Cerita Semalam... :-(

Penat sungguh semalam.. kerja bertimbun2.. makin diclear meja tu.. makin tinggi lak rasa isi tray tu.. :-(

Keluar office pun bila matahari dah hampir melabuhkan diri.. :-( Mujur cahaya masih terang.. nampak lagi la rupa pasir2 dan tanah2..

Drive macam biasa.. airmata macam nak mengalir je.. penat sesangat... :-( melayan kerenah orang.. nak menghabiskan kerja.. dengan mengejar dateline.. sedihhhhhh!!!!!! tapi.. dalam sedih melayan sedih tu.. tetiba.. tersembur ketawa sorang2 dalam kereta.. eh.. kenapa ni??? mcm orang tak betul la pulak... hehehehe..

Sebabnya??? tengah sedih2 tu.. tetiba la pulak teringat "work well underpressure"... one of the criteria best described myself tertulis dalam CV.. hehehehe.. Kah kah kah.. konon... tak menahan... gelak.. gelak.. gelak.. (hmmm.. korang pun gelak la sama yea kalau faham...)

Kereta bergerak sangat perlahan.. sebab depan ada traffic light.. and dengan tak semena2.. ada satu motorsikal dengan lajunya keluar simpang.. meluru ke tengah jalan.. and ada kereta dari kanan aku pun pada masa yang sama memecut dengan lajunya nak mengejar traffic light.. sambil potong Q... Sepantas kilat segala2nya berlaku depan mata... aku cuma sempat menjerit ALLAH!!!! sekuat2 hati aku...

Alangkah leganya melihat motorsikal tu sempat berhenti betul2 ditepi pintu kereta.. and dengan sekelip mata.. hati jadi panas sangat2...

Sebabnya.. betapa kita selalu tak perihatin dengan keselamatan orang yang kita sayang.. motorsikal membawa isteri dibelakang lengkap dengan topi keledar keselamatan.. begitu juga dengan dirinya.. sedihnya.. melihat anak kecil yang dibiarkan berdiri di dalam bakul.. yang ketika motorsikal dibrek secara mengejut tadi.. hampir2 anak kecil itu melambung keluar...
kalaulah anak tu tercampak ke atas kereta.. bergolek atas jalan.. dan kereta tu
tak sempat berhenti lalu menggelek anak tadi???... Aku beristighifar... Hanya
kerana nak mengejar seminit dua.. mungkin kita akan membayar sesuatu dengan kekesalan seumur hidup...

Mungkin.. kita selalu berfikir.. "ah.. tak kan jadi pada aku.." but, fikirkanlah.. kalau betul2 terjadi.. kita akan menyesal seumur hidup.. mungkin lebih senang menyalahkan kereta yang melanggar.. but.. jauh dalam sudut hati kita.. kita tetap akan tau.. segala2nya.. sebab kelalaian kita sendiri..

:-( :-( :-(

Ulasan

hady berkata…
sedikit ingin dikongsi bersama

ada seseorang yang rapat dengan saya pernah terlibat dengan kemalangan nyawa.
kereta yang dibawanya melanggar dua orang pelajar sekolah rendah (ya, DUA orang), yang berlari melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan, kedua dua nya meninggal. dan lebih dahsyat, kemalangan berlaku di depan ibu mangsa.
kenalan saya trauma, berminggu minggu tak makan, termenung dan menangis..

hmmm... kecuaian bukan satu gurauan..
Ummi berkata…
ummi paling kesian bila orang naik maotosikal bawa budak kecik

ummi faham kenapa diaorg berbuat demikian, mungkin tiada duit untuk membeli kereta atau jenis yang kedekut simpan kereta kat rumah sbb nak jimat belanja :(

tapi yang penting di sini kenalah ikut peraturan, bawa motosikal perlahan-lahan dan ingat orang yang tersayang yang membonceng motosikal bersama

dan kadang-kadang ummi tidak faham kenapa orang yang menunggang motosikal suka mengikut kereta dari jarak yang dekat dan terpaksa brake mengejut bila kereta berhenti mengejut

dan yang paling geram kat traffic light, bila lampu kuning, lagilah diaorg pecut

tak sayangkan nyawa betul :(
Mother of Two berkata…
kadang2 kiter pun alpa hal keselamantan, walau jaraknyer tak jauh...sy ckp sensitif kalau accident melibatkan kanak2 or baby.. mujur akak smpt brek..so kiranyer akak nie safety alert gakler:)
payarumput21 berkata…
Salam..


Hady: Hmmm.. terima kasih berkongsi cerita.. sedih mengenangkan mereka2 yang terlibat..

Melihat anak kucing mati tepi jalan pun sedih.. inikan pulak manusia..

Nyawa.. bukan boleh beli di kedai.. Mudah2an kita semua mengambil ikhtibar dan sentiasa beringat2..

:-)



Ummi: Kita faham maksud Ummi.. memang kesian melihat mereka2 yang menunggang motorsikal ni.. lebih2 lagi bila cuaca panas atau dalam hujan.. dan dan tu terasa.. betapa beruntungnyer aku duduk dalam kereta.. ada hawa dingin pulak tu..

Cumanyer.. bila berdepan dengan penunggang yang sebegini.. yang rasa mcm dia saja yang ada lesen.. yang rasa mcm dah tak de orang lain lagi atas jalan tu selain dia.. tu yang buat rasa marah timbul..

Haritu.. mujur dua2 sempat brake.. kalau tak.. menyesal pun tak guna..



Shiela: Alhamdulillah.. mujur tak de apa2 yang berlaku.. kalu ada yang cedera pun cuma perasaan.. geram sungguh...