Selasa, 14 September 2010

Raya oh.. Raya..

Salam semua...

Dalam sejarah hidup aku... sejak aku kecil.. berkahwin.. ada anak.. hinggalah sekarang.. raya tahun ni lah yang merupakan raya yang langsung tak rasa macam raya.. Bermula dengan kuih raya.. sampailah ke baju raya.. persaipan rumah untuk raya.. and berjalan2 beraya.. semuanya aku rasa macam tak de apa2 je..


Terkini... makcik dgn adinda kesayangan yang telah bersengkang mata menjayakan raya tahun ni.. **sila abaikan saiz badan makcik yang dah semakin mendugong tu..**

Walau apa pun.. Syukur pada Allah.. aku masih lagi dikelilingi insan2 yang aku sayang pada Syawal tahun ini.. Alhamdulillah.. **hahaha... tak baik komplen kan.. mujur ada anak2.. adik beradik.. anak2 buah.. dan mak bapak serta suami kat sisi..**

Kuih raya?? kalau datang rumah aku lah.. memang sedih sangat2.. tak ada!!! Kuih raya yang ada cuma kuih Tart lebih yang aku beli kat Melaka hari tu untuk poskan pada En. Ayah.. Bukan sebab tak nak beli ** ehem... sedangkan beli tu pun aku tak larat.. inikan pulak aku nak membuat.. hahaha ** tiap kali bila En. Amat tanya aku pasal kuih raya.. nak beli ke tidak? aku macam malas je nak layan sebab aku betul2 tak larat.. Sudahnya.. memang tak de kuih la.. melapang je meja kat rumah tu tak de benda..


Makcik dengan tengku puteri makcik yang walau asik kena leter.. muka masam mencuka.. tetap buat apa yang makcik suruh.. Sayang dia.. :)) **ehem.. gambar yang memang sengaja diblurrkan utk menutup kebulatan sedia ada..**

Baju Raya?? kalau tak mengenangkan budak2.. aku memang tak sanggup nak keluar rumah pegi masuk shopping complex tu cari baju raya.. Dua tiga kali aku nyaris tumbang sebab tak larat.. Last2 aku duduk bersila atas lantai kedai sambil tunggu Aiman pilih seluar... Berzaman ya amat.. mengalahkan budak pompuan.. Baju Melayu budak2 dgn En. Amat hari tu pun sebab pi Melaka nak amek kuih tart yang di order dari kawan.. dah terlangsung.. singgahlah kat Melaka Sentral.. pun aku tak rasa feelnya raya mcm tahun lepas2..

Kesian jugak En. Amat.. tahun ni first time pengalaman dia ikut kami shopping baju raya.. Sebabnya.. tahun2 sebelum nih.. aku start engine kereta and pergi dgn budak2 je.. Serious cakap... kalau aku sihat dan larat.. aku tak de la nak susahkan En. Amat ikut kami cari baju raya.. melayan karenah anak2 bujang dgn anak dara aku ni bukan senang.. especially bab cari baju raya.. hahaha... azab.. apatah lagi mengenangkan En.Amat yang cuma balik hujung minggu saja.. tapi tu lah.. ikut kata pepatah..sapa lagi nak susahkan laki.. kalau bukan bini kannnn... **ayat tak boleh belah aku nih..**


Cik Lin yang dah penat gila buat rendang ayam sampai pukul 3 pagi... Pak Su yang penat sgt2 sebab cuma menengok je org buat kerja.. and .. of course.. makcik yang macam dugong tu.. **and manik2 kat baju tu.. CikLin jugak yg jahit.. sukee..**

Rumah? lagilah.. langsir pun tak berganti.. sofa aku pun tak tersalin.. mujur Aiman tetiba datang angin rajin.. habis satu rumah dia kemas.. Sara pun sama.. nampak tersusun la rumah tu.. tak de la lagi kotak2 barang yang sejak pindah bulan June hari tu dok kat hall rumah tak bergerak...

Hari Rabu malam En. Amat dah pun sampai Pasir Gudang... and hari Khamis aku dah start cuti.. pagi tu En. Amat dengan Aiman sibuk kemas rumah lagi.. Sara basuh baju and buat apa yang patut.. Dalam hati ni hanya Allah saja yang tau.. terasa sedih sangat2.. tapi.. apakan daya aku.. keupayaan aku terbatas.. asik terbaring sebab nak pitam.. Dan lewat tengahari tu.. kami pun bertolak la ke rumah nenek.. **haha.. mcm la jauh sangat.. 1 jam kurang lebih je dari rumah aku.. itu pun aku rasa macam jauh na rumah nenek.. lambat betul nak sampai..**
Kat rumah nenek.. gagahkan jugak buat kerja walau memang tak larat sangat2.. sempat la pergi pasar beli itu ini.. and petang tu balik dari pasar.. terus ke dapur siapkan makan utk berbuka semua orang.. Kenyang la jugak walau aku cuma masak lauk sambal sardine dgn goreng ayam and sayur kobis.. habis licin lah tak berbekas.. **kes semua lapar tahap gaban.. kepenatan pun ye**
Malam tu tak tau tido pukul berapa.. tau2 dalam pukul 4:30am gitu sebelum subuh.. Sara datang gerak.."Ibu.. kakak sakit dada.. tak boleh nafas.." Pulakkkkkk dah.. asthma sudah mari.. En.Amat pun kelam kabut la start engine kereta.. berkejar la kami subuh2 tu ke Klinik Kesihatan Gelang Patah.. **TERIMA KASIH PADA JURURAWAT DAN DOKTOR YANG BERTUGAS.. HANYA ALLAH SAJA YANG DAPAT BALAS BUDI BAIK KALIAN**


Adinda2 makcik semua.. dengan anak2..
And.. R a y a.. yay!


Haha.. yay ke bende.. sampai rumah dari hospital.. dah sibuk dengan orang nak mandi itu ini sbb nak pegi sembahyang raya.. aku pun terus ke dapur masak air.. bagi orang yang nak pi sembahyag raya makan dulu.. **kata sunat makan sebelum pegi sembahyang raya.. abissss..** and tetiba.. "Kak Ngah.. nanti masakkan nasik minyak tu.. abah nak pegi sembahyang nih.. Linda kata dia tak larat.." Perghhhh.. kata aku dalam hati.. air mata tu.. terasa sangat nak menitik.. dari semalam aku tahan penat.. dah tak larat sgt2.. manalah aku larat nak angkat periuk besar dgn segala benda tu kat dapur.. tapi.. abah dah suruh kann.. tak kan nak kata tak nak pulak.. Ikhlaskan lah hati ni.. buat jugak.. **hahaha.. bunyi.. macam cerita ratapan anak tiri la pulak..**


And.. elok orang habis sembahyang raya.. nasik minyak ku yang seperiuk besar.. aka 5 kilo beras tu.. pun masakkkk.. siapkan meja.. sambil beleter kat anak dara aku.. adik aku.. and anak2 buah aku.. maka siaplah semua... Taaaa daaaa... magic kan.. keh3x..

And petang tu.. aku dilanda sakit tekak.. suara pun dah macam suara itik serati **korang faham ke itik serati tu mende?** .. and sehingga hari ini.. aku masih lagi tak sihat.. demam.. batuk.. dan lain2 lagilah..


Jangan salah sangka ya... Usai balik dari kubur.. hujan lebat.. seluar aiman basah.. sebab tu pakai kain pelikat je.. hehe..


Apa2 pun raya tetap raya.. buat teman2 diluar sana..



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.. MAAF ATAS KETELANJURAN KATA, TERSILAP BICARA, TERMARAH KALAU TAK SENGAJA, KALAU2 TEROVER, TERMENGUMPAT KE HAPA,
DIHALALKAN MAKAN DAN MINUM **khas utk MamaSyaza nih.. ;p makaseh antar ikan pekasam tempohari..** , SEMOGA KITA SEMUA BERGEMBIRA DIHARI YANG MULIA..
SEMOGA KEHADIRAN SHAWAL MEMBERI ERTI YANG TAK TERNILAI DALAM HIDUP KITA SEMUA...
HAVE FUN.... HAVE A GOOD HOLIDAY and.. ALL.. EID MUBARAK! :))



p/s - Buat sesiapa yang tak tau.. Dalam sejarah 40 tahun hidup.. inilah kali pertama En.Amat beraya jauh dari OMAK eh.. Control nangis je kawan.. keh3x.. Tak pe ye En. Amat.. Hujung minggu nih kita balik PD pulak.. entahlahhh.. larat ke aku nak travel jauh2.. pergi Melaka hari tu pun dah separuh nyawa.. tak pe lah kan.. kita bagi dua paruh nyawa pulak.. again.. Selamat hari raya semua... :))



jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter