Rabu, 28 April 2010

Karangan hari ini..


Hmmmm... apa nak cerita ek?? Slow betul masa berjalan... Dah masuk 1 bulan aku mengadap rumah.. Jadi bibik, jadi driver, jadi messenger and apa2 je lah.. Kepala pun dah naik pening.. dah habis semua ilmu resepi masakan yang terlintas dalam kepala aku letak atas meja.. hehehe.. and bila dah habis2 boring.. masak campak2 je.. itu pun abissss.. kakak pun la.. hari2 bawak bekal pi sekolah.. sampaikan kengkawan eh naik heran.. rajin la pulak ibu si Nur Sara Jasmin ni masak.. hahaha..

En.Amat dah makin bulat.. Danial dah makin bulat.. Aiman toksah cakap la.. makan memang sokmo banyak.. Sara pun sama.. but.. aku la pulak yang makin melidi.. **hahaha.. statement tak boleh belah.. and yaaaa.. sila lah muntah kalau terasa nak muntah....**

Semalam, last day En.Ayah di Malaysia, hari ni dah pun terbang.. flight pagi ni dari TRG ~ KLIA ~ DUBAI.. En.Ayah akan mulakan tugas baru di Abu Dhabi.. Perhaps lepas 6 bulan baru balik Malaysia cuti.. agaknye lah.. tak pulak dia cakap.. and makcik pun tak la pulak menanya.. Sepanjang2 di Malaysia... ada lebih 4 kali En.Ayah bercuti dengan budak2.. Tentu dia akan rindu dengan budak2.. and tentu2.. budak2 pun akan rindu kat dia.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Insya Allah.. Aminnnn..

Aku??? dah nak mula mencari kerja.. dah penat dok rumah.. jadi manager kat dapur.. Sesungguhnya.. dari dulu.. aku cukup kagum dengan mereka2 yang sejenis dengan aku.. yang mampu betah dok di rumah.. mengurus rumah.. mengurus anak2.. dari pagi sampai petang.. sambung pulak malam tanpa henti.. or kalau senang cerita.. FIRST IN.. LAST OUT.. Kerjaya **kalau boleh disebut kerjaya lah..** yang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.. dengan gaji yang sangat2 minimum **hohoho.. ada gaji ke??? banyak orang lebih rela bagi gaji kat bibik.. tapi sayang duit nak bagi kat isteri.. sungguh irony..**, kadang2 bila dah penat... banyak pulak la suara2 sumbang yang komplen.. not to mention under appreciated.. and.. ibu2.. isteri2 yang sangat2 dedikasi nih.. walau selalu membebel.. **ya puan2.. diulangi membebel..** masih lagi dengan penuh rasa tanggungjawab.. buat kerja.. day in.. day out.. Nampak pada zahirnya saja mudah.. banyak rileks.. in reality.. sangat2 lah meletihkan.. apatah lagi bagi mereka yang mempunyai anak2 yang masih lagi kecik2.. **hahahaha.. anak2 makcik yang dah besar2 tu pun makcik letih.. kalau kecik lagilah pulak kannnn..**

Tu tak masuk bab pet lagi.. kucing ke.. arnab ke.. hamster ke.. adoilaaaa... boleh pitam dibuatnye.. nak bela.. terlonjak2 nak bela.. part bersihkan.. bagi makan.. cuci bagai.. semua pass kat ibuuuu... **hahaha.. ni semua kengkawan makcik yang kata nih.. bukan makcik yang kata eh.. makcik cuma sampaikan je..**

Pernah seorang teman yang sama2 belajar kat ITM dulu.. yang dah bertahun2 tak aku jumpa menjawab dengan rendah hati bila ditanya.. "Yan?? dah tak kerja Is.. dok rumah je.. jaga anak2..".. Dan aku kata.. "Dok rumah tak kerja???... Haihhh.. dok rumah la paling banyak kerja.. sapa kata dok rumah tak kerja.. memang bohong.." and kami sama2 ketawa.. Memang bohong kalau kata DOK RUMAH TAK KERJA.. dan sambung aku.. "Banyak pahala tau dok rumah.. mengurus makan minum suami dan anak2.." buat teman aku tersenyum.. untuk ibu2 di luar sana.. walau masih jauh lagi harinya.. SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.. in advance.. aku amat2 mangagumi kalian semua.. **hahaha.. topik hari ibu la pulak..**

Ringkasnya **macam karangan budak sekolah la pulak...**

... A 24 hours work.. with no public holiday.. no annual leave.. no minimum wages.. lots and lots of complaints.. most of the time, under appreciated.. yet.. resignation is impossible.. I SALUTE YOU ALL!!.. :))


p/s - pada bapak2 yang diluar sana... ini bukan entry nak komplen ehhhhh... nanti time HARI BAPA.. we all puji2 you all pulakkkk... jangan serikkk... tataaaa...




Selasa, 27 April 2010

Entry tanpa tajuk...


Salam semua... kali ni rasa nak melepaskan buku dalam hati pulak.. entry untuk diri sendiri.. buat semua anak2 ibu.. semoga tak lupa pesan ibu sampai bila2.. dan ingatan buat kita2 juga.. Ok.. layannnnn...

Kata kakak, "Ibu.. tengoklah Aiman ni.. dia selalu ejek2 akak.. kata mcm2 dalam facebook akak.."

Beberapa hari yang lalu, berita2 dari dada akhbar benar2 merunsingkan kepala.. Buat aku termenung panjang.. Astaghafirullah... Bagaimana seorang anak remaja, beragama islam, yang dididik dari kecil dengan ilmu agama dan kasih sayang.. tergamak menggantung diri, hanya kerana ditegur kesilapannya.. **Semoga Allah menerima rohnya.. Semoga orang2 yang kita sayang terpelihara dari perbuatan yang dilarang Allah.. Amin ** ~ Takziah untuk keluarga yang diduga.. Semoga tabah dan redha menghadapi ujian Allah :'(


~ sweet child of mine ~

Juga berita seorang kanak2 sekolah rendah yang tertekan akibat diejek oleh teman2, membuat cubaan membunuh diri dengan terjun dari bangunan sekolah.. Sungguh menakutkan.. kecut perut aku bila membaca.. Terfikir dalam hati.. siapakah yang patut disalahkan???

Dan topik aku dengan budak2 dalam kereta pagi tadi...

Betapa besarnya dosa jadi seorang islam yang membunuh diri.. Bukan hanya agama kita saja yang melarang.. semua agama pun.. melarang penganutnya membunuh diri.. Ibu nak semua yang ada dalam kereta ni ingat betul2..
nape la adik tak senyum... :-)


Tak semua kita manusia ni.. diberi tahap pemikiran yang sama.. didikan dari ibubapa.. tak pernah ke arah kejahatan.. ibubapa.. selagi mereka sayang.. mereka tegur kalau anak buat silap.. dan jadi anak2.. jangan sampai ada rasa sakit dalam hati bila ibubapa tegur kerana dah buat silap.. selalu ingat.. SEMUA MAK BAPAK SAYANG ANAK2 MEREKA.. BUT KALAU BUAT SILAP.. KENALAH TERIMA BILA DITEGUR.. tak rugi kalau mengaku silap kita.. or at least.. kalau ada yang tak puas hati.. cakap.. sebab.. bila kita simpan dalam hati.. kita bukan sendiri.. syaitan tu selalu menghasut hati juga fikiran..

Ibu bagi kemudahan pada semua orang.. jangan salah guna.. kalau nak menulis.. tak kiralah dalam facebook ke.. blog ke.. ibu tak kisah.. but, be very2 sensitive.. jangan sampai mengaibkan orang lain.. bukan setakat kakak, adik.. but semua orang yang berkaitan dengan kita.. Bercakap dengan kawan2.. orang yang kita suka atau orang yang kita tak suka sekalipun.. berpada2..

Budak yang nak terjun dari bangunan sekolah tu.. sebaya adik.. ibu percaya.. dia sangat2 stress dengan persekitaran dia.. sampai tak boleh nak fikir.. Level of thinking manusia ni tak sama.. stress management pun lain2.. mungkin pada abang cuma perkara biasa je.. tapi orang lain tak fikir macam tu..


~ ibu & princess ~


Ibu harap.. Aiman, Kakak faham.. kalau disebabkan kata2 kita.. boleh tercetus perkara yang tak diingini.. sanggup ke tanggung rasa bersalah sampai mati?? Ingat tau..

Dan kedua2 Aiman & Sara hanya diam.. termenung.. hmmmm.. faham ke ???


p/s - **entry yang di edit.. paparan cuma apa yang ibu bebel je.. Ngheeeeee.... ;)~ **
Semoga kita semua juga mereka2 yang kita sayang.. terpelihara dari segala kejahatan siang... juga kesesatan malam.. Amin..



Isnin, 26 April 2010

Diriku yang terkunci.. :-O



"En.Mimi... En.Mimi kat mana???" Tanya aku hampir2 menangis... dah hampir sejam aku mencari public phone untuk diguna..

Kisahnya... biasa pagi2 rutin sebelum keluar rumah, menghantar anak2 ke sekolah.. aku akan pastikan Danial ada kunci rumah.. seluar dah zip **ehem... ini memang wajib.. kalau tak tanya.. melopong je la seluar tu buta2.. LOL** and berbagai pesanan penaja taraf mak2 gitu..

But hari ni.. mengenangkan aku akan ada sepanjang hari dirumah.. aku skip part kunci rumah dari Danial.. and mula lah men'drop' budak2 tu..

Bila dah nak sampai rumah.. aku berselisih dgn En.Amat atas motor.. nak pi kerja.. dari jauh dia dah senyum.. angkat tangan kat aku.. and aku pun lambai la.. "Byeeee..." kata aku perlahan dari dalam kereta.. and.. Tetiba.. "Eh.. eh.. kunci umah mana???" baru aku perasan kunci rumah aku tak de.. and nak pusing kejar En.Amat.. memang bapak tak sempat.. Kais2 handbag... hampeh.. harap handbag je besar.. handphone pun lupaaaa.... Waaaaaaaa.. apa nak buat nih..

Start enjin keta, and drive la keliling taman cari public phone.. and taman sebelah.. and taman sebelah.. and taman sebelah.. Adoi laaa... semua tak leh guna!!!! kalau tak rosak, sure EMERGENCY CALL ONLY... huk huk..

"Laaa.. kat office la.. nape??" kata En.Amat sebaik dengar suara aku.. "En.Mimi.. En.Mimi.. dengar la niii.. kita punya kunci rumah tak bawak.. kita nak nangis ni.. dari tadi cari public phone.. baru ni jumpa.. handphone pun kita tinggal.. En.Mimi tolong la kita.. antar kunci rumah kat kita.." dan yang aku dengar cuma gelak besar dari hujung talian.. heeeeee.. benci betul..

"Ha ah.. kita perasan tadi.. tepon org tu kat atas katil.. Patut la no. lain.. kita tengah makan la awak.. tunggu la.. nanti rescue sampai.." gelak lagi.. sakitnye jiwa.. tak de rasa simpati langsung!.. "Nanti tu... lama mana?? Tak kan nak kita tunggu kat luar.. Kesian la kat kita En.Mimi..." and masih lagi disambut dengan gelak besar dari En.Amat.. "Tunggu la.. setengah jam lagi rescue sampai la.." dan aku menarik nafas.. tak tau nak kata apa.. Arrrrgggghhhhhhh!!!!

Dan selepas setengah jam.. rescue dari En.Amat pun tiba.. seperti yang dijanjikan... bersama2 dengan gelak yang lebih besar... Menyampah!


Moral of the story ~ Tak kira apa, PASTIKAN kunci rumah jangan lupa!!!!!

Isnin, 12 April 2010

Siaran Tertunda ~ 1 Family, 1 Refinery, 1 Petro**s ;-p

Danial sehingga 11-04-2010 @ 0945hrs malam tadi.. dengan fesyen rambut NOH ~ Hujan..


Bila aku balik rumah petang tu.. dengan berita.. "Hujung minggu nie.. ada konsert Hujan kat Penapisan.. sapa nak pi??.." pada bebudak.. and jawab Aiman.."Konsert Hujan?? Kat Penapisan??.. Man boleh ajak kawan Man tak?.." Aku kata.. "Ehem.. FAMILY DAY.. notice the word FAMILY... so, strictly family members je.. sorry.." and Aiman response was.. "hmmmm.. kawan Man ni mesti hantuk kepala dia kat dinding kalau dia tau Man pegi konsert Hujan.. sbb dia fanatik Hujan.. "... and my immediate response was.. "Let him hantuk.. cant help.."

Dan malam pun bermula pukul 08:30 dengan Hilmi the Gimmick.. seperti selalunye.. Hilmi memang very good with his penonton.. buat semua orang tak kering gusi.. ok la.. **hahaha kes dah banyak kali sangat tengok show HtG.. so dah tak thrill sangat** Dapat la nengok CEO bertandak malam tu.. **faham ke maksud bertandak??** Puas nengok Budak2 kena usik.. dengar lagu yang tah apa2.. bla.. bla.. bla.. and yang paling penting... hati sangat2 seronok bila dapat habiskan masa sama2 dengan anak2.. ketawa sama2 dgn anak and.. have some good times bersama2 **Ya tuan2 dan puan2.. cuma makcik dan anak2 makcik je yang pi tengok konsert.. EnAmat.. pada masa kejadian memang berada di Refinery.. but dalam opis.. kerja..**


Tepat pukul 10:30pm.. kemunculan yang dinanti2.. kumpulan HUJAN.. menjert2 budak2 berlari ke depan pentas.. Sara, Aiman & Danial yang sememangnya dah dipesan sebelum keluar pintu rumah.. masuk pintu kereta.. duduk dalam kereta.. keluar pintu kereta.. hatta kat bawah khemah sekalipun.. "Jaga perangai.. jangan berlebih2.. Ingat.. semua orang kenal ibu ~kes perasan ~.. bla.. bla.. bla.." ** hahahaha.. pesanan penaja taraf mak2 gitu.. tak menahan..**


"Selamat malam semua.. mula2 kami nak ucapkan terma kasih pada pihak yang mengundang kami Petronas.. terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami untuk merosakkan malam ini.." sambil disambut dengan jeritan rata2 remaja, anak2 dari keluarga Petronas..


"yang dibawah khemah tu.. mari ke depan pentas.. konsert hanya akan dimulakan bila anda semua ada di depan pentas in.." statement yang buat semua menyerbu ke depan pentas.. Hahaha.. PakGuard pun tak buleh buat mende..


Hari tu barulah aku tau.. sapa vocalist Hujan.. I mean.. namanye.. NOH.. budak2 dah mula menyerbu depan pentas.. Danial yang duduk depan aku menoleh mintak simpati.. Aku tarik nafas panjang "Adik nak pi tengok kat depan? Pegilah.. but jangan nakal tau.." And belum pun habis ayat.. berdesup terus kat depan pentas.. and aku toleh belakang.. Sara dgn Aiman tengok aku.. meraih simpati.. "Hmmmm.. ye la.. ye la.. pi la.. guna la phone dgn camera awak tu kalau nak amek gambar.. but jangan lebih2 tau.." juga sebelum aku sempat habiskan ayat.. dah hilang ke depan.. tinggallah aku keseorangan melayan lagu dari jauh..

"Barulah hari ni akak tau... NOH rupa2nya secara live sangatlah hensem" kata Sara sambil ketawa..

One thing for sure malam tu.. buat aku rasa betul2 tua.. Wakakakakakaka.. Apa ke tidaknye.. tak pernah umur aku kalau pergi konsert duduk bawah khemah.. melekat atas kerusi.. hahaha.. and tak take part.. blend with the crowd ke wat so ever.. paling tidak pun angkat tangan goyang kiri kanan.. kui3x.. and yang buat aku rasa berlebih ketuaan tu.. bila aku toleh kiri kanan.. WAARRRGHHHHHH... SEMUA ORANG YANG LEBIH TUA DARI AKU YANG DUDUK BAWAH KHEMAH... ** ya teman2 sekalian.. hanya mereka2 yang berusia melebihi tahap dewa saja yang berada dibawah khemah..** Reality bites.... hikkss..

Malam tu.. sepanjang2 perjalanan balik rumah.. Aiman, Sara dgn Danial.. dengan excitednye bising dalam kereta menceritakan detik2 "bersejarah" (?? hmmmm..).. aku tersenyum dalam hati melihat anak2 gembira.. 1st experience tengok konsert live.. kalau ikut kata Aiman **ehem.. mungkin dia tak ingat.. sebenarnye dah banyak kali dia pergi tengok konsert.. Siti Nurhaliza pun dia dah pi nengok.. but time tu kecik lagi..**

inilah fesyen paling IN kat dalam rumah aku sekarang ni.. NOH ~ Hujan



Kata adik.. "Adik dapat salam dgn NOH tadi bu.. bestnyeee" Kata aku.. "Tangan mana? esok mandi ikat plastik tangan tu.. takut basah.." and kami semua berderai ketawa..

Kata kakak.. "Tensyen akak dgn budak kat sebelah akak tu.. sibuk kita nak record NOH nyanyi.. sibuk je kepala dialah.. tangan dia lah.."

Sampai rumah.. EnAmat dah ada atas katil.. tidoooo..


p/s - Makaseh EnAmat sbb benarkan kami semua pergi konsert family day ~ 1 family, 1 refinery, 1 Petro**s ~ @ PP(M)SB ~ 26 & 27 March..

Khamis, 8 April 2010

Diganggu Mimpi Ngeri...


"Kat mana tandas ye??" kata teman aku.. and.. "entah.." jawabku pendek sambil terus berjalan masuk ke dalam rumah yang serba gelap.. sambil dalam hati.. "aku tau tempat ni.. tapi.. kat mana ye.."

Dan kami berdepan dengn dua pintu yang bertentangan.. "Ini kot.." dan kawan aku pun terus masuk.. "tunggu luar ye.." katanya sebaik saja hilang dari pandangan mata kasar aku.. Aku yang keseorangan berpaling melihat pintu yang satu lagi.. dan..

Keluarlah seorang perempuan dari arah pintu yang bertentangan dengan berpakaian serba putih.. melihat aku.. sambil menghulurkan bungkusan kecil juga bewarna putih pada aku.. Dengan spontan.. tangan aku juga dihulurkan untuk menyambut bungkusan kecil yang diberi..

Sebaik saja bungkusan putih mencecah tangan, tiba2.. terlintas dari kepala "tak kiralah kalau dalam mimpi sekalipun.. kalau ada orang bagi barang.. jangan ambil.. mungkin ada niat tak baik.."..

Juga tanpa semena2.. sebaik bungkusan hampir bertukar tangan.. aku tarik semula tangan yang dihulur menyebabkan bungkusan jatuh ke atas lantai..

Aku bergerak ke belakang selangkah.. demi selangkah.. malangnya jatuh terduduk.. dan perempuan tadi dengan marah menangkap kaki aku.. menyeret aku dengan kuat.. dengan riak air muka yang sangat bengis.. aku hanya mampu menjerit.. meronta2 cuba melepaskan diri..

Dan.. Sayup aku dengar suara EnAmat menyuruh aku bangun.. Aku yang bangun terus menarik kedua belah kaki sambil merapatkan lutut ke dada.. menggigil ketakutan.. memegang pergelangan kaki yang masih lagi terasa sakit..

Dan ini bukanlah kali pertama aku mimpi didatangi wanita aneh.. sesungguhnya hanya Allah sahaja yang menjadi pelindung aku.. juga tempat aku memohon perlindungan.. Semoga aku.. ahli keluarga ku.. semua insan yang aku sayang.. juga teman2 ku.. terpelihara dari segala kejahatan malam serta kesesatan siang.. Aminnn..

p/s - aku tau mimpi cuma mainan tidur.. tapi.. bermimpi perkara yang sama hampir setiap kali.. buat hati aku jadi sangat curiga..

Ahad, 4 April 2010

Layar Impian


Aku bukan lah peminat Ella.. but.. dulu selalu jugaklah aku pergi konsert dia.. dari dia menyanyi dgn The Boys.. sampailah bila dia decided utk menyanyi solo.. but that was once upon a time..

Hari ini.. tetiba saja hati aku jadi sedih sangat2...

Kereta Oren selalu kata kat aku... dia tak suka baca entry sedih aku.. dia tak suka kalau dia tau aku sedih... but hari ini hati aku rasa sangat2 sedih.. tanpa sebab (??)

Betul ke tanpa sebab? Cuma aku dengan hati aku saja yang tau..

I can put my fake smile, my fake cheerie face, my fake jolly mood.. still.. it is all fake.. Just like angeline always says.. "You can really fake it really good.. and you're not even trained to sit behind counters.. I'm impressed".. haha.. for those who sits behind counters.. very sorry for the remark.. I always have problems with you guys.. **uiksss... lari pada tajuk la pulak.. hehe.. selingan tak puas hati nih..**

Buat insan yang memang tak pernah hilang dari hati aku.. yang pernah sama2 rasa susah dengan aku.. yang selalu kata aku ni menyusahkan.. aku kira kau masih ingat lagi lagu ni kan?? Kita pernah sama2 pergi tengok kat stadium negara dulu.. Kita duduk kat depan pentas.. depan sekali... walaupun tiket kita sepatunya hanya melayakkan kita duduk kat belakang.. aku harap sangat2 kau faham.. apa yang ada dalam hati aku.. aku tak pernah benci.. apatah lagi berdendam..

Aku sentiasa mendokan kebahagiaan kau... Aminnnn...


p/s - hari nie.. hari emo aku.. **but then.. to think again... hari2 pun.. hari emo aku**


jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter