Haiya.. Ciku??.. Ciku what????

Malam tadi.. tetiba saja suhu badan aku naik tinggi.. sendi2 aku sakit sesangat.. sehingga ke saat menulis ni pun aku masih lagi menahan kesakitan.. :-(

Sepanjang malam aku tak tidur.. sakitnya satu badan.. tak kira lah macam mana aku baring.. terlentang.. mengiring.. meniarap.. sakit nya tak kurang pun.. Air mata sajalah yang menjadi teman aku.. walaupun aku tau.. menangis tak megurangkan sakit yang aku alami.. tetapi.. air mata saja lah yang aku ada... sedihnya dalam hati.. tak cukup sakit satu badan, demam, pening yang teramat sangat.. aku muntah2 la pulak!!!! Sudahnya.. sampai ke pagi.. aku pusing kiri.. pusing kanan.. meniarap.. mengiring kiri kanan.. semuanya tak kena!!!

Tetiba teringat kata2 abah... pergi hospital kerajaan tu.. asik pergi klinik bayar je.. doktor tu bukan tau apa.. cuma nak duit je.. (maaf la doktor2 kat luar sana tu.. bukan aku yang cakap.. abah yang cakap.. maafkanlah abah aku.. dia orang kampung.. pelajaran tak tinggi mana..)

Bangun pagi.. ingat nak bersiap pi kerja.. but berdiri baru seminit dua dah rasa mcm nak tumbang.. :-( :-( :-( Masa ni.. terasa sangat2.. betapa keseorangannya diri aku ni...

Hantar text pada boss.. i'm calling in (hmmm.. more like texting in.. ) sick.. going to see doctor.. bla.. bla.. bla..

Gerak Sarah.. mintak dia teman aku.. Sampai hospital alor gajah... mak datuk.. ramainyer orang.. timbul pulak rasa kesal.. patut.. aku pi hospital xxx.. tak la begini teruk.. sapalah suruh gatal sangat teringat kata2 abah tu.. la???.. gasak.. tunggulah sampai nombor anda dipanggil.. :-(

Sambil menunggu... air mata masih lagi keluar.. walaupun tak berapa perasan.. aku cuma mampu menahan sakit.. kalau boleh.. aku tak peduli orang keliling.. nak je aku baring atas lantai.. tapi.. tu lah.. kang lain pulak jadinya.. "sakit" lain pulak di katanya aku..

sesungguhnya... penantian itu benar2 satu penyeksaan.. dan akhirnya.. harga sebuah penantian tu berbayar.. bila.. nombor aku dipanggil..

Dengan langkah yang lemah.. dan tak sabar2.. masuk la aku bilik rawatan no. 3.. di soal siasat lah aku.. bila start demam.. apa lagi tanda2 sakit.. ada ruam tak yang nyata nampak.. sendi2 sakit dah lama ke??? dan aku menjawab dengan sabar..

Katanya.."demam tak de.. tapi.. tekanan darah sangat rendah.."
Kata aku.. "tekanan darah saya memang always on the lower side dari dulu lagi.."
Katanya.."demam baru malam tadi.. memang biasa pun.. suhu panas naik mendadak.. and turun sendiri.. sakit sendi pun.. baru malam tadi mula.. hmmmm... saya bagi ubat demam.. tekak pun bengkak teruk ni.. saya bagi antibiotik.. ubat batuk.. selsema? ada?"
Kata aku.. "selsema? tak de.. cuma batuk je yang dah tiga minggu.. tak baik2.."
Katanya.. "tiga minggu?!!! tak jumpa doktor???"
Kata aku.. "pergi klinik.. but.. mcm ni je la.. tak hilang pun.. but.. ni pun dah kurang.."
Dan doktor cuma geleng kepala.. mungkin dia cakap dalam hati.. "orang mcm ni pun ada..." agaknyer la..
Katanya lagi.. "sakit sendi ni.. kita tunggu dulu.. kalau dalam masa tiga empat hari tak hilang.. atau semakin teruk.. datang balik.. kita buat ujian darah.." kata2 yang memang aku dah agak dari mula lagi.. "sementara tu.. makan ubat demam yang saya bagi.. harap2 tak melarat.."

Dan aku pun balik dengan rasa sedih sesangat.. sakit tak hilang lagi.. sedihhhhh... dari tadi kat atas katil.. nak makan pun takut.. takut muntah.. dari pagi.. cuma air je yang aku telan.. WAAAAAAAAA... dah tua2.. bila tak sihat.. rasa mcm.. ntahlah..

Kalau bebudak ni tak sihat.. tak nak makan.. aku usahakan jugak.. paling tidak pun sikit alas perut.. jangan sampai tak de tenaga.. bila sendiri yang tak sihat.. depan anak2.. buat2 sihat.. :-(

Linda adik aku call petang tadi.. "lah.. kenapa la pulak nak tunggu tiga empat hari lagi baru nak amek darah??? dah tu.. sementara tu.. tak kan nak tanggung je sakit tu???"
Kata aku.. "dah mcm tu peraturannya.. nak buat cam mana.. tak pe lah.. kot tak sempat aku nak sampai tiga empat hari tu.. aku singgah jugak jumpa doktor tu nanti.. hehehehe.."

Kat bawah ni cerita Chingkungunya.. rasa2nya ramai yang dah tau pun.. but.. just a brief info..
Penyakit Chikungunya
Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam.
Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus
lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling
berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

Ulasan

Ummi berkata…
semoga cepat sembuh

moga di jauhkan dari penyakit ciku itu
payarumput21 berkata…
Salam Ummi..

terima kasih.. hari ni dalam pening2 nak muntah.. jalan pun tak berapa betul.. pegi jugak la kerja..

Boss kata tak payah buat kerja.. tak pe.. tapi.. dah sampai office.. mau ke duduk diam je?? but memang tak banyak buat kerja pun.. cuma duduk sandar kat kerusi mengalahkan boss la pulak.. hehehehe..

Hmmm.. mudah2an dijauhkan dari penyakit ciku tu... and hari ni.. towards the end of the day.. alhamdulillah.. tak lah seteruk hari sebelumnya..

:-)
jane berkata…
salam is,

la...saya ingat buah ciku. kat kg saya ramai penoreh kena demam ini! kat hutan.....demamnya berlarutan!

is, aiman ada dapat mana2 sekolah ke ?
payarumput21 berkata…
Salam Jane..

:-) tu la.. bunyinyer susah benar nak disebut lidah ni.. tak reti nak pronounce.. so.. kami satu rumah dok sebut demam ciku..

Dr cuma suspek je.. but.. rasa2nya tak.. harap2 tak..

Aiman? Tak de la lagi.. may be tak de kot.. kita pun tak berapa pasti cam mana depa panggil.. thru sekolah ke? thru surat antar mai umah ke?