Hargailah.. Bersyukurlah..

The moment kaki aku mencecah ke dalam wad icu.. hati mengimbau perasaan yang sama ketika adik aku di icu hospital ipoh dulu.. hati mengimbau bagaimana abang aku.. sebelum hari2 terakhirnya di hospital manjung.. terasa sejuk.. beku dalam hati.. dalam jiwa.. tak dapat nak aku bayangkan..

Perlahan aku sentuh bahu Shidah.. sebaik wajah dipalingkan memandang aku.. secara sepontan kami berpelukkan.. hanya airmata yang dapat menggambarkan perasaan Shidah.. juga aku ketika itu.. aku yang memang mati tanpa kata2.. hanya mampu memeluk erat teman yang sedang menangis teresak2.. kasihan Shidah.. pilu hati aku melihat suaminya terlantar diatas katil.. dengan pelbagai peralatan bantuan yang disambungkan..

Sehingga hari ini.. sudah masuk minggu ke empat suaminya di wad icu.. dan Shidah.. setiap kali aku datang melawat.. akan berkata.. "terima kasih awak datang.. beruntung kita ada kawan macam awak.." buat hati aku jadi pilu sangat2.. tak banyak yang dapat aku buat untuk teman ku yang bernama Shidah.. aku cuma mampu datang menjengah sekejap2.. dan mendengar dia bercakap.. dan menangis bersama2.. aku cuma mampu memegang erat tangan Shidah.. dan memeluk dia ketika dia kesedihan.. terasa kerdil sangat2 diri aku saat melihat temanku Shidah..

Melihat anak2 shidah.. perasaan aku menjadi sedih.. teringatkan anak2 aku sendiri..
Sarah.. Aiman.. Danial.. kiranya.. beruntung sangat2 kamu kerana EnAyah berada didepan mata kamu.. beruntung sangat2 kamu kerana EnAyah dikurniakan kesihatan yang baik dari Allah.. beruntung sangat2 kamu.. hidup kamu tak diduga dengan dugaan yang sangat berat yang ditanggung oleh anak2 auntie Shidah sekarang ini.. Semoga anak2 ibu sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang Allah berikan buat kamu semua.. Semoga anak2 ibu sentiasa menghargai EnAyah dan juga masa yang diberikan untuk kamu semua bersama.. hargailah.. bersyukurlah...

Serta-merta airmata aku bergenang.. terkenang EnAyah.. terima kasih kerana menjadi ayah yang baik buat anak2.. terima kasih kerana bersabar dengan kerenah anak2.. terima kasih kerana tidak pernah lupa untuk berkongsi tanggungjawab sebagai ayah..

Terbayang EnAmat.. terbayang setiap satu wajah2 yang aku sayang..

Semoga Allah memberikan kekuatan pada temanku Shidah.. Amin..


p/s - ibu rindu anak2 ibu.. rindu nak dengar suara.. rindu nak dengar ketawa.. rindu nak dengar bising2.. Rinduuuuu... **sigh..**


Ulasan

Noorma berkata…
selagi ada di depan mata, patut hargai semuanyer..
Bapak berkata…
menziarah orang sakit memang menginsafkan.

syukur apa kita ada & hargailah '5' sebelum tiba '5' tersebut.