Diriku yang terkunci.. :-O



"En.Mimi... En.Mimi kat mana???" Tanya aku hampir2 menangis... dah hampir sejam aku mencari public phone untuk diguna..

Kisahnya... biasa pagi2 rutin sebelum keluar rumah, menghantar anak2 ke sekolah.. aku akan pastikan Danial ada kunci rumah.. seluar dah zip **ehem... ini memang wajib.. kalau tak tanya.. melopong je la seluar tu buta2.. LOL** and berbagai pesanan penaja taraf mak2 gitu..

But hari ni.. mengenangkan aku akan ada sepanjang hari dirumah.. aku skip part kunci rumah dari Danial.. and mula lah men'drop' budak2 tu..

Bila dah nak sampai rumah.. aku berselisih dgn En.Amat atas motor.. nak pi kerja.. dari jauh dia dah senyum.. angkat tangan kat aku.. and aku pun lambai la.. "Byeeee..." kata aku perlahan dari dalam kereta.. and.. Tetiba.. "Eh.. eh.. kunci umah mana???" baru aku perasan kunci rumah aku tak de.. and nak pusing kejar En.Amat.. memang bapak tak sempat.. Kais2 handbag... hampeh.. harap handbag je besar.. handphone pun lupaaaa.... Waaaaaaaa.. apa nak buat nih..

Start enjin keta, and drive la keliling taman cari public phone.. and taman sebelah.. and taman sebelah.. and taman sebelah.. Adoi laaa... semua tak leh guna!!!! kalau tak rosak, sure EMERGENCY CALL ONLY... huk huk..

"Laaa.. kat office la.. nape??" kata En.Amat sebaik dengar suara aku.. "En.Mimi.. En.Mimi.. dengar la niii.. kita punya kunci rumah tak bawak.. kita nak nangis ni.. dari tadi cari public phone.. baru ni jumpa.. handphone pun kita tinggal.. En.Mimi tolong la kita.. antar kunci rumah kat kita.." dan yang aku dengar cuma gelak besar dari hujung talian.. heeeeee.. benci betul..

"Ha ah.. kita perasan tadi.. tepon org tu kat atas katil.. Patut la no. lain.. kita tengah makan la awak.. tunggu la.. nanti rescue sampai.." gelak lagi.. sakitnye jiwa.. tak de rasa simpati langsung!.. "Nanti tu... lama mana?? Tak kan nak kita tunggu kat luar.. Kesian la kat kita En.Mimi..." and masih lagi disambut dengan gelak besar dari En.Amat.. "Tunggu la.. setengah jam lagi rescue sampai la.." dan aku menarik nafas.. tak tau nak kata apa.. Arrrrgggghhhhhhh!!!!

Dan selepas setengah jam.. rescue dari En.Amat pun tiba.. seperti yang dijanjikan... bersama2 dengan gelak yang lebih besar... Menyampah!


Moral of the story ~ Tak kira apa, PASTIKAN kunci rumah jangan lupa!!!!!

Ulasan

Guru berkata…
nasib baik en amat baik hati
payarumput21 berkata…
Salam..

hahaha.. AKC.. itu pun selepas dah puas berpeluh cari public phone.. nasib baik la jumpa yang boleh pakai.. kalau tak.. mau sampai petang..