It Really Feels Like Yesterday...

Salam Semua... :)

Hmmmm... kebelakangan nih.. sibuk sangat2... **hahahahaha... ayat skema.. standard tiap kali tak update.. huhu..** Budak2 dah pun masuk minggu ke-tiga bersekolah.. and kami di rumah dah semakin terbiasa dengan routine yang dah sebulan lebih ditinggalkan dek kerana cuti sekolah..

Tahun ni.. Danial masuk darjah 5.. Aiman dah pun naik tingkatan 2.. Sarah sekejap je dah tingkatan 3 dan akan amek exam PMR end of the year.. Sekejap betul masa.. dah besar2 budak2 nih..

Setakat ni.. Alhamdulillah... walaupun sering aku merungut susah **tak kiralah.. dari apa segi sekalipun.. kebendaan.. mahupun.. perasaan..** aku tetap rasa bersyukur.. kerana tiap kali "mengukur".. jelas.. susah aku tak lah seteruk mana.. susah lagi orang lain yang diduga Allah dengan dugaan yang lebih berat.. yang menduga jiwa.. menduga redha kita sebagai manusia.. apatah lagi rasa syukur kita dalam hati...

Dah 3 tahun lebih aku kat Melaka nih.. aku suka duduk sini sebab, segala2nya dekat.. sekolah Danial.. Sekolah Aiman dengan Sarah.. tempat kerja aku.. pun tak jauh mana.. traffic jam toksah cerita lah.. memang tak de.. But then.. tiap yang mula pasti akan berakhir.. contract kat Melaka dah pun nak habis.. and kali ni tak de extension sbb.. project dah siap.. which goes to say.. aku kena lah cari kerja lain.. ehem.. ADA SESIAPA YANG PERLUKAN SECRETARY??... hahahaha... ;-p

Sedih mengenangkan aku akan tinggalkan teman2 aku sekarang nie.. Ibarat kata Peter.. "I will surely miss you.. you know what?? being here in Malaysia.. has thought me a lot of things.. you are the first person ~ a Muslim, that I ever make friend with here.. and learn a lot about cultures.. It really feels like just yesterday.. you walked into this office to start your first day.." dan aku tersenyum... sememangnya.. IT REALLY FEELS LIKE YESTERDAY...

EnAyah dah pun balik ke Malaysia dan tak bekerja di Dubai lagi.. Dekat dah dengan anak2.. and budak2 pun suka.. senang nak berhubung..

Tahun ni mungkin pindah lagi.. kalau dapat kerja lain.. InsyaAllah.. **teman2.. doakan sama yea..** mudah2an ada rezeki aku sekeluarga..


p/s - kebelakangan ni sibuk tak de kat Blog.. sebab melayan anak2 kat facebook.. kalau ada yang sudi.. anda dialu2kan.. :) .. You know where to find me ~ http://www.facebook.com/people/Nor-Ismah-Abdullah/1083287701

Ulasan

Guru berkata…
assalammualaikum

semoga Allah mendekatkan rezeki yang jauh,
dan memudahkan segala yang susah
I'm Seri berkata…
Salam singgah.

Semoga dipermudahkanNYA.

InsyaAllah.
en_me berkata…
bznyerrr.. ehehe, salammm
payarumput21 berkata…
Salam Semua...

Al KL Citizen ~ Terima Kasih... :)
InsyaAllah.. semoga segala2nya dipermudahkan Allah dalam berkat buat kita semua..

IRIS ~ salam kenal..
Terima kasih kerana doa yang dipanjatkan.. juga terima kasih kerana singgah :)

en_me ~ Salam juga :)