Selamat Menyambut Maal Hijrah.. Selamat Tahun Baru..

Sometimes in 2004 - Cameron Highlands :-)

Sekejap betul masa berlalu.. 14-12-2008 lepas.. genap 2 tahun aku kat Melaka Bandaraya Bersejarah ni.. bermakna 2 tahun dah anak2 aku jadi orang Melaka.. terasa macam segala2nya berlaku depan mata cuma semalam..


Contract aku baru saja disambung untuk setahun lagi.. maknanya.. aku akan berada di Melaka ni untuk satu tahun lagi.. Insya Allah.. mudah2an akan ada juga tahun yang ke empat, lima, enam.. dan yang berikutnya kalau rezeki aku kat sini lagi.. mudah2an.. Alhamdulillah.. setakat ni.. rezeki kami masih lagi tak putus.. Syukur untuk itu..


Sometimes in 2004 - Alor Setar, Kedah :-)

Melihat kebelakang.. hati terasa sayu.. mengenang dugaan dan cabaran yang tuhan berikan pada aku dan anak2.. dan bagaimana segala dugaan dan cabaran yang kami sekeluarga hadapi.. membuat kami lebih cekal.. dan lebih rapat dan memahami hati masing2 dengan lebih baik lagi..

Sarah.. aku selalu rasa sedih bila mengenangkan.. pada umur seawal 11 tahun.. Sarah dah banyak tanggungjawab.. kalau tak kerana Sarah yang selalu tolong aku kat rumah ni.. memang aku tak dapat uruskan rumah tu dengan betul.. pada umur seawal 11 tahun, rumah kami.. memang tanggungjawab dia..
Sedih mengenangkan.. sekalipun dia sibuk dengan segala persiapan untuk menghadapi UPSR.. tanggungjawab yang tak sepatutnya dia pikul.. tetap disempurnakan.. walaupun terkadang dia berbunyi.. tapi.. tetap jugak dia sempurnakan..

Sarah cukup matang untuk budak yang seusia dengan dia.. dari segala segi.. pernah.. hampir menitis airmata bila aku mendengar dia menasihatkan Aiman.. "Belajar betul2 Man.. mesti buat betul2 UPSR ni.. aku cuma dapat 4A 1B.. kau.. mesti dapat 5A.. kalahkan aku.. aku nak kau dapat 5A.. lebih dari aku.. bukan kurang.."

Champion Youth Cup 2007 - Inter Milan Junior - Stadium Tuah, Melaka

Aiman.. anak manja yang sangat sensitif jiwanya.. dan mungkin betul jugak kata orang.. anak lelaki.. tak sama dengan anak perempuan.. ingatnya cuma nak main2 je.. mcm tu la Aiman.. but.. kejadian pecah rumah.. dan diugut oleh budak2 nakal.. banyak mengubah sikap Aiman.. its a blessing in disguise.. selepas kejadian pecah rumah tu.. hidup kami berubah.. hidup Aiman berubah.. Aiman menjadi lebih pemilih.. dan memilih kawan2.. Aiman mula mengambil alih sikit2 tugas Sarah.. towards end of the year.. aku begitu terkejut bila.. sebelum tido.. Aiman akan pastikan.. baju sekolahnya dibasuh bersih.. dan biasanya dia basuh sendiri.. hari2 without fail..

Malacca Straits Cup 2007 - Stadium Jebat, Melaka

Pernah sekali tu.. pagi2 dia gerak aku suruh bangun.. dan bawak aku ke tengah rumah.. "suprise katanya..".. rumah bersih.. spotless.. Aiman berkemas.. siap dengan mop lantai sekali..
Aiman.. sememangnya anak ini.. never fail to make my heart melt..


Malacca Straits Cup 2007 - Stadium Jebat, Melaka

Danial.. anak manja yang panas baran.. :-) Aiman kata.. "Tiap2 tahun kak.. asik kita je yang amek hadiah kat sekolah.. adik tu tah bila2 gak nyer..".. and Sarah pulak jawab.. "tak baik tau Man ni.. mana tau.. tah2.. tahun depan dia pulak..".. and.. memang betul.. tahun ni.. Danial naik pentas amek hadiah kat sekolah.. bangganya dia..

Champion Youth Cup 2007 - Man U Junior - Stadium Tuah, Melaka

Tak pernah terfikir yang anak aku yang sorang ni sebenarnya ada masalah mata.. bila fikir2 semula.. hati aku jadi sedih.. merasa.. aku bukanlah ibu yang perihatin.. aku cuma sedar yang Danial ada masaalah penglihatan bila satu hari semasa menyaksikan perlawanan bola di stadium Jebat.. MU Junior vs Porto Junior during CYC 2007.. bila scoreboard yang besar terpampang.. Danial tak nampak..
Segala2nya berubah bila Danial mula pakai cermin mata.. :-( sedih sangat bila kenangkan.. aku tak tau.. mungkin kerana aku tak perihatin..


Tahun depan.. Danial jadi pengawas kuning sekolah.. hehehehe.. aka "pengawas khutubkhanah". Aiman selalu usik.. "eleh.. pengawas kuning.. bukan buat apa pun.. lain la pengawas yang pakai baju biru tu..." and jawapan Danial selalu.. "tak kisah la.. kat library banyak buku apa.. best.. daripada kau.. apa pun tak jadi.."
And.. jarak umur Aiman dengan Danial.. 4 tahun.. tak pernah sekali pun aku dengar dia panggil Aiman "abang"..
Tak tau macam mana nak dipanjatkan rasa syukur pada Allah.. untuk segala2 yang dilimpahkan pada kami selama ini.. Sesungguhnya hanya Dia saja yang maha mengetahui..

Buat teman2 yang diluar sana.. persahabatan yang ada mungkin tidak memberi makna pada kalian.. tapi sungguh besar buat diri ini.. terima kasih kerana sudi mendengar cerita dari hati kecil aku.. terima kasih atas keperihatinan.. terima kasih kerana bersama aku.. bila aku rasa suka.. juga tika aku mengalirkan air mata.. sekalipun.. tak pernah bersua (ehem.. well.. literally speaking.. or typing??.. that is.. ) sesungguhnya terasa.. kalian lebih dekat dengan diri dan hati ini..


Firnasya (Jas), Mother of Two (Shiela), Home Sweet Home (Wati), Warna2 Kehidupan (Ummi), Diari Perantauan (Romzi), Cahaya Qolbi (kak Bi), Cerita Saya.. (Cik Saya), Future Top Architect (Hady), Cikgu Jane (Jane), Hijrah1429 (Summaiyah), Dudu (Dura), Dunia bewarna Luna (Luna), Home Sweet Home (Kak Ummi), Dapur Tanpa Sempadan (MGebu), Its My Life.. (Aza), SiPolan & SiPolin (Alycia) dan juga Ilham Pak Yob (Pak Yob)..

Maaf seandainya.. sepanjang2 berada di alam cyber ni.. ada yang tersinggung atau sebagainya.. terima kasih juga kerana sudi berkongsi dengan aku..
Semoga berbahagia dengan kurniaan Allah.. biarpun kecil.. hargailah..

:-) :-) :-)

Dan aku menutup buku untuk tahun ini.. dengan perasan yang bercampur baur... Untuk semua.. Selamat menyambut Maal Hijrah.. selamat tahun baru.. semoga kita semua dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki.. dan sentiasa di bawah lindungan Nya.. dalam berkat.. Insya Allah..

Ulasan

.:dura:. berkata…
SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH buat PRI21 & sekeluarga....

psst...wah nama blog n nama sy tersenarai juga? wah bangga..tq!!!
*smbl take a bow bnyk2 kali*

keep on writing ya....
DeeN berkata…
Selamat Menyambut Maal Hijrah. Dan Selamat Tahun Baru Masihi. Moga tahun baru ini lebih baik dari yg lepas2.

Salam perkenalan. :]
hady berkata…
salam

hmm, blog ni pelik kan?..
walau xkenal physically, tapi terasa dekat
dan macam dah kenal bertahun tahun

teruskan menulis
kekadang benda benda kecik bagi kita
adalah benda besar bagi orang lain

selamat tahun baru!
jane berkata…
salam is,

selamat menyambut maal hijrah 1430!
salam tahun baru beb...

seronoknya dapat anak2 yg mendengar kata, kan ? susah hatinya bila anak2 bermasalah!

seronoknya kita dapat kenal walaupun tidak bersua...
Ummi berkata…
salam is,

walaupun tidak pernah bertentang mata tetapi rasa macam dekat di hati

persahabatan sejati yang lahir dari sebuah blog :)

yang mampu mendekatkan hati tanpa mengira rupa paras, kaya atau miskin dan sebagainya

selamat menyambut Maal Hijrah untuk is sekeluarga

semoga hari-hari mendatang bertambah bahagia
payarumput21 berkata…
Salam..


Dura... selamat tahun baru jugak.. and thank you.. mudah2an tahun depan.. akan lebih baik dari tahun yang sudah2.. :-)



Deen... Salam kenal Deen and thanks kerana sudi singgah :-)
dan tinggalkan jejak..

Terima kasih.. mengharapkan yang baik2 saja untuk semua teman2 sepanjang masa..
payarumput21 berkata…
Salam Hady..

Hmmm.. pelik kan? bila terasa teman2 di blog juga yang kita cari untuk meluahkan perasaan.. :-)

Selamat tahun baru!!.. apa la azam tahun depan rang tu yang nak di"sempurna"kan ye??? ;p



Jane... memang tu la.. anak2 depa saja yang boleh buat kita ketawa dan menangis dalam satu masa yang sama..

Selamat tahun baru buat Jane dan keluarga juga..



Ummi... betul tu Ummi.. tak kira apa pun.. tetap rasa dekat di hati.. :-)

Selamat Maal Hijrah untuk Ummi dan family..



** dan terima kasih semua kerana setia membosankan diri dengan cerita2 kita yang tah apa2 **

SELAMAT TAHUN BARU!!!!!
Tanpa Nama berkata…
wah..kak Is dah buat season finale ye.. :)

terima kasih krn menyenaraikan saya sdgkan pd saya dugaan yg akak alami, suka duka dan pglmn akak lebih besar dr saya.
Mother of Two berkata…
salam dari saya juga buat kak isma sekeluarga. insyaallah semoga tahun baru nie membuka lembaran baru buat kiter semua...

salam maal hijrah 1430 dan salam 2009

good luck akak!!!
payarumput21 berkata…
Salam Luna..

Hmmm.. sama2 kita ambil ikhtibar dari cabaran orang lain.. mudah2an pengalaman orang.. akan buat kita lebih matang dari segala segi.. :-)

Terima kasih sebab selalu berkongsi rasa dengan kami semua..

Selamat tahun baru maal hijrah..
payarumput21 berkata…
Salam Shiela..

Allah saja yang tau betapa happynya hati ni bila tau berita gembira Shiela.. Alhamdulillah..

Insya Allah.. semoga tahun baru ni lebih baik dan berkat buat kita semua..

Best of luck to you too..

p/s - dah fikir nak pakai baju apa Sunday nanti???? ;p
MAMA 2 FIRNASYA berkata…
SELAMAT MAAL HIJRAH & THN BARU...Nice knowing u...All the best n take care!

p/s - bila nk turun S.A?
payarumput21 berkata…
Salam Jas..

Lama tak dengar cerita.. Rinduuuuu..

Selamat tahun baru jugak buat Jas & family..