Siaran Tertunda ~ 1 Family, 1 Refinery, 1 Petro**s ;-p

Danial sehingga 11-04-2010 @ 0945hrs malam tadi.. dengan fesyen rambut NOH ~ Hujan..


Bila aku balik rumah petang tu.. dengan berita.. "Hujung minggu nie.. ada konsert Hujan kat Penapisan.. sapa nak pi??.." pada bebudak.. and jawab Aiman.."Konsert Hujan?? Kat Penapisan??.. Man boleh ajak kawan Man tak?.." Aku kata.. "Ehem.. FAMILY DAY.. notice the word FAMILY... so, strictly family members je.. sorry.." and Aiman response was.. "hmmmm.. kawan Man ni mesti hantuk kepala dia kat dinding kalau dia tau Man pegi konsert Hujan.. sbb dia fanatik Hujan.. "... and my immediate response was.. "Let him hantuk.. cant help.."

Dan malam pun bermula pukul 08:30 dengan Hilmi the Gimmick.. seperti selalunye.. Hilmi memang very good with his penonton.. buat semua orang tak kering gusi.. ok la.. **hahaha kes dah banyak kali sangat tengok show HtG.. so dah tak thrill sangat** Dapat la nengok CEO bertandak malam tu.. **faham ke maksud bertandak??** Puas nengok Budak2 kena usik.. dengar lagu yang tah apa2.. bla.. bla.. bla.. and yang paling penting... hati sangat2 seronok bila dapat habiskan masa sama2 dengan anak2.. ketawa sama2 dgn anak and.. have some good times bersama2 **Ya tuan2 dan puan2.. cuma makcik dan anak2 makcik je yang pi tengok konsert.. EnAmat.. pada masa kejadian memang berada di Refinery.. but dalam opis.. kerja..**


Tepat pukul 10:30pm.. kemunculan yang dinanti2.. kumpulan HUJAN.. menjert2 budak2 berlari ke depan pentas.. Sara, Aiman & Danial yang sememangnya dah dipesan sebelum keluar pintu rumah.. masuk pintu kereta.. duduk dalam kereta.. keluar pintu kereta.. hatta kat bawah khemah sekalipun.. "Jaga perangai.. jangan berlebih2.. Ingat.. semua orang kenal ibu ~kes perasan ~.. bla.. bla.. bla.." ** hahahaha.. pesanan penaja taraf mak2 gitu.. tak menahan..**


"Selamat malam semua.. mula2 kami nak ucapkan terma kasih pada pihak yang mengundang kami Petronas.. terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami untuk merosakkan malam ini.." sambil disambut dengan jeritan rata2 remaja, anak2 dari keluarga Petronas..


"yang dibawah khemah tu.. mari ke depan pentas.. konsert hanya akan dimulakan bila anda semua ada di depan pentas in.." statement yang buat semua menyerbu ke depan pentas.. Hahaha.. PakGuard pun tak buleh buat mende..


Hari tu barulah aku tau.. sapa vocalist Hujan.. I mean.. namanye.. NOH.. budak2 dah mula menyerbu depan pentas.. Danial yang duduk depan aku menoleh mintak simpati.. Aku tarik nafas panjang "Adik nak pi tengok kat depan? Pegilah.. but jangan nakal tau.." And belum pun habis ayat.. berdesup terus kat depan pentas.. and aku toleh belakang.. Sara dgn Aiman tengok aku.. meraih simpati.. "Hmmmm.. ye la.. ye la.. pi la.. guna la phone dgn camera awak tu kalau nak amek gambar.. but jangan lebih2 tau.." juga sebelum aku sempat habiskan ayat.. dah hilang ke depan.. tinggallah aku keseorangan melayan lagu dari jauh..

"Barulah hari ni akak tau... NOH rupa2nya secara live sangatlah hensem" kata Sara sambil ketawa..

One thing for sure malam tu.. buat aku rasa betul2 tua.. Wakakakakakaka.. Apa ke tidaknye.. tak pernah umur aku kalau pergi konsert duduk bawah khemah.. melekat atas kerusi.. hahaha.. and tak take part.. blend with the crowd ke wat so ever.. paling tidak pun angkat tangan goyang kiri kanan.. kui3x.. and yang buat aku rasa berlebih ketuaan tu.. bila aku toleh kiri kanan.. WAARRRGHHHHHH... SEMUA ORANG YANG LEBIH TUA DARI AKU YANG DUDUK BAWAH KHEMAH... ** ya teman2 sekalian.. hanya mereka2 yang berusia melebihi tahap dewa saja yang berada dibawah khemah..** Reality bites.... hikkss..

Malam tu.. sepanjang2 perjalanan balik rumah.. Aiman, Sara dgn Danial.. dengan excitednye bising dalam kereta menceritakan detik2 "bersejarah" (?? hmmmm..).. aku tersenyum dalam hati melihat anak2 gembira.. 1st experience tengok konsert live.. kalau ikut kata Aiman **ehem.. mungkin dia tak ingat.. sebenarnye dah banyak kali dia pergi tengok konsert.. Siti Nurhaliza pun dia dah pi nengok.. but time tu kecik lagi..**

inilah fesyen paling IN kat dalam rumah aku sekarang ni.. NOH ~ Hujan



Kata adik.. "Adik dapat salam dgn NOH tadi bu.. bestnyeee" Kata aku.. "Tangan mana? esok mandi ikat plastik tangan tu.. takut basah.." and kami semua berderai ketawa..

Kata kakak.. "Tensyen akak dgn budak kat sebelah akak tu.. sibuk kita nak record NOH nyanyi.. sibuk je kepala dialah.. tangan dia lah.."

Sampai rumah.. EnAmat dah ada atas katil.. tidoooo..


p/s - Makaseh EnAmat sbb benarkan kami semua pergi konsert family day ~ 1 family, 1 refinery, 1 Petro**s ~ @ PP(M)SB ~ 26 & 27 March..

Ulasan

Guru berkata…
SEMUA ORANG YANG LEBIH TUA DARI AKU YANG DUDUK BAWAH KHEMAH...

- betul ke yang lebih tua?? atau sama tua duduk bawah khemah??
anyway... tengok anak2 gembira, memang menggembirakan
Bapak berkata…
bertandak tu menari kan? heheh...
♥MAMASYAZA♥ berkata…
bukan anak2 akak saja yg suka kumpulan HUJAN, su pun suka gak bila dengar NOH nyanyi..dah sudah semestinya dia handsome..hehehe
payarumput21 berkata…
Salam Semua..

AKC => Cikgu, ni kes denial.. tak mau terima hakikat yang diri dah tua.. so nampak semua org tua je pada kita.. hahahaha.. and memang rasa lapang sgt hati bila dapat habiskan time2 mcm tu dgn anak2.. especially bila dah selalu sgt sibuk..
:))


Bapak => Ha ah.. menari.. perkataan yang dah jarang org guna la nie.. hehehe



MAMASyaza => Hahaha.. Minat jugak eh.. selalu dengar kot radio.. but bila nengok live.. lain pulak..
Akak cuma nengok kat screen je.. budak2 yg nampak jelas depan mata..