Ahad, 24 Januari 2010

Sweet thing... :) ~ Thanks Wani Dear...

Salam Semua... :)

Awal January lalu, En Boss datang dan bercerita.. contract aku mungkin akan berakhir akhir Mac... hmmmm... memang aku dah expect pun.. tak de apa yang memeranjatkan pun.. Projek pun dah 3 tahun lebih.. dah memang layak pun cakap bye.. bye.. cumanya.. yang tak pasti sangat2 ialah exact date nye..

Minggu lalu.. sebaik saja keluar dari bilik meeting, En Boss terus ke meja aku.. "Its has been confirmed in the meeting just now, since my demob date will be by end of march.. yours will be as the same...." katanya.. and aku cuma mengangguk... hmmm.. kena cari kerja ni..

Seperti selalu.. budak2.. awal2 lagi dah aku khabarkan berita yang kami semua mungkin tak akan berada lama di Melaka ni.. since En Boss dah confirm that my "marching orders" is at the end of March, berita aku khabarkan pada budak2.. dan reaksinya..

"Hah!!!... pindah??? tak payah la bu.. ibu cari la kerja kat Melaka je.. susah la bu pindah2.." kata budak2 sepakat..

Kalau ditanya aku, memang aku tak nak pindah2 nih.. but.. dah nature kerja aku macam nih.. dari semenjak aku kecik dulu.. sekolah.. belajar.. kemudian grad.. kerja... sampailah aku kahwin dengan EnAyah.. berpisah.. and now.. hidup dengan EnAmat.. Tak perlu lah tanya.. aku tau sangat2.. hidup pindah randah nih.. memang mencabar.. lebih2 lagi time nak menyesuaikan diri..

And the sweet thing is.. sebaik saja Sara masuk dalam kereta petang semalam time aku jemput dia dari kelas tution... katanya.. "Nah ibu..." sambil menghulurkan sekeping kertas kat aku.. "Apa ni?.." and belum sempat pun Sara jawab.. aku dah tergelak besar bila menyedari kertas tu ialah "Borang Kerja".. katanya.. "Wani bagi ni.. dia pegi amek ni utk ibu.. kata dia ibu tak payah la pindah.. ibu try la mintak kerja kat situ.. mana tau kalau dapat.. " buat aku tergelak lebih besar.. and.. how very sweet of her..

Kalaulah segalanya semudah itu.. and apa2 pun.. terima kasih la Wani.. makcik akan ingat sampai bila2.. hehehehe..

4 ulasan:

mother of two berkata...

ahah kak isma, takyahlah pindah.. duk kat melakalah. kata nak belaja main bowling akt air keroh kan....:)

Ummi batrisya dan damya berkata...

kat melaka kan banyak keje, so cari aje keje lain, budak2 dah serasi kat sana, dah ada kawan, bolehlah ummi singgah melaka nanti :)

azwa wista berkata...

sy doakan akak dapat keje baru yg lagi best.. :-)

payarumput21 berkata...

Salam..

Shiela, Ummi, Wie.. hehehe.. mudah2an ada rezeki nanti lagi kat Melaka..

Doa2kan sama yea.. :)

jom baca quran

Me.. Today...

    follow me on Twitter