Maafkan aku.. Aku puasa..
Aku faham.. environment tempat kerja aku yang mengelilingi aku adalah hampir kesemuanya bukan muslim.. bukan Malaysian.. aku peduli apa kalau korang semua nak makan depan aku.. minum depan aku.. atau apa2 je lah!!! Sebab korang memang tak puasa..
Tapi.. setakat ni.. ALHAMDULILLAH.. belum ada lagi rakan sekerja yang bukan muslim.. yang bukan rakyat Malaysia.. yang kurang tau akan adat org kita.. atau.. yang sengaja makan.. minum.. atau.. atau.. apa2 je lah.. kat depan aku.. (walau tak semua..) kerana mereka tau.. Aku puasa..
Cuma.. hati aku jadi sakit bila.. kau.. seorang Melayu.. beragama Islam.. dengan tanpa segan silu.. makan bersama2 dengan org bukan Islam.. di tempat awam..
Cuma.. hati aku jadi sakit bila.. kau.. seorang Melayu.. beragama Islam.. dengan rasa bangga.. mempelawa aku utk makan bersama.. sedangkan kau tau.. bulan ini.. bulan puasa.. dan aku puasa..
Cuma.. hati aku jadi sakit bila.. kau.. orang Melayu.. beragama Islam.. tidak langsung ada rasa hormat pada bulan yang mulia ini..
Apakah kerana sering dikelilingi oleh mat salleh2... Apakah kerana kau rasa diri kau dah terlalu moden.. Apakah kerana kau rasa.. kau tak perlu rasa takut untuk makan dikhalayak ramai di bulan puasa kerana tiada penguatkuasa disini???
Bangsa asing.. Bukan Islam.. begitu berhati2 bila makan.. cuba sedaya upaya untuk tidak meng"offend" aku atau teman2 muslim yang lain... TAPI KAU???
Sekalipun aku faham.. kau tak boleh berpuasa.. aku harap kau juga faham.. MENGHORMATI BULAN PUASA.. JUGA MEREKA2 YANG BERPUASA ADALAH DITUNTUT..
"Puasa yang sempurna... Membentuk peribadi mulia..."
Oh.. sorry aku terlupa... kau tak puasa.. masakan ada peribadi.. apatah lagi yang mulia..
**grrrrrrrr**
Ulasan
selamat beribadah...
nak menegur orang yang tahu lebih payah dari orang yang tak tahu
ambik gmbr nak tgk berapa umurnya apa jantinya.. tu agaknya nak kesa sebat dikhalayak ramai pulak agaknya tu...
selamat berpuasa.. :)
maybe dia TERLUPE seketika bahawa dia adalah seorang melayu yg islam (leh ke lupe agame sendiri??)..
slmt berpuase...
masa tu, kalau akak....mesti rasa nak lempang aje dia, kan ? (tumbuh tanduk).
muka pun jadi lain...keh2. sabar ya! memang ramai yg macam tu. nak diam susah, nak tegur payah....!
Itu la pasal.. Kengkadang tak faham.. Dibesarkan dari kecik dengan ajaran yang cukup.. dengan environment yang betul.. tapi sudahnya.. pengaruh bila dewasa jugak yang diguna pakai.. sungguh sedih..
Mudah2an kita tak tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah..
Selamat beribadah untuk kita semua :)
Betul tu.. yang menyedihkan.. bila ada bangsa asing yang bukan beragama islam pulak yang tolong menegur..
Sayangnya.. kita saja yang malu.. dia.. langsung tak rasa apa2..
Hehehehe.. Biasa dia yea.. kita sama2 "babab" dia..
Sebab sabar la.. cuma mencurah perasaan dalam blog..
Kalau tak sabar.. mau je jam tu sumbat mulut dia penuh2 sampai terkeluar dengan makanan tu..
Tahun lepas pun macam ni jugak la perangai dia.. tanpa segan silu..
Cuma yang boleh difikir... dugaan untuk kita yang berpuasa untuk mendapat "markah" lebih agaknya..
Entahlah..
Hahaha Sis.. memang panas je ati time tu.. geram ya amat.. but.. ye la.. kita kat office bukan kat pasar malam..
Yang mampu keluar dari mulut cuma.. Istighfar je.. and.. menegur ala kadar sebab tempat awam kannnn...