Come what may...

Salam Semuaaaa....


Memula sekali.. nak cakap terima kasih pada semua kengkawan yang mendoakan aku selama hari nih.. Alhamdulillahhh.. berkat doa anda2 semua, InsyaAllah.. aku akan memulakan tugas baru di selatan tanah air.. bermula June 2010.. hadiah harijadi aku nih.. **hehe.. nak bagitau.. birthday dah dekat..**

Happy? entah.. kepala tengah berserabut memikir sara yang akan amek PMR tahun nih.. and a bit skeptikal tentang sekolah2 kat sana.. Aku suka Melaka.. aku suka sekolah2 kat Melaka.. aku suka guru2 yang penuh dedikasi dan tanggungjawab yang mengajar anak2 aku di Melaka nih.. dan sangat2 bingung memikirkan.. apakah guidelines yang aku ada untuk aku guna bila memilih sekolah di sana nanti.. walaupun aku tau.. belajar kat mana pun sama.. pokok pangkalnya diri sendiri tuan punya badan.. tapi.. aku juga tak dapat menolak the outside force that are more stronger yang bakal jadi pengaruh yang mempengaruhi diri anak2 kelak..

All the while, bila orang tanya aku, aku sure kata aku orang Johor.. lahir kat Johor.. kampung Johor.. mak abah kat Johor.. but.. aku tak suka dok di Johor.. especially bila aku rasa Johor tu macam tak sesuai je untuk aku.. **pada mereka2 yang berada di Johor.. maafkan lah aku..** kehidupan kat Johor tu pada aku.. terlalu pantas.. hectic.. and.. entah.. segala2nya macam "mechanical" je.. tak de "jiwa" hidup kat sana.. **pada aku lah.. but aku tau.. orang Johor tentu2 suka dok Johor ekkk..**

Banyak benda yang buat aku berfikir.. bukan kata anak2 aku.. aku sendiri pun rasa macam tak bersedia nak hidup kat Johor tu..

En.Amat kata.. "kalau awak tak suka pi sana.. buat apa nak pegi.. tak payahlah.. daripada pegi and awak sendiri yang tension nanti.." bila aku suarakan rasa hati aku.. Kengkawan yang tau aku akan ke sana.. kepalang suka.. sibuk tolong cari rumah bagai walau aku tak mintak tolong.. **thanks dear Anne & Aju..**

Even mak dengan abah pun sampai saat ni.. masih lagi tak tau aku akan ke sana.. haihhhh.. problem lagi.. haha.. tak habis2 dengan problem aku nih.. apa daaa..

And semalam.. selepas meeting dengan Hanipah & Khalid.. aku dapat semangat baru.. and on the way driving back to Melaka last night.. aku terfikir..

things happen for reason.. ada sebabnya tuhan campak aku ke Melaka.. ada sebabnya jugak tuhan suruh aku ke Johor.. kalau tuhan dah kata rezeki aku kat Johor.. maka aku akan terima seadanya.. selebihnya hanya Allah saja yang maha mengetahui.. semoga Allah permudahkan bagi aku juga keluarga aku segala pintu kesulitan dalam berkat.. InsyaAllah.. Amin.


p/s ~ buat semua warga Sek. Keb. Paya Rumput & Sek Men Dato Dol Said.. terima kasih yang tak terhingga dari hati kami semua kerana mendidik anak2 kami dengan penuh rasa tanggungjawab.. Sesungguhnya hanya Allah saja yang dapat membalas budi dan jasa kalian..

Ulasan

Ummi berkata…
pindah ke johor ke? area mana? :)

kadang-kadang kita tak suka dengan apa yang kita dapat tapi itulah yang sebenarnya terbaik untuk kita :)
Guru berkata…
kat johor pun banyak sekolah2 yang bagus2...
saya doakan yang terbaik...ameen
Bapak berkata…
tahniah! selamat berkelana ke Johor pula...semoga ni ada hikmahnya...

smk dol said tu bekas sekolah adik ipar Bapak...dia baru pas SPM, dulu selalu gak hantar dia balik asrama...
payarumput21 berkata…
Salam Ummi

Pasir Gudang.. dengan Johor Port.. insyaAllah.. mudah2an..

Kalau terlangsung ke sana.. jangan lupa singgah ek.. hehehe..
payarumput21 berkata…
Salam AKC..

Terima kasih cikgu.. memang tengah mencari2 nih.. sbb budak2 nih semuanya rancangan khas.. tak semua sekolah yg ada rancangan khas.. InsyaAllah mudah2an dipermudahkan segala urusan.. aminn..
payarumput21 berkata…
Salam Bapak..

Terima kasih.. semoga ada hikmahnya.. InsyaAllah :))


sayang nak tinggalkan SMKDDS tu.. malangnya cuma ada asrama lelaki saja.. perempuan tak de.. kalau tak mau jugak budak2 ni tinggal dok asrama.. and ditukarkan sekolah only bila hujung tahun.. tak lah menggangu sangat pelajarannya..