Edisi Raya... Part 1


Ahlan!!!

Kali nie.. entry ala2 "rencana" dengan intonasi yang mendatar.. lantaklah...

Memula sekali nak ucap terima kasih pada kengkawan yang menjemput ke jamuan open house.. Maaf pada yang tak dapat berkunjung.. bukan tak sudi.. sedihnya bila orang masih lagi bergaya dengan baju raya yang ke entah berapa pasang.. kita.. terpaksa bergaya depan pc kat office.. huhuhu..

Tak sempat2 nak update blog.. curi2 menjengah blog kengkawan but tak sempat pun tinggal jejak.. seronok nengok open house sana sini.. gambar raya orang tu dengan orang ni sana sini.. bergaya sakan dengan macam2 "pesen" sana sini.. Meriah!!

Buat adik yang cantik manis nama shiela (**kalau membaca.. ehem.. baca ke??**) terima kasih atas ingatan tulus ikhlas.. tak dapat nak digambarkan betapa hati rasa terkilan sangat2 kerana tak dapat bye bye bye kat KLIA tempohari.. tuntutan kerja tak mengizinkan.. kebetulan la pulak memang minggu raya sampailah ke hari ini.. minggu2 yang gila bagi akak.. apa2 pun.. hahaha.. bagi sesiapa yang tak pernah dengar suara shiela.. nak bagitau.. suara cik adik kita ni macam suara budak sekolah menengah.. tersenyap la jugak seketika bila dia jawab telephone ingat sudah salah nombor.. ;-p

Raya tahun nie.. kami sekeluarga raya kat kampung En Amat.. KG BAGAN PINANG.. sebelum balik beraya ke Gelang Patah pada hari raya kedua. So.. layanlah dulu gambar kat bawah nie.. cerita akan menyusul kemudian..


Setiap kali melihat gambar ni.. hati terasa sayu sangat2.. sebabnya tak pernah ada gambar sekeluarga yang dapat dibuat kenangan sebelum2 ni bila raya.. :'(


Ho ho ho! Danial dengan aksi kepenatan mengutip duit raya.. bercampur kekenyangan makan sebab beraya..

Aiman yang sedaya upaya kontrol macho.. Sara yang tak sudah2 dengan "peace".. and Danial with his "hidung kembang" signature..

Myself and En Amat.. gambar macam orang terkejut.. hahaha..


Nanti upload gambar lain pulak.. :) Tunggu eh..

Ulasan

DrSam berkata…
kombinasi warna baju raya yang menarik. dapat beraya bersama keluarga tercinta memang suatu nikmat.
grow2g3th3r berkata…
Selamat Hari Raya....
Tentu meriah kan raya tahun nie sebab ia lebih bermakna...
♥MAMASYAZA♥ berkata…
selamat hari raya akak...tahun ni mesti lebih meriahkan...
Bapak berkata…
wah kombinasi warna baju raya yang menarik dan ceria.
Mother of Two berkata…
makasih juga tipon sy... hehehe.. terasa muder remajanya saya.. anyway takde rezeki kali-2 nak berjumpa kak isma.. mungkin tahun depan ada rezeki lain pula..

p/s masih terngiang2 di telinga kisah salah terjah kak isma..wakakkaka
payarumput21 berkata…
Salam Semua..

DrSam...
Terima kasih.. ada cerita jugak disebalik baju raya.. tunggu edisi lain lah eh :)
Sememangnya bila berkumpul bersama keluarga tak kira waktu.. raya atau sebaliknya.. memang suatu nikmat.. Alhamdulillah utk itu..


Dla..
Raya lebih bermakna pada budak2 kecil.. Sebabnya?... Tiap kali raya.. kita mesti kata.. "time kita kecik2 dulu.. raya bla.. bla.. bla.." heehee..
Apa2 pun.. Dla pun apa kurangnya.. MERIAHHHH!! :)


MamaSyaza..
Alhamdulillah.. segala2nya seperti yang dirancang.. meriah awak lagi kita tengok.. sakan dgn baju raya na ;-p


Bapak..
Sama2 kita.. raya dengan "ahli baru" :)


Shiela..
Ehem.. Salah terjah??!! Syhhhh.. rahsia kita berdua.. hahahaha..
Myalycia berkata…
Salam kak..
amboi, sama ar kita biru tahun nih..

dan tentu raya ni lebih bermakna kan kak...