**Catatan Seorang Aku**

Aku tejumpa entry ini semasa blog hopping hari ini..

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..

  • supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
  • supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
  • supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
  • supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
  • supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya. .
  • supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
  • supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
  • supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…

PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January - diambil dari http://rubbertapperz.blogspot.com/ ~ terima kasih...


** Catatan Seorang Aku **

MEMANG ALLAH SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH.. . buat aku menghela nafas panjang.. buat hati aku jadi tenang.. buat minda aku jadi kosong.. buat aku tiba2 menitiskan airmata.. tanpa aku sendiri tau mengapa..

Buat seseorang yang aku benar2 peduli..

  • Maafkan aku jika AKU adalah INSAN YANG SALAH YANG DIPERTEMUKAN ALLAH DENGAN KAMU..
  • Maafkan aku jika AKU adalah INSAN YANG SALAH DAN BUKANLAH PILIHAN YANG TERBAIK KAMU..
  • Maafkan aku jika AKU adalah INSAN YANG SALAH DAN MENJADIKAN AKU INSAN YANG TIDAK BAIK SELEPAS DI NILAI KAMU..

Sesungguhnya.. hati aku.. jiwa aku.. perasaan aku.. rasa aku.. cuma aku saja yang tau..

Semoga kau sentiasa berada di bawah lindungan Nya.. mendapat keberkatan Nya..

Untuk kamu.. aku sentiasa berdoa semoga kau diberi ketabahan, kekuatan dan kebahagiaan yang berganda dari hati kecil aku..

Dan untuk kita.. semoga Allah permudahkan segalanya... AMIN....


Ulasan

Guru berkata…
setiap insan ada kekurangannya
DrSam berkata…
Allah itu maha adil. Setiap yang diberi dan dianugerah itu cukup-cukup. tidak terlebih dan tidak terkurang.
DrMaya berkata…
I like this entry....

buat saya juga menghela nafas panjang :)