Ahad, 4 Julai 2010

Part 3: Akhirnya...


Salam semua yang kat luar tu.. hmmm.. tah ada orang ke tidak lagi ek kat luar tu.. :))

Sebenarnye ada banyak sangat cerita yang nak cerita ni.. sampai tak tau nak mula yang mana dulu.. Haha kita sambung lagi eh.. kalau larat baca.. baca lah sampai abissss.. :)) Kalau tak de yang membaca pun tak pelah.. untuk makcik baca sendiri2 bila makcik rasa sunyi.. **ayat tak boleh belah..**

But before that nak bagi tau.. hari ni hari lahir EnAyah... so.. SELAMAT HARI LAHIR BUAT EN.AYAH.. semoga panjang umur.. dimurahkan rezeki ... dipermudahkan segala pintu kesulitan dan.. diberikan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat... dalam baraqah.. InsyaAllah.. aminn...

Apa jadi kat sekolah menengah? Hahaha.. tak de apa2.. Tak percaya??!! Kata pengetua "masuk sekolah ni dulu puan yang uruskan kan? semua borang urusan sekolah puan yang tandatangan kan?.. hmmm.. saya tak nampak masaalah pun kat situ.. tak pelah.. puan tak perlu susah hati.. nanti kami process.. datang esok untuk ambil borang yang sudah siap tandatangan.." kata puan pengetua dengan senyum yang ramah.. buat aku rasa macam tak percaya je.. mengenangkan apa yang baru je aku tempuh kat sekolah rendah... macam tak masuk akal semua nih.. eh.. entahlah.. dan aku pun baliklah..

Cerita kat Johor lain lah pulak.. buat makcik jadi lebih cengeng.. Apa2 pun.. malas nak taip pasal kisah perintah mahkamah.. cuma nak cakap.. masaalahnya bukanlah besar sangat pun ** kalau layak disebut masaalah lah..**.. Cuma mereka2 yang terlibat takut nak buat keputusan.. semua macam nak lepas tangan dan diri sendiri.. langsung tak terfikir atau menganalisa cerita yang sedia ada.. entahlah.. cerita pun sakit hati.. Last2.. makcik dah fedup.. makcik call EnAmat.. kata makcik..
"awak amek la cuti next week Monday.. uruskan budak2 nih.. saya dah tak larat.. sekali lagi kalau saya dengar orang cakap mintak perintah mahkamah hak penjagaan... mau ada yang masuk paper cedera kena serang dgn saya nanti.." **hahaha.. cakap2 org jiwa kacau nih..** Ugutan agresif makcik la pulak... wakakakaka..

Cerita yang sama jugak EnAmat tempuh bila dia ke pejabat pelajaran di larkin.. Mati2 kerani kat bawah tu tak nak terima borang... and EnAmat selepas puas bertekak.. akhirnya di bawa jumpa dengan pengarah **kalau tak silap** and makcik yang tengah sibuk dalam bilik meeting.. tetiba phone bunyi.. **mujur phone on silent.. and mujur bukan makcik yang punya meeting.. makcik cuma attend je.. boleh la makcik angkat call kat luar..**

"Boleh saya cakap dengan puan nor ismah" kata pemanggil tu.. " and makcik yang heran tak heran pun jawab, "bercakap.." "Puan, saya dari pejabat pelajaran, nak bertanya mengenai anak puan, Muhammad Nur Aiman, Nur Sara Jasmin dan Muhammad Danial Haikal.. " dan aku pun "kenapa encik?" and jawab si pemanggil lagi, "Ada EnAmat disini nak uruskan hal pertukaran sekolah.. boleh tau hubungan??"... dan kata aku, "Ohhh.. suami saya.. ayah tiri anak2 saya.. ada masaalah ke encik?" and sambung pemanggil lagi, "oh.. tak.. kami cuma nak pengesahan saja.. boleh bagi no kad pengenalan.. bla.. bla.. bla.." dan segala2nya selesai..

Kata EnAmat petang tu.. dia hampir2 putus asa bila kerani tu berkeras tak mahu menerima borang yang dihantar.. dan menyuruhnya balik untuk dapatkan perintah mahkamah.. dan selepas bertekak.. dan bertengkar.. and ada kerani lain yang perihatin datang mengusulkan supaya dibawa berjumpa pengarah *kalau tak silap* untuk selesaikan.. dan Alhamdulillah.. semuanya selesai.. dan semua anak2 aku dah pun bersekolah... walau selalu merungut.. "tak best.. best lagi sekolah kat melaka.." LOL.. apa2 je lah.. malas dah nak layan..

Note: Buat teman2 yang memegang status ibu tunggal.. aku akui.. memang susah dan kusut rasanya bila berdepan dengan keadaan sebegini.. Aku.. alhamdulillah.. hubungan dengan EnAyah masih baik.. kami masih lagi boleh bercakap dan bergelak.. Terbayang mereka2 yang memang langsung tak boleh tengok muka.. tak boleh berjumpa.. apatah lagi bertukar2 fikiran.. stressnya.. hanya Allah saja yang tau.. Pada aku perintah mahkamah hak penjagaan tu.. tak kira walau apa orang kata pentingnya.. pada aku.. cumalah sekeping kertas.. yang mana nak mendapatkannya perlu mengorbankan banyak perasaan.. apatah lagi perasaan anak2.. penceraian itu sendiri sudah begitu memedihkan.. even buat aku.. hingga saat ini.. dan aku.. sampai bila2 pun.. dengan izin Allah.. tak mau melalui proses yang memedihkan jiwa.. sampai bila2.. ever..

2 ulasan:

a kl citizen berkata...

alhamdulillah settle jugak ya... ismah
kalau tak kena bukak sekolah sendiri lah jawabnya...

bebudak masih tak best lagi ke di sekolah baru?

payarumput21 berkata...

Salam AKC..

Hehe... bukak sekolah sediri utk mereka2 yg bermasaalah mcm ni ye..

Perhaps dah lama kat Melaka.. so, susah sikit nak sesuaikan diri.. kawan2 dari sekolah rendah bawa ke sek menengah.. especially Aiman.. Sarah dan Danial ok je.. InsyaAllah.. lama2 ok la tu..

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter