mei 2010

Jom Pi Hotel..



Hahaha... entry hari ni.. entry membebel.. Ok.. ceritanya.. kita semua **yang berusia tahap2 dewa seperti aku nih..** pernah satu masa dulu muda kannnn... and sekarang ni pun tak de la tua mana.. cuma usia tu.. dah kira matang la.. hua3x..

So.. sebagai seorang yang matang.. **heheh.. jangan muntah ye....** Well.. tajuk bebelan aku untuk hari ini ialah.. LIRIK LAGU YANG SANGAT2 MERUNSINGKAN.. korang pernah dengar lagu2 yang korang tak suka?? atau yang korang bila dengar rasa.. WAAAAA.. best la music dia.. or at least.. gendang2 steering kereta bila sambil dirve tu... atau.. aikkkk macam nih pun boleh jadi lagu???!!! or paling2 pun.. sing-along session.. hmmmm... mesti banyak kannnnn.. :))

Agak2 la.. bila dengar radio kat dalam kereta tu **ehem.. aku cuma dengar radio bila dalam kereta je ** stesen radio mana la yang korang dengar eh.. kalau aku biasanya Mix.fm.. or bila pagi, time antar budak2 pi sekolah semua suruh bukak era..

Cerita yang nak disampaikan ialah.. pernah dengar lagu ni tak??? aku cukup bengang bila dengar lagu ni.. macam manalah lembaga penapisan tak banned saja lagu nih.. lagu yang aku rasa sungguh2 sakit hati.. geram.. benci yang teramat sangat.. sebab menggalakkan pergaulan bebas.. seks luar nikah.. menggalakkan maksiat.. yang macam2 yang pada aku memang tak sepatutnya jadi lagu ikutan lah.. apatah lagi bagi anak2 muda.. ~ PITBULL : HOTEL ROOM SERVICE ~ sakitnye hati aku tiap kali lagu ni berkumandang dalam radio..

Tak cukup2 membaca berita kat paper.. dengar kat radio.. tengok kat TV.. buang anak dan macam2 lagi lah.. MANA PERGINYA SEMUA ORANG YANG ADA AKAL, YANG DIBERI AMANAH, YANG SEPATUTNYA MEMANTAU TAPI TAK BUAT NIHHHHH??? KORANG TIDO KE?? **sorry lah kawan2.. aku memang sangat2 BENCI dan rasa sangat2 tak puas hati bila dengar lagu ni..**

Untuk sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni.. korang boleh search kat "u-tiub".. dan nilailah sendiri..


p/s - ARRGGGGHHHHHHH......... SESUNGGUHNYA AKU SANGAT2 BENCI!!!!!!!


Khamis, 6 Mei 2010

You'll always be remembered.. RIP


"I'll be off to do some errands.. I'll be in slightly after 1pm.. anything call my mobile.. see you after lunch." dan aku pun cuma angguk.. hari ni last day kann.. so tentu2 nya sibuk banyak yang nak buat..

He came back to the office with lots of things on his hand.. rushing terus masuk office.. aku cuma pandang dengan ekor mata je.. maleh nak kacau.. and tengah aku sibuk siapkan handover report.. tetiba Dave datang dan duduk atas meja aku.. aku stop buat kerja and pusing tengok dia.. and.. there it is.. he put satu pasu beserta pokok orkid dengan bunga sekali atas meja.. buat aku berkata dalam hati.. "pokok betul ke plastik nih??"


the orchid.. after 1 month.. cantik kan??

"I really don't know what to give you as a thank you gift.. I hope you like orchids.. I'm not sure how it is in Malaysia but.. in the UK.. it is very hard to grow this plant.."

" ehemmm.. pokok betul ke???" Kata aku dalam hati lagi.. "tak pernah umur hidup aku bela pokok.. orkid lak tu.. nampak gaya.. tinggal pasu je la ni nanti.. " aku tengok muka Dave.. and yang keluar dari mulut aku.. "you shouldn't have.. thanks, its lovely.. thank you.." almost speechless..
**Ya lah.. sapa nak sangka bila dia pergi.. kena jaga pokok orkid la pulak kannnn.. kat rumah tu.. mana ada pokok bunga.. yang banyak tanam pun.. cuma lalang je..***


Dave...


But.. 2 weeks after he left Malaysia.. I've received a text saying "... Dave Stubbs has passed away on Sunday, 4th.... I am so sorry.. "

Segala2nya melintas kat depan mata aku.. he was a kind man.. a very good boss.. and a good friend.. teringat all the conversation we had the day before he left.. lama dia bersembang dengan aku..
"I'll be very2 busy later today.... I might not have the chance to say this later.. thank you for all you help.. bla.. bla.. bla.. who knows.. we'll be working together again in the next project.. "

Dah sebulan segala2nya berlalu.. dan baru hari ni aku ada keberanian dalam hati untuk bercerita tentangnya.. And sehingga hari ini.. each time looking at the orchid.. terasa sedih dalam hati.. teringat his wife, Katy..

David L Stubbs.. you'll always be remembered.. RIP.


jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter