Jumaat, 8 Jun 2012

Sayang Anak Ibu.. Cepat Sembuh Ya..


Including hari ni.. dah hampir seminggu Imann demam.. hanya Allah saja yg tau perasaan hati makcik bila tiap pagi terpaksa bertukar tangan dgn babysitter.. meninggalkan Imann yg demam dan sangat2 monyok.. minggu ni.. Imann tak nak ketawa.. tak nak senyum.. tak nak cakap.. kalau ada yg keluar pun dari mulut Imann.. cumalah "anakk.. anakk.." which translates to "tak nak.. tak nak.." and hati makcik jadi tebal sgt2 bila semalaman Imann tidur berdakap di dada makcik.. kerana cara tu saja lah yg boleh buat Imann tido.. and pagi tadi Imann dakap makcik kuat2.. tak nak ditinggalkan.. terasa hati makcik macam dikoyak2 bila dengar Imann kata "anakk.. anakk.." minta diambil balik.. dan makcik cuma mampu mengetap bibir menahan sedih dalam hati.. 

Seminggu ni jugak.. makcik rasa dah macam zombie.. badan saja kat office tu.. hati tak pernah tinggalkan Imann.. Semoga anak ibu cepat sembuh.. rindu nak dengar Imann ketawa.. nak tengok Imann jump.. nak dengar Imann cakap Hurray!... rindu nak tengok Imann lari2 dalam rumah..Rindu nak dengar Imann nyanyi lagu Itsy Bitsy Spider..  Cepat sembuh ya sayang.. 

Apa2 pun susah dan sedih hati makcik sedikit terubat sebab Aiman, Danial & Sara ada depan mata sempena cuti sekolah nih.. Alhamdulillah.. 

Kata Sara.. kenapa adik mcm tu.. sakit ke kalau nak keluar gigi sampai demam2.. aku cuma mampu kata.."kalau gusi awak tercucuk.. sakit tak?.. tentu2 sakit kan.. apa lagi adik.. gigi tu nak keluar dari dalam gusi.. yg mencucuk tu sentiasa ada kat dlm gusi.. kalau gusi awak tercucuk tulang.. tulang patah tertinggal dalam gusi.. sakit bengkak kan.. sama la mcm adik.. selagi gigi tak keluar.. selagi tu la sakit tak hilang.."

Kata Aiman.. "Kenapa adik tak nak main2.. asik nak nangis.. nak mintak dukung je.. moody je.. Man, kakak dgn adik dulu mcm tu ke bu?".. buat aku tersenyum.. "ibu ingat dulu.. kalau kakak demam.. satu malam ayah tak tido.. tak pun.. tido duduk peluk kakak.. sebab kakak kalau demam.. dia tak nak org lain.. ibu pun dia tak nak.. dia cuma nak ayah je.. and awak kalau demam.. sampai biru2 mulut, kaki dgn tangan.. duduk diam je tak nak buat apa2.. adik kalau demam.. pun sama.. diam je.. apa pun tak nak.. makan pun tak nak.."

Kata Danial.. kenapa pulak dia tak nak makan.. lama betul dia demam.. biasa org kalau demam sekejap je.. and aku cuma mampu kata.. "adik ingat tak adik demam lepas baby lahir tahun lepas.. tak tidur ibu tunggu adik.. letak kain basah atas kepala adik.. tido duduk ibu.. adik tak nak makan.. tak nak minum.. adik nak tido je.. sebab apa? adik rasa letih.. tekak rasa tak lalu nak makan kan.. sama la mcm baby.. bezanya adik boleh bagitau apa yg adik rasa.. baby tak boleh.."

Dua minggu cuti sekolah ni.. adalah dua minggu yg sangat2 mencabar hati, perasaan, mental dan juga fizikal makcik.. semoga kesabaran tu menjadi milik hati makcik.. semoga ketabahan hati yg setipis kulit bawang yg tinggal ini dapat makcik pertahankan.. semoga semuanya berlalu dengan cepatnya.. 
Ya Allah, sesungguhnya aku ini hanyalah makhluk Mu yg lemah.. aku meminta pada Mu.. aku berharap pada Mu.. dan pada Mu juga aku berserah.. andai Kau yg bawa aku ke sini.. aku percaya.. Kau juga lah yang akan keluarkan aku dari sini.. Kuatkan lah hati dan semangat hamba Mu ini ya Allah.. sesungguhnya.. hanya Kau saja yg maha mengetahui.. permudahkan lah bagi kami hamba2 Mu ini ya Allah..  amin.. amin.. ya rabbal alaminnn...

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter