Teman tapi mesra ;-p

Raya Puasa yang lepas.. aku berjanji dengan teman yang baru ku kenali secara tak sengaja untuk berjumpa.. but may be.. belum jodoh.. hehehe.. message yang aku terima cuma selepas aku habis bercuti.. and.. teman baru aku.. pulang ke KL.. :-(



And hari Ahad yang lepas.. kami berjanji lagi untuk berjumpa..



Sudah menjadi kebiasaan aku.. hujung minggu aku memang habis dengan urusan anak2.. itulah yang berlaku ulang berulang.. and temujanji yang kebetulannya dibuat sehari sebelum Aidil Adha.. sedikit tak banyak memberi tekanan pada aku.. bukan kerana teman yang akan aku temui nanti.. tetapi.. kerana anak2 yang jadualnya tak tau bila akan habis hari tu.. Sara, Aiman & Danial ada Tea Kwan Do grading.. which starts from 08:30 till late noon.. :-(



Sememangnya Wati dah pun ada kat depan rumah mertuanya bila aku sampai.. Orangnya cukup ramah.. teringat pertemuan pertama dengan Firnasya pada Aidil Fitri yang lalu.. Melihat rumah besar Firnasya.. buat aku rasa kerdil sangat2.. menerima budi bahasa Firnasya.. buat aku rasa sangat2 terharu.. Terima kasih yang tak terhingga buat teman yang bernama Firnasya :-)



Ahad yang lalu.. Bercakap dengan Wati.. bertukar2 cerita.. bertukar2 pendapat.. sedikit tak banyak membuka fikiran aku kepada sesuatu yang aku tak pernah terfikir sebelum ini.. Wati banyak bercerita tentang ketabahan.. which.. sebelum ini.. pada aku.. menjadi seorang ibu tunggal.. its not about "tabahnya aku berdepan dengan cabaran".. segala2nya dilakukan sebab.. "aku tiada pilihan lain.. kalau aku tak buat.. siapa lagi".. but kata2 Wati hari tu.. tak tau kenapa.. memberi aku semangat.. dan membuat aku rasa "aku tidak keseorangan"..



Seronok dapat tengok Ain in person :-)



Pertemuan yang diatur pada masa bila semua orang sedang sibuk untuk persiapan menyambut Aidil Adha.. terpaksa kami pendekkan.. Aku pulang dengan senyum yang tak hilang dari wajah.. Terasa mcm tak percaya pun ada.. keciknya dunia Allah ni.. rupa2nya ada ramai yang tau kat mana Payarumput.. and better yet.. kawin dengan orang Payarumput..



InsyaAllah.. ada rezeki kita jumpa lagi.. and time tu nanti kita makan Roti John pulak yea Wati.. ;-p



Ehem.. ada sapa2 nak join ke? hehehe...



Yea.. yea.. dah sampai rumah nenek...


Untuk semua.. walau sedikit terlewat.. SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA.. and petang tu.. aku dan budak2 terus ke Johor rumah mak...

Ulasan

saya berkata…
nak jugak makan roti john....
Ummi berkata…
nak jugak makan roti john :)

serius before ni ummi memang tak tahu kat mana payarumput :)

mungkin bila balik ke johor dan singgah di melaka, mungkin berkesempatan melawat payarumput :)

kdg-kdg kita rasakan diri kita sungguh lonely, tapi hakikatnya Allah selalu menemukan diri kita dengan kawan-kawan yang sungguh menghargai nilai persahabatan :)
jane berkata…
salam...

kita nak panggil nama awak ap ek ? panggil mama aiman macam x mesra plak. kehkeh...

tringin nak makan roti john melaka. memang lebih sedap dari tempat2 lain.

kakak kita d tangga batu!
Hanisumayyah berkata…
Saya acap kali lalu paya rumput...sampai masa yang sesuai mungkin boleh berjumpa...insyaallah...roti john yang kat mana yg sedap tu??? boleh pegi nanti...
wati berkata…
jUmpa gak kita kat PAYA Rumput//seronok sangat jumpa awak...tabah dan comel orgnyeee,saya akan sentiasa bersama awak...paya rumput.
hady berkata…
kalau nak makan roti john spesel kuala berang, bagitau la.. hehe
payarumput21 berkata…
Salam..

Saya: Hehehe.. bukan kata roti John.. roti mary.. roti benggali pun boleh.. ;p



Ummi: Laa.. Ummi pun selalu lalu ke arah sini ke?.. Boleh2.. singgah2.. sila2.. kita suka.. :-)

Memang betul.. walaupun Wati tu cuma kenal dari blog saja.. tapi bila finally jumpa in person.. terasa mcm dah kenal lama..


Cikgu: Tangga Batuuuu??? laaa awat tak habaq?? dekat sesangat dengan tempat kerja kita kat sg. udang tu..
Tak pe.. datang je sini.. inform2 la.. kita buat rombongan ke roti john tu yea.. :-)


Hijrah: Ala.. "Roti John Asli" yang dekat Cheng tu.. kalau dari bandar exactly lepas simpang traffic light nak masuk ke Tg Minyak.. betul2 tepi jalan.. mesti tak miss...
Yea la.. sampai masa sesuai kita jumpa :-)



Wati: hehehe.. (malu..) terima kasih sbb jadi kawan saya yang tah apa2 ni..


Hady: Kita nak.. kita nak.. nanti kita boleh tolong promote pulak.. Kekadang tu terfikir jugak.. kenapalah nama dia "Roti John" yea.. John tau ke?