Isnin, 8 Jun 2009

Final Episode - Kisah Aku Dan Dia: Minggu yang bErSeRabUt...

Gambar hiasan - MakCik Jual Nasi Lemak.. huhuhu...

Sehingga ke saat ini.. tiap kali teringatkan luahan hati K.. pasti terbayang merah matanya.. berkaca dengan linangan airmata.. tanpa aku sedar.. aku jadi beremosi.. terasa pilu dalam hati.. sebak dalam dada.. tak dapat aku bayangkan dengan kata2..

"Dalam hidup aku Is.. cuma dua kali saja aku menangis.." kata K perlahan.. "Pertama kali.. bila nenek aku meninggal dunia.." kata K lagi sambil menarik nafas panjang.. "Dan kali ke dua.. bilamana kau tinggalkan aku.." dan kali ini.. kata2 yang dilontarkan sambil merenung tepat ke mata aku.. buat aku terdiam membatu... tak sedar bila airmata aku mengalir deras.. terasa berdosa sangat dalam hati bila mengetahui akan hakikat.. bahawa aku telah melukakan hati seseorang.. yang aku tau sangat2.. akan buat apa saja untuk aku.. asal aku gembira..

"Aku simpan perasaan ni Is.. bertahun aku simpan.. aku harap sangat satu hari nanti dapat aku jumpa kau.. tak putus aku berdoa Is.. nak sangat aku ceritakan pada kau.. betapa aku betul2 menderita.. nak sangat aku ceritakan pada kau.. betapa aku betul2 rindu.. nak sangat aku ceritakan pada kau.. supaya kau tau.. dan hari ni.. tuhan perkenankan doa aku.."

"Tak apalah.." kata K pada aku.. "aku mintak.. janganlah kau jemu dengar Is.. bertahun aku simpan dalam lubuk hati aku.. tak sapa yang tau.. dan hari ini.. aku pulangkan balik rasa ni pada kau.. supaya kau tau.. aku nak kau tau.. aku tak pernah dapat lupakan kau Is..."

Buat teman2 yang diluar sana... hari ini adalah hari terakhir K disini..

"Flight aku 09hb nie.." kata K pada aku.. dan K akan pergi jauh.. jauh dari aku...

Buat K..

Aku sayang sangat2 pada kau.. sebab kau kawan baik aku... Malangnya... perasaan sayang tu.. tak pernah lebih dari itu.. Maafkan aku .. Tak pernah aku rasa kau bodoh sebab Mencintai aku.. Seperti yang aku kata.. perasaan tu anugerah dari tuhan yang sangat tak ternilai.. hanya insan istimewa yang terpilih saja yang dapat merasa.. Mungkin, aku yang bodoh sebab tak dapat nak membalas perasaan cinta kau.. Mungkin juga.. aku bukanlah insan yang dipilih Allah untuk merasa perasaan sayang itu..

Semoga kau mendapat kebahagiaan yang kau cari dan yang kau inginkan selama ini.. Insya Allah..


Dan untuk ke-sekian kalinya...

MAAFKANLAH AKU...


Walaupun jauh dalam sudut hati aku.. aku tau.. bejuta maaf yang aku minta.. tak dapat mengubat hati kau yang luka..

:'(

5 ulasan:

catz_mafia berkata...

Kak Isma,
Akak... sedihnya ending cite ni.. (rasa macam nak nangis..)

payarumput21 berkata...

Salam Ana..

Hmmm.. sedih tu pun perasaan kurniaan tuhan.. dan cuma mereka2 yang terpilih dan istimewa saja yg dapat rasa..

Mudah2an K bahagia.. :)

Insya Allah...

Ummu Auni Afif berkata...

sedihnya baca kisah ni, berderai air mata. saya baru baca blog akak. kawan saya forward kan link blog akak

payarumput21 berkata...

Salam Ummu..

Akak bercerita sekadar nak melepaskan rasa dalam hati.. bukan nak buat sesiapa sedih.. Maaflah kalau tulisan nie menggangu emosi Ummu..

Apa2 pun.. terima kasih singgah.. terima kasih sudi membaca.. dan terima kasih kerana tinggalkan jejak..

Sudi2 la singgah lagi.. and Salam kenal..

:)

DrSam berkata...

salam,
Sebenarnya sudah agak lama tak membaca novel-novel cinta semenjak Zaman persekolahan dulu. namun pabila terbaca nukilan rasa cetusan pengalaman ini, tersentuh jua hati.

Drama kehidupan memang ada hitam putihnya. Kita penonton, kita pelakon, mungkin skrip berbeza-beza.

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter