Sabtu, 14 Jun 2008

Wahai Jiwa Yang Kacau..

Dah beberapa minggu kebelakangan ni aku sibuk sangat2... sampai office terus duduk start buat kerja yang "tertunggak" dengan harapan dapat di selesaikan semua sebelum aku mulakan tugas untuk hari itu..

Malangnya.. it does not matter how much or how hard... at the end of the day.. it keep on multiplying.. Tau2 bila tengok jam.. dah separuh hari terbazir akibat membetulkan kerja dan silap orang lain..

TENSIONNNNNNN!!!!!!!...

Bilakah kan berakhir...

Ahad, 8 Jun 2008

Rumah Nenek...

Penatnya tak terkira.. Walaupun cuma 3 jam lebih perjalanan, balik kampung bukanlah satu perkara yang aku suka sangat2 nak buat... penatnya bila bawak kereta.. lebih2 lagi dengan budak2.. and kerenahnya...

Sepanjang perjalanan dari rumah nenek (panggilan kami pada mak..) di Gelang Patah ke Melaka... Sitting at the driver's seat with 3 children that most of the time trying their very best to irritate each other... Betul2 mencabar kesabaran aku sebagai seorang ibu... Nak di marah, dah seminggu tak jumpa.. nanti kata tak sayang pulak!... Dibiarkan.. kita pulak yang jadi mental dengan orang tu menjerit! orang ni panggil ibu.. ibu.. ibu.. Makin dilarang, menjadi2 pulak kelakunya..

Kadang2 tu termenung dibuatnya... macam manalah nenek jaga kami enam orang dulu...
Dari kecik kami memang orang susah.. hidup nenek tak pernah merasa tinggal dalam rumah sendiri.. menyewa.. pindah... menyewa... pindah... menyewa lagi... dan pindah lagi... lagi... dan lagi.. Aku sendiri pun tak tau tah berapa banyak rumah yang dah kami semua sewa..


Sehinggalah tahun 2006 bila arwah abang long meninggalkan kami.. nenek betul2 nak balik dan tinggal di kampung.. katanya, "dekat dengan adik beradik aku... kalau aku mati pun.. atau adik beradik aku mati dulu.. aku masih sempat jumpa.." terasa sangat2 apa yang nenek maksudkan...

Kami adik beradik yang tinggal 5 dari enam orang pun berpakat berkongsi tenaga, wang ringgit dan kepakaran untuk membina rumah yang di atas tu... Kami beruntung... dua adik lelaki aku... memang ini bidang dia... hujung minggu, itu sajalah kerjanya... dan awal tahun 2008, nenek dah ada rumah sendiri!! dapat dilihat perubahan nenek... bila duduk dekat dengan adik beradiknya sendiri... nenek nampak lebih gembira...

Sayu hati... Hanya ini saja yang kami mampu nenek... "Selamat Hari Ibu buat Nenek..." dari anak2 mu...

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter