Jangan Pandang Belakang.. Pergi yang tak kembali...


Salam buat teman2 ku yang diluar sana.. **ehem.. masih ada ke teman2 kat luar tu?? hehehe..** and.. jangan percaya pada tajuk kat atas.. GIMMICK!!!! hahaha... Lama sungguh dah tak menulis.. banyak yang nak ditulis.. banyak jugak yang tak tertulis..

Kisah Shidah.. part 2

kisahnya.... awal pagi khamis tu.. tak sabar sungguh nak menempuh hari.. tak sabar nak tunggu hingga petang.. untuk cuti maal hijrah.. tetiba dalam sibuk dengan tugas.. phone aku berbunyi.. "awak.. suami kita.." bunyi suara shidah di hujung talian.. "suami kita dah teruk.. tolong doakan yea.. sampaikan pada kawan2.. tolong doakan suami kita yea.." sambung shidah lagi sambil menangis teresak2..

aku yang sememangnya bercadang nak menjengah shidah di hospital sesudah kerja.. terdiam.. aku bangun.. masuk ke bilik EnBoss .. "if there's nothing pending on your desk.. just go.. and see what else you can do to help her.. or if she needs any help..".. dan dalam aku sibuk bersiap nak ke hospital.. telephone aku berbunyi lagi.. dan kali ini.."awak.." kata shidah dalam esak tangis yang menyayat hati aku hingga kini.. "suami kita.. suami kita dah tak ada.." dan aku hanya mampu berkata "Inalillah..."

kesian shidah.. sebulan lebih suaminya di ICU.. dan malaikat maut datang menjemput.. terbayang anak2 shidah.. 11 kesemuanya..

kisahnya.. sedang orang sibuk dengan urusan jenazah.. sibuk juga beberapa mereka akan duit insuran yang ditinggalkan si-mati.. kisahnya.. sedang shidah dan anak2 sibuk membaca yassin untuk si-mati.. sibuk juga beberapa mereka mengira2 wang insuran si-mati.. kesian shidah..

kisahnya.. ketika jenazah di kubur untuk dikebumi.. berkatalah si anak kecil pada kakanya.."ayah dah tak nampak dah kinah.. dah kena tanam dah.." buat aku menitik air mata melihat sikecil yang baru berumur 4 tahun... dan balas Sakinah pada adiknya.. "Biha.. biha tau.. ayah dah tinggalkan ibu sampai bila2 tau.." betul2 menghiris hati aku.. kesian shidah..

Semoga Allah mengurniakan ketabahan dalam hati temanku shidah juga anak2nya untuk menempuh hari2 yang mendatang.. Amin..

p/s - kisah shidah.. buat aku betul2 sedih bila melihat kebelakang... but.. in a way.. kisah shidah mengajar aku untuk aku LEBIH menghargai setiap detik dalam hidup aku.. past.. and present..

Selamat tahun baru.. semoga kita semua diberkati.. dimurahkan rezeki.. dan sentiasa terpelihara di bawah lindungan Nya..

Ehem.. azam tahun baru ialah... jeng.. jeng.. jeng... nak tulis cerita banyak2 kat dalam blog.. hahahaahaa.. ;-p



Ulasan

DrSam berkata…
cerita Shidah memang banyak memberi pengajaran dan kesedaran.


Salamat melangkah ke tahun 2010!