Tak suka youuuu... GEMUK!

"eeeeiiii... I tak suka dia.. GEMUK!!" kata seorang teman untuk teman yang lagi satu buat aku terdiam membatu...

hmmmm... tak suka kerana gemuk??? apa maksudnye tu? hanya kerana Si A gemuk orang tak suka.. selama hari ni aku tak nampak pun tak baik perangai Si A tu.. ok je pada aku.. and gemuk bukanlah sampai saiz XXXXL... cuma besar sikit je... lagipun badan dia tinggi.. kalau berisi pun biasalah... dah meningkat usia... lemak2 tepu yang degil tu... susah nak cerita... haihhhh...

and yang tak suka pulak tu.. apa ceritanye????? kau tak suka sebab dia gemuk... ehem... ni nak bagitau... ingat tak setahun yang lepas... bila engkau ada masaalah berat badan... bila badan kau.. macam yang kau sendiri kata... GEMUK... malahan lebih gemuk dari orang yang kau tak suka tu.. tak pernah lagi aku dengar dia kata dia tak suka kau.. dia tetap kawan dengan kau..

kalaulah physical yang menjadi erti dan ukuran persahabatan buat engkau... maaflah... aku tak selesa berkawan dengan kau.. kau tak jujur... tak ikhas.. kalau kau hanya mementingkan kecantikan... dan segala rupa luaran.. maaflah... mungkin aku juga tak sesuai berkawan dengan kau... aku cuma makcik jual nasi lemak..

aku lebih selesa berkawan dengan si dia yang gemuk.. tapi ikhlas dalam persahabatan.. sekurang2nya kalau bercakap aku tau dia ikhlas.. sekurang2nya kalau menegur.. aku tau dia jujur.. sekurang2nya bila kami ketawa bersama... aku tau.. ketawa tu betul2 genuine... bukan plastik..

Ulasan

♥MAMASYAZA♥ berkata…
ler...ada gak manusia camtu...hanya disbbkan dia gemuk...dah tak nak berkwn, haru gak ada manusia camtu...tak sesuai utk dijadikan sahabat...boleh blahhh manusia camtu
saya berkata…
wahhh..ada pulak orang macam tu. entah la.. pendapat masing2. pada saya biarla gemok pon gemok la tapi baik hati dan berbudi bahasa. putih melepak catik kurus pon kalo jenis busuk hati pon tak guna juga. lama dah tak jenguk2 blog ni. hehehehe.. have a nice day!!! yang sakit tangan dulu tu dah ok tak?
payarumput21 berkata…
Salam MamaSyaza...

itulah.. ingatkan bila usia kita dah meningkat.. kepala akan jadi lebih matang.. ini tak.. melebihkan budak2 la pulak..

rasanya budak2 pun kalau berkawan lebih ikhlas dan jujur.. 100% tak sesuai langsung jadi kawan.. tak layak..
payarumput21 berkata…
Salam CikSaya..

Betul.. betul.. betul.. betullllllll.. hehehehe.. Muka cantik, kulit putih, badan kurus.. tapi hati tak seindah mana.. cacat jugak kan??

Tangan? Alhamdulillah.. 90% dah ok.. and terima kasih kerana masih sudi singgah.. :)
Tanpa Nama berkata…
Kak Isma,
Bila baca cite akak ni, teringat xbf.. dia reject Ana pasal isu ni even dah 2 tahun couple.. mcm2 manusia ni kan...
Guru berkata…
manusia ni macam2 ya...
ada juga perangai yang tak baik camni
macam bebudak tak baligh lagi
DrSam berkata…
berkawan kerana rupa paras atau kriteria fisikal seseorang memang persahabatan takkan lama. rupa paras akan berubah, keikhlasan hati tidak berubah.
hady rashid berkata…
biasa lah tu
manusia kan cepat lupa
kita kena lah ingatkan dia yang dah agaknya dah start nyanyuk tu.. :)

anyway, hows life kaka paya rumput? great? must be..

i've been busy giler lately - finish up our project here.. and was successfully launched yesterday.. proud of it, really.

2months from now, i will design a new path for me. wish me luck!
payarumput21 berkata…
Salam..

Ana => Rupa paras.. cuma sementara.. muda akan tua.. cantik pun bukan akan kekal.. apa yang penting hati.. Mudah2an kita tak jadi seperti itu..


AKC => Sedihnya pulak.. mereka2 ini bila cakap macam tak de apa2 je.. macam bagus je.. macam diri sendiri tu tak de cacat cela..

DrSam => Setuju 100%...
payarumput21 berkata…
Salam Hady...

Well noted yg awak tu busy sokmo...

Design new path??? hmmmm... mcm terbau2 nasik minyak je.. jangan lupa ye.. sedaya upaya akan akak sampaikan diri ke sana.. :))
Hairun Azmi berkata…
Ikhlas itu pentingg...