Sepi itu indah...

Aku, Sarah & Jannah...


Sebab tangan tak berapa sihat.. hahaha.. terpaksa lah akur dgn kemampuan diri sendiri... buat teman2 yang diluar sana.. aku mengundurkan diri buat seketika dari dunia BLOG nie..

Monday, 16-02-09 aku akan diadmit ke hospital utk dioperasi pada ke esokkan harinya.. Selasa, 17-02-09... **takut.. takut.. takut..**

Before tu.. tag dari Cikgu Jane @ http://janelabu.blogspot.com/ jangan bosan yea.. :(

Semoga segala2nya berjalan dgn baik... Insya Allah..


What were you doing 5 years ago?

1. Was working in Alor Setar. Syarikat anak melayu yang sangat terkenal empunya nya… Anak melayu pertama yang ranking dia antara 10 terkaya.. Korang kenal???
2. Akibat office politik yang kotor dan pengambi alihan syarikat, kami2 di beri notis 24jam. Walaupun memang dah kami jangka.. tetapi.. segala yang berlaku betul2 mencalar perasaan. Tan Sri baru saja mengambil alih syarikat gergasi.. dan alasan yang diberi pada kami2 ni.. Syarikat mengalami masaalah kewangan..
Aku tak berasa sangat hilang kerja.. insya Allah.. bumi Allah luas.. rezeki ada dimana2.. aku berasa sungguh marah kerana.. duit tu la yang aku bagi kat mak bulan2.. marah betul aku bila mak aku menangis sebab sedih melihat aku dibuang kerja.. marah betul aku bila mereka2 ni buat aku macam tak de maruah..
3. Aku gagahkan hati berjumpa MTUC di Seberang Jaya.. Pergi ke Industrial Relation.. buat report and hasilnya.. selepas beberapa perbincangan.. akhirnya pihak syarikat setuju.. kami semua dapat pampasan 12bulan gaji.. walau pada asalnya pihak syarikat cuma nak bagi tambahan 1 bulan dari 3 bulan yang ditawarkan…
4. Aku dihina oleh seorang HR ketika pergi interview kerana dibuang kerja.. hingga aku rasa sepert mcm mintak sedekah pada masa tu.. and.. yang mana pada akhirnya.. aku dapat tau.. rupa2nya.. dia kalah ketika di Industrial court satu masa dulu.. Mcm mana aku tau? Manager aku kenal dia.. kecik dunia ni.. sebab tu dia tak suka bila dia tau aku report case aku di Industrial Relations..
5. Aku dapat kerja di Kulim dengan syarikat Germany.. and guess what??? Aku gagal interview dgn perempuan HR tu.. but aku dapat kerja dgn syarikat yang bersangkut paut dengan dia.. HAHAHAHA.. terkejut beruk dia tengok aku kat tempat kerja.. ALLAH tu adil… :)
But.. bila berkenalan dengan teman yang diterima oleh perempuan HR tu.. dan mendengar cerita dia sebelum ni.. aku berasa lega.. sesungguhnya dia lebih memerlukan kerja tu dari aku.. sekali lagi aku insaf.. ALLAH SUNGGUH ADIL.. aku berasa sungguh redha time tu..



What were the 5 things on your to do list today?

1. Hantar budak2 pegi sekolah. Hari ni ada kelas ganti cuti raya cina.
2. Pergi office. Aku kerja 5 hari seminggu but.. Monday, 16-02-09 aku akan diadmit masuk hospital utk operation… hajat nak clearkan meja dan buat handover notes… utk mudahkan orang yang duduk kat situ selama 2 minggu akan datang nie…
3. Kemas rumah.. ehem.. suruh budak2 kemas rumah.. yang dah macam tongkang karam nie..
4. Hantar Danial pi latihan bolasepak kat sekolah…
5. Nak siapkan apa benda yang masih belum siap.. sementara masih boleh guna tangan ni… sok dah masuk hospital… tak de la terkilan..



What were the 5 snacks that you enjoy

1. Potato chips… wahhhh.. ini memang sangat2 ringan tapi... sangat2lah menggemukkan..
2. Kismis..
3. Asam2..
4. Mamee monster
5. Double Decker snack perisa ayam..



What are the 5 things that you do if you are a billionaire
If I am a billionaire… Hahahahahahaha…

1. Berangan.. hahahahaha.. and keep telling myself.. bukan betul.. Cuma mimpi je..
2. Bayar hutang kereta dan yang lain2 lagi..
3. Beli tanah.. buat rumah idaman…
4. Lebihnya bagi kat mak… and
5. Sedekahkan mana patut..



What are the 5 jobs that you've had

1. 1987 December.. Lepas SPM.. hahaha.. kerja kilang di Seberang Prai. Jadi general worker kat kilang Action Wear…
2. Lepas grad.. 1992 first job dengan OCBC Bank as a Secretary but kerja satu hari je.. environment tak best langsung.. resign the next day.
3. Dapat kerja kat bangunan PNB (1992), tingkat 18 – PERCON CORPORATION SDN BHD as a Secretary and lepas 6 bulan kat bangunan PNB, mintak tukar ke site di Seri Manjung, Perak where later met someone and got married...
4. Kerja dgn KLCC Berhad utk projek twin tower tu as a Secretary in 1994…
5. 2001, hahaha.. company paling best… and kengkawan yang sangat2 best ever… SIME ENGINEERING SDN BHD.. as a Project Secretary utk project power plant di Seri Manjung…


Who are the 5 person you wanna tag
Hmmmm... ini memang best.. orang yang pertama ialah KERETA OREN.. hahahaha.. kidding!!! Mcm la si kereta oren tu ada blog and... mcm la dia baca blog ni.. (ehem... betul ke dia tak baca??? kena tanya balik semula ni..)

Ok.. 3 orang je la yea..

1. Buat teman baru yang baru di kenali... http://catzana.blogspot.com/ jangan serik yea.. :)
2. Cik Dla yang kenal Normah TM.. hahahaha... http://grow2g3th3r.blogspot.com/ kecik dunia ni ek..
3. Eija mama Iman... http://imankusayang.blogspot.com/

Yg lagi 2 tu.. tak pe lah.. lain kali pulak yea...


p/s... I started this tag on Saturday, 14-02-09 @ 06:30pm... and berhenti... and berhenti.. and berhenti... finally its finished.. and the date and time is Sunday, 15-02-09 @ 06:16am.. hampir2 12jam.. Apaaa daaaaa...

Going to miss all of you guys... and jangan lupa kita yea... BYEEEEEEE...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Payarumput,
Waaa... sedihnya. rasa nak nangis pulak. Apa pun jangan runsing tau. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar k.

Jangan kerja berat-berat tau.

Salam Sayang. Kim salam anak-anak k..
Ummi berkata…
ummi doakan yang terbaik untuk is :)
Pn Hamidah berkata…
Sedihnya...Baru akak ada masa terluang untuk singgah di blog ini rupanya adik dah nak masuk wad dan berhenti buat seketika.Akak akan doakan agar adik sempat sembuh dan dipermudahkan segalanya buat adik.Terima kasih atas kesudian adik melawat blog Akak.Insya Allah bila adik dah sihat dan sembuh nanti kita jumpa lagi dalam alam blogosphere ini ya..Salam dan doa buat adik.
jane berkata…
salam is,

relax ya...tenangkan hati dan lapangkan dada...insyaAllah semuanya akan menjadi semakin baik. trima kasih jugak sebab langsaikan tag itu.

lebih kurang aje kita ni ya....

beb...moga semuanya selamat!
wati berkata…
alaaa...rindulah kita kat awak,,,nak jumpa awak,entah bila?..nanti kita cal awak ok..isma jaga diri baik2..jumpa lagi nanti.
Myalycia berkata…
ish ish ish...
sedihnya... mesti pasni alycia lama xdapat jumpe akak kat blog... alycia pun dah nak bersalin dah..
anyway, semoga akak cepat sihat dan sembuh yer..

gonna mizz u sis...
Hanisumayyah berkata…
Semoga selamat semuanya. Setiap ujian ada hikmahnya.
.:dura:. berkata…
akak..msk hospital mn ni???
leh lah dura dtg melawat...
adoi..nape x tag dura??
dura x de mende nak tulis kat blog ni...
Mother of Two berkata…
kak isma,
dah sihat blog balik tau.. kalau dekat bleh gak kiter jengok nak tgk tangan akak tu.. tak pun dah sihat nanti pos gmbr tgn yer:)
As@Aza berkata…
akak...semuga cepat sembuh yeerrr...dan kembali berblog semula... :)
jane berkata…
salam beb,

dah sihat ke ? rindu...........