Entry tanpa tajuk...


Salam semua... kali ni rasa nak melepaskan buku dalam hati pulak.. entry untuk diri sendiri.. buat semua anak2 ibu.. semoga tak lupa pesan ibu sampai bila2.. dan ingatan buat kita2 juga.. Ok.. layannnnn...

Kata kakak, "Ibu.. tengoklah Aiman ni.. dia selalu ejek2 akak.. kata mcm2 dalam facebook akak.."

Beberapa hari yang lalu, berita2 dari dada akhbar benar2 merunsingkan kepala.. Buat aku termenung panjang.. Astaghafirullah... Bagaimana seorang anak remaja, beragama islam, yang dididik dari kecil dengan ilmu agama dan kasih sayang.. tergamak menggantung diri, hanya kerana ditegur kesilapannya.. **Semoga Allah menerima rohnya.. Semoga orang2 yang kita sayang terpelihara dari perbuatan yang dilarang Allah.. Amin ** ~ Takziah untuk keluarga yang diduga.. Semoga tabah dan redha menghadapi ujian Allah :'(


~ sweet child of mine ~

Juga berita seorang kanak2 sekolah rendah yang tertekan akibat diejek oleh teman2, membuat cubaan membunuh diri dengan terjun dari bangunan sekolah.. Sungguh menakutkan.. kecut perut aku bila membaca.. Terfikir dalam hati.. siapakah yang patut disalahkan???

Dan topik aku dengan budak2 dalam kereta pagi tadi...

Betapa besarnya dosa jadi seorang islam yang membunuh diri.. Bukan hanya agama kita saja yang melarang.. semua agama pun.. melarang penganutnya membunuh diri.. Ibu nak semua yang ada dalam kereta ni ingat betul2..
nape la adik tak senyum... :-)


Tak semua kita manusia ni.. diberi tahap pemikiran yang sama.. didikan dari ibubapa.. tak pernah ke arah kejahatan.. ibubapa.. selagi mereka sayang.. mereka tegur kalau anak buat silap.. dan jadi anak2.. jangan sampai ada rasa sakit dalam hati bila ibubapa tegur kerana dah buat silap.. selalu ingat.. SEMUA MAK BAPAK SAYANG ANAK2 MEREKA.. BUT KALAU BUAT SILAP.. KENALAH TERIMA BILA DITEGUR.. tak rugi kalau mengaku silap kita.. or at least.. kalau ada yang tak puas hati.. cakap.. sebab.. bila kita simpan dalam hati.. kita bukan sendiri.. syaitan tu selalu menghasut hati juga fikiran..

Ibu bagi kemudahan pada semua orang.. jangan salah guna.. kalau nak menulis.. tak kiralah dalam facebook ke.. blog ke.. ibu tak kisah.. but, be very2 sensitive.. jangan sampai mengaibkan orang lain.. bukan setakat kakak, adik.. but semua orang yang berkaitan dengan kita.. Bercakap dengan kawan2.. orang yang kita suka atau orang yang kita tak suka sekalipun.. berpada2..

Budak yang nak terjun dari bangunan sekolah tu.. sebaya adik.. ibu percaya.. dia sangat2 stress dengan persekitaran dia.. sampai tak boleh nak fikir.. Level of thinking manusia ni tak sama.. stress management pun lain2.. mungkin pada abang cuma perkara biasa je.. tapi orang lain tak fikir macam tu..


~ ibu & princess ~


Ibu harap.. Aiman, Kakak faham.. kalau disebabkan kata2 kita.. boleh tercetus perkara yang tak diingini.. sanggup ke tanggung rasa bersalah sampai mati?? Ingat tau..

Dan kedua2 Aiman & Sara hanya diam.. termenung.. hmmmm.. faham ke ???


p/s - **entry yang di edit.. paparan cuma apa yang ibu bebel je.. Ngheeeeee.... ;)~ **
Semoga kita semua juga mereka2 yang kita sayang.. terpelihara dari segala kejahatan siang... juga kesesatan malam.. Amin..



Ulasan

DrSam berkata…
sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita terhindar dari segala kesesatan dan juga matang menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Anak-anak kalau dah berFB, lupa makan minum.
payarumput21 berkata…
Salam DrSam..

Aminnn.. semoga anak2 kita semua mampu menilai antara baik dan buruk dan menjauhi segala larangan...