Benci ah...


Hari ni.. biarlah makcik cuma lepaskan apa yg terbuku dalam hati.. Nak sergah boss tak boleh.. so.. cerita samar2 makan hati makcik je la kat blog nie yerrr... Kalau faham.. baguslah.. and kalau tak faham.. buat2 faham je lahhh..

Makcik dapat berita yg sgt mengemparkan hari ni.. Semua pasal kerja.. bak kata bapak superman.. "with great power comes great responsibility.." Sungguh2 mengtensyenkan diri juga jiwa makcik.. Kalau dulu mungkin ok la jugak.. but now.. my priority dah berubah..

Tak tau mcm mana nak dihuraikan dengan kata2 jiwa makcik sekarang nih.. menyampah mengadap commercial paper.. menyampah buat comparative analysis utk tender.. menyampah dengan hardware & infra.. menyampah dengan issue project module yg tak tau bila nak finalize.. menyampah buat kerja coordinasi.. menyampah.. menyampah.. menyampah... but.. yg menyampah tu lah yg bagi makcik rezeki hujung bulan..

Hari ni.. seawal pukul 9am.. lepas diberitahu berita panas tu.. and dengan beban kerja yg dilambak atas meja makcik.. Makcik rasa mcm tak sabar je nak tunggu pukul 6pm nak balik.. Walau setakat nih.. semua yg diberikan pada makcik.. makcik boleh sudahkan.. tapi.. kenapalah tak de org nak fikir apa yg makcik rasa.. management suka suki je buat keputusan.. sikit tak tanya makcik nak ke tidak..

En Amat kata.. tentu lah.. scope kerja dah berubah.. mestilah beban kerja pun bertambah.. Masaalahnya.. scope kerja berubah.. beban kerja bertambah.. Bukanlah makcik kata makcik ni berkira tulang urat.. Masaalahnya.. makcik tak nak jawatan tu.. makcik tak nak tanggungjawab tu.. biarlah tak de title pun tak pe.. makcik rela..

Makcik sungguh sakit hati.. but kata En Amat.. mula2.. nanti lama2 bila dah biasa ok la.. Entahlah.. makcik tak rasa pun pasal biasa tak biasa.. yg makcik rasa cuma.. mcm org amek kesempatan je.. semua nak longgok atas meja makcik.. semua nak senang.. org yg dok kat tingkat kayangan tu pulak semua mcm bagus je bila buat keputusan.. tapi mcmlah makcik tak tau.. semua takut nak ambik risiko.. sampaikan document pun tak berani nak sign.. tapi pandai bagi arahan itu ini.. setakat arahan mulut je.. lepas tu tak de apa2 follow up.. nak suruh jugak makcik buat ke? sat nanti.. tersangkut kat auditor.. makcik jugak yg susah..

Cakap salah.. tak cakap pun salah.. bila buat tak tau.. cakap kita ni tak agresif.. tak peka.. bila kita bagitau.. kata.. ok, since you are familiar with this.. you respond to it. Aaarggghhhhhh!! menyampah lah.. and kalau ada lah perkataan yg boleh huraikan rasa menyampah hati makcik ni.. selain dari perkataan menyampah.. dah lama makcik taip...

p/s - sorry.. betul2 tengah sakit hati.. benci ah..


Ulasan

Bapak berkata…
"with great power comes great responsibility.." tu bkn bapak Superman cakap tapi pakcik Spiderman...heheheh..

anyway bersabarlah Kak Isma, memang perkara mcm ni boleh downkan motivasi kita tuk bekerja...
payarumput21 berkata…
Bapak..

Eh.. ye lah.. pakcik spiderman.. aiseyyy.. baru ingat.. **malu.. malu..**