Masih ingatkah lagi...

On the way hantar budak2 ke sekolah pagi ni.. Aiman sibuk cerita pasal spot check kat sekolah semalam.. "tah apa2 je cikgu tu kak.. jeles.. orang dah habis periksa pun tak bagi bawak game pi sekolah.. bukan nya belajar pun.." dengan rasa tak puas hatinya kawan merungut.. "pas tu.. cikgu cakap yang boleh bawak cuma board game.. mcm chess ke.., dam ke.., dan seangkatan dengannya.. heeee.. geram tau" and kakaknya dengan penuh setuju mengiakan cakap adik yang cikgu tu memang jeles..

Spot Check??? hmmm.. sapa yang tak pernah rasa zaman2 sekolah dulu.. Wah!! bagai nak gila menyorokkan barangan terlarang dari dikesan... baik time spot check kat asrama.. atau kat sekolah.. sama je..

Teringat satu incident.. "budak perempuan berdiri atas lantai... lelaki... atas meja.. sekarang!!" jerit cikgu salleh dgn para pengawasnya beratur kat belakang tunggu arahan... "jangan cuit bag sekolah kamu.. tinggalkan! " and pengawas yang dari tadi tak sabar nak menerkam bag2 sekolah kami pun macam semut berkerjar ke gula.. Kami yang sememangnya dah dapat "maklumat awal" rileks je..

Sampai je kat meja aku.. pengawas bangunan sains pun ambil bag, letak atas meja dan memulakan tugas.. Ehem.. tiba2 dia terdiam.. dan cepat2 tutup bag aku dan berlalu... aku senyum sampai telinga.. Haritu habis 1 masa kami di spot check.. but tak satu pun yang sangkut.. Cikgu Salleh tak puas hati!!!

Ceritanya.. biasanya aku akan letak aku punya emergency kit - the one that is for the just in case cases... kat atas... hmmm.. apa yek? apa lagi... tuala wanita (ini wajib), undies (ini lagi wajib..) and few other "barang orang perempuan"... and with all those things... barang terlarang atau tidak... siapa la pulak nak selongkar bag sekolah aku.. tak pasal2 diaorang lak yang malu nanti... wakakaka...

Buat cikgu Salleh.. (garang cikgu ni..) rilek la cikgu..
Cikgu Hamidah yang selalu kau tim dengan kami.. sayang cikgu :-) ...
Cikgu Ratnam - yang boring dengan aku sbb aku selalu bagi orang tiru kertas english aku..
Cikgu Ooi - sorry sebab selalu usik cikgu dalam kelas..
Cikgu Menon - selalu lupa nak sambung mengajar bila kami puji sari dia cantik..
Cikgu Rohana - yang selalu senyum dan cuma jeling bila kami buat salah...
Cikgu Sejarah - yang semua orang tak suka sebab selalu perli kami dgn kata2 yang merendah2kan kami tanpa usul periksa..
Ustazah Zubaidah - bukan saja cantik, berbudi bahasa.. bahkan kami semua sayang.. tak pernah tinggikan suara pada kami..
And last sekali.. Cikgu yang semua orang tak akan lupa - Cikgu Malek (guru penolong kanan sekolah) tak pernah marah.. dan sayang sangat2 pada kami.. walaupun semua kata kami murid bermasaalah.. cikgu tetap layan kami dengan baik dan selalu dengar suara hati kami..

Terima kasih yang tak terhingga dari hati yang sangat rindu..

P/S - Dengar cerita cikgu Rohana sekarang dah jadi Pengetua Sekolah.. Cikgu suka main bola.. hari2 cikgu main bola... wakakakaka...


Ulasan

Mother of Two berkata…
cikgu saya dulu suka ketuk kepala..naik biol dibuatnya.

anyway.. balik nie nak raya rumah cikgu kat besut n rumah kakak juga..insyaallah...:)
payarumput21 berkata…
Ok la jugak tu.. cuma ketuk je shiela ooii.. akak dulu siap kena jalan itik, diri atas meja, diri sebelah kaki.. dan mcm2 lagi aksi akrobatik yang cikgu akan suruh buat..