Cabaran Bermula..

"Bismilahirrahmannirrahim...!!!" ucap Aiman sebaik saja kereta kami sampai ke simpang tiga menuju ke jalan besar.. and.. sesekali mendengar suara Aiman menarik nafas lega..

Kenapa eh??? Hehehe... Aiman risau aku hanya memandu menggunakan tangan kiri.. tanpa bantuan dari tangan kanan.. Mujur kereta ni automatik... seandainya manual... aku mungkin benar2 patah sayap...

Apa2 pun.. Alhamdulillah.. ianya tak lah sesukar yg aku duga..

Kesukaran paling ketara.. dan paling aku takut ialah ketika hendak membelok.. apatah lagi untuk membuat pusingan u.. dan oleh sebab itu juga.. kami buat "test drive"... and merancang jalan yg "selamat" bagi aku yg sedang kekurangan.. haha..

Hari ini.. dah dua hari segala2nya berjalan dengan baik.. Syukur aku utk itu... kami semua bersetuju utk keluar lebih awal.. untuk mengelak kenderaan lain.. aku juga mengambil jalan yg sedikit jauh supaya aku tidak perlu membelok.. sebaliknya menggunakan round about di pekan Alor Gajah utk kesekolah Aiman & Sarah..

Aiman dan Sarah yang pada asalnya ber ia2 tak benarkan aku memandu dan bersiap utk ke sekolah dengan kenderaan awam kerana bimbang.. akhirnya mengalah.. Tak sanggup rasanya nak biarkan anak2 aku menunggu bas dalam gelap pagi hari.. dan.. tidak melihat dengan mata sendiri.. anak2 aku selamat sampai..

Utk teman2 ku yang di luar sana... Terima kasih atas segala doa2 kalian.. Insya Allah.. aku ok.. Apa2 pun.. aku hanya memandu bila perlu... tak perlulah merasa bimbang..

:)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
payarumput,
tinggal di alor gajah ke? patutla macam pernah tengok. dulu Ana study kat sana - uitm lendu.. rindunya. dah lama tak ke alor gajah.
Tanpa Nama berkata…
payarumput,
drive elok2 k.. sayang awak..muuahh..
payarumput21 berkata…
Salam CM..

Hahaha.. kecik dunia ek.. kita pulak dulu study di ITM Bukit Sekilau.. lama duluuuu..

Thanks.. akan selalu ingat pesan kengkawan.. :)