Ahad, 1 Ogos 2010

Kisah anu... :-O


Minggu nih **tak ingat pulak hari apa..** Danial balik sekolah sambil tergelak2 besar.. "Kelakar la kawan adik kat sekolah tu.."... kata Danial dengan ketawa yang tak berhenti.. "Kawan adik pegang bahu dia.. tiba2 dia kata... Jangan la anu aku.." dan kali ni dengan ketawa yang lebih kuat.. sampai tak bernafas..

Pada aku.. orang Johor.. kalau mendengar.. memang la tak de apa yang tak kena dengan ayat tu.. but bagi budak2 ni yang memang tak pernah bercampur gaul dengan masyarakat Johor **well.. most of the time kalau balik johor pun cuma dengan sepupu2 dia je.. kat rumah nenek.. dan pada kebanyakkan masa.. memang cuti budak2 ni habis banyak di Terengganu..** perkataan "anu" tu semacam sesuatu yang agak lucah.. pada dia la.. dan bila dipertuturkan dikhalayak ramai.. jadi macam lucu pulak.. menyebut "anu" kuat2.. LOL..

Melihat Danial ketawa.. aku jadi tak tahan.. ketawa sama sampai sakit perut.. dan hari tu.. satu hari.. Danial, Aiman dgn Sara.. asik mengulang perkataan 'anu'.. adoi laaa..

Hmmmm... apa maksud perkataan "anu" tu sebenarnya? Okay... aku orang Johor.. bila orang sebut.. tentu2 aku faham maksud ayat yang nak disampaikan.. but..kalau ikut kamus dewan la.. apa maksud perkataan "anu" tu sebenarnya.. ehem.. cikgu2 kat luar tu.. help please... hahaha..

Tambah Danial lagi... "lagi satu kan bu.. adik tak faham betul cikgu adik tu... kenapa dia suka cakap nengok.." juga masih ketawa tak berhenti.. "nengok.. nengok.. tah apa2.. patutnya tengok.. ini tak.. cikgu cakap nengok.." buat aku senyum tak sudah... hmmmm...

Dan cerita Danial mengingatkan aku pada komen En.Amat... katanya, "sepanjang saya kenal awak.. dari sekolah dulu.. tak pernah saya dengar sekali pun awak cakap 'Johor'.." and sambungnya.. "bila jumpa set2 dia.. laju betul bunyi 'orang johor' dia ek.." sambil senyum kambing.. buat aku tersenyap.. erkkk..

dan terfikir dalam hati.. betul ke? hahaha...




Tiada ulasan:

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter