Part 2 ~ Perintah Mahkamah the Saga


Semalam aku betul2 emo dengan cerita Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. geram, sakit hati, marah, sedih, rasa tak masuk akal.. dan semua2 lah.. bercampur baur.. Menangis aku bukanlah kerana aku ni cengeng **pompuan kannnn.. semua mcm tu aku kira..** tapi kerana at the time of kejadian.. aku rasa tersangatlah helpless.. sangat2 tak berdaya.. regardless apa pun aku buat.. keputusannya dengan begitu kejam tak menyebelahi aku.. kecewa dalam hati sangat tebal.. marah sangat2 tapi tak mampu nak salurkan kemarahan aku.. dan akhirnya.. cuma air mata sajalah yang menghurai segala perasaan dalam jiwa ketika tu..

"hmmmm.. nama penuh apa??" kata guru besar sebaik saja aku duduk.. "saya Nor Ismah cikgu.." jawab aku pendek dengan senyum tawar.. "tinggal kat mana?.." sambungnya lagi sambil mencatat atas kertas nama yang baru aku sebut.. "Permai heights.." kata aku sambil melihat tangannya menulis atas kertas apa yang aku cakap.. "awak nak mintak tukar anak awak sekolah? Kenapa? " tanya guru besar lagi... "Ya cikgu.. saya akan berpindah tempat kerja.. ke Pasir Gudang.. so.. nak pindah sekolah lah.."

"Awak ada perintah mahkamah hak penjagaan? kalau tak ada kami tak boleh benarkan.. saya tak boleh tandatangan.." Kenyataan yang buat aku tarik nafas panjang.. "Cikgu.. saya akan berpindah kerja ke Pasir Gudang hujung minggu ni.. selama ni saya yang jaga budak2 ni.. dan bekas suami saya di luar negara.. tak de kat sini.. semua urusan yang berkaitan anak2 saya termasuk pindah / masuk sekolah saya yang uruskan.. kenapa sekarang nak tukar sekolah tak boleh pulak? Sedangkan time masuk sekolah ni dulu.. tak siapa pun persoalkan perintah mahkamah hak penjagaan.. apa masaalahnya pulak.."

"Bukan apa.. kita tak mau ada issu berbangkit.. kita tak tau, mungkin puan nak bawak lari anak ni.. Tahun berapa anak puan?" sambung guru besar lagi.. kali ni kenyataan yang aku rasa memang tak masuk akal langsung.. aku jeling meja guru besar.. fail anak aku besar depan mata.. masih lagi tak tau anak aku kelas apa.. "Tahun 5 G.. and.. kenapa pulak saya nak bawak lari anak saya.. tak masuk akal betul.." tetiba je keluar dari mulut aku..

"5 G??? pandai murid ni.. Ada tak bekas suami puan atau puan kata nak ambil salah sorang atau pisah2kan anak2 ni?.." Soalan yang buat aku berkerut dahi dan terbeliak bijik mata.. tak faham motif langsung! "Cikgu.. saya dengan bekas suami saya memang tak ada masaalah pasal hak penjagaaan.. pada kami dua2 pun berhak atas anak2 ni.. lagipun ini bukah HAK.. ini tanggungjawab.. bekas suami saya sekarang kat Abu Dhabi.. bukan di Malaysia.. semua urusan anak2 memang tanggungjawab saya.."

"Macam ni lah.." pintas guru besar.. "Puan dapatkan Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.. kemudian kita process.. saya tak de masaalah kalau puan ada Perintah Mahkamah Hak Penjagaan tu"... dan balas aku.. "Cikgu, saya nak pindah hujung minggu ni.. saya start kerja 1 June.. kalau cikgu tak nak sign pertukaran sekolah.. cikgu nak jaga anak saya ke bila saya pindah nanti?.. lagipun bukan ke Cikgu boleh guna budi bicara sekolah.. Bekas suami saya tak de kat sini.. kalau dia ada sekali pun saya tak nak tuntut hak penjagaan.. Cikgu tau ke macam mana process mahkamah? Cikgu pernah naik mahkamah? Cikgu tau tak segala2nya memberi tekanan pada setiap yang terlibat.. saya tak mau rosakkan hati anak2 saya.. sedangkan selama hari ni hubungan kami semua baik.. termasuk dengan bekas suami.."

"Puan perlu tau.. bukan kehendak kami.. ini kehendak kementerian.." katanya sambil senyum sinis.. MENYAMPAH BETUL!!!! "Saya tau ini kehendak kementerian.. tapi juga atas budibicara pihak sekolah.." jawab aku perlahan antara dengar dengan tidak.. terasa sangat2 hampa..

Dan entah bila, aku pun tak sedar bila mana tangan aku mengambil mobile phone dan mendail no En.Ayah.. "Salam.." kata aku tiba2 sebak.. menahan perasaan.. "Saya kat sekolah adik ni.. uruskan pindah sekolah.. tapi guru besar tak nak sign surat pelepasan.. katanya sebab saya tak de Perintah Mahkamah Hak Penjagaan.." dan kali ni.. aku dah tersedu2.. Guru besar pun seakan terkejut.. tak sangka aku akan telephone En.Ayah di Abu Dhabi..

"Laaa.. apasal pulak.. awak tak cakap ke memang awak yang jaga budak2 tu selama hari ni?.." kata En.Ayah pada aku.. "Dah.. tapi dia nak jugak Perintah Mahkamah Hak Penjagaan tu.. Saya tak tau nak buat apa.." balas aku yang masih lagi menangis.. "Awak tak cakap ke saya tak de kat malaysia.. budak2 awak yang jaga??" sambung En.Ayah.. "Semua dah.. tapi dia tak nak sign.."

Dan telephone bertukar tangan.. sesekali Guru besar kelihatan mengangguk2 sambil mendengar EnAyah bercakap..

"Awak draft la surat.. emailkan kat saya.. nanti saya sign and faxkan ke sekolah.. harap tak de masaalah lagi.." kata EnAyah... dan selepas 1 jam.. seperti yang En.Ayah janjikan.. No Objection Letter dari EnAyah difaxkan ke sekolah Danial.. dan membolehkan aku dapat surat pertukaran sekolah Danial.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah.. terima kasih juga pada EnAyah..

Nanti kita sambung part 3 pulak.. apa jadi kat sekolah menengah???

Ulasan

♥MAMASYAZA♥ berkata…
kusyuk saya baca n3 akak ni, kalo saya ditempat akak sah2 saya pun menangis tahap gaban...sebenarnya semua urusan pun atas budibicara masing2 hatta penjagaan anak2. bestkan ada manusia cam akak n en. ayah...sama2 bersetuju dlm hak jaga anak2...walopun dah tak sehaluan
Guru berkata…
susah juga ya, kalau terlalu mengikut buku.
suasana sekarang yang sensitif dengan hal2 sekolah ni mungkin memaksa GB bertindak sebegitu

apa pun alhamdulillah Allah permudahkan.
DrSam berkata…
saya tumpang terharu dan sedih dengan kepayahan yang dihadapi. Yang penting sikecil dapat meneruskan persekolahan dan kehidupan denagn baik. Saya doakan semoga segala urusan berjalan dengan baik.
DrMaya berkata…
Salam,

Lama tak jenguk akak kat sini...sibuk hihi. Anyway akak saya bersimpati dgn kisah mahkamah ni, harap sekarang semua dah beres..dan baik2 belaka
Hanisumayyah berkata…
Kak...giler ker hapa guru besar tu...hishh geram saya memabacanya!
payarumput21 berkata…
Salam..

Mamasyaza / AKC / DrSam / Maya / Salwa.. terima kasih.. memang betul2 menduga hati2, jiwa dan minda.. but Alhamdulillah.. berkat doa kawan2 segala2nya dah selesai.. anak2 dah pun bersekolah.. terasa macam mimpi ngeri je.. :))
Luna berkata…
akak, saya baru baca citer akak ni, saya pun geram..patut la org ckp 'law is made to be broken' ..yg saya geram..takkan la bila law kata camtu, takde jalan keluar? undang2 ni manusia yang buat. sepatutnya ada budi bicara.

dlm hal ni,perkara yg mudah sudah menjadi susah. TAPI, BOLEH sebenarnya nak selesaikan cepat. Ok,kalo GB dah kata kementerian punya arahan, tolonglah, bawakan hal ni ke pihak terbabit. tolong call sapa2, utk berikan budi bicara. eii saya x faham la org kita takde urge utk memudahkan proses birokrasi. malas nak pikir dan x penah nak membayangkan dirinya kat tmpt kita.

saya pun frust la kak, kalo terpaksa berdepan mslh mcm ni.