Edisi Raya... Part 2



Salam kengkawan.. **hahahaha.. tetiba.. boleh?**

Hari nie kita sambung lagi cerita Edisi Raya.. Perasan t
ak baju melayu kat bawah? Baju yang EnAmat pakai tu tak berbutang.. hahaha..

Cerita 1:

Kisahnya time beli tu.. al-maklumlah bulan puasa.. letih.. menahan lapar dan dahaga.. so.. semua muka moody je.. Aiman macam tahun2 yang sudah2.. tiap kali beli baju raya.. hati ni terasa macam nak **tutt** je kat dia.. sebabnya? Aiman mana boleh lapar.. kalau lapar.. dia moody.. kalau dia moody.. semua benda tak jadi.. dan bermulalah segala episod yang serba serbi menyakitkan hati..

So, di hari dan bulan yang serba mulia ketika itu.. makcik dengan hati yang sabar tu cuma setipis kulit bawang.. pilih kaler.. pilih saiz.. and beli.. Bila part EnAmat pulak.. lagi problem.. saiz.. susahnye nak dapat.. Dapat je.. terus try.. and ok.. bayar..

Baju makcik dgn sara??.. Lagilah.. sebabkan Aiman masih lagi dengan mood yang tak sudah2.. Makcik risau meroyan kat tengah orang ramai.. capai.. test.. bayar.. and balikkkkkk.. Sara pun macam tak puas hati.. sebabnya.. Aiman punya pasal tak dapat pilih yang dia betul2 suka.. main ok je..

Sampai rumah.. leher baju EnAmat tak boleh kancing.. Adoiii la pulak.. Apa nak buat??!!

Nak hantar alter memang datuk tak sempat.. and.. yang buat EnAmat sangat2 boring ialah.. jeng.. jeng.. jeng..

Kata MissAdikIpar, "Alah.. suruh je alang sapu slimming cream kat leher.. sure boleh kancing.. nak hantar tailor suh repair memang dah tak sempat nih.. Tailor pun tak nak amek" Hahahaha.. boleh gitu???


Cerita 2:

Raya.. seperti kita time budak2 dulu.. yang ada dalam kepala tentu2 duit raya..

Aku kata: Jom kita raya kat umah sebelah
Aiman kata: Yay! duit raya..
Aku kata: Jgn nak mengada.. tu org susah.. buat elok sikit perangai tu.. jangan sampai org kata ibu tak reti ajar anak pulak.. faham??!! Orang bagi amek.. kalau tak.. jangan jadi sampai mintak sedekah pulak!
Aiman kata: **tarik muka**

Rumah yg kami nak pegi ni, rumah jiran EnAmat. Dia menumpang tanah sejak zaman arwah nenek EnAmat lagi.. Org susah.. Dan keluarga EnAmat pun dah anggap dia macam ahli keluarga jugak.. Bila kami sampai tu.. bukan main suka lagi dia terima tetamu.. sibuk ke dapur.. ke depan bawak juadah raya.. air dan sebagainya..

In detail.. rumah KakSam nie.. cuma ada kerusi buruk.. yang orang sedekah.. and partition yang mengasingkan dapur dengan hall *if ianya layak di panggil hall* Dinding pun dah usang.. tv, fridge jangan mimpilah.. memang tak de.. dan KakSam.. cuma tinggal seorang saja.. :-(

KakSam, dalam gembira terima tetamu.. bercerita lah sedih hati.. tentang beberapa hari yang lalu.. hujan lebat.. angin kuat.. hinggakan bumbung rumah melayang... berceritalah tentang dinding rumah yang tiris masuk air.. Berceritalah tentang lantai yang dinaiki banjir.. berceritalah tentang sumbangan dari pelbagai pihak bersempena bulan ramadhan.. berceritalah.. berceritalah.. berceritalah..

Dan aku pun menjeling Aiman.. "hah.. dengar tu.. org susah.. bukan macam awak.. semua ada.." dan Aiman cuma diam membatu saja.. "Patutnya.. duit raya awak bagi kat orang yang lebih memerlukan.. bukan awak mengharap duit raya pada org.." bisik aku pada Aiman lagi..

Tiba masa utk balik.. dan kami pun bersalaman lah.. tetiba KakSam lari ke dapur.. dan keluar balik.. "Nah..." katanya sambil menghulur duit raya pada Sara.. dan Sara yang pada mulanya menolak.. akhirnya menerima.. Aiman???

KakSam: Nah.. duit raya.. amek.. budak2..
Aiman: Tak pe.. tak pe.. dah besar dah... tak nak... *sambil mengelak dari KakSam*
KakSam: Amek.. tak baik.. duit raya ni.. Acik bagi.. amek..
Aiman: Tak.. tak pe.. *sedaya-upaya mengelak tak nak amek*
KakSam: Amekkk.. amek..
Aiman: **Tetiba menangis..** sambil menerima duit dari tangan KakSam

Aku yang menengok Aiman menangis pun rasa terharu sangat2.. Insaf seketika mengenang betapa kita2 semua ni selalu sangat merungut kata susah.. walhal.. cukup beruntung.. walau dalam kekurangan.. kita masih lagi lebih dari orang lain..

Balik rumah.. Aiman kata, "Dik.. kalau kau nak duit RM2 ni amek lah.. Aku rasa bersalah sangat2 amek duit ni" Aku kata.. "tak pe lah.. Aiman amek duit tu.. dan selalu2 lah doakan mudah2an.. Allah murahkan rezeki dia lagi.. mudah2an.. dimasa2 depan.. dia tak susah" Dan sepanjang2 petang tu.. Aiman habiskan dengan bersugul..


Cerita 3:

EnAmat nak makan muffin.. bebudak nak muffin coklat.. aku teringin muffin blueberry.. disebabkan EnAmat nak balik Kuantan hari nie.. **Pada sesiapa yang masih belum tau lagi.. EnAmat kerja di Kuantan.. and cuma ada dirumah weekend je..** so kami semua tanya EnAmat.. dan keputusannya.. BLUEBERRY MUFFIN... yay!

Dan.. hehehehe.. kat bawah tu lah.. rupa bluberry muffin yang aku buat ptg tadi utk minum petang.. walau tak secantik mana rupanya... aku cukup rasa teruja melihat Blueberry Muffin ku naik dan merekah.. lalu dihabiskan oleh peminat2 kat rumah nie.. hehehe.. *kes syok sendiri*



Ehem.. tunggu Edisi Raya Part 3 pulak nanti eh... :)






Ulasan

♥MAMASYAZA♥ berkata…
amboi gebunya muffin akak